Bekas jaguh badminton paralimpik negara menafikan niat melepaskan 30 koleksi Mercedes-Benz yang dikumpul sejak 1995 disebabkan desakan hidup, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China, Jasmi Md Tegol, 58, berkata, beliau menjual kereta tersebut kerana kesihatannya mula merosot akibat terjatuh di bilik air yang kini menyukarkan pergerakan dan kudratnya untuk menguruskan kenderaan berkenaan.