Seorang murid Tahun Tiga memfailkan saman terhadap seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) kerana melakukan perbuatan cuai hingga menyebabkan tulang tibia atau fibulanya patah, pada 6 Julai lalu. Nor Azlina Mohd Yasin, 37, yang mewakili anaknya, Muhammad Izz Anaqi Mohd Izwan, 10, sebagai plaintif memfailkan tuntutan tersebut di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu melalui peguam Mohd Hazwan Hamidun dari Tetuan Rafaei & Co, disampaikan wartawan Sinar Harian, Zaitie Satibi.