My #QuranTime 2.0 (MQT) terbitan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas kembali menemui penonton bermula 14 Disember ini. Program yang mencatat rating tertinggi itu akan bersiaran sebanyak 2,111 episod, jam 12 hingga 1 tengah hari di semua platform digital Quran Hour dan Sinar Harian. Pengerusi yayasan, Datuk Hussamuddin Yaacob berkata, program memasuki musim kedua itu bermatlamat untuk meningkatkan kualiti solat melalui bacaan al-Quran bertajwid, memahami isi al-Quran melalui tadabbur tahap dua, memperbaiki kualiti solat. Antara elemen baharu dalam program itu aialah menambah hafalan surah melalui kaedah hafalan al-Quran yang mudah dan praktikal dengan penggunaan metod Quran al-Hafiz.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com