Zonkuliah

Zonkuliah

By ZonkuliahEducationSelf-Improvement
Download on the App Store

Zonkuliah episodes

  • TNI2 | 040313 | "Ramuan Sihir & Seruan Dari Langit" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 yang berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, pada 4hb Mac 2013.
    ~ Nabi cukup ambil berat hal baca Quran
    ~ Hendaklah hangpa semua banyak baca Quran
    ~ Sesungguhnya, siapa yang rajin baca Quran terutama orang yang hafal Quran, dihari kiamat nanti Quran akan datang sebagai pemberi syafaat
    ~ Wajibkan diri setiap hari baca Quran
    ~ Maksud pemberi syafaat - penolong waktu susah di mahsyar
    ~ Dua surah yang akan datang dalam bentuk dua kepulan awal di mahsyar
    ~ Siapa yang rajin baca Al-Baqarah, maka barakah bagi dia
    ~ Kalau masuk rumah baru - bacalah surah Al-Bakarah
    ~ Orang yang meninggalkan baca Al-Baqarah akan menyesal dihari akhirat
    ~ Surah yang mampu menjadi pendinding sihir
    ~ Tidak akan dikalahkan oleh tukang-tukang sihir (blackmagic)
    ~ Nabi pernah kena sihir oleh seorang Yahudi
    ~ Kambing panggang yang dilumurkan dengan racun
    ~ Persoalan yang Nabi tanya kepada Yahudi yang nak aniaya Nabi
    ~ Allah izinkan Nabi kena racun dan sihir sebagai bukti Nabi itu manusia biasa
    ~ Nabi jadi seolah-olah khayal akibat sihir
    ~ Asas kepada sihir (satu cabang ilmu) yang ada dalam masyarakat - diamalkan oleh orang yang tak beriman
    ~ Sihir guna sikat dan pelepah kurma kering (barang-barang yang digunakan untuk buat sihir)
    ~ Ramuan santau yang dicampur dengan jampi serapah memuja iblis dan syaitan
    ~ Barang yang dijampi serapah dan dibuang dalam telaga
    ~ Kejadian di Tasek Gelugor - buta mata angkara bomoh pengamal sihir
    ~ Air telaga bertukar menjadi merah seperti warna inai
    ~ Keadaan pokok kurma seolah kepala syaitan
    ~ Kalau bakar barangan jampi, sihir akan kembali kepada orang yang dihantar
    ~ Nabi tak balas dendam - Nabi tak suka membalas kejahatan dengan kejahatan
    --- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 2 MUKA SURAT 300 ---
    ~ Tafsir Surah An-Nahl Ayat 17
    ~ Patutkah samakan Allah dengan Berhala
    ~ Isu kalimah Allah - wajarkah orang Islam membenarkan agama lain guna
    ~ Ayat popular - jika cuba untuk kira nikmat yang Allah bagi pasti takkan mampu
    ~ Nikmat paling besar Allah berikan pada kita - jadi orang Islam tanpa diminta
    ~ Tunggu bila hidayah Allah - nak lepas dari dibakar neraka kekal abadi
    ~ Anugerah tanpa usaha
    ~ Orang yang paling reti syukur nikmat kesihatan ialah orang sakit
    ~ Seribu satu macam penyakit di hospital
    ~ Allah bagi ilmu - walau tak pandai
    ~ Berapa ramai Jutawan yang mengaji setakat SPM saja
    ~ Tiga jenis kawan menurut Imam Al Ghazali
    ~ Ramai kawan merupakan nikmat persahabatan
    ~ Siapa yang tak syukur dengan sedikit nikmat, tidak akan reti syukur bila dapat banyak
    ~ Banyakkan jika orang tak mau berkawan dengan kita
    ~ Cerita di Lahad Datu
    ~ Alangkah baiknya semua daerah di Pattani di Malaysiakan
    ~ Siapa yang tak reti terima kasih pada manusia, dia bukan orang yang bersyukur pada Allah
    ~ Allah amat pengampun kepada hambanya yang tak bersyukur tapi kemudiannya bertaubat
    ~ Firman Allah dalam satu hadis qudsi - berseru daripada langit dunia
    ~ Taksir bermaksud cuai, lalai, ralit
    ~ Setiap seorang dari kita ada rahsia yang tak ada orang tau
    ~ Nak jadi calon pilihanraya mesti kelihatan bersih - tapi belum tentu bersih
    ~ Berhala yang disembahtidak boleh mencipta sebarang benda
    ~ Mengaji tinggi, tapi sembah batu - pelik - sesatnya manusia bila fikir tidak berpandukan wahyu
    ~ Tafsir Surah Ibrahim - dialog Nabi Ibrahim dan Ayahnya
    ~ Orang kuat istana Namrud yang pandai membuat ukiran berhala
    ~ Nabi yang cukup istimewa dan terpilih
    ~ Sejak dari kecil tau apa yang ayah dia buat tak betul
    ~ Allah duduk pada kedudukan yang sangat istimewa
    ~ Satu-satunya tempat manusia bergantung
    ~ Doa kepada Allah untuk selamat, tapi pakai tangkal jampi ikat ditangan
    ~ Kisah Panglipurlara - kaki cerita - sang periwayat
    ~ Manusia bila dapat kelebihan dan keistimewaan dia jadi juah
    ~ Pandai sangat sampai gila..
