Dua pasang suami isteri yang juga pengasas produk kosmetik didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan pada Khamis atas tuduhan mencederakan dua peniaga pada Julai tahun lalu. Pengasas terbabit, Nur Farhana Ismail, 32, dan suaminya, Muhammad Hakimi Mohd Azmi, 33, serta Anes Ayunie Osman, 21, dan suaminya, Ahmad Weldan Zulkefli, 22.