Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Cemburu dipercayai punca duda tikam leher wanita dalam kereta

    Cemburu dipercayai punca duda tikam leher wanita dalam kereta

    Polis percaya unsur cemburu menjadi motif awal seorang wanita ditikam di bahagian leher ketika berada dalam sebuah kereta di hadapan restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar pada malam Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.

    Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780454/berita/semasa/cemburu-dipercayai-punca-duda-tikam-leher-wanita-dalam-kereta

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Jenayah #tikamwanita #EjenHartanah #Polis

    4 min
  • Perkukuh spiritual warga kesihatan

    Program Arafah #QuranHour 2026 yang dijadual berlangsung pada 26 Mei ini dijangka mampu memperkukuh kesejahteraan emosi dan spiritual dalam kalangan petugas kesihatan,lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

    Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Saharuddin Mohd Kia berkata, program pengisian rohani seperti itu perlu terus diperkasakan kerana al-Quran bukan sekadar untuk dibaca sebaliknya perlu dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780414/khas/quranhour/perkukuh-kesejahteraan-spiritual-warga-kesihatan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Arafah #QuranHour2026

    4 min
  • Rindu terubat di meja makan

    Di Tanah Suci yang dipenuhi lautan manusia datang menyahut panggilan Ilahi, ada satu perkara kecil tetapi cukup dekat di hati jemaah Malaysia, iaitu rasa masakan kampung yang mengingatkan mereka kepada rumah dan keluarga.

    Sehubungan itu, seramai 19 cef dari Malaysia menjadi tulang belakang kepada usaha memastikan jemaah negara terus dapat menikmati hidangan bercita rasa Malaysia walaupun berdepan pelbagai kekangan bahan mentah di bumi Arab.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780440/berita/nasional/rindu-terubat-di-meja-makan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #TabungHaji #Haji

    3 min
  • [WAWANCARA KHAS] KDNK BUKAN SEGALANYA, T20 BUKAN SEKADAR GAJI

    Dalam dunia ekonomi yang sering diukur melalui angka pertumbuhan dan statistik pelaburan, realiti kehidupan rakyat menurut MENTERI EKONOMI, AKMAL NASRULLAH MOHD NASIR tidak lagi boleh dinilai berdasarkan pendapatan semata-mata. Beliau mengakui definisi T20 semakin kompleks apabila kos hidup, lokaliti dan tanggungan keluarga memberi kesan berbeza terhadap kemampuan sebenar rakyat terutama di bandar besar. 

    Ahli Parlimen Johor Bahru itu turut menegaskan bahawa kerajaan kini memberi tumpuan kepada pelaksanaan dasar yang lebih bersifat realistik dan tersasar berbanding mengejar legasi politik atau angka pertumbuhan semata-mata. 

    Ikuti wawancara khas beliau bersama PENULIS KHAS, KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN pada 18 Mei 2026 (Isnin) jam 6 petang di seluruh platform digital Sinar Harian.

    #SinarHarian #SuaraRakyat #Interviu #AkmalNasir #KementerianEkonomi #PKR #PH #KerajaanMadani #BersamaMalaysia #politik

    43 min
  • 'Dia masih koma, sepatutnya berkahwin Disember ini' – Ibu mangsa rempuhan pemandu mabuk

    Seorang ibu tidak dapat menahan kesedihan apabila anaknya, Zulfiqar Zamir Amirul Nizam, 27 dilaporkan parah dan koma selepas dirempuh kereta dipandu lelaki dipercayai mabuk dan melawan arus di Persiaran Kota, Klang minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

    Hamidah Othman, 54, berkata, anaknya yang berusia 27 tahun itu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780425/berita/semasa/persiapan-kahwin-dah-buat---ibu-pilu-anak-koma-dirempuh-pemandu-mabuk

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Ibu #AnakKoma #PemanduMabuk #Langgar

    2 min
  • Lelaki didakwa memandu mabuk, rempuh penunggang motosikal

    Seorang pembantu perancang acara sambilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Klang pada Isnin, atas satu pertuduhan memandu secara mabuk sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal parah dalam kemalangan minggu lalu.

    Low Kean Peng, 35, yang memakai baju T berwarna coklat dan berseluar pendek membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, A Khartiyayini.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780413/berita/semasa/lelaki-didakwa-memandu-mabuk-rempuh-penunggang-motosikal

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mabuk #mahkamah

    3 min
  • Pekerja kedai emas popular didakwa curi cincin, rantai tangan majikan

    Seorang pekerja kedai emas popular mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Seremban pada Isnin atas pertuduhan mencuri sebentuk cincin emas dan seutas rantai tangan emas milik majikannya, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

    Tertuduh, Muhammad Zuhairi Khasful Anuar, 29, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli selepas pertuduhan dibacakan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780396/berita/semasa/pekerja-kedai-emas-popular-didakwa-curi-cincin-rantai-tangan-majikan

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Pekerja #KedaiEmas #Curi

    2 min
  • Rafizi, Nik Nazmi masih terikat bon RM10 juta - PKR

    Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden parti itu, Nik Nazmi Nik Ahmad didakwa masih terikat dengan bon parti bernilai RM10 juta walaupun mengumumkan pengosongan kerusi Parlimen sebelum keluar parti.

    Setiausaha Agung PKR, Datuk Fuziah Salleh berkata, terdapat bukti Ahli Parlimen Pandan dan Setiawangsa itu sudah menyertai Parti Bersama Malaysia (MU) lebih awal iaitu pada 17 Mei.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780403/berita/politik/rafizi-nik-nazmi-masih-terikat-bon-rm10-juta---pkr 

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.#SinarHarian #BeritaSemasa #Rafizi #NikNazmi #bon10juta #PRK

    2 min
  • Sedia cuti panjang, 7-10 jam balik kampung perkara biasa

    Hujung minggu ini, bermulalah musim cuti sekolah yang dinanti ramai. Dari 22 Mei hingga 7 Jun, lebuh raya utama dijangka kembali dipenuhi kenderaan apabila orang ramai mula pulang ke kampung dan bercuti bersama keluarga.

    Tambahan pula, kali ini cutinya memang panjang dan cantik tersusun. Hari Raya Aidiladha jatuh pada 27 dan 28 Mei, diikuti pula dengan cuti Wesak pada 31 Mei serta Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun. Sebab itu ramai yang awal-awal lagi sudah mohon cuti tambahan untuk menikmati rehat lebih panjang bersama keluarga.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780363/suara-sinar/pojok/sedia-cuti-panjang-7-10-jam-balik-kampung-perkara-biasa

    #SinarHarian #SinarTerkini #CutiSekolah #TrafikJam 

    2 min
  • Wanita ditikam di leher oleh lelaki dikenali

    Seorang wanita cedera ditikam di bahagian kanan lehernya oleh seorang lelaki yang dikenali di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah di Alor Setar pada malam Ahad.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780339/berita/semasa/wanita-ditikam-di-leher-oleh-lelaki-dikenali

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #jenayah #PDRM

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…