Direkod dalam kereta ketika perjalanan dari Sg Petani ke Kuala Lumpur, Tengkorak Hang Podcast mempersembahkan sebuah episod perbualan anak beranak, hos THP, Hadri, Pari-Pari Polka Dot & Sang Quds berkenaan episod Pulang Ke Kampung Selepas PKP. Dalam episod terbaru ini, ustazah kegemaran anda iaitu Pari-Pari Polka Dot bersyarah tentang kepentingan pulang ke kampung menjenguk dan menyantuni makpak setelah lama terkurung dek kerana korona durjana. Ustazah juga menggariskan perangai-perangai jahanam anak-anak yang gemar menyusahkan kehidupan makpak dan tingkat-tingkat neraka khas bagi anak-anak bangang sedemikian rupa. Tidak ketinggalan, sang quds mencelah perbualan orang-orang tua dengan idea2 bernas dalam memberi tips merancang perjalan pulang ke kampung supaya tidaklah semuanya terperangkap dalam jem yang maha dahsyat. Duduk di KL jem, balik kampung pun jem, tak ke bosan? Jadi dengarkan sampai habis perbualan hos anda dan kalau gatal tangan nak menyumbang buah fikiran, silalah emel ke [email protected]. Kalau kami rajin kami balas, kalau tidak, kami peram emel anda sampai kiamat. Tinggalkan bullshits, dengarkan the real shits