    1 hr 21 min
  • BM2 | 280217 | "Smack Down Depan Hajarul Aswad & Imam Kena Cerdik" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 2 yang berlangsung di Masjid Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah pada 28hb Februari 2017.
    ~ Sahabat Nabi yang juga merupakan sepupu Nabi
    ~ Cerita tentang hari Nabi buat Ibadah Haji
    ~ Haji di fardhukan pada tahun ke 6 hijrah
    ~ Antara hujah menunjukkan tak perlu tergesa-gesa buat ibadah haji melainkan bila cukup mampu
    ~ Kisah Al Fadlu seorang anak muda yang handsome
    ~ Mata seorang perempuan terpaku melihat ketampanan wajah Al-Fadlu
    ~ Tanda Nabi seorang yang "sporting"
    ~ Masalah mak ayah yang telah tua uzur nak buat ibadah haji
    ~ Boleh atau tidak orang lain ganti tolong buat ibadah haji kepada orang yang dah tak mampu?
    ~ Setiap ibadah mesti ada nas sebelum ditentukan hukum
    ~ Nabi melontar jamrah diatas kenderaan
    ~ Ibadah tidak boleh direka-reka - mesti kena ikut Nabi
    ~ Kelam kabut semasa melontar di jamrah
    ~ Nak buat ibadah, jangan sampai berbunuh sesama sendiri
    ~ Gopoh gapah tu kerja syaitan
    ~ Masalah dan kekacauan semasa nak cium hajarul aswad
    ~ Smack Down depan hajarul aswad akibat penting diri sendiri
    ~ Masalah parking kereta depan pintu pagar rumah orang sebab nak dengar kuliah
    ~ Hukum Qazaf dalam Islam untuk menjaga maruah seseorang dari teraniaya
    ~ Marah sangat syaitan, tapi sebenarnya buat benda yang syaitan suka
    ~ Jangan melampau dalam nak berbuat ibadah
    ~ Jangan ada sesiapa larang orang lain dari tawaf kaabah
    ~ Waktu yang diharamkan solat
    ~ Tiada waktu haram ketika berada di Mekah
    ~ Semasa Nabi wafat, siapa yang memandikan jenazah Nabi?
    ~ Yang layak dan sewajarnya menyambut jenazah dalam kubur
    --- BAHRUL MAZI JILID 2 MUKA SURAT 224 ---
    ~ Bab Bacaan Imam Ketika Solat Maghrib
    ~ Dalam Islam ni, kena ada "kecerdikkan" dalam melaksanakan sesuatu
    ~ Jangan baca panjang-panjang kalau dengar budak menangis
    ~ Masalah solat panjang di RnR yang penuh orang
    ~ Sunnah jangan sampai buat punah orang
    ~ Boleh baca surah panjang semasa solat maghrib, tapi Nabi lebih kerap baca surah pendek
    ~ Hadis yang diriwayatkan oleh mak susu kepada cucu Nabi
    ~ Kejadian ketika kali terakhir Nabi jadi imam solat berjemaah sebelum wafat
    ~ Nabi sakit dua kali ganda lebih teruk dari manusia biasa
    ~ Bacaan surah semasa solat Isyak
    ~ Surah-surah yang menjadi favorite Nabi
    ~ Masalah jemaah masjid tegur Ustaz hafiz Quran yang baca surah mudah dan ringkas
    ~ Jemaah takut tengok imam baca surah panjang
    ~ Jangan cepat respon tentang status hadis
    1 hr 28 min
  • RETRO | 210599 | Tafsir Juzuk Amma : "Sembahyang Patuk Ayam & Akhlak Unta" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    REMASTERED Kuliah Kitab Tafsir Juzuk Amma yang berlangsung di Masjid Jamiul Badawi, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 21 Mei 1999.
    ~ Pertanyaan tentang ayat 60 Surah Al-Mukminun
    ~ Ada segolongan manusia yang buat apa yang Allah perintah tapi hati tetap gementar
    ~ Adakah yang dimaksudkan adalah orang yang buat maksiat?
    ~ Orang-orang yang buat ketaatan, tapi takut Allah tak terima amalan mereka
    ~ Orang Islam yang benar-benar beriman kepada Allah ialah orang yang sentiasa nak upgrade diri
    ~ Manusia yang paling jahat dikalangan pencuri
    ~ Apa yang dimaksudkan mencuri dalam ibadah solat?
