
Sign up to save your podcasts
Or


Pakatan Harapan (PH) perlu berhati-hati dalam menjalin kerjasama dengan mana-mana parti, khususnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, PH mempunyai pengalaman pahit ketika bekerjasama dengan kedua-dua parti tersebut terutama Bersatu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781324/berita/politik/ph-tak-mahu-dipatuk-ular-dua-kali---anthony
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PH #Bersatu #Pas #AnthonyLoke
Hanya bermula dengan simpanan Tabung Haji (TH) serendah RM10 sebulan yang dimulakan ibunya sejak kecil, Muhammad Huzair Zakhal, 39, kini berjaya menunaikan ibadah haji bersama 15 lagi ahli keluarganya di Tanah Suci.
Menurutnya, perjalanan itu bukan sekadar memenuhi panggilan haji, tetapi menjadi bukti pengorbanan dan didikan seorang ibu yang sanggup mengorbankan masa serta kerjayanya demi masa depan anak-anak.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781280/berita/nasional/simpan-rm10-sejak-kecil-16-ahli-keluarga-tunai-haji-bersama
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JemaahHaji #Haji #TabungHaji #Makkah
TH perkasa budaya kebersihan jemaah haji
Dalam suasana jemaah haji yang saling berkongsi ruang penginapan, laluan dan kawasan ibadah di Tanah Suci, sikap menjaga kebersihan dilihat menjadi cerminan akhlak serta disiplin seorang Muslim ketika menjadi tetamu ALLAH.
Sehubungan itu, Lembaga Tabung Haji terus memperkukuh budaya kebersihan dalam kalangan jemaah menerusi Program Kebersihan Bangunan Penginapan Jemaah Haji di Makkah dan Program Kebersihan Masyair bagi musim Haji 1447H/2026M yang dilancarkan pada Sabtu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781281/berita/nasional/th-perkasa-budaya-kebersihan-jemaah-haji
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JemaahHaji #Haji #TabungHaji #Makkah
Musim ikan selar papan 'jinak', jadi lubuk rezeki kaki pancing
Musim ikan selar papan memasuki kawasan muara sungai Terengganu berdekatan kawasan Jambatan Angkat sejak April lalu menjadi 'lubuk' rezeki dan menarik perhatian golongan kaki pancing.
Tinjauan mendapati seawal jam 6.30 pagi, kawasan muara berhampiran Tanjung di Kuala Terengganu sudah mula dipenuhi pemancing yang sanggup berkumpul demi merasai sendiri pengalaman memburu spesies berkenaan yang dikatakan aktif pada awal pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781176/edisi/terengganu/musim-ikan-selar-papan-jinak-jadi-lubuk-rezeki-kaki-pancing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ikanselarpapan #terengganu
Pas akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi memutuskan ketetapan berkaitan hubungannya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kepimpinan parti akan terlebih dahulu mencapai keputusan dalaman sebelum merujuknya kepada Perikatan Nasional (PN).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781206/berita/politik/hubungan-dengan-bersatu-pas-adakan-mesyuarat-sehari-dua-lagi---takiyuddin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #Pas #Bersatu #politik
#WAWANCARA KHAS
Malaysia buru status kuasa angkasa ASEAN
Malaysia tidak lagi melihat teknologi angkasa sekadar berkaitan satelit atau misi penerokaan angkasa lepas, sebaliknya sebagai sumber ekonomi baharu yang mampu menjana pulangan besar kepada negara.
Ketua Pengarah MYSA, Datuk Azlikamil Napiah berkata, menerusi Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030), negara menyasarkan sektor itu menyumbang sekurang-kurangnya RM10 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selain mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan baharu.
Ketika Malaysia kini berada dalam kelompok tiga negara teratas ekosistem angkasa di Asia Tenggara, pelbagai agenda besar sedang dirangka termasuk pembangunan tapak pelancar roket dan Bandar Angkasa.
Teknologi itu juga bukan lagi sesuatu yang jauh daripada kehidupan rakyat apabila data satelit kini membantu sektor pertanian, pengurusan bencana sehingga memudahkan nelayan mencari lokasi tangkapan ikan.
Ikuti wawancara khas bersama Datuk Azlikamil Napiah di semua platform digital Sinar Harian.
Seorang penarik kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Jumaat atas pertuduhan mendatangkan cedera terhadap isterinya dengan membaling kerusi meja solek sehingga menyebabkan mangsa patah tangan kiri dalam kejadian dua minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Tertuduh, Muhammad Rizman Akmal Ahmadiah, 28, didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781049/berita/semasa/penarik-kereta-mengaku-tidak-bersalah-baling-kerusi-kepada-isteri-hingga-patah-tangan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kesjenayah #penarikkeretacederakanisteri #mahkamah
Seorang lelaki mengaku di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat bahawa dia mengurung seorang remaja lelaki berusia 14 tahun kerana mahu mencuri emas di rumah mangsa.
Tertuduh, Mohamad Fadwan Abd Muaain, 42, membuat pengakuan itu ketika prosiding di hadapan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781084/berita/semasa/saya-nak-pecah-rumah-dia---lelaki-mengaku-kurung-remaja-14-tahun-untuk-curi-emas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #kurungremaja
Serangan demi serangan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan lagi boleh dilihat sekadar kritikan biasa dalam sistem demokrasi.
Apa yang sedang berlaku jauh lebih besar, seolah-olah sedang wujud usaha besar membentuk persepsi kerajaan hari ini mesti dijatuhkan segera sebelum sempat menyempurnakan proses pemulihan negara.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780996/khas/pendapat/jangan-jadi-bangsa-yang-lupa-bersyukur
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #syukur #MerakJalanan
Malaysia dilihat berada di landasan terbaik untuk muncul sebagai antara peneraju haji lestari dunia menerusi pelaksanaan inisiatif Haji Lestari (Green Hajj) yang diperkenalkan Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Arab Saudi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, inisiatif itu bukan sahaja memberi fokus kepada aspek ibadah, malah turut menekankan dimensi penjagaan alam sekitar sebagai amanah seluruh umat manusia.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/781061/berita/nasional/malaysia-antara-peneraju-haji-lestari-dunia
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TabungHaji #kitarsemula #hajilestari #GreenHajj
From the publisher's feed