Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majisret Kuala Lumpur pada Isnin atas pertuduhan membunuh seorang pelayan restoran selepas bungkusan yang ditinggalkan di atas bonet kereta lelaki itu meletup dalam kejadian Disember lalu. Khor Swee Boon, 33, dan isterinya Ng Hui Yee, 30, didakwa bersama-sama membunuh Cho Lim Fong, 29, di depan sebuah restoran di Jalan Pandah Indah 1/22, Pandan Indah, disampaikan wartawan Sinar Harian Zaitie Satibi.