Baru-baru ni sejak sudah boleh merentas semesta alam, Hadri bersama keluarga kecil pulang ke kampung halaman yang dirindui. Tetapi kali ini ada keistimewaannya - bawa pulang Kaido kucing, ahli keluarga berlainan spesis pulang bersama-sama buat pertama kali. Dengan perjalanan yang mengambil masa hampir 5 jam, Hadri mahu kongsikan pengalaman membawa ahli keluarga berlainan spesis dari keperluan menyediakan keselesaan, keselamatan dan kalaut-malut menjaga Kaido yang begitu eksaited berada dalam suasana yang berbeza dari rumah kecilnya di Damansara.