
Sign up to save your podcasts
Or


Pas menyifatkan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu di Negeri Sembilan yang menarik balik Akuan Bersumpah (SD) sokongan terhadap pembentukan Kerajaan Negeri sebagai satu langkah yang melanggar prinsip setia kawan, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah pun menghantar surat kepada Bersatu bagi menyatakan bantahan berhubung tindakan mengejut wakil rakyat mereka itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781038/berita/politik/tindakan-adun-bersatu-negeri-sembilan-tarik-balik-sd-langgar-setia-kawan---pas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #politik #Pas #Bersatu #tindakanADUNBersatulanggarsetiakawan
Hubungan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) ibarat retak menanti belah apabila parti Islam itu kini sedang mengkaji dan meneliti satu persatu percanggahan serta tindakan negatif yang dilakukan oleh rakan sekutunya itu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, tindakan Bersatu yang menolak hasrat untuk memperkukuh PN dengan menyekat keahlian parti-parti Melayu-Islam serta parti bukan Islam yang tidak ekstrem adalah sesuatu yang tidak menyenangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781025/berita/politik/pas-kaji-semula-hubungan-dengan-bersatu---abdul-hadi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #politik #paskajisdemulahubungandenganBersatu #Pas #Bersatu
Sana sini orang bercakap mengenai Tony Pua. Siapa Tony ini? Tony pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Damansara (2018–2022) dan Petaling Jaya Utara (2008–2018). Beliau turut memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP.
Namanya menjadi panas apabila mendakwa kuasa raja terhad pada aspek tertentu. Kenyataan dibuat ekoran titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu menyarankan beberapa pemimpin politik untuk menghayati makna sebenar Rukun Negara.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781002/suara-sinar/pojok/bila-kaduk-sudah-naik-junjung-lupa-adab-dan-batas
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #kaduknaikjunjung #adab #MerakJalanan
Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden letupan tong gas di tapak ekspo Dataran Jam Besar, di Sungai Petani dalam kejadian sekitar jam 7.30 malam, Khamis.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, beberapa tangkapan lagi akan dibuat dalam masa terdekat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780984/berita/semasa/letupan-di-tapak-ekspo-dua-lelaki-ditahan-bantu-siasatan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #LetupanGas #tonggasmeletup
Sebuah bas membawa 17 penumpang bas ekspres termasuk seorang kanak-kanak berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Kilometer 195.9 Lebuhraya PLUS arah selatan pada Khamis.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila tayar belakang bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor dipercayai terbakar sebelum kenderaan itu hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pembahagi jalan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780951/berita/semasa/bas-ekspres-bawa-17-penumpang-tiba-tiba-terbakar-terbabas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #BasEkspres #Terbakar
Anak-anak istimewa atau orang kurang upaya (OKU) juga berhak mempelajari al-Quran mengikut kemampuan masing-masing walaupun berdepan pelbagai kekangan pembelajaran serta komunikasi.
Pengarah dan Mentor Bizara, Wan Zakaria Wan Abu Bakar berkata, usaha tersebut selari dengan penghayatan Arafah #QuranHour 2026 yang menekankan pembinaan jiwa, kasih sayang dan nilai ihsan dalam masyarakat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780949/edisi/kelantan/anak-istimewa-juga-berhak-belajar-al-quran
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #QuranHour2026
Seorang pemandu berusia 75 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Klang pada Khamis atas satu pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan dua pejalan kaki yang juga adik-beradik maut minggu lalu.
Pesara, Ang Kim Lai, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret A Khartiyayini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780886/berita/semasa/warga-emas-mengaku-tidak-salah-pandu-melulu-hingga-sebabkan-dua-beradik-maut
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #pandumelulu #Mahkamah
Debaran menjelang kemuncak ibadah haji kini semakin dirasai seluruh jemaah Malaysia di Tanah Suci.
Namun bagi 283 petugas rombongan perubatan, tumpuan mereka kini terarah sepenuhnya kepada operasi Masyair yang dianggap sebagai “medan peperiksaan sebenar” musim haji kali ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780901/berita/nasional/lima-hari-paling-mendebarkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #haji #TabungHaji #Masyair #makkah
Kes bayi meninggal dunia di tangan pengasuh sekali lagi mengejutkan masyarakat. Merak Jalanan sendiri kecewa dengan sikap segelintir pengasuh yang diamanahkan oleh ibu bapa untuk menjaga anak ketika mereka keluar bekerja.
Kerja sebagai pengasuh bukan sekadar beri makan atau menukar lampin kerana ia adalah ujian emosi yang jika tersilap langkah boleh menyebabkan keluarga kehilangan anak.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780844/suara-sinar/pojok/usah-jadi-pengasuh-kalau-kesabaran-senipis-kulit-bawang
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #pengasuh #sabar #MerakJalanan
Polis nafi lindungi anggota dikaitkan sindiket dadah di Langkawi
Polis Kedah menafikan dakwaan pihaknya melindungi seorang anggota polis yang dikaitkan dengan sindiket pengedaran dadah di Langkawi seperti yang tular di media sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, tindakan menukarkan anggota yang dikenali sebagai ‘Mr A’ ke lokasi lain bukan bermaksud pihak polis cuba menyelamatkan individu terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780729/berita/semasa/polis-nafi-lindungi-anggota-dikaitkan-sindiket-dadah-di-langkawi
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Polis #Sindiket #Dadah #Kedah
From the publisher's feed