Zonkuliah

Zonkuliah

Download on the App Store

Zonkuliah episodes

  • BM21 | 100822 | "Game Over & Mulut Penuh Sagon" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 10hb Ogos 2022.
    ~ Doa perlindungan dari mati dalam keadaan mengejut, kemalangan dan nyanyuk
    ~ Nabi minta perlindungan daripada mati dalam keadaan tergelincir dengan pujukan syaitan
    ~ Saat "very last moment" - kekacauan dari iblis dan syaitan sangat dahsyat
    ~ Perlindungan daripada mati "u turn" - lari dari perjuangan
    ~ Betapa lemahnya dan tak terdayanya manusia tanpa bantuan Allah
    ~ Allah tanya iblis dan syaitan "kenapa jahat sangat?"
    ~ Maksud suruhan Allah supaya "sujud kepada Adam"
    ~ Hadis larangan bercekak pinggang (gambaran ego dan sombong)
    ~ Marahnya Allah kepada makhlukNya yang sombong
    ~ "Ya Allah, jadikanlah kami makhluk yang panjang umur.."
    ~ Betapa dendamnya iblis dan syaitan kepada manusia
    ~ Ilmu tentang kiamat, hanya Allah yang tahu
    ¬ Manusia boleh usahakan pembenihan awan, tapi hanya Allah boleh menurunkan hujan
    ~ Rahsia dalam rahim ibu hanya Allah yang tahu
    ¬ Apa akan jadi pada hari esok, hanya Allah yang tahu
    ¬ Takdir mati di Australia sudah tertulis di sisi Allah
    ¬ Telah datang "sakratulmaut" dengan hak
    ~ Tua dah, tapi doa panjang umur
    ~ Bisikan supaya kufur kepada Allah
    ~ "Aku takut Allah tuhan sekelian alam.." - kata syaitan
    ~ Jangan sesekali jadikan dunia sebagai matlamat (gunakan dunia untuk kebaikan akhirat)
    ~ Apabila nyawa telah sampai ke kerongkongan
    ~ Tiada siapa mampu tolong kita ketika sakaratulmaut
    ~ Warna pakaian malaikat bawa petanda baik atau buruk
    ~ Maut itu datang betindih-tindih sakitnya
    ~ Sudah masanya untuk dihisab (Game Over)
    ~ Kejadian pada 13 Mei 2022 - kematian Presiden UAE
    ~ Kekayaan bernilai 18 Billion USD
    ~ Kalau Allah sayang kita dan nak kebaikan untuk kita
    ~ Menjelang hujung umur, kita jadi orang yang beramal
    ~ Doa supaya dapat taufik dan hidayah
    ~ Tahu tentang ibadah, tapi tak ada kekuatan untuk buat
    ~ Akhirnya hanya kita dan amalan kita akan masuk ke kubur
    --- BAHRUL MAZI JILID 21 MUKA SURAT 142 ---
    ~ Nabi pecah gigi geraham dalam Perang Uhud
    ~ Sahabat Nabi pun Allah uji dengan harta kekayaan
    ~ Harta betul-betul menjahanamkan manusia
    ~ Sudah dapat habuan, pejuang jadi pujawang
    ~ Dedak penuh mulut - daripada bercakap soal perjuangan, tegur pun dah tak berani
    ~ Pengajaran paling besar dari peristiwa Perang Uhud - jangan langgar perintah Allah
    ~ Strategi Nabi naik keatas bukit, selepas cedera
    ~ Kekejaman perang yang menimpa Saidina Hamzah
    ~ Ulangkaji ringkas kisah Saidina Mus'ab Bin Umair
    ~ Kisah kematian pejuang yang benar dalam Perang Uhud
    ~ Dengar "dapat syurga", sanggup korbankan nyawa
    ~ Mai masjid bukan untuk dengar lawak, dan main-main dengan agama
    ~ "Muhammad sudah mati!"
    ~ Ringkasan cerita hari Nabi wafat
    ~ Lembut lutut dengar berita mak mati
    ~ Kata-kata Nabi semasa cedera dan kalah dalam Perang Uhud
    ~ Biodata ringkas Saidina Hamzah Abdul Mutalib
    ~ Penghulu Orang Yang Mati Syahid
    ~ "Umar, sembang gajah boleh terbang.."
    ~ Amalan sunnah doa jika ada orang belanja makan (buat kenduri)
    1 hr 48 min
  • BM21 | 130722 | "Perjanjian Dialam Roh & Pejuang Jadi Pemujawang" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 13hb Julai 2022.
    ~ Cerita suasana pada awal peristiwa hijrah Nabi
    ~ Masa makin laju, tapi kita masih "kita yang lama"
    ~ Sahabat-sahabat yang Nabi hantar sebelum Nabi berhijrah ke Madinah
    ~ Seolah-olah nampak hikmah dan kebijaksanaan terbit dari gigi
    ~ Tukang azan Nabi selain daripada Bilal Bin Rabah
    ~ Sahabat-sahabat Nabi sentiasa isi masa dengan perkara bermanfaat
    ~ Tak ada masa untuk buat perkara dosa
    ~ Perkara yang menjadi asas dalam Islam
    ~ Nama besar dalam Islam - dan keluarga yang cukup teruk diuji
    ~ Hari paling menyeronokkan bagi orang Madinah
    ~ Surah yang disunatkan dibaca pada hari Raya
    ~ Siapa Mus'ab Bin Umar?
    ~ Masuk Islam ketika Nabi masih berdakwah secara rahsia
    ~ Sembunyikan KeIslaman untuk jaga keselamatan diri
    ~ Cakap yang didengari dalam masyarakat
    ~ Pakaian sahabat yang menyebabkan Nabi menangis
    ~ Catatan sejarah tentang kekayaan Mus'ab sebelum masuk Islam
    ~ Sanggup tinggal segala kemewahan kerana Islam
    ~ Andai tiba satu zaman, orang Islam jadi kaya, mewah dan kaya-raya.. rumah seumpama diseliputi kelambu Kaabah
    ~ Mahalnya kelambu Kaabah
    ~ Rumah RM12 juta di Tropicana
    ~ "Duduk saja" tak buat apa, tapi duit masuk mencurah-curah
    ~ Susah nak dapat duit, menyebabkan susah nak beribadah
    ~ Buat macam-macam kerja untuk sara keluarga
    ~ Sampai bila pun tak cukup masa untuk agama
    ~ Kesusahan lebih baik dari ujian kesenangan
    ~ Dahsyat ujian yang Allah kenakan pada sahabat Nabi
    ~ Syurga Allah ni mahal, bukan boleh dapat dengan mudah
    ~ Yakin dengan ganjaran dan janji Allah
    ~ Diantara sahabat yang tak sempat merasa kegemilangan Islam
    ~ Orang yang menepati janji mereka dengan Allah
    ~ Islam agama yang boleh mengubah manusia dan masyarakat
    ~ Kalau kita ikut Islam yang betul, kita pasti berubah menjadi lebih baik
    ~ "Something wrong somewhere.."
    ~ Apa nak jadi dengan kita - adakah masjid menjadi tempat batu api, sampai kita sesama kita bermusuh?
    ~ Nak post apa-apa di Facebook bukan berbentuk provokasi
    ~ Semakin datang ke masjid, cakap makin biadap
    ~ "When you forgive, you dont change the past, but..."
    ~ Jadilah satu orang yang pemaaf
    ~ Japanese Wisdom - sebahagian besar tak Islam tapi punya prisip yang baik
    ~ Give thousand chances..
    --- BAHRUL MAZI JILID 21 MUKA SURAT 141 ---
    ~ Bab Umat Muhammad adalah semulia-mulia umat di sisi Allah
    ~ Tafsir Ayat 110 Surah Ali-Imran
    ~ Kena buat baik, dan cegah kemungkaran
    ~ Kesilapan terbesar Yahudi dan Nasrani
    ~ Bukan semua orang kafir ni jahat dan "tak boleh pakai"
    ~ Bukan angka yang menjadi fokus (masalah umat yang ke 70)
    ~ Kisah ulama Yahudi masuk Islam
    ~ Kata-kata Nabi yang "simple" tapi menyebabkan hati tersentuh
    ~ Hormat semakin hilang dalam masyarakat
    ~ Mesej tahajjud untuk kawan-kawan (perangai nakal)
    ~ Tiga soalan yang hanya Nabi sebenar yang boleh jawab
    ~ Tanda awal sebelum terjadinya kiamat
    ~ Makan pertama akan masuk dalam mulut ahli syurga
    ~ Macam mana terjadinya anak iras muka mak atau ayah
    ~ Terbit api dari Aden, Yamen
    ~ Cunning orang Penang sebut "sintaq"
    ~ Peristiwa Perang Uhud
    ~ Sebuah bukit yang pelik di Madinah yang menjadi saksi bisu kisah tragik
    ~ Bukit yang ada keberkatannya berdasarkan hadis Nabi
    ~ Kulit orang kafir akan menjadi tebal pada hari akhirat
    ~ Ada benda dalam Quran dan Hadis hanya mampu dibaca, tak boleh diceritakan
    ~ Pemikiran luar kotak Sasterawan Negara Allahyarham Shahnon Ahmad
    ~ "Siapa Ismail kita?"
    ~ Ego menyebabkan kita tak mengaku salah
    ~ Ganjaran untuk solat sunat Jenazah - lebih besar dari apa yang ada dalam envelope
    ~ Pesanan dan strategi perang Uhud
    ~ Sosial Media telah disalahgunakan dengan sangat dahsyat
    ~ Kena cerdik gunakan platform yang disediakan
    ~ Kehebatan Khalid Al Walid sebagai panglima perang tak pernah kalah walau sekali
    ~ Bukan senang nak dapat mati syahid
    ~ Mahmud June dan Salleh Kamil tak pernah berlakon watak baik
    ~ Teruja dengan harta, sehingga lupa pesan Nabi
    ~ Harta dan anak pinak adalah perhiasan yang menyi
    2 hr 8 min
  • BM14 | 040918 | "Cop Mohor Di Arafah & Kampung Santau Kuat" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 14 yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 04hb September 2018.
    ~ Kata-kata orang Yahudi ketika berjumpa Saidina Umar Bin Al Khattab
    ~ Hari "Islam sudah menjadi agama yang lengkap"
    ~ Allah bagi nikmat Islam dan Iman
    ~ Ayat "cop mohor" - endorsement dari Allah tentang Islam tiada cacat cela
    ~ Yahudi baca "Ayat Quran" kepada Saidina Umar
    ~ "Kami akan jadikan hari turun ayat ni, hari raya.."
    ~ Peristiwa ketika Nabi dan para sahabat berada di Arafah
    ~ Arafah adalah bumi yang sangat "sentimental" kepada Nabi dan Umat Islam
    ~ Kalau dapat peluang, buat sehabis elok ibadah haji
    ~ Wukuf menjadi saat yang boleh membuatkan airmata jatuh deras
    ~ Haji sah walaupun berada di Arafah dalam keadaan pengsan tak sedarkan diri
    ~ Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di Arafah (Kisah Adam dan Hawa, Nabi Ibrahim dan Jibril)
    ~ Bumi yang menyebabkan ramai manusia "kenal diri" sebagai insan penuh dosa
    ~ Hari Allah istiharkan ramai hambaNya bebas dari Neraka
    ~ Allah "turun" mendekati jemaah haji yang berada di Arafah
    ~ Istimewanya orang yang terpilih menjadi "tetamu Allah"
    ~ Biodata ringkas Usamah Bin Zaid dan Zaid Bin Harithah
    ~ Bertuah sebab dapat tumpang unta Nabi pada Haji Wada'
    ~ Maksud disebalik kejadian "Unta buat mereng"
    ~ Setiap saat ketika wukuf, jangan berhenti berdoa
    ~ Saat yang sangat berharga, sehingga Nabi tak henti tadah tangan
    ~ Cara nak jaga supaya doa makbul dan haji mabrur
    ~ Suara orang bercakap deras - riuh rendah macam berada di pasar
    ~ "Wahai manusia semua, tenang jangan buat riuh.. kebaikan tidak akan datang dengan kelam kabut.."
    ~ Sahabat yang bernama Al-Fadl - salah seorang penting tapi tidak terkenal
    ~ Berdosakah bercakap waktu azan?
    ~ "Penyakit orang handsome.."
    ~ Jaga mulut dan mata ketika ibadah haji - untuk dapat keampunan Allah
    ~ Ibadah haji melibatkan berapa hari?
    ~ Asal Usul nama "Jabal Rahmah"
    ~ Doa Nabi lebih agresif menjelang waktu Maghrib semasa di Arafah
    ~ Wukuf dalam khemah, tak mau tengok langit
    ~ Jadi "gila babi" sebab nak ke tandas
    ~ Gelak deras dalam khemah ketika orang sibuk berdoa
    ~ Nama terpilih dalam senarai tetamu Allah
    ~ Bersih dari dosa, seumpama bayi baru lahir
    --- BAHRUL MAZI JILID 14 MUKA SURAT 77 ---
    ~ Bab jampi dengan "Dua A'uzu"
    ~ Dua surah yang bermula dengan A'uzu (Surah Jampi dan boleh buat ubat)
    ~ Hukum jampi dengan ayat Quran dan zikir untuk berubat
    ~ Kisah sahabat Nabi dan kaum Badwi yang hidup nomad
    ~ "Bomoh rupanya dia ni..."
    ~ Sembuh dari penyakit kerja Allah - baca Fatihah saja
    ~ Rahsia "Tok Wan" pujuk cucu menangis
    ~ Allahyarham Dato Dr Haron Din tawarkan nak ajar Ustaz Shamsuri cara "jampi"
    ~ Bukan semua orang boleh jadi Wakil Rakyat
    ~ Kalau setakat nak gunakan kesempatan untuk buat duit dan jadi kaya raya
    ~ Amalan Nabi sebelum turun dua surah dua Qul (Dua Auzu)
    ~ Sunat jampi dengan ayat Quran dan Zikir
    ~ Ayat perlindungan daripada kena sihir dan hasad dengki, serta was-was syaitan
    ~ Nabi sendiri pernah kena sihir - yang dihantar oleh Yahudi (masuk Islam dan jadi munafik)
    ~ Masalah orang tua-tua nyanyuk tak solat dan minta makan macam-macam buah pelik
    ~ Sengsaranya Nabi menahan sihir - tujuan Allah takdirkan Nabi kena sihir
    ~ Tinggal tulang dan kulit sebab kena sihir
    ~ Zaman tak boleh lari dari dengan dakwah dan ilmu agama
    ~ Kisah "Kampung Santau Kuat"
    ~ Mati muntah darah sebab kena santau
    ~ Muntah darah selepas makan kek
    ~ Test "ilmu sihir" di rumah kenduri
    ~ Pengajian agama kena disemarakan supaya masyarakat jadi baik
    ~ Allah sudah hantar satu petunjuk kepada Nabi dalam bentuk "dialog dua lelaki tak dikenali"
    ~ Alatan dan bahan yang digunakan untuk buat sihir
    ~ Air telaga berubah menjadi warna merah seumpama inai, seludang umpama kepala syaitan
    ~ Kalau bakar - sihir akan patah balik kepada orang yang hantar
    ~ Baiknya akhlak Nabi walau kepada orang yang aniaya baginda
    ~ "Aku tak suka balas kejahatan dengan kejahatan"
    KULIAH SETERUSNYA : Kerana Mata (Penyakit Ain)
    ~ Masalah sakit hati tengok kesenangan dan kebahagiaan
    1 hr 38 min
  • TNI2 | 050916 | "Pahala 700x Ganda & Quran Yang Dimansuhkan" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang telah berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh pada 5hb September 2016.
    ~ Tidak ada hari-hari yang lebih baik disisi Allah, dan tidak ada amal yang dilakukan pada hari-hari itu yang lebih Allah Taala suka, yakni hari yang 10 ini
    ~ Perbanyakkanlah pada 10 hari ini, sebut tahlil, takbir dan zikrullah
    ~ Puasa sehari bersamaan puasa setahun, amal kebaikan digandakan sehingga 700 kali ganda
    ~ 10 hari dan malam yang teristimewa disisi Allah
    ~ Sebaik-baik hari ialah hari yang 10 berdasarkan hadis Nabi
    ~ Allah bagi kepada kita peluang kedua dalam bulan Zulhijjah selepas bulan Ramadan
    ~ Istimewanya 10 hari awal bulan Zulhijjah berdasarkan hadis dan quran
    ~ Pahala setiap huruf bagi orang yang baca Quran
    ~ Jangan lepaskan peluang keemasan - jadikan ianya berbeza dari hari-hari lain
    ~ Isi masa dengan amalan-amalan yang baik - zikir sambil memandu kereta
    ~ Banyakan bersedekah dan infak ke jalan Allah
    ~ Hindarkan diri daripada buat dosa
    ~ Serulah manusia mengerjakan ibadah haji dan umrah
    ~ Saudi tidak pernah buat iklan tahun melawat Mekah dan Madinah
    ~ Manusia akan pergi haji dan umrah walaupun terpaksa berjalan kaki
    ~ Hari wukuf, cuaca dijangka 50 darjah celcius
    ~ Jika tidak mampu mengerjakan ibadah haji, buatlah amalan yang boleh mendapatkan pahala seumpama mengerjakan ibadah haji
    ~ Pahala untuk orang yang keluar rumah ke masjid untuk solat fardhu, dalam keadaan siap bersuci
    ~ Keluar dari rumah dengan niat nak solat sunat dhuha
    ~ Hati sentiasa teringat nak solat selepas selesai solat
    ~ Allah sediakan ganjaran hebat, kerana tak ramai orang boleh buat
    ~ Pahala untuk puasa di bulan Zulhijjah
    ~ Nabi tak tinggal puasa hari Asyura, 9 hari dibulan Zulhijjah dan pilih 3 hari dalam sebulan
    ~ Paling kurang kita buat puasa hari Arafah
    ~ Hari yang Allah pilih untuk membebaskan seberapa ramai hambaNya dari Neraka
    ~ Allah bangga dengan manusia di depan malaikat
    ~ Jangan lepas peluang buat ibadah korban
    ~ Bukan darah dan daging haiwan yang Allah nak, melainkan ikhlas dan taqwa
    ~ Manusia nak cari pahala, walaupun harga satu bahagian korban mahal
    ~ Satu amalan yang paling Allah suka semasa raya Haji
    ~ Disuruh untuk pakai baju baru pada hari raya
    ~ Binatang korban akan datang pada hari akhirat sebagai bukti ibadah kita
    ~ Sebelum darah menitik ke tanah, Allah telah redha kepada orang yang laksanakan ibadah korban
    ~ Bersihkanlah hati dengan ibadah korban - buang sifat bakhil dan kedekut
    ~ Spoiler macam tiang gol di belakang kereta
    ~ Kita berkira dalam perkara agama
    ~ Nak pi mengaji pun tengok pokok hujan dulu
    ~ Kita tak gelut dalam hal-hal kebaikan
    ~ Setiap helai bulu binatang, dapat 10 pahala
    ~ Sepanjang 10 tahun Nabi di Madinah, tak pernah tinggal ibadah korban
    ~ Saidina Ali akan korbankan dua ekor kambing setiap tahun
    ~ Sembelih korban untuk Nabi - dalil boleh buat korban untuk orang yang dah meninggal dunia
    ~ Kongsi satu bahagian daging korban secara beramai-ramai
    ~ Kita tak jadi macam kita hari ni, kalau bukan kerana mak dan ayah
    ~ Nabi pesan suruh buat korban untuk Nabi
    --- KITAB TAFSIR NURUL IHSAN JILID 2 MUKA SURAT 317 ---
    ~ Tafsir Surah An-Nahl ayat 101
    ~ Hikmah Allah memansuhkan dan menukar ayat Quran
    ~ Hujah puak kafir bila mendengar ada ayat Quran yang ditukar
    ~ Bukti Muhammad reka Quran,bukan dari Tuhan
    ~ Antara contoh-contah ayat yang dimansuhkan
    ~ Cara untuk membersihkan hati
    ~ Masalah ada duit tapi tak mahu sedekah sebab kedekut
    ~ Wasiat tidak boