
Sign up to save your podcasts
Or


Mayat reput ditemui dibungkus dalam tilam, tangan diikat dipercayai dibunuh - Polis
Mayat dipercayai mangsa bunuh yang telah meninggal dunia lebih dua minggu yang dibungkus dalam lipatan tilam dengan tangan diikat ditemukan dalam sebuah rumah kedai di Pokok Mangga, Melaka Tengah pada petang Khamis, lapor wartawan Sinar harian, Norafiza Jaafar.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 7 petang selepas pemilik rumah datang membuat pemeriksaan di unit berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781745/berita/semasa/mayat-reput-ditemui-dibungkus-dalam-tilam-tangan-diikat-dipercayai-dibunuh---polis
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Jenayah #MayatReput #Polis #Melaka
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda Saludin, 49, yang hilang di Gunung Batu Putih kini tertumpu ke kawasan sungai dengan mangsa dipercayai berusaha mencari sumber air selepas lebih 72 jam berada di dalam hutan dengan bekalan terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon berkata, petunjuk terbaharu menunjukkan mangsa berkemungkinan bergerak ke kawasan tersebut iaitu di Sungai Ayer Busok bagi mendapatkan bekalan air.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781681/berita/semasa/lebih-72-jam-hilang-harapan-pasukan-sar-di-laluan-sungai
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #OrangHilang #JaslindaSaludin #SAR #GunungBatuPutih
Suasana hari wukuf di Arafah dimanfaatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan untuk menyantuni jemaah haji Malaysia sambil meninjau sendiri tahap kebajikan serta kemudahan yang disediakan kepada mereka di Tanah Suci.
Beliau meluangkan masa mengunjungi khemah penginapan jemaah di sini pada Selasa selain meninjau lokasi rawatan kesihatan yang disediakan sepanjang operasi masyair bagi memastikan keselesaan jemaah berada pada tahap terbaik.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781551/berita/nasional/cadangan-tambah-baik-maklum-balas-operasi-haji-diteliti---menteri-agama
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Haji #arafah
Mahkamah Sesyen Alor Setar memerintahkan ejen hartanah yang menikam kenalan wanitanya dalam kejadian di Titi Gajah pada 17 Mei dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk penilaian psikiatri.
Hakim N Priscilla Hemamalini membenarkan tertuduh, Muhammad Ilhamni Badaruddin, 32, dirujuk ke hospital berkenaan mengikut Sesyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781540/berita/semasa/tikam-ibu-tunggal-mahkamah-arah-ejen-hartanah-jalani-penilaian-psikiatri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #psikiatri
Politik Malaysia hari ini kembali panas apabila hubungan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dikatakan semakin goyah. Dalam masa sama, Perikatan Nasional (PN) juga tidak sunyi daripada pergolakan apabila wujud dakwaan hubungan Pas dan Bersatu mula menunjukkan keretakan tertentu.
Hakikatnya, polemik politik seperti ini bukan perkara baharu dalam negara. Kawan boleh menjadi lawan, lawan pula boleh duduk semeja demi kepentingan politik dan survival kuasa. Namun di sebalik segala pertelingkahan itu, ada satu hakikat yang sukar dinafikan, bukan senang menjadi seorang Perdana Menteri.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781509/suara-sinar/pojok/bukan-mudah-jadi-pm-tun-m-pun-pernah-dibenci
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #PM #TunDrMahathir #pemimpin #MerakJalanan
Kira-kira 300 peserta berpakaian serba putih memeriahkan program Arafah #QuranHour Peringkat Negeri Perak yang berlangsung di Masjid Jamek Al-Ahmadiah, Kampung Changkat Larang, Lahat, Ipoh pada Isnin.
Pengerusi Rumah Ngaji Perak, Robaatun Hadayiah Harun berkata, sambutan memberangsangkan itu membuktikan kecintaan masyarakat terhadap program berteraskan al-Quran yang semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat negeri ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781418/khas/quranhour/berpakaian-serba-putih-jayakan-arafah-quranhour
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Arafah#QuranHour
Buaya di Sungai Linggi dipercayai bertindak agresif sehingga menyerang seorang warga emas yang sedang menjala udang pada pagi Isnin kerana dikatakan marah selepas anaknya dicuri, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Perkara itu dikongsi seorang penduduk kampung yang enggan dikenali ketika ditemui di Hospital Port Dickson di sini pada Isnin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781434/berita/semasa/penduduk-dakwa-buaya-jadi-ganas-kerana-marah-anak-dicuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #wargaemasdibahambuaya #diserangbuaya #buayasungailinggi
Seramai 31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak secara berperingkat ke Arafah bermula jam 7.30 pagi pada Isnin bagi menunaikan rukun kemuncak ibadah haji iaitu wukuf, lapor wartawan Sinar Harian, Rosli Ahmad.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pergerakan melibatkan enam maktab itu dijadual selesai sepenuhnya pada hari sama bagi memastikan semua jemaah tiba dengan selamat di Arafah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781413/berita/nasional/jemaah-haji-malaysia-mula-bergerak-ke-arafah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #jemaahhaji2026 #jemaahkeArafah #wukufdiArafah
Video tular menunjukkan seorang bapa meraung hiba di sisi keranda anaknya yang maut dalam kemalangan di di Jalan Losong, Kuala Terengganu beberapa hari lalu benar-benar meruntun jiwa Merak Jalanan.
Sukar untuk menggambarkan perasaan luluh apabila melihat seorang ayah seakan tidak mampu menerima hakikat anak sulung yang dibesarkan penuh kasih sayang pergi dalam keadaan begitu tragis.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781367/suara-sinar/pojok/tangisan-ayah-di-sisi-keranda-anak-undang-sebak-rakyat
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #tangisanayah #anak #MerakJalanan
Kegembiraan tiga beradik dari Kedah menunaikan ibadah haji pada usia muda tahun ini disulami rasa sebak apabila ibu bapa mereka yang turut menerima tawaran haji tidak dapat berangkat ke Tanah Suci atas faktor kesihatan, lapor wartawan Sinar Harian, Rosli Ahmad.
Lebih menyentuh hati, kakak sulung mereka yang juga menerima tawaran haji sanggup menangguhkan pemergiannya demi menjaga kedua-dua ibu bapa serta anak-anak saudara di tanah air.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781396/berita/nasional/kakak-korban-giliran-tunai-haji-demi-jaga-keluarga
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jemaahhaji #jemaahhaji2026 #kakakberkorbandemikeluaga
From the publisher's feed