Seorang pemuda dikhuatiri lemas apabila bot yang dinaiki bersama bapa saudaranya dan seorang rakan terbalik di Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Guillemard, Machang, Kelantan pada Selasa. Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa, Che Hishamuddin Che Zulkifli, 21, dari Kampung Paloh Rawa, Machang dipercayai dalam perjalanan pulang selepas memancing, disampaikan wartawan Sinar Harian Zaitie Satibi.