Sinar Harian

Sinar Harian

By sinarharianNews
Download on the App Store

Sinar Harian episodes

  • Jemaah Malaysia diingat bersedia hadapi cuaca panas

    Jemaah Malaysia diingat bersedia hadapi cuaca panas

    Perbezaan cuaca ketara antara Malaysia dan Arab Saudi menjadi cabaran utama yang perlu diberi perhatian jemaah haji negara ini apabila suhu di Tanah Suci sepanjang musim haji tahun ini dijangka mencecah lebih 40 darjah Celcius.

    Keadaan panas dan kering yang jauh berbeza dengan iklim lembap di Malaysia boleh memberi kejutan kepada tubuh, khususnya kepada jemaah yang pertama kali menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777192/berita/nasional/jemaah-malaysia-diingat-bersedia-hadapi-cuaca-panas

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Haji #Jemaah #Makkah #Cuaca

    2 min
  • Beg sampai dulu, jemaah tenang tiba di Makkah

    Ketika ribuan tetamu ALLAH menanti saat melangkah ke bumi suci dengan hati berdebar dan penuh harapan, segala urusan kecil yang sering dianggap remeh sebenarnya mampu menentukan tahap keselesaan mereka.

    Dari beg yang sudah tersedia di depan bilik hinggalah petugas yang menanti di pintu lif, setiap persiapan di Maktab dilakukan dengan teliti supaya jemaah boleh tiba dengan tenang dan terus memberi tumpuan kepada ibadah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777175/berita/nasional/beg-sampai-dulu-jemaah-tenang-tiba-di-makkah

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Haji #Jemaah #Makkah

    2 min
  • IKRAM mesti bertanggungjawab

    Bagaimanakah skandal membabitkan penyelewengan sebanyak RM230 juta tidak dapat dikesan oleh sebuah pertubuhan seperti Ikram? Apakah tidak ada auditan dalaman dan luaran selama ini?

    Apakah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) tidak meneliti laporan tahunan Ikram? Apakah longgar sangat pematuhan sistem kewangan hingga wang sebesar itu jumlahnya tidak dapat dikesan ke mana perginya?

    Audio dijana oleh AI

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777167/suara-sinar/awang-paku-serpih/ikram-mesti-bertanggungjawab

    #SinarHarian #SinarTerkini #AudioSiar #IKRAM #SelewengDana

    2 min
  • Isu ternakan babi: Pas Selangor buat 10 laporan, gesa polis ambil tindakan tegas

    Pas Selangor telah membuat 10 laporan polis setakat Jumaat susulan kontroversi melibatkan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Wong Siew Ki berhubung cadangkan penternakan babi secara moden di negeri ini, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.

    Ketua Pemudanya, Mohamed Sukri Omar berkata, laporan tersebut dibuat oleh kawasan Pas seluruh negeri dan jumlah itu dijangka meningkat dari semasa ke semasa.

    Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

    #SinarHarian #SinarTerkini #IsuTernakanBabi #PasSelangor #Selangor

    2 min
  • Lori diubah suai, guna 'fleetcard' jual semula diesel ke tapak pembinaan

    Lori diubah suai, guna 'fleetcard' jual semula diesel ke tapak pembinaan

    Kegiatan seorang lelaki menggunakan lori yang diubah suai tangkinya, disyaki bagi menyeleweng diesel bersubsidi terbongkar selepas diserbu di sebuah stesen minyak di Taman Malim Permai, Melaka pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar. 

    Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Dr Mohd Hazimin Jamaludin berkata, kegiatan itu dikesan hasil risikan dilakukan pihaknya mendapati lori berkenaan menggunakan fleetcard di empat stesen minyak sekitar Malim dalam tempoh sehari.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777129/berita/semasa/lori-diubah-suai-guna-fleetcard-jual-semula-diesel-ke-tapak-pembinaan

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #fleetcard #Seleweng #Diesel

    2 min
  • Pemilikan wang di luar negara: Bawa bukti jika ada dakwaan, jangan jadi fitnah - PM

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan melayan dakwaan tidak berasas yang tular di media sosial kononnya melibatkan pemilikan wang di luar negara.

    Mengulas dakwaan yang dikaitkan dengan sebuah video tular melibatkan individu dikenali sebagai Albert Tei, Anwar berkata, sebarang tuduhan perlu disertakan dengan bukti kukuh dan tidak boleh dijadikan bahan fitnah.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777108/berita/pemilikan-wang-di-luar-negara-bawa-bukti-jika-ada-dakwaan-jangan-jadi-fitnah---pm

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaTerkini #PMX #pemilikanwang

    1 min
  • Tempoh tiga hari bawa pulang Dara, Amoi, Kelat

    Sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) memberi tempoh tiga hari untuk Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Seri Arthur Joseph Kurup untuk mengeluarkan kenyataan membawa pulang tiga ekor gajah Asia yang kini ditempatkan di sebuah zoo di Jepun, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.

    Pengerusi Seketeriat Bahana Kesetiaan Negara (SBKB), Datuk S Kalai menegaskan, gajah- gajah yang dinamakan Dara, Amoi dan Kelat itu dipindahkan ke Zoo Tennoji, Osaka, Jepun pada 10 Mac lalu.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777065/berita/nasional/tempoh-tiga-hari-bawa-pulang-dara-amoi-kelat

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #memorandum #Gajah #Jepun

    3 min
  • Kes enam das tembakan: Suspek ada lesen senjata sah akan dituduh Isnin depan

    Sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dalam kejadian sebuah kedai makan di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi yang mengorbankan tiga individu, dengan motif hutang sekitar RM50,000 dikenal pasti sebagai punca, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

    Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, hasil siasatan di lokasi menemukan enam kelongsong peluru tembakan telah dilepaskan oleh suspek di tempat kejadian.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777056/berita/semasa/enam-das-dilepas-suspek-ada-lesen-senjata-sah-akan-dituduh-isnin-depan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #kestigaindividumautditembak #kestembaktigaindividu #PDRM

    2 min
  • Tengku didakwa tipu bagi dapatkan gelaran Datuk Negeri Sembilan

    Seorang lelaki keturunan 'Tengku' didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada Jumaat atas pertuduhan menipu bagi mendapatkan pingat kebesaran Negeri Sembilan yang membawa gelaran 'Datuk' melibatkan kerugian lebih RM60,000 tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

    Tertuduh, Tengku Ahmad Ariff Mulia Tengku Daeng Bahaismail, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli selepas pertuduhan dibacakan.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777061/berita/semasa/tengku-didakwa-tipu-bagi-dapatkan-gelaran-datuk-negeri-sembilan

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #ketipu #mahkamah #tipudapatkanpingat

    2 min
  • Pemandu bas ‘lalok’ dipenjara 7 bulan denda RM8,000

    Pemandu bas ‘lalok’ dipenjara 7 bulan denda RM8,000

    Seorang pemandu bas ekspres yang videonya tular selepas memandu dalam keadaan khayal dan disahkan positif syabu dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan serta denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah pada Jumaat selepas tertuduh mengaku bersalah memandu secara berbahaya, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

    Tertuduh, Mohd Tamrin Ibrahim, 53, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee.

    Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/777058/berita/semasa/pemandu-bas-lalok-dipenjara-7-bulan-denda-rm8000

    Muzik: Elevate dari www.bensound.com

    Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

    #SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #PemanduBas #Lalok #Penjara

    3 min

About Sinar Harian

From the publisher's feed

SINAR HARIAN versi podcast memaparkan berita-berita dan program terpilih yang menarik dan berkualiti. Layari laman web kami www.sinarharian.com.my untuk pengalaman mendengar unik.

Anda juga…