Pasangan kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Felda Semenchu, Teluk Sengat, Kota Tinggi, Johor pada Disember lalu. Mohamad Izwan Mahmood berusia 25 tahun dan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dan tiada pengakuan direkodkan, disampaikan wartawan Sinar Harian, Norazura Md Amin.