
Sign up to save your podcasts
Or


Malaysia kekal kepusatan ASEAN, tolak campur tangan luar - Saifuddin Nasution
Kerajaan Malaysia menegaskan tidak akan membenarkan mana-mana kuasa besar dunia menentukan dasar keselamatan di Selat Melaka, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Malaysia kekal sebagai zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) di bawah prinsip centrality (kepusatan) ASEAN.
Artikel: http://sinarharian.com.my/article/777598/berita/nasional/malaysia-kekal-kepusatan-asean-tolak-campur-tangan-luar---saifuddin-nasution
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #MalaysiakekalkepusatanASEAN #ASEAN #KDN #SaifuddinNasution
Ketika budaya merakam dan berkongsi momen menjadi kebiasaan masyarakat hari ini, jemaah haji diingatkan supaya tidak terlalu asyik mengejar kandungan media sosial hingga terlupa matlamat utama berada di Tanah Suci iaitu menunaikan ibadah dengan penuh khusyuk, lapor wartawan Sinar Harian, Rosli Ahmad.
Pengarah Operasi Bimbingan Haji Tabung Haji (TH), Shahrin Awaluddin berkata, jemaah termasuk golongan muda perlu bijak mengimbangi penggunaan teknologi agar ia tidak menjejaskan tumpuan terhadap ibadah haji.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777536/berita/nasional/jangan-kejar-content-di-tanah-suci---th
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TH #jemaahhaji2026 #jemaahhaji
Dalam politik 'peluang' sedang dicari dan itu 'peluang' mereka - Zahid Hamidi
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam politik tentunya 'peluang' sedang dicari dan itu 'peluang' mereka.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai krisis yang berlaku di Negeri Sembilan.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #Politik #KrisisNegeriSembilan
'Itu keputusan UMNO/BN Negeri Sembilan'
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri yang dibuat oleh 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO di Negeri Sembilan adalah keputusan mereka sendiri.
Beliau berkata, kepimpinan UMNO akan meneliti dan melihat implikasi politik susulan keputusan berkenaan.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #Politik #KrisisNegeriSembilan
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan bahawa beliau kekal sebagai Menteri Besar sehingga sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Neger i(DUN) diperjelaskan.
Perkara itu dimaklumkan oleh beliau dalam sidang media khas yang diadakan di kediaman rasminya pada jam 4.30 petang Isnin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777495/berita/politik/aminuddin-kekal-mb-negeri-sembilannbsp
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KrisisNegeriSembilan #MB #AminuddinHarun
DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, kedudukan Aminuddin kekal sebagai Menteri Besar sehingga dibuktikan sebaliknya di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777504/berita/politik/dap-amanah-negeri-sembilan-sokong-kepimpinan-aminuddin-tolak-gerakan-pintu-belakang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #Amanah #krisisN9 #krisisNegeriSembilan #AminuddinHarun
Pakatan Harapan (PH) tampak sedang berdepan ujian paling getir menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Isunya bukan sekadar soal strategi, tetapi keutuhan dalaman dan kejelasan arah politik.
Analisis semasa menunjukkan jenama PH semakin pudar selepas pembentukan Kerajaan Perpaduan. Kegagalan menghidupkan semula identiti asal gabungan itu membuka ruang kepada kekeliruan dalam kalangan penyokong akar umbi.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777402/suara-sinar/lidah-pengarang/dap-berisiko-tinggal-ph-ikut-rafizi-hadapi-pru16
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #DAP #PakatanHarapan
Dakwaan tular di media sosial kononnya pihak berkuasa Arab Saudi mengenakan denda 10,000 riyal (RM10,500) terhadap mana-mana individu yang mengambil gambar atau video di Masjidil Haram khususnya di hadapan Kaabah, selain ditahan dan dihantar pulang ke negara asal adalah tidak benar, lapor wartawan Sinar Harian, Rosli Ahmad.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd Hisham Harun berkata, jemaah dibenarkan mengambil gambar di kawasan Masjidil Haram termasuk di sekitar Kaabah, namun disarankan supaya tidak berbuat demikian ketika sedang melaksanakan ibadah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777455/berita/nasional/tiada-denda-bergambar-depan-kaabah-dakwaan-tular-tidak-benar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Jemaahhaji #jemaahhaji2026 #TH #tiadadendabergambardepankaabah
Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan menyatakan kesediaan bekerjasama dengan 14 ADUN UMNO susulan pengumuman hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker dalam sidang media khas di sebuah hotel di sini selepas tiga jam pengumuman dibuat oleh UMNO Negeri Sembilan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777450/berita/politik/krisis-negeri-sembilan-adun-pn-umum-sedia-bekerjasama-dengan-adun-umno
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KrisisNegeriSembilan #UMNO #PN
Dalam siri pertama, saya menceritakan bagaimana satu panggilan kecemasan pada petang Sabtu membawa saya dan dua rakan ke lokasi tragedi tanah runtuh di Madrasah Al-Taqwa, FELCRA Semungkis, Hulu Langat.
Ketika kami tiba dalam hujan lebat, suasana sudah bertukar kelam-kabut dengan jeritan orang kampung yang cuba membantu mangsa.
Audio: Dijana oleh AI
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777396/suara-sinar/komentar-editor/mayat-budak-budak-tersepit-di-dinding
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AudioSiar #mayattersepit #tanahruntuh
From the publisher's feed