    ~ Sembahyang Patuk Ayam (pentingnya tuma'ninah)
    ~ Mengaji agama untuk memperbaiki diri bukan untuk bermegah dengan ilmu
    ~ Ciri-ciri manusia yang rugi dalam hidup seharian
    ~ Ciri manusia yang dilaknat Allah (orang yang prestasinya makin jatuh)
    ~ Pastikan kita ada rasa takut supaya kita sentiasa baiki diri
    ~ Bimbang kalau-kalau kita tidak istiqamah dalam kebaikan
    ~ Kita tak dapat taufik dan hidayah kalau Allah tak bagi
    -- TAFSIR JUZUK AMMA MUKA SURAT 82 --
    ~ Tafsir Surah Al-Ghasiyah
    ~ George Bernard Shaw kata Quran adalah sebuah buku yang tidak ilmiah
    ~ Cara menjawab tuduhan George Bernard Shaw
    ~ Suasana dimana wajah-wajah manusia tertunduk hina
    ~ Saidina Umar menangis tengok rahib
    ~ Air yang menjadi minuman ahli neraka
    ~ Roti canai dan nasi basi pun tak ada dalam neraka
    ~ Makanan yang menambah azab dan tidak mengenyangkan
    ~ Ada sebahagian manusia yang wajahnya ceria dihari kiamat
    ~ Tingkatan terbaik di dalam syurga
    ~ Tiada perkataan lagha dan merapu di dalam syurga
    ~ Manusia suka tidur - sampai tak solat subuh
    ~ Telaga Nabi hanya disediakan untuk umat Nabi Muhammad
    ~ Bergaduh berebut nasi briani moreh di masjid
    ~ Syurga ni tempat "relax"
    ~ Kejadian dan kedahsyatan hari kiamat
    ~ Manusia akan terbahagi kepada dua bahagian besar di mahsyar
    ~ Orang yang paling menyesal di hari akhirat
    ~ Air darah dan nanah busuk yang dipanaskan
    ~ Secantik-cantik tempat diatas dunia, bukan tandingan pemandangan di syurga
    ~ Maksud "tafakkur" - gunakan akal untuk fikir kebesaran Allah
    ~ Orang Islam tidak boleh bertafakkur di depan Tugu Negara
    ~ Agamakah yang mengatur hidup kita, atau kita yang mengaturkan agama?
    ~ Bukit berperanan sebagai pasak atau paku bumi
    ~ Macam-macam ilmu ada dalam Quran
    ~ Bumi nampak seumpama sebuah hamparan
    ~ Kita tidak boleh paksa orang untuk menerima hidayah
    ~ Siapa yang memilih untuk ingkar seruan dakwah, dia akan dukacita diakhirat
    ~ Golongan yang berbeza dalam mendengar kuliah dan ceramah agama
    ~ "Agama ni sudah tidak relevan.."
    ~ Kisah hidayah hanya selepas sekali dengar kuliah agama
    ~ Bukan senang nak ubah anak-anak supaya ikut agama
    ~ Tanggungjawab dakwah ni bukan perkara kecil
    ~ Unta tanda kekayaan dalam masyarakat arab zaman dulu
    ~ Hebatnya Akhlak Unta - manusia pun belum tentu boleh tanding
    ~ Manusia akan mengaku pasti ada tuhan dalam alam ini
    ~ Tidak ada kita paksa orang buat ibadah jika hati mereka tidak mahu
    ~ Allah akan azab orang yang tidak terima dakwah yang disampaikan
    SOALAN :
    ~ Berdosakah tak reti baca Quran? Dan adakah doa orang yang tak reti baca Quran diterima Allah?
    ~ Apa hukum angkat tangan semasa khutbah kedua solat Jumaat?
    ~ Macam mana cara anak nak ajak ayah solat?
    1 hr 44 min
  • TNI2 | 071116 | "Diuji Kerana Islam & Tiga Orang Dirindui Syurga" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 yang berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, pada 7hb November 2016.
    ~ Biodata ringkas Sahabat Nabi bernama Albarra' Bin Azib
    ~ Antara sahabat yang banyak meriwayatkan hadis
    ~ Kejadian Perang Siffin dan Perang Jamal yang penuh kontroversi
    ~ Antara sahabat yang mula-mula berhijrah dari Mekah ke Madinah
    ~ Sahabat Nabi yang buta dan merupakan seorang muazzin
    ~ Kronologi Peristiwa Hijrah Nabi
    ~ Seronoknya orang Madinah pada hari Nabi sampai
    ~ Hamba-hamba perempuan menjerit melihat kedatangan Nabi
    ~ Besarnya jasa sahabat-sahabat Nabi kepada Islam dan dakwah Nabi
    ~ Kisah Sahabat Nabi bernama Ammar Bin Yassir
    ~ Cara nak mandi wajib tak ada air
    ~ "Stunt" atas debu padang pasir kemudian berguling-guling
    ~ Kita suka letak nama panjang-panjang
    ~ Cara sahabat tentukan guru yang pakar dalam bidang tertentu
    ~ "Duduk Cina Kalah Judi" adalah duduk sunnah Nabi
    ~ Gelut nak buat kebaikkan
    ~ Kesian, dia akan dibunuh oleh kumpulan yang menderhaka
    ~ Kisah penyeksaan terhadap keluaga Ammar Bin Yassir
    ~ Perempuan pertama yang Syahid dalam Islam
    ~ Dahsyatnya sahabat Nabi diuji kerana nak jaga Islam
    ~ Fitnah paling dahsyat terjadi semasa zaman pemerintahan Saidina Ali
    -- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 2 MUKA SURAT 318 --
    ~ Tafsir Surah An-Nahl : Kisah Awal Islam
    ~ Ada orang yang asalnya Islam, kemudiannya murtad
    ~ Islam telah makin menjadi-jadi dalam masyarakat
    ~ Kejadian kekejaman di Syria
    ~ Kufur di mulut akibat dipaksa, tapi hati tetap beriman
    ~ Sahabat-sahabat hebat yang awal-awal masuk Islam
    ~ Pemilihan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah semasa Nabi hampir wafat
    ~ Penderaan terhadap rakyat marhaen yang masuk Islam
    ~ Dari ubun-ubun kepala hingga hujung kaki, penuh dengan iman
    ~ Adab nak masuk majlis orang - minta izin sebelum join bersembang
    ~ Tiga orang yang sangat dirindui oleh Syurga
    ~ Bertengkar antara Khalid Al Walid dengan Ammar Bin Yassir
    ~ Kita tak jadikan Quran dan Hadis sebagai "pemutus sesebuah keputusan dan pendirian"
    ~ Kisah Musailamah Al Kazzab Nabi palsu
    ~ Sejarah akan sentiasa berulang
    ~ Kisah murtad sebab miskin
    ~ Iblis syaitan berjalan dalam darah kita
    ~ Kelemahan dalam kehidupan orang Islam - tiadanya sifat kasih sayang
    ~ Poster "I Hate Ustaz.."
