
Sign up to save your podcasts
Or


Menjelang kemuncak ibadah haji di Masyair yang memerlukan kekuatan fizikal tinggi, jemaah haji Malaysia diingatkan supaya memberi perhatian serius terhadap persediaan otot dan sendi bagi memastikan ibadah di Arafah, Muzdalifah dan Mina dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa gangguan kesihatan.
Jurupulih perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Azlinda Abdul Hamid berkata, persediaan fizikal melalui senaman regangan secara konsisten menjadi antara kunci utama untuk menghadapi fasa Masyair.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778833/berita/nasional/jangan-biar-otot-terkejut-di-masyair
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Haji #TH #Masyair
Tindakan berani seorang lelaki Kemboja menebang pokok gaharu di kawasan Taman Botanikal Ayer Keroh membawa padah apabila dia diberkas polis, pada Isnin lalu.
Lelaki berstatus penduduk tetap (PR) berusia 40 tahun itu ditahan selepas perbuatannya disedari pegawai hutan yang melihat suspek sedang memasukkan kayu berkenaan ke dalam kenderaannya berhampiran lokasi kejadian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778807/berita/semasa/lelaki-kemboja-diberkas-tebang-pokok-gaharu-di-taman-botanikal
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Curipokokgaharu #Gaharu
Bermula sebagai akhbar kecil di Pengkalan Chepa, Kelantan pada 2006, Sinar Harian hari ini muncul sebagai antara platform media berpengaruh negara yang konsisten mengangkat suara rakyat serta memperkasa komuniti perniagaan tempatan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Steven Sim Chee Keong berkata, pihaknya memuji penganjuran kali kedua Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) 2026 yang berlangsung di Royale Chulan Damansara malam Rabu.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #BiSA2026 #Bisnes #Karangkraf
Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) 2026 dianjurkan sebagai platform menghargai sumbangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang memainkan peranan penting dalam ekonomi negara selain menjadi medan memperkukuh jaringan komuniti perniagaan tempatan.
Pengerusi Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, pengiktirafan itu diberikan kepada 31 usahawan daripada pelbagai sektor dan industri pada malam BISA 2026 yang berlangsung di Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya pada Rabu.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #BiSA2026 #Bisnes #Karangkraf
Jurucakap Kerajaan Madani Datuk Fahmi Fadzil pada Rabu berkata Kerajaan Perpaduan kekal mentadbir Negeri Sembilan dipimpin oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, isu melibatkan pengurusan pentadbiran Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan telah berjaya diurus serta diselesaikan dengan baik selepas pertemuan pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Selasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778725/berita/nasional/kerajaan-perpaduan-negeri-sembilan-kekal-diterajui-aminuddin---fahmi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MBN9 #AminuddinHarun #krisisN9
Pencerobohan nelayan asing yang mengaut hasil laut negara secara haram terus menjadi ancaman serius terhadap kedaulatan perairan Malaysia apabila Operasi Naga (Op Naga) merekodkan 639 tangkapan dengan nilai rampasan mencecah RM244 juta sejak 2019.
Operasi bersepadu melibatkan 17 agensi keselamatan dan penguatkuasaan itu dilaksanakan bagi mengekang aktiviti Illegal, Unreported and Unregulated (IUU) Fishing) yang bukan sahaja melanggar undang-undang negara, malah mengancam sumber ekonomi maritim serta ekosistem laut tempatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778713/berita/semasa/op-naga-5139-lanun-laut-ditahan-rampasan-rm244-juta-sejak-2019
#SinarHarian #BeritaSemasa #Maritim #Lanun #opsNaga
Bawa dadah dari Serdang ke Alor Gajah: Pasangan kekasih, rakan berdepan tiga pertuduhan
Seorang pemandu wanita bersama kekasih serta seorang rakan yang melarikan diri menaiki Honda City sejauh 135 kilometer dari Serdang, Selangor sebelum diberkas di persimpangan lampu isyarat Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka pada minggu lalu berdepan tiga pertuduhan di Mahkamah Majistret pada Rabu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, M Udaya Kumar, 44: Fairous Saad, 42 dan Mohamad Rafeq Mohd Johari, 23, didakwa atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis heroin dan methamphetamine, manakala pertuduhan ketiga adalah memasukkan dadah ke dalam badan sendiri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778701/berita/semasa/bawa-dadah-dari-serdang-ke-alor-gajah-pasangan-kekasih-rakan-berdepan-tiga-pertuduhan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Dadah #Serdang #AlorGajah
Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV akan menjadi penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia dalam usaha kerajaan untuk memastikan rakyat dapat menonton kejohanan itu secara inklusif, sah dan menyeluruh.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat melalui kerjasama dengan sektor swasta bagi menjamin penyiaran berkualiti tinggi serta capaian meluas kepada penonton di seluruh negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778707/berita/nasional/rtm-unifi-tv-penyiar-rasmi-piala-dunia-fifa-2026-di-malaysia---fahmi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PialaDuniaFIFA2026 #RTMUnifiTVpenyiarrasmiPialaDunia
Kerajaan bersetuju menyalurkan wang pendahuluan Kadar Khas Inisiatif Pembajakan sebanyak RM200 sehektar kepada pesawah bagi memastikan aktiviti penanaman padi dapat diteruskan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif tersebut melibatkan implikasi kewangan RM48 juta dan memberi manfaat kepada 240,000 pesawah berdaftar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778559/berita/nasional/kerajaan-salur-rm200-sehektar-kepada-pesawah-bantu-teruskan-pembajakan
#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaSemasa #Pesawah #KadarKhasInisiatifPembajakan
Kerajaan mengarahkan pengurangan kadar sewa premis perniagaan milik agensi seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) berkuat kuasa serta-merta bulan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu diputuskan bagi meringankan beban peniaga kecil dan penjaja susulan tekanan kos akibat krisis bekalan global yang kian meruncing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778557/berita/nasional/kadar-sewa-premis-perniagaan-milik-mara-uda-pbt-dikurangkan
#SinarHarian #SinarTerkini #BeritaSemasa #KadarSewa #PremisPerniagaan #MARA #UDA
From the publisher's feed