Anak seorang artis wanita popular era 1990-an dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Selasa selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dan memasukkan dadah ke dalam badan, Oktober tahun lalu. Majistret, Saiful Sayoti turut memerintahkan tertuduh, Syarra Sudarman, 29, menjalani tempoh pengawasan selama tiga tahun, disampaikan wartawan Sinar Harian Zaitie Satibi.