    ~ Dunia besar dalam hati, berbanding akhirat
    ~ Jangan sampai kita jadi orang yang ditutup hati
    ~ Syarat untuk dapat syurga
    1 hr 35 min
  • BM14 | 200916 | "Bangkit Dialam Kubur & Arak Bukan Ubat" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    ~ "Kedai Tuak Kerajaan"
    ~ Zaman Ekonomi tak elok sekarang (overtime pun tak ada)
    ~ Rasa cukup dan tak cukup tu, Allah yang tentukan
    ~ Hukuman diakhirat untuk orang yang membunuh diri
    ~ Balasan untuk orang yang bunuh diri dengan terjun dari tempat tinggi
    ~ Drama bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang
    ~ Apa hukum bunuh diri? Dan adakah mereka murtad dan kafir?
    ~ Nabi tidak solatkan jenazah orang yang mati bunuh diri
    ~ Kisah orang yang bunuh diri dengan anak panah zaman Nabi
    ~ Tegahan berubat dengan ubat busuk
    ~ Bolehkah berubat dengan ubat yang memabukkan?
    ~ Bolehkah minum arak untuk menghilangkan dahaga atau dijadikan ubat?
    ~ Harus minum, tapi bukan halal
    ~ Orang yang duduk di Negara sejuk, jadikan arak sebagai pemanas badan
    ~ Masak kurma kera dalam perkampungan orang asli
    ~ Umar pun pernah minum arak sebelum diharamkan
    ~ Arak ni bukan ubat, tapi penyakit
    ~ Isu jangkitan Zika - boleh gugurkan kandungan sebelum kandungan berusia 4 bulan
    ~ Siapakah Imam An-Nawawi?
    1 hr 39 min
  • RETRO | 101197 | BM 8 : "Samseng Dunia & Perempuan Berupa Syaitan" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 8 yang berlangsung di Masjid Kelang Lama, Kulim, Kedah pada 10hb November 1997.
    *** Kualiti Audio dan Visual Dalam Video Berusia Hampir 26 tahun ini telah cuba diperbaiki dengan sehabis baik menggunakan teknologi software dan hardware terkini (yang agak terhad berdasarkan kemampuan kewangan kami). Ada sebahagian kerosakkan pada audio atau video yang tidak dapat diperbaiki lagi, melainkan sekiranya kami dapat salinan rakaman yang lebih berkualiti. Terima Kasih.
    ~ Siapakah orang Islam (mukmin) yang terbaik?
    ~ Orang yang beriman terbaik ialah yang baik akhlaknya
    ~ Sifat-sifat yang ada pada orang beriman yang terbaik
    ~ Siapakah orang beriman yang cerdik?
    ~ Buat persediaan dalam menghadapi kematian
    ~ Ada 5 perkara yang Nabi takut Allah uji kepada para sahabat
    ~ Andai dibiarkan benda-benda maksiat berlaku secara terang-terang dalam masyarakat
    ~ Para ulama tidak dapat menjelaskan apa maksud "penyakit taun"
    ~ Bala bila datang, tak hanya kena pada orang berdosa
    ~ Bala yang tidak pernah datang kepada masyarakat terdahulu
    ~ Jangan sesekali menipu dalam perniagaan
    ~ Allah akan hadirkan pemerintah jahat mentadbir negara
    ~ Ramalan akan berlakunya kemarau di Malaysia
    ~ Kesan dan akibat apabila manusia tidak mahu mengeluarkan zakat
    ~ Negara "Samseng Dunia" yang kebal
    ~ Marah Amerika tapi dok hisap rokok
    ~ Jangan sesekali rungkai perjanjian dengan Allah dan Rasul
    ~ Tahu dak apa rukun pertama negara?
    ~ Allah adalah pencipta dan pentadbir seluruh alam
    ~ Janggut Jubah Dan Serban bukan pakaian orang Islam
    ~ Kitab bible ada dalam laci hotel lima bintang
    ~ Islam cuba dirosakkan oleh orang yang mengaku Islam
    --- BAHRUL MAZI JILID 8 MUKA SURAT 168 ---
    ~ Bab Lelaki melihat orang perempuan yang ajnabi
    ~ Apa yang dimaksudkan sebagai perempuan ajnabi?
