
Sign up to save your podcasts
Or


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan penganjuran Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) ditingkatkan kepada setiap minggu di kesemua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara.
Beliau berkata, langkah itu bagi membantu mengurangkan tekanan krisis bekalan global yang sedang dihadapi rakyat ketika ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diputuskan bagi meringankan beban peniaga kecil dan penjaja susulan tekanan kos akibat krisis bekalan global yang kian meruncing.
Artikel:
#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaSemasa #JualanRahmahMadani
Lelaki yang disyaki memukul isterinya hingga parah dalam satu kejadian di Ambangan Heights, Sungai Petani, kini disiasat dalam kes menanam janin di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Gufran di sini pada 2 April lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, janin itu dipercayai kandungan isterinya yang berusia 12 minggu dan gugur selepas suspek memukul mangsa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778539/berita/semasa/suspek-pukul-isteri-hingga-keguguran-disiasat-kes-tanam-janin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #suspekpukulisteri #kestanamjanin #PDRM
Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen 2 Butterworth terhadap pertuduhan memiliki minyak diesel tanpa lesen pada April lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Tertuduh, Heah Ban How didakwa melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan barang kawalan secara runcit atau borong tanpa lesen.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778496/berita/semasa/penganggur-mengaku-tidak-bersalah-miliki-diesel-tanpa-lesen
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #milikidieseltanpalesen #mahkamah #mengakutakbersalah #langgarAktaKawalanBekalan1961
Cadangan menetapkan harga lantai belian padi pada RM3,000 bagi setiap tan metrik berpotensi memberi kesan langsung kepada kenaikan harga beras di pasaran.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Dr Ismail Salleh berkata, penetapan harga sedemikian tidak boleh dilihat secara terasing tanpa mengambil kira rantaian kos pengeluaran sehingga ke peringkat pengguna.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778436/berita/nasional/harga-lantai-padi-rm3000-boleh-lonjak-harga-beras-ndash-mada
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #hargalantaipadi #MADA
Sepanjang minggu lalu, Merak Jalanan melihat pelbagai cerita bersilang dari padang bola hingga ke dunia hiburan dan teknologi.
Suasana yang berlaku seakan menggambarkan bagaimana rakyat semakin lantang bersuara apabila ada perkara yang dirasakan tidak seimbang antara keputusan dan realiti harian.
Isu boikot Ultras Malaya terhadap pasukan kebangsaan menjadi antara topik hangat. Ia hadir daripada rasa kecewa yang semakin lama terpendam dalam kalangan penyokong terhadap prestasi dan pengurusan bola sepak negara.
Artikel:
#SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #MerakJalanan #Boikot
Di saat kain ihram sudah lengkap tersarung di tubuh, perjalanan suci yang diimpikan selama ini berakhir di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz, Jeddah.
Itulah realiti pahit yang pernah disaksikan Pengarah Operasi Jeddah, Darul Nain Abu Bakar apabila sekumpulan jemaah terpaksa berpatah balik selepas ditahan akibat menggunakan visa palsu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778387/berita/nasional/impian-tunai-haji-berkecai-30-jemaah-terpaksa-patah-balik
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Haji #JemaahHaji #Imbaskembali
'Rumah bergoyang, bumbung terbang...saya terus peluk anak-anak, laung azan'
“Bila angin kuat, rumah bergoyang, bumbung terbang... saya terus peluk anak-anak dan laung azan.”
Demikian luah Faizul Paijan, 45, salah seorang penduduk Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas, Pontian yang terjejas selepas ribut kuat merosakkan puluhan rumah pada petang Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menurutnya, dia terkejut apabila melihat pusaran angin berhampiran rumahnya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778357/berita/semasa/rumah-bergoyang-bumbung-terbangsaya-terus-peluk-anak-anak-laung-azan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ributlandapontian #rumahrosakdilandaribut #mangsaribut
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka mengakui beliau tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dalam kemelut parti itu sebelum ini yang membawa kepada pemecatan keahlian Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menegaskan, Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO turut melakukan kesalahan tertentu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778212/berita/politik/presiden-umno-akui-kesilapan-sedia-terima-khairy-jamaluddin-kembali
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZahidHamidi #UMNO
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan beliau diamanahkan untuk menguruskan beberapa perkara oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Khairy Jamaluddin atau KJ bagaimanapun berkata, perkara yang dimaksudkan terlalu awal untuk dikongsi secara umum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778208/berita/politik/terlalu-awal-untuk-kongsi-peranan-saya-dalam-umno---kjnbsp
#SinarHarian #BeritaSemasa #KJ #UMNO
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan mana-mana pemimpin, sebaliknya menegaskan beliau kekal berpegang kepada prinsip parti.
Menurutnya, ada pihak yang melabelkannya sebagai ‘budak catur’ Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778193/berita/politik/aku-budak-umno-dulu-kini-dan-selamanya---dr-akmal-salehnbsp
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #AkmalSaleh
From the publisher's feed