Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpendapat PRN di enam negeri, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan perlu dijalankan serentak seperti dicadangkan beberapa pihak sebelum ini. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, ia bagi memudahkan urusan SPR termasuk penyelarasan petugas dalam proses pemilihan ADUN agar berjalan lancar. Jelasnya, selain memudahkan pihaknya, ia juga adalah pilihan terbaik kepada semua termasuk pengundi.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com