    ~ Seronok tengok kereta
    ~ Lelaki yang normal vs abnormal bila tengok wanita
    ~ Jangan ikut nafsu gila
    ~ Catatan dalam hadis Nabi sebagai pengajaran kepada kita
    ~ Perempuan yang lalu depan mata - dan kerja syaitan
    ~ "Kalaulah aku boleh berzina dengan dia ni.."
    ~ Kisah dalam peristiwa Isra' dan Mikraj
    ~ Dosa besar bila wanita menolak ajakkan suami
    ~ Apakah faedah berkahwin?
    ~ Hadis daif mengenai "masturbasi"
    ~ Penyakit dikalangan anak-anak muda
    ~ Kadang-kadang orang sufi makan banyak dan suka kahwin ramai
    ~ Kisah Nabi diboikot - sehingga derita berlapar
    ~ Kisah Ahli Sufi bila buat salah dan dosa
    ~ Menangis tengok binatang lembu, kambing dan kerbau
    ~ Imam mana yang lebih aula antara yang berkahwin dengan yang belum berkahwin?
    ~ Jimak isteri adalah jalan melepaskan diri dari keserabutan syahwat
    ~ Ada dikalangan ulama besar zaman dahulu, berbuka puasa dengan "jimak"
    ~ Apa yang dimaksudkan "perempuan berupa syaitan"?
    ~ Allah jadikan orang perempuan sebagai perhiasan yang cantik
    ~ Jenis lelaki alim kucing
    SOAL JAWAB
    ~ Bolehkah buat umrah sambil melancong?
    1 hr 31 min
  • TNI4 | 140113 | "Ucapan Khazanah Syurga & Cinta Berlaga Troli" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 4 yang berlangsung di Surau Taman Kerian, Parit Buntar, Perak pada 14 Januari 2013.
    ~ Nama sebenar sahabat Nabi bernama Abu Dzar
    ~ Sahabat Nabi yang memilih untuk hidup susah
    ~ Saidina Uthman terkenal sebagai seorang "Nepotisme"
    ~ Zaman yang cukup bermasalah kerana pihak ketiga yang mengapi-apikan rakyat
    ~ Sifat terus terang dan terbuka menyebabkan ramai orang tak suka
    ~ Isteri menangis sebab tak ada kain nak kafankan suami
    ~ Nabi berpesan 5 benda kepada Abu Dzar
    ~ Kasihanilah orang miskin dan duduklah bersama mereka
    ~ Tengoklah orang yang "dibawah" kita, jangan selalu tengok orang yang "diatas"
    ~ Hubungkan silaturahim, walaupun orang itu membelakangi kita
    ~ Jadikanlah diri kita seorang yang bercakap benar, walaupun pahit
    ~ Banyakkanlah menyebut Walahaulawalakuwataillahbillah
    ~ Tiada daya upaya kita, tanpa pertolongan dan izin Allah
    ~ Satu kalimah daripada perbendaharaan (harta besar) dari syurga
    ~ Ucapan setiap kali nak keluar rumah
    ~ Jadikan bismillah sentiasa dimulut
    ~ Kita tak tau apa akan terjadi dalam perjalanan kita
    ~ Tak perlu merepek buat benda yang tidak ada dalam hadis
    ~ Masalah calit air liur ke dinding Kaabah
    ~ Siapa yang berbohong atas nama Nabi, siap tempat di neraka
    ~ Pesanan untuk orang yang terjaga ditengah malam, sebut zikir ni..
    ~ Ya Rasulullah saya ni tak reti apa pasal Quran
    ~ Kenapalah guru agama ni tak ada rasa kasih sayang
    ~ Bila Islam tidak dihidangkan dalam bentuk yang sepatutnya
    ~ Dekati orang dengan kasih sayang dan kemesraan supaya Islam dilihat cantik
    --- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 4 MUKA SURAT 198 ---
    ~ Tafsir Surah At-Talaq Ayat 2
    ~ Cerita suami dan isteri yang bercerai
    ~ Masalah dan hikmah tempoh eddah
    ~ Cerai yang boleh rujuk semula
    ~ Ada orang lelaki jahat yang nak aniaya isteri
    ~ Kalau nak bercerai, cerailah dengan elok
    ~ Eddah disistematikkan oleh Islam dari apa yang diamalkan dalam masyarakat Arab sebelum Islam
    ~ Tempoh bertenang antara suami dan isteri
    ~ Nak pastikan anak dalam kandungan isteri, anak siapa
    ~ Nak elak daripada dilihat sebagai "Minah Grengo"
    ~ Malangnya pihak berkuasa tidak berusaha menerangkan tentang hudud dan kebaikkannya
    ~ Grill besi yang menghuduhkan rumah kita
    ~ Setiap perkara yang disyariatkan dalam Islam mesti ada kebaikan
    ~ Orang perempuan dalam tempoh eddah tidak boleh menerima lamaran atau di mengorat
    ~ Syarat dan larangan perempuan yang dalam tempoh eddah
    ~ Pastikan ada saksi dalam nikah, kahwin dan rujuk
    ~ "Aku ceraikan kau dengan talak 3000.."
