Seorang bekas pengetua dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu pada Isnin atas 13 pertuduhan berkomunikasi secara seksual, melakukan amang seksual dan rogol, melibatkan pelajarnya sekitar 2020 dan 2021. Tertuduh, Rosli Abd Rahman, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya, disampaikan wartawan Sinar Harian Zaitie Satibi.