Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Ahli politik jaga tutur kata, jangan salah guna kebebasan bersuara - Agong

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menitahkan semua pemimpin politik supaya sentiasa menjaga adab dan tutur kata serta berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

    Sultan Ibrahim bertitah, ahli politik tidak seharusnya mencetuskan sebarang provokasi terhadap isu sensitif terutama menjelang musim pilihan raya yang menjadi medan untuk menonjolkan diri bagi memikat hati rakyat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/782071/berita/nasional/ahli-politik-jaga-tutur-kata-jangan-salah-guna-kebebasan-bersuara---agong

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #SultanIbrahim #InstitusiDiraja #Politik

    2 min
  • Individu tidak mahu ikut prinsip Rukun Negara tidak layak digelar warganegara - Agong

    Individu tidak mahu ikut prinsip Rukun Negara tidak layak digelar warganegara - Agong

    Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini bertitah bahawa mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara, tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia.

    Seri Paduka Baginda bertitah Rukun Negara yang diperkenalkan pada 31 Ogos 1970, merupakan aku janji dan ikrar setiap warga Malaysia bagi membina semula perpaduan kaum serta menjamin keharmonian masyarakat.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/782058/berita/nasional/individu-tidak-mahu-ikut-prinsip-rukun-negara-tidak-layak-digelar-warganegara---agong

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #SultanIbrahim #RukunNegara #InstitusiDiraja

    4 min
  • Operasi SAR Jaslinda berdepan ancaman haiwan buas

    Operasi SAR Jaslinda berdepan ancaman haiwan buas

    Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih berdepan risiko ancaman hidupan liar apabila pasukan penyelamat mengesan kehadiran najis dipercayai milik haiwan berbahaya termasuk harimau kumbang, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, penemuan tersebut dikenal pasti oleh pasukan yang berada di lapangan sepanjang operasi pencarian dijalankan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/782003/berita/semasa/operasi-sar-jaslinda-berdepan-ancaman-haiwan-buas

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #SAR #Jaslinda #Ancaman #HaiwanBuas

    1 min
  • Pelaburan emas jadi tumpuan susulan penurunan harga semasa

    Pelaburan emas jadi tumpuan susulan penurunan harga semasa

    Penurunan harga emas semasa dilihat membuka peluang kepada lebih ramai pelabur untuk menambah pegangan logam berharga itu terutama dalam kalangan penyimpan emas yang menunggu masa sesuai untuk membeli pada harga lebih rendah, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

    Usahawan pelaburan emas, Datuk Yahanis Yahya berkata, golongan pelabur berpengalaman lazimnya akan mengambil kesempatan ketika harga emas turun bagi meningkatkan simpanan mereka dalam kuantiti yang besar.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781996/bisnes/pelaburan-emas-jadi-tumpuan-susulan-penurunan-harga-semasa

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Emas #HargaEmas #Pelaburan

    2 min
  • Rakyat perlu peka terhadap krisis kejutan tenaga

    South-East Asian Futures Initiative Centre (SEAFIC), Dr Mikhail Rosli menasihatkan rakyat negara ini perlu peka terhadap krisis kejutan tenaga yang melanda negara.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781929/berita/wawancara/bukan-sekadar-isu-minyak

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #krisisminyak #kejutantenaga #SEAFIC

    2 min
  • Perantau ambil peluang serbu kedai emas

    Perantau ambil peluang serbu kedai emas

    Penurunan harga emas 916 mendorong orang ramai termasuk perantau mengambil peluang membeli barang kemas itu sebelum pulang ke ibu kota selepas cuti Aidiladha, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.

    Tinjauan Sinar Harian di beberapa kedai emas sekitar Kota Bharu mendapati, beberapa premis menerima kehadiran pelanggan luar biasa berbanding biasa susulan harga emas lebih rendah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781938/berita/nasional/perantau-ambil-peluang-serbu-kedai-emas

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Emas #Kelantan #KedaiEmas

    2 min
  • Kejutan tenaga: Beberapa industri mula buat perubahan

    South-East Asian Futures Initiative Centre (SEAFIC), Dr Mikhail Rosli berkata, banyak input industri dalam ekonomi negara bergantung kepada bekalan dari rantau Teluk.

    Antaranya termasuk nafta untuk penghasilan plastik serta urea bagi baja dan keperluan lain.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781929/berita/wawancara/bukan-sekadar-isu-minyak

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #krisisminyak #kejutantenaga #SEAFIC #impakpadaindustridiMalaysia

    2 min
  • Malaysia kekal unggul, raih Anugerah Labbaittom kali kelima

    Malaysia terus mengekalkan kecemerlangan dalam pengurusan haji apabila berjaya meraih Anugerah Labbaittom buat tahun kelima berturut-turut, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara model pengurusan haji terbaik di peringkat antarabangsa.

    Lebih membanggakan, bagi musim haji 1447H/2026M, negara sekali lagi menerima pengiktirafan tertinggi kategori Diamond daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, menjadikannya kemenangan kedua berturut-turut dalam kategori berprestij berkenaan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781853/berita/nasional/malaysia-kekal-unggul-raih-anugerah-labbaittom-kali-kelima

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Haji #TabungHaji #Anugerah #Labbaittom

    2 min
  • PRN Johor boleh diadakan bila-bila masa, MCA sudah bersedia - Ka Siong

    PRN Johor boleh diadakan bila-bila masa, MCA sudah bersedia - Ka Siong

    Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diadakan pada bila-bila masa selepas lebih empat tahun Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri sejak 2022, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA telah mempersiapkan jenteranya di kesemua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memastikan kemenangan gabungan tersebut.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781800/berita/politik/prn-johor-boleh-diadakan-bila-bila-masa-mca-sudah-bersedia---ka-siong

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PRN #Johor #BN

    2 min
  • Peronda perubatan jadi talian hayat jemaah

    Dalam kepenatan dan cuaca panas yang menguji fizikal jemaah haji ketika menuju ke Kompleks Jamarat, ada antara mereka yang terpaksa berhenti berehat di tepi laluan akibat keletihan, sakit badan dan kekurangan tenaga.

    Di saat itulah Pasukan Peronda Perubatan Tabung Haji (TH) tampil menjadi antara ‘wira tidak didendang’ yang setia meredah kesesakan ribuan jemaah bagi memastikan keselamatan dhuyufurrahman Malaysia terus terpelihara sepanjang ibadah melontar jamrah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781748/berita/nasional/peronda-perubatan-jadi-talian-hayat-jemaah

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #TabungHaji #Haji #Perondaperubatan

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…