Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • 'Tak sentuh langsung perkara itu, PRN Johor tidak diadakan esok' - Ahmad Zahid

    Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tiada sebarang perbincangan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dalam pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di Istana Besar Johor pada Isnin.

    Timbalan Perdana Menteri itu menjelaskan, perbincangan mengenai PRN Johor akan dibincangkan bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim dan Tunku Ismail.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779375/berita/politik/tak-sentuh-langsung-perkara-itu-prn-johor-tidak-diadakan-esok---ahmad-zahid

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #PRN

    3 min
  • 'Saya selalu fikirkan tentang kematian'

    “Bila umur makin meningkat, saya selalu fikirkan tentang kematian.”

    Demikian pengakuan jujur pelakon veteran, Mahmud Ali Bashah yang mengakui usia 66 tahun membuka ruang untuk dirinya lebih banyak bermuhasabah tentang kehidupan, amalan dan persediaan menuju akhirat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779327/berita/nasional/saya-selalu-fikirkan-tentang-kematian

    Muzik: Rustle of Leaves - Veance D dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #JemaahHaji #TabungHaji

    2 min
  • Tokoh kewangan Islam Daud Bakar, rakan kongsi didakwa pecah amanah RM10.55 juta

    Tokoh kewangan Islam Daud Bakar, rakan kongsi didakwa pecah amanah RM10.55 juta

    Tokoh kewangan Islam, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan rakan kongsinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin atas tujuh pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM10.55 juta antara 2021 dan 2024 lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin. 

    Mohd Daud, 62, yang juga bekas Pengerusi Majlis Penasihat Shariah (SAC) Bank Negara Malaysia (BNM) dan Datuk Norliza Tajuddin, 54, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin.

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779315/berita/semasa/tokoh-kewangan-islam-daud-bakar-rakan-kongsi-didakwa-pecah-amanah-rm1055-juta

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #TokohKewanganIslam #DaudBakar #PecahAmanah

    3 min
  • Anuar jual nasi lemak 50 sen sebungkus, air RM1 secawan

    Anuar jual nasi lemak 50 sen sebungkus, air RM1 secawan

    Dahulu nasi lemak dijual dengan harga 30 sen sebungkus namun kini makanan itu dijual pada harga 50 sen, manakala minuman pula hanya RM1 secawan, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

    Pemilik warung, Anuar Md Sani, 54, berkata, walaupun bergelut isu kenaikan harga, kedainya di Jalan Bukit Tembakau, Umbai, Jasin, Melaka masih mengekalkan harga tersebut sejak dua dekad lalu.

    Muzik: Alongtheriver dari www.bensound.com

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/778263/edisi/melaka-ns/anuar-jual-nasi-lemak-50-sen-sebungkus-air-rm1-secawan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #NasiLemak #50Sen #Melaka

    2 min
  • Bulan madu paling indah di Tanah Suci

    Jika kebanyakan pasangan pengantin baharu memilih destinasi pelancongan sebagai lokasi berbulan madu, berbeza buat sepasang suami isteri dari Melaka yang menyifatkan peluang menunaikan ibadah haji bersama sebagai hadiah perkahwinan paling bermakna buat mereka,  lapor wartawan Sinar Harian, Rosli Ahmad.

    Wan Amirah Zakirah, 27, dan suaminya, Nur Fakhri Nur Fazil, 28, berkata, peluang menjadi tetamu ALLAH pada musim haji tahun ini hadir tidak lama selepas mereka mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779220/berita/nasional/bulan-madu-paling-indah-di-tanah-suci

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa  #jemaahhaji #jemaahhaji2026 #TH

    3 min
  • Jangan ada interpretasi negatif pindaan Akta Mara - Ahmad Zahid

    Pihak tertentu diingatkan agar tidak membuat interpretasi negatif berhubung cadangan pindaan Akta Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang sedang diperincikan kerajaan ketika ini.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pindaan tersebut dibuat sendiri oleh pihak Mara melalui keputusan mesyuarat ahli-ahli majlis institusi berkenaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779228/berita/nasional/jangan-ada-interpretasi-negatif-pindaan-akta-mara---ahmad-zahid

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #pindaanaktaMara #ZahidHamidi #Mara

    2 min
  • 22 tahun menanti, pak cik Daud tunai haji tanpa isteri

    Langkahnya perlahan, tubuhnya sedikit bongkok, namun semangat warga emas ini tetap gagah mengatur perjalanan menuju Baitullah, lapor wartawan Sinar Harian, Rosli Ahmad.

    Namun setiap hayunan kaki menuju ke Masjidil Haram menjadi perjalanan penuh sentimental, sarat rasa syukur yang mendalam.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779212/berita/nasional/22-tahun-menanti-pak-cik-daud-tunai-haji-tanpa-isteri

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #jemaahhaji2026 #TH

    3 min
  • Jemaah haji diingatkan hormati keselesaan bersama, elak merokok

    Ibadah haji bukan sekadar perjalanan menyempurnakan tuntutan agama tetapi juga medan mendidik kesabaran, disiplin dan rasa hormat sesama insan sepanjang berada di Tanah Suci, lapor wartawan Sinar Harian, Rosli Ahmad.

    Atas semangat itu, Pengurusan Tabung Haji (TH) mengingatkan jemaah haji muassasah supaya menjaga adab serta mematuhi peraturan ditetapkan termasuk larangan merokok di kawasan penginapan bagi memastikan kebajikan dan keharmonian semua tetamu Allah terus terpelihara.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779101/berita/nasional/jemaah-haji-diingatkan-hormati-keselesaan-bersama-elak-merokok

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #jemaahhaji2026 #TH

    2 min
  • ‘Semut Hitam’ santuni tetamu ALLAH

    Dalam kesibukan jutaan tetamu ALLAH yang memenuhi bumi Makkah serta cuaca panas mencengkam, kelihatan sekumpulan petugas berpakaian seragam hitam dengan jalur hijau cerah setia berkawal di lokasi strategik.

    Mereka bukan sekadar pemerhati, sebaliknya menjadi talian hayat kepada ribuan jemaah haji Malaysia yang memerlukan bantuan ketika menunaikan ibadah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779099/berita/nasional/semut-hitam-santuni-tetamu-allah

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Haji #TabungHaji #SemutHitam #PetugasHaji

    3 min
  • Pasangan remaja mengaku salah ambil ubat gugur, sembunyi kelahiran

    Pasangan remaja mengaku salah ambil ubat gugur, sembunyi kelahiran

    Sepasang kekasih remaja mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Jumaat atas pertuduhan berasingan menyembunyikan kelahiran serta mengambil ubat menggugurkan kandungan bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

    Tertuduh, Adam Harith Ahmad, 18, dan kekasihnya berusia 17 tahun 10 bulan membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman dan Uthman Abd Ghani selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779023/berita/semasa/pasangan-remaja-mengaku-salah-ambil-ubat-gugur-sembunyi-kelahiran

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Remaja #Ubat #Gugur 

    3 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…