    ~ Masalah besar di Pulau Pinang berkaitan tanah wakaf yang diwakafkan secara lisan
    ~ Perlunya bukti dan perjanjian bertulis dalam perkara-perkara penting termasuk hutang
    ~ Menjelang akhir zaman, akan tampil saksi-saksi palsu
    ~ Ayat seribu dinar yang suka digantung dikedai-kedai sebagai pelaris
    ~ Siapa yang benar-benar yakin dan percaya kepada Allah, Allah akan tunjukkan penyelesaian masalah
    ~ Kisah ayah yang sedih kerana anak ditawan oleh musyrikin Mekah
    ~ Kisah Afdlin Syauki melawat Gaza, Palestin
    ~ Apa yang kita nak, hanya Allah yang boleh bagi
    ~ Ada orang kaya yang punya segala benda, tapi tak bahagia
    ~ Dokumentari tentang Tsunami yang melanda Jepun
    ~ Allah letakkan Malaysia di tempat yang cukup elok
    ~ Setiap satu benda yang Allah jadikan atas dunia ni, ada qadar dan masanya
    ~ Tempoh eddah bagi orang perempuan yang sudah Monopaus atau belum haid
    ~ Perbuatan menceraikan isteri semasa isteri sedang mengandung adalah satu kezaliman
    ~ Allah permudahkan urusan orang yang bertaqwa
    ~ Peraturan bila isteri diceraikan, nak duduk dirumah mana?
    ~ Kes talak tiga dan tebus talak, nak duduk dirumah mana?
    ~ Kena bayar upah menyusukan anak kepada isteri yang diceraikan
    ~ Mangsa sebenar perceraian ialah anak
    ~ Kisah "Cinta Berlaga Troli" bekas pensyarah Ustaz
    1 hr 38 min
  • TNI2 | 041113 | "Azab Dari Langit & Kuliah Kelabu Asap" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 yang berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, pada 4hb November 2013.
    ~ Kata-kata Abu Jahal yang minta hujan batu dari langit
    ~ Degilnya Abu Jahal, dia rasa Nabi yang reka Quran
    ~ Allah tidak akan turunkan azab selagi mana Nabi berada dikalangan mereka
    ~ Kena sentiasa memastikan dikalangan kita sentiasa ada orang baik - mereka sebagai perisai azab Allah
    ~ Qarun, Firaun dan Haman nama-nama orang jahat dalam Quran
    ~ Malangnya bila diazab didunia dan diakhirat
    ~ Umat yang dihukum dengan hujan batu kerikil
    ~ Jerkahan yang menjadi azab mematikan
    ~ Allah tidak buat zalim kepada mana-mana hambaNya - tapi mereka yang menzalimi diri sendiri
    ~ Apakah doa yang paling afdhal?
    ~ Masalah doa akhir tahun dan awal tahun
    ~ Minta supaya Allah beri keampunan dosa
    ~ Jika sekiranya Allah nampakkan dosa kita dalam masyarakat, takut kita nak hidup
    ~ Rasa tak berbaloi dengan doa ringkas (doa yang pendek tetapi padat)
    --- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 2 MUKA SURAT 303 ---
    ~ Tafsir Surah An-Nahl ayat 33
    ~ Kata-kata orang yang mati dalam keadaan derhaka Allah
    ~ Apalagi yang ditunggu-tunggu oleh orang kafir sebelum beriman?
    ~ Kisah Firaun ligan Nabi Musa - dan kata-katanya ketika hampir lemas tenggelam
    ~ What goes around comes around - hang buat jahat, esok hang pun dapat balasan kejahatan
    ~ Atas dunia main-main dengan Neraka - cakap-cakap orang yang tak takut dengan Allah
    ~ Cakap yang mempertikaikan hukum Allah
    ~ Tak cukup takutkah dengan bala yang Allah datangkan dalam negara kita?
    ~ Gigi ahli neraka sebesar Bukit Uhud
    ~ Quran dan Hadis tidak diturunkan untuk disenda guraukan
    ~ Kami jadi kafir sebab Tuhan yang nak kami kafir
    ~ Adat dalam masyarakat jahiliah tentang unta
    ~ Agama Islam tidak boleh mereka-mereka dalam ibadah
    ~ Minum arak ni tak boleh kah? Kalau minum jadi apa?
    ~ Ayat apa dalam Quran yang kata rambut tu aurat?
    ~ Ada orang tak betul, tapi pandai berhujah untuk ajak orang "tak betul" juga
    ~ Kisah bermulanya penyembahan berhala di Mekah
    ~ Agama semakin lama semakin malap
    ~ Orang awam kelabu asap - tak faham perbezaan antara bidaah dan sunnah
    ~ "Eh, Ustaz Shamsuri buat.. mesti betul.." sikap sebahagian orang awam dalam menilai sesuatu perkara
    ~ Rinkasan cara perlaksanaan Solat sunat gerhana
    ~ Anak Nabi mati ketika berlakunya peristiwa gerhana matahari
    ~ Teropong menteri fasola tengok gerhana
    ~ Ketika berkhutbah Nabi nampak syurga dan neraka
    ~ Kerja Nabi hanya menyampaikan, bukan memaksa supaya orang ikut
    ~ Setiap umat akan dikurniakan seorang Rasul
    ~ Allah suruh kita berjalan melancong melihat tempat-tempat lain supaya berfikiran terbuka
    ~ Nabi kalau boleh nak semua orang yang dengar dakwahnya masuk Islam
    ~ Kehendak tuhan mengatasi segala-galanya - mengajar supaya kita bersabar atas takdir Allah
    ~ Tiada siapa yang boleh tolong kalau kita tercampak ke neraka
    ~ Kepercayaan dikalangan orang kafir tentang hidup selepas mati
    ~ Orang di United Kingdom berpusu-pusu masuk Islam
    ~ Kita memusuhi agama kita kerana jahil
    1 hr 22 min
  • BM21 | 080323 | "Level Alam Kehidupan Manusia & Balasan Kaki Sakau" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 8hb Mac 2023.
    ~ Sesungguhnya seorang hamba itu apabila terbuat satu dosa, Allah titik satu titik hitam dalam hati
    ~ Orang yang berzina sewaktu dia berzina, dia tidak beriman kepada Allah
    ~ Setiap manusia pasti akan ada buat kesalahan dan dosa
    ~ Titik hitam memenuhi hati bila sentiasa berbuat dosa
    ~ Ramai orang buat dosa, sebab tak yakin dengan Quran dan Hadis
    ~ Celaka besar kepada orang yang menipu dalam perniagaan
    ~ Menipu dalam perniagaan adalah salah besar disisi Islam
    ~ Hidup ini adalah sementara - cerita panjang selepas kematian
    ~ Episod panjang selepas kematian
    ~ Hari yang besar huru hara dan ketakutannya
    ~ Hari manusia disuruh berdiri dihadapan Allah
    ~ Rekod jenayah setiap manusia disimpan disatu tempat disebut Sijjin
    ~ Dunia ini umpama penjara orang-orang beriman, syurga bagi orang kafir
    ~ Kehidupan di dunia ni, baru level 3
    ~ Kisah kematian sahabat ustaz yang sihat, tapi mati tiba-tiba
    ~ Cerita kematian jangan dok buat main, lebih baik double check
    ~ Kejadian di telaga Nabi - golongan yang dihalau dari menghampiri telaga Nabi
    ~ Kisah Murtad dan filem mentega terbang menunjukkan hampirnya kita kepada fasa fitnah besar akhir zaman
    ~ Janganlah fitnah kami terhadap agama kami, jangan masukkan kita dari golongan murtad
    ~ Titian Sirat yang dibentangkan diatas neraka - titi yang menggelincirkan
    ~ Golongan yang dengar tapi tak percaya dengan apa yang diceritakan dalam Quran dan Hadis
    ~ Ni semua cerita merepek dongeng orang dulu kala
    ~ Dahsyatnya neraka bukan cerita main-main
    ~ Syurga dan Neraka ni adalah dua tempat Extreme
    ~ Kisah orang kaya yang hidup senang lenang semasa diatas dunia, yang dicelup dalam neraka
    ~ Neraka boleh erase semua kenangan menggembirakan semasa hidup
    ~ Kisah orang paling susah dalam dunia, apabila dicelup dalam syurga
    ~ Kita tak boleh lari daripada dihimpit kubur
    ~ Kisah seorang sahabat bernama Saad Bin Muaz yang meninggal dunia
    ~ Kematian yang menyebabkan Arasy Allah bergegar - dan pintu-pintu langit terbuka
    ~ Biodata dan kisah ringkas Saad Bin Muaz
    ~ Berubat dengan besi panas
    ~ Pengharaman lelaki pakai sutera
    ~ Awat ringan sangat mayat dia ni? - malaikat tolong bawa sekali jenazah
    ~ Ramadan adalah bulan bonus - Allah akan bagi pengampunan kepada orang yang bersungguh2 buat kebaikan
    ~ Jangan tinggal tarawih, sahur dan tahajjud
    ~ Kita kesuntukan masa - Effort better than promise - Azam Tahun Baru Dan Azam Bulan Ramadan Umpama Sampan
    ~ Keadaan bilik-bilik syurga (hotel-hotel tiru konsep syurga)
    ~ Orang yang bakal dapat bilik di syurga
    --- BAHRUL MAZI JILID 21 MUKA SURAT 152 ---
    ~ Apa yang dimaksudkan dengan belot dan kianat? (kaki sakau)
    ~ Sesiapa juga yang mengkhianati amanah orang itulah pembelot
    ~ Buka Maahad Tahfiz dan sekolah agama - tapi bangunan tak siap-siap
    ~ Contoh anak "sakau" duit ayah
    ~ Kain baldu merah yang menarik perhatian dari barang-barang rampasan perang
    ~ Manusia boleh syak Nabi yang ambil barang rampasan perang sebelum dibahagikan
    ~ Kisah Saidatina Aisyah berprasangka terhadap Nabi
    ~ Balasan diakhirat bagi orang yang belot dan pecah amanah
    ~ Zaman manusia yang berserabut dan penuh dengan tipu menipu
    ~ Orang bodoh yang menjuarai isu-isu dalam masyarakat
    ~ Cari Nabi di padang mahsyar dalam keadaan memikul unta diatas belakang
    ~ Makan duit haram, lepas pencen buka maahad tahfiz
    ~ Tuduhan Nepotisme terhadap Saidina Uthman
    ~ Kematian Prof Kamal Hasan
    ~ Parlimen jadi macam sarkis
    ~ History teach us that man learn nothing from history
    1 hr 51 min
  • TNI1 | 180313 | "Hukum Darah Nyamuk & Dalam Hati Ada Rahmah" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 1 yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Gelugor, Pulau Pinang pada 18hb Mac 2013.
    ~ Kisah anak Saidina Umar Al Khattab di tanyakan tentang hukum darah nyamuk
    ~ Adakah hukum darah nyamuk itu najis?
    ~ Cuba hangpa tengok dia ni, punya jauh di mai, semata-mata nak tanya pasal darah nyamuk
    ~ Cucu Nabi yang dibunuh di Karbala
    ~ Dua orang cucu Nabi yang menjadi kebanggaan Nabi
    ~ Betapa sayangnya Nabi kepada cucu baginda
    ~ Nabi sujud lama, sebab cucu naik atas belakang
    ~ Orang Islam mesti pandai bezakan antara yang penting dan lebih penting
    ~ Ada dikalangan kita bergaduh berkelahi semata-mata sebab bacaan Qunut Subuh
    ~ Kita perlu memahami setiap ibadah kita berdasarkan nas
    ~ Nabi seorang family man - cukup sayang kepada keluarga
    ~ Jumlah anak, cucu dan isteri Nabi
    ~ Dua benda berat yang Nabi tinggal untuk kita
    ~ Pengajaran jika ada anak mati sewaktu masih kecil
    ~ Anak Nabi ada tiga nama
    ~ Gerhana tidak berlaku kerana lahir atau mati sesiapa
    ~ Kisah Zainab anak Nabi yang berkahwin dengan Abu Al-As
    ~ Sejak kecil dapat gelaran Al-Amin macam Nabi
    ~ Punya bagusnya perangai dan baik, tapi tak masuk Islam (mahalnya Islam)
    ~ Nak dapat hidayah bukan senang (doa orang Arab dalam sms untuk dapat hidayah)
    ~ Nabi menangis tengok kalung tebusan yang dahulunya milik Khadijah
    ~ Anak perempuan yang paling afdhal dikalangan anak-anak perempuan Nabi
    ~ Kisah seorang kafir yang sangat baik, tapi kekal kafir sehingga mati
    ~ Ada dalam dunia ni, Islam dikuatkan dengan orang jahat
    ~ Nabi sangat ingat jasa dan kebaikan orang
    -- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 1 MS 211 --
    ~ Hendaklah mendirikan hukum Allah semata-mata kerana Allah
    ~ Buat kerja Islam kena Ikhlas kerana Allah
    ~ Budaya ilmu dikalangan para sahabat Nabi
    ~ Diantara orang yang awal-awal dihisab dihari kiamat ialah orang yang mati syahid
    ~ Ada kubur yang dijadikan sebagai taman syurga, ada kubur yang menjadi lubang api neraka
    ~ Kamu dusta, kamu berjuang supaya orang kata kamu berani
    ~ Diseret diatas muka dan dilemparkan ke neraka
    ~ Ulama yang dihormati diatas dunia dan rajin baca Quran, dihisab dihari akhirat
    ~ Belajar supaya masyarakat kata hang orang alim bukan ikhlas kerana Allah
    ~ Orang kaya dan dermawan dihisab di hari akhirat
    ~ Garis pemisah diantara ikhlas dan nak pujian sangat halus
    ~ Diantara tanda kita ikhlas ialah kita berlaku adil kepada semua orang
    ~ Berlaku adil walaupun keatas musuh
    ~ Jangan sebab dia musuh kita, dia buat benda baik pun kita kata tak baik
    ~ Orang yang dalam hati tak ada rasa kesian kat orang lain adalah orang yang memang jahat
    ~ Rahmah (rasa kesian dan sayang) ada dalam hati semua orang
    ~ Kisah seorang budak Yahudi yang menjadi khadam Nabi
    ~ Kalau Allah nak bagi anugerah hidayah, tak kira bangsa apa Allah akan bagi
    ~ Nabi cuba nak selamatkan orang dari mati kafir walaupun hingga ke saat akhir
    ~ Alhamdulillah kepada Tuhan yang telah melepaskan dia daripada Neraka
    ~ Kita tak boleh sorok apapun daripada ilmu Allah
    ~ Perjanjian Allah dengan orang mukmin dan kafir
    ~ Anugerah yang paling besar ialah diampunkan dosa
    ~ Kita disuruh berdoa sebaik saja nampak Kaabah
    ~ Tak pernah kenal rapat pun, tapi kutuk teruk
    ~ Berapa ramai ibu bapa yang mati dalam keadaan "makan hati" dengan sikap anak-anak
    ~ Kalau sebesar mana pun doa, Allah bersedia untuk ampunkan, tapi manusia sombong
    ~ Janji untuk orang kafir ialah Neraka Jahim
    ~ Azab yang paling ringan disediakan dalam neraka
    ~ Majlis perkahwinan paling mahal dalam dunia
    ~ Nikmat yang paling besar Allah bagi untuk manusia
    ~ Kisah orang kafir letak mata pedang di tengkuk Nabi
    ~ Jawapan yang penuh dengan power sehingga mengentarkan hati
    ~ Perkampung Yahudi di Madinah
    ~ Kambing Golek Beracun untuk Nabi
    ~ Soal Jawab Nabi dengan kaum Yahudi yang nak menzalimi Nabi
    ~ Permulaan Solat "Takut" berjemaah dalam Perang
    1 hr 37 min

About Zonkuliah

From the publisher's feed

Podcast Rasmi Projek Zonkuliah