Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Hai-O bawa rasa Malaysia ubat rindu jemaah haji di Tanah Suci

    Tempoh berada di Tanah Suci antara 45 hingga 50 hari bukanlah satu jangka masa yang singkat buat jemaah haji Malaysia, lapor wartawan sinar Harian, Rosli Ahmad.

    Selain cabaran fizikal ketika menunaikan ibadah, rasa rindu terhadap tanah air khususnya makanan tempatan turut menjadi cabaran emosi kepada sebahagian jemaah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777716/berita/nasional/hai-o-bawa-rasa-malaysia-ubat-rindu-jemaah-haji-di-tanah-suci

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #TH #jemaahhaji #masakanmalaysiadibumiMakkah #jemaahhaji2026

    2 min
  • 'Sebagai ADUN, jangan kerja kita jadi batu api' - MB Selangor

    Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengingatkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya tidak menjadi batu api dalam memainkan isu ternakan babi di negeri ini demi kepentingan sendiri.

    Amirudin turut menasihatkan semua wakil rakyat di negeri ini supaya berhati-hati ‘main wayang’ dalam memberi pandangan berhubung perkara terbabit. Beliau berkata, kerajaan negeri bertanggungjawab memastikan institusi raja sebagai institusi yang mulia dan  perlembagaan serta kehidupan rakyat dapat terus dipertahankan.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #AmirudinShari #IsuBabi #Selangor

    4 min
  • Saya harap suspek dituduh dengan bukti yang kukuh - Abang mangsa pukul

    Keluarga kepada wanita yang dipukul suami dalam kejadian di Ambangan Heights, Sungai Petani Khamis lalu, menzahirkan kesyukuran sebaik sahaja lelaki itu berjaya diberkas polis, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

    Abang mangsa, Mohd Firdaus Mokhtar, 45, berkata, keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara telus dan adil.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777748/berita/semasa/saya-datang-ke-mahkamah-nak-tengok-muka-dia---abang-mangsa-pukul-hingga-gugur

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #lelakipukulisterideremantujuhhari #abangmangsamahutengukmukasuspek

    2 min
  • Lelaki pukul isteri hingga keguguran direman tujuh hari

    Mahkamah Majistret Sungai Petani pada Rabu membenarkan reman selama tujuh hari terhadap seorang lelaki yang disyaki memukul isterinya hingga parah dalam kejadian di Ambangan Heights, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

    Perintah reman terhadap suspek berusia 43 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Mohamad Azlan Basri, bagi membantu siasatan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777730/berita/semasa/lelaki-pukul-isteri-hingga-keguguran-direman-tujuh-hari

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #lelakipukulisteridireman #lelakipukulisterideremantujuhhari

    2 min
  • Hina sultan: Maaf sahaja tak cukup!

    Terkejut Merak Jalanan melihat tangkap layar satu hantaran hasil daripada suntingan yang menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

    Entah bagaimana pihak tidak bertanggungjawab itu begitu berani menyunting gambar berkenaan dipercayai susulan titah baginda mengenai isu penternakan babi baru-baru ini.

    Audio: Dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777690/suara-sinar/pojok/hina-sultan-maaf-sahaja-tak-cukup

    Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

    #SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #isuhinasultan #MerakJalanan

    2 min
  • Pemimpin politik berkumpul di hospital, Lek Khang selesai jalani pembedahan

    Bekas Ketua Bersekutu Bersatu Johor, Datuk Tan Lek Khang kini berada dalam tempoh pemulihan selepas selesai menjalani pembedahan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru pada malam Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Lek Khang masih belum boleh dilawati oleh sesiapa termasuk ahli keluarga terdekat kerana masih berada dalam fasa pemulihan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777710/edisi/johor/pemimpin-politik-berkumpul-di-hospital-lek-khang-selesai-jalani-pembedahan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #TanLekKhangjalanipembedahan #pemimpinpolitikberkumpul

    2 min
  • Isu babi: ADUN Taman Medan diarah keluar dewan, digantung tiga hari

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Dr Afif Bahardin digantung selama tiga hari sehingga Rabu selepas mempertikaikan keputusan Speaker menolak usul  supaya merujuk Wong Siew Ki (ADUN Seri Kembangan) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

    Dr Afif  diarahkan keluar dari Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Persidangan DUN Selangor Ke-15 pada Isnin oleh Speaker, Lau Weng San.

    #sinarharian #beritaterkini #DrAfif #ADUNTamanMedan #SidangDUNSelangor #isubabi

    2 min
  • 'Saya bukan nak jadi MB Negeri Sembilan' - Jalaluddin

    'Saya bukan nak jadi MB Negeri Sembilan' - Jalaluddin

    Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menafikan bahawa beliau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-BN mahu menjadi Menteri Besar susulan tindakan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun.

    Menurutnya, keputusan memilih Menteri Besar bukannya terletak kepada UMNO sebaliknya dibuat oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777609/berita/politik/saya-bukan-nak-jadi-mb-negeri-sembilan---jalaluddin

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #konflikN9 #UMNO #UMNOBN

    2 min
  • THhujjaj mudahkan urusan jemaah haji Malaysia

    THhujjaj mudahkan urusan jemaah haji Malaysia

    Pelbagai penambahbaikan yang dilaksanakan pada musim haji tahun ini membolehkan jemaah haji Malaysia menikmati urusan lebih tersusun, selesa dan teratur sepanjang berada di Tanah Suci melibatkan pengurusan maktab, penginapan, kesihatan serta pergerakan jemaah.

    Pengarah Operasi Maktab, Mohd Fahmi Kamarudin berkata, antara pembaharuan utama yang diperkenalkan ialah platform digital THhujjaj bagi membantu jemaah mendapatkan maklumat itinerari, agenda harian serta informasi terkini sepanjang berada di Tanah Suci.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777614/berita/nasional/thhujjaj-mudahkan-urusan-jemaah-haji-Malaysia

    #SinarHarian #BeritaSemasa #THujjaj #jemaahhaji2026 #jemaahhaji #TH

    1 min
  • Lima pertuduhan dadah: Pemandu peribadi berdepan hukuman mati, penjara seumur hidup

    Lima pertuduhan dadah: Pemandu peribadi berdepan hukuman mati, penjara seumur hidup

    Seorang pemandu peribadi berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Selasa atas lima pertuduhan mengedar dadah pada Mac lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noafiza Jaafar.

    Tertuduh, Chai Koh Chun, 55, didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777604/berita/semasa/lima-pertuduhan-dadah-pemandu-peribadi-berdepan-hukuman-mati-penjara-seumur-hidup

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #kesdadah #mahkamah #pemanduperibadiberdepanhukumanmati

    3 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…