Terapi Minda

Terapi Minda

By kedai bukuEducationHow To
Download on the App Store

Terapi Minda episodes

  • Kuliah Mauizati IKIM - Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

    Perkongsian bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani yang telah bersiaran menerusi slot Mau`izati di IKIMfm

    Ia memberi penekanan kepada persiapan perjalanan hidup seorang insan dan bekalan yang diperlukan untuk menjalani penghidupan di alam yang yang seterusnya.Manusia seperti yang kita ketahui melalui kehidupan di beberapa alam antaranya: alam arwah, alam syahadah, dan kemudian beralih ke alam kubur (barzakh) yang merupakan permulaan kepada kehidupan di Alam Akhirat. Ustaz Ahmad Dusuki mengupas berhubung saat-saat menghadapi kematian dan kehidupan di alam kubur dengan begitu terperinci berdasarkan kajian para ulama muktabar seperti Imam al-Suyutidan lain-lain.

    3 hr 4 min
  • MINYATUL MUSOLLI OLEH TUAN GURU DATO’ HARON DIN PART 2
    Munyatul Musolli - Cita-Cita Orang Yang Bersembahyang

    Kitab Munyatul Musolli adalah sebuah kitab yang telah sekian lama digunakan dalam pembelajaran fiqh solat terutamanya di sekitar Nusantara. Kitab ini hasil karangan seorang ulama yang berasal dari Pattani, Sheikh Daud Abdullah Al-Fattani.

    Kitab ini dinamakan "Minyatul Musolli" [مِنْيَةُ الْمُصَلِّى]. Boleh juga dibaca "Munyatul Musolli" [مُنْيَةُ الْمُصَلِّى]. Kalimah "minyah" [مِنْيَةُ] ialah kalimah mufrad atau 'singular', jamak [مِنَن] atau [مُنَن] dengan membawa maksud 'orang yang amat berkehendak' ataupun 'sesuatu yang amat dikehendaki'. Ringkasnya, ia dibaca dengan maksud ‘Cita-Cita Orang Yang Bersembahyang’.

    Kitab ini dikategorikan sebagai salah satu kitab asas yang diajar di sekolah-sekolah pondok dan madrasah yang terletak di Malaysia, Indonesia dan selatan Thailand. Malahan, kitab ini juga menjadi teks rujukan kelas takmir dan kuliah-kuliah di masjid dan surau seluruh tanah air.

    Bercerita tentang kitab ini, asas penulisan kitab tertumpu kepada membicarakan ibadah solat yang merupakan rukun Islam yang dilakukan lima kali sehari. Secara amnya, kesemua aspek ibadah solat, baik dari asas rukun dan  syaratnya serta tentang kelebihan solat ada diterangkan didalam kitab ini.

    3 hr 6 min
  • MINYATUL MUSOLLI OLEH TUAN GURU DATO’ HARON DIN PART 1

    MINYATUL MUSOLLI OLEH TUAN GURU DATO’ HARON DIN

    Dengarkan secara Online rakaman kuliah bersiri lengkap pengajian kitab Muniyatul Musolli yang membicarakan perkara-perkara asas tentang solat. Rakaman kuliah ini disampaikan oleh Allahyarham Dato’ Haron Din.

    Munyatul Musolli - Cita-Cita Orang Yang Bersembahyang

    Kitab Munyatul Musolli adalah sebuah kitab yang telah sekian lama digunakan dalam pembelajaran fiqh solat terutamanya di sekitar Nusantara. Kitab ini hasil karangan seorang ulama yang berasal dari Pattani, Sheikh Daud Abdullah Al-Fattani.


    Kitab ini dinamakan "Minyatul Musolli" [مِنْيَةُ الْمُصَلِّى]. Boleh juga dibaca "Munyatul Musolli" [مُنْيَةُ الْمُصَلِّى]. Kalimah "minyah" [مِنْيَةُ] ialah kalimah mufrad atau 'singular', jamak [مِنَن] atau [مُنَن] dengan membawa maksud 'orang yang amat berkehendak' ataupun 'sesuatu yang amat dikehendaki'. Ringkasnya, ia dibaca dengan maksud ‘Cita-Cita Orang Yang Bersembahyang’.

    Kitab ini dikategorikan sebagai salah satu kitab asas yang diajar di sekolah-sekolah pondok dan madrasah yang terletak di Malaysia, Indonesia dan selatan Thailand. Malahan, kitab ini juga menjadi teks rujukan kelas takmir dan kuliah-kuliah di masjid dan surau seluruh tanah air.

    Bercerita tentang kitab ini, asas penulisan kitab tertumpu kepada membicarakan ibadah solat yang merupakan rukun Islam yang dilakukan lima kali sehari. Secara amnya, kesemua aspek ibadah solat, baik dari asas rukun dan  syaratnya serta tentang kelebihan solat ada diterangkan didalam kitab ini.


    1 hr 28 min
  • Kuliah Kenali Rasulullah SAW
    Kuliah Kenali Rasulullah SAW oleh Dr Zahazan Kenali Rasul Kita Muhammad SAW at 5% off! RM84.55 only. Get it on Shopee now! https://shopee.com.my/product/51356729/1348166324?smtt=0.0.9
    16 min

About Terapi Minda

From the publisher's feed

Belajar Mengenal Allah