Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • 'Saya cuba panggil, tapi kepalanya sudah terputus berada di bawah kaki' - Bapa

    'Saya cuba panggil, tapi kepalanya sudah terputus berada di bawah kaki' - Bapa

    “Saya cuba panggil dan menggerakkan badan anak saya, tetapi saya dapati kepalanya sudah terputus dan berada di bawah kaki.”

    Demikian detik memilukan diceritakan Wah Tee Tun, 49, apabila menyaksikan anak sulungnya maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Losong Feri, Kuala Terengganu pada Selasa.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780758/berita/semasa/saya-cuba-panggil-tapi-kepalanya-sudah-terputus-berada-di-bawah-kaki---bapa

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Kemalangan #PutusKepala #KualaTerengganu

    2 min
  • Fenomena air pasang: Ombak sampai ke depan rumah - Penduduk

    Kebimbangan penduduk Kampung Huma di sini kian memuncak setelah fenomena air pasang besar dan ombak kuat bukan sahaja menghakis pantai, malah kini menghampiri kediaman mereka, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

    Mohd Rozi Nayan, 58, berkata, hakisan pantai semakin serius sejak beberapa tahun kebelakangan ini menimbulkan kegusaran penduduk terutama yang mempunyai ahli keluarga masih kecil mahupun warga emas.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780773/edisi/utara/fenomena-air-pasang-ombak-sampai-ke-depan-rumah---penduduk

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #AirPasang #TanjungDawai #Ombak #Bencana

    2 min
  • TH guna AI, sasar jadi penanda aras dunia pengurusan haji

    Lembaga Tabung Haji (TH) kini mengorak langkah proaktif dengan menyepadukan teknologi kecerdasan buatan (AI) ke dalam sistem perkhidmatannya bagi memastikan kebajikan dan kelancaran ibadah jemaah Malaysia kekal pada tahap cemerlang.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, langkah itu bukan sahaja memperkasakan pengoperasian haji, malah bertujuan mengangkat pengurusan haji negara sebagai penanda aras kepada dunia.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780701/berita/nasional/th-guna-ai-sasar-jadi-penanda-aras-dunia-pengurusan-haji

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #TabungHaji #AI #Teknologi #Haji

    2 min
  • Abang, empat rakan didakwa bunuh adik

    Seorang lelaki bersama empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu atas pertuduhan membunuh adik lelaki kandungnya di kawasan Tanjung Rambutan, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

    Tertuduh, SK Siri Sakti Vell, 22, bersama K Thiruchelvan, 33; Shashipal Singh Manmuhan Singh, 36; N Thaneshwaran, 24; dan P Ukenthiran, 35, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Norizan Riduan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780705/berita/semasa/abang-empat-rakan-didakwa-bunuh-adik

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Jenayah #Mahkamah #Ipoh

    2 min
  • Dua individu didakwa bunuh Muhammad Zakir Fikry

    Dua individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) pembelajaran, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, di Kampung Binjai, Banggu, Kota Bharu pada 13 April lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin. 

    Kedua-dua tertuduh, Muhammad Hakim Zikrullah Mohd Zamran, 25, dan Mohamed Eerman Daniel Mohamed Afrizal, 27, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780703/berita/semasa/dua-individu-didakwa-bunuh-muhammad-zakir-fikry

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #MuhammadZakirFikry #Mahkamah #Jenayah

    4 min
  • Pisau ‘rambo’ 6 inci dipercayai digunakan tikam ibu tunggal ditemui di sawah

    Polis berjaya menemukan semula senjata dipercayai digunakan dalam kejadian seorang wanita ditikam di bahagian leher ketika berada di dalam kereta di hadapan sebuah restoran di Jalan Titi Gajah, Kepala Batas, Alor Setar pada malam Ahad lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.

    Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, senjata berupa pisau jenis ‘rambo’ sepanjang kira-kira enam inci itu ditemui pada Isnin hasil dipandu arah oleh suspek.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780699/berita/semasa/pisau-rambo-6-inci-dipercayai-digunakan-tikam-ibu-tunggal-ditemui-di-sawah

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #TitiGajah #TikamWanita #Polis

    1 min
  • Doakan syarikat lingkup, fikir dulu ribuan perut perlu diisi

    Merak Jalanan tengok ramai sekarang ini yang suka tengok perniagaan sesebuah syarikat itu jatuh tersungkur. Bila ada perkara yang tidak menepati kehendak seperti servis kurang memuaskan, mulalah mengutuk di media sosial.

    "Biar lingkup saja syarikat itu, padan muka.” Itu antara komen yang Merak Jalanan jumpa di media sosial melibatkan sebuah syarikat tempatan yang sedang bertungkus-lumus bertahan dalam ekonomi tidak menentu sekarang. Seolah-olah penutupan syarikat itu satu bentuk hiburan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780659/suara-sinar/pojok/doakan-syarikat-lingkup-fikir-dulu-ribuan-perut-perlu-diisi

    #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #SyarikatLingkup

    2 min
  • Dehidrasi, strok haba cabaran utama Masyair

    Setiap langkah jemaah menuju Arafah membawa satu harapan yang sama, namun di belakangnya berdiri pasukan perubatan Tabung Haji (TH) yang sentiasa bersedia memastikan perjalanan itu tidak terhenti di tengah jalan sebelum sempat berwukuf.

    Memastikan setiap jemaah haji Malaysia mampu berwukuf di Arafah menjadi fokus utama pasukan perubatan TH sepanjang operasi Masyair musim haji 1447H.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780549/berita/nasional/dehidrasi-strok-haba-cabaran-utama-masyair

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Haji #JemaahHaji #Makkah #Kesihatan

    2 min
  • Pelajar tahfiz bukan ‘cikai’, terbaik SPM dalam negara

    Kebelakangan ini, Merak Jalanan melihat isu pendidikan tahfiz kembali menjadi perhatian apabila timbul perbahasan mengenai laluan pelajar tahfiz ke institusi pengajian tinggi serta keperluan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    Hakikatnya, sistem aliran tahfiz kini sudah berkembang pesat apabila pelajar-pelajar mereka bukan sahaja menghafaz al-Quran 30 juzuk, malah lebih mengejutkan mereka mampu ‘tapau’ pelajar-pelajar lain dalam keputusan SPM.

    Audio: Dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780499/suara-sinar/pojok/pelajar-tahfiz-bukan-cikai-terbaik-spm-dalam-negara

    Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

    #SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #PelajarTahfiz #TerbaikSPM #MerakJalanan

    3 min
  • Lelaki didenda RM200,000 ceroboh tanah Kerajaan Negeri Pahang

    Mahkamah Sesyen Kuantan pada Isnin menjatuhkan hukuman denda RM200,000 terhadap seorang lelaki selepas didapati bersalah atas pertuduhan menduduki tanah kerajaan negeri tanpa kebenaran di Kampung Permatang Perawan, Pekan, tiga tahun lalu.

    Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan ke atas tertuduh, Cheong Chin Chong.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/780528/berita/semasa/lelaki-didenda-rm200000-ceroboh-tanah-kerajaan-negeri-pahang

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #ceroboh #tanahkerajaan

    2 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…