Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Kemudahan yang disediakan untuk jemaah ketika di Mina

    Kemudahan yang disediakan untuk jemaah ketika di Mina

    Khemah penginapan jemaah haji Malaysia di Mina kini dilengkapi pelbagai kemudahan lebih lengkap dan teratur termasuk sofa bed, penyaman udara, ruang simpanan barang peribadi serta kemudahan mengecas telefon bagi memastikan keselesaan sepanjang tempoh Masyair.

    Penyediaan fasiliti itu mencerminkan usaha berterusan dalam meningkatkan kebajikan serta memberi pengalaman ibadah yang lebih selesa kepada jemaah ketika berada di Tanah Suci.

    Muzik: New Frontier dari www.bensound.com

    Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Jemaahhaji #Haji2026 #TabungHaji #petugashaji

    3 min
  • Pendaftaran laluan khas lepasan SMPC, UEC, Tahfiz ke IPTA dibuka 30 Jun

    Pendaftaran laluan khas lepasan SMPC, UEC, Tahfiz ke IPTA dibuka 30 Jun

    Permohonan bagi laluan khas kemasukan pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan iaitu Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dan tahfiz ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) akan dibuka secara terus melalui universiti terlibat bermula 30 Jun ini.

    Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Azlinda Azman berkata, permohonan tersebut tidak dibuat melalui sistem UPUOnline kerana persediaan sistem berkenaan telah berjalan sejak tahun lalu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780010/berita/nasional/pendaftaran-laluan-khas-lepasan-smpc-uec-tahfiz-ke-ipta-dibuka-30-jun

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #pendaftaranlaluankhaskeIPTA #permohonankemasukankeIPTA

    4 min
  • Sindiket penipuan dalam talian tumpas, RM57.68 juta aset dirampas

    Sindiket penipuan dalam talian tumpas, RM57.68 juta aset dirampas

    Sindiket penipuan dalam talian antarabangsa berjaya dibongkar hasil tangkapan 187 individu dengan rampasan bernilai RM57.68 juta menerusi operasi khas di seluruh negara baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.

    Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, Op Teguh 2.0 pada 6 dan 7 Mei lalu telah melaksanakan sebanyak 46 serbuan di beberapa premis kediaman termasuk kondominium mewah di sekitar Lembah Klang.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779983/berita/semasa/sindiket-penipuan-dalam-talian-tumpas-rm5768-juta-aset-dirampas

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #60saat #sindiketpenipuan #PDRM #operasikhas

    1 min
  • Bayi patah paha semasa rawatan: Polis mohon saksi tampil

    Bayi patah paha semasa rawatan: Polis mohon saksi tampil

    Polis meminta saksi kejadian membabitkan insiden bayi patah paha kanan ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini baru-baru ini, tampil membantu siasatan.

    Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, orang awam atau mana-mana ahli keluarga yang berada di hospital ketika kejadian dan mempunyai sebarang maklumat berkaitan, juga diminta tampil segera.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779982/berita/semasa/bayi-patah-paha-semasa-rawatan-polis-mohon-saksi-tampil

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #PatahPaha #Hospital

    2 min
  • Semangat petugas haji makin membara

    Semangat petugas haji makin membara

    Menjelang kemuncak ibadah haji di Arafah, semangat petugas Tabung Haji (TH) dan rombongan perubatan Malaysia di Tanah Suci semakin membara meskipun berdepan jadual padat serta cabaran operasi yang semakin mencabar, lapor wartawan Sinar Harian, Rosli Ahmad.

    Bagi mereka, amanah menjaga kebajikan dhuyufurrahman bukan sekadar tugas, sebaliknya satu pengorbanan besar yang digalas seperti menjaga ibu bapa dan keluarga sendiri sepanjang musim haji berlangsung.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779955/berita/nasional/semangat-petugas-haji-makin-membara

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Jemaahhaji #jemaahhaji2026 #TH #petugashaji

    3 min
  • Ruang tamu jadi perpustakaan

    Demi cinta terhadap buku, sepasang suami isteri sanggup berbelanja kira-kira RM20,000 untuk mengubah suai ruang tamu rumah teres mereka menjadi sebuah perpustakaan mini keluarga, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

    Sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke kediaman Datuk Zamri Misman, 54, dan Datin Nor Azzah Momin, 54, di Nilai Impian pasti teruja melihat hampir keseluruhan ruang tersebut dipenuhi rak buku tersusun rapi, persis sebuah kedai buku.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779759/berita/laporan-khas/ruang-tamu-jadi-perpustakaan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #ruangtamujadiperpustakaan #laporankhas

    3 min
  • 'Pengumuman bersama Nik Nazmi pada Ahad ini bukan biasa-biasa' - Rafizi

    Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli memberi isyarat bahawa pengumuman yang akan dibuatnya bersama Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad pada Ahad ini bukan satu pengumuman biasa, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi politik, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 

    Beliau berkata, pengumuman tersebut dijangka mempunyai makna lebih besar berbanding kenyataan politik lazim, namun enggan memperincikan kandungan sebenar buat masa ini.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779837/berita/politik/pengumuman-bersama-nik-nazmi-pada-ahad-ini-bukan-biasa-biasa---rafizi

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #NikNazmi #RafiziRamli #pengumumanluarbiasa

    2 min
  • 26 warga Indonesia guna MyKad palsu ditahan

    Seramai 26 pekerja warga Indonesia dipercayai menggunakan MyKad palsu ditahan dalam Ops Pandan yang dijalankan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di dua gudang pakaian Shah Alam, pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail. 

    Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mazhad Abdul Aziz berkata, dalam operasi jam 10.30 pagi itu, seramai 134 individu telah diperiksa.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779832/berita/semasa/26-warga-indonesia-guna-mykad-palsu-ditahan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #OpsPandan #wargaasing #gunamykadpalsu #JPN

    2 min
  • Amanah besar jaga kebajikan jemaah haji

    Kepercayaan tinggi rakyat Malaysia terhadap Lembaga Tabung Haji (TH) dalam mengurus dan menjaga kebajikan jemaah haji di Tanah Suci disifatkan sebagai satu amanah besar yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab oleh setiap petugas haji negara, lapor wartawan Sinar Harian, Rosli Ahmad.

    Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, antara ungkapan yang paling menyentuh hati diterima pihaknya ialah apabila waris jemaah menyerahkan sepenuhnya ibu bapa mereka kepada TH untuk dijaga sepanjang berada di Tanah Suci.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779820/berita/nasional/amanah-besar-jaga-kebajikan-jemaah-haji

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #TH #jemaahhaji2026 #kebajikanjemaahhaji

    3 min
  • Cantik di luar, pengotor di rumah

    Lumrah manusia memang mudah tertarik kepada kecantikan. Kita cepat terpikat dengan wajah yang menawan, penampilan kemas dan gaya berpakaian yang ikut trend semasa, seolah-olah itu sudah cukup untuk melambangkan kesempur-naan seseorang.

    Tapi persoalannya, benarkah apa yang kita lihat itu mencerminkan realiti hidup mereka di rumah?

    Audio: Dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779760/suara-sinar/komentar-editor/cantik-di-luar-pengotor-di-rumah

    Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

    #SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #cantik #pengotor

    5 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…