Seorang bapa di Kampung Bukit Palas, Cherating, Kuantan, Pahang sanggup berhenti kerja sebagai tukang cuci sejak setahun lalu. Ramli Mamat, 59, menjaga isterinya, Murni Md Daud, 58, menghidap radang sendi di kedua belah kakinya sehingga tidak mampu berjalan sejak tiga tahun lalu, manakala anaknya Mohammad Arif Hakimi, 21, pula disyaki menghidap penyakit ‘kaki gajah’ selepas kaki kirinya semakin membesar ketika berusia 12 tahun, disampaikan wartawan Sinar Harian, Zaitie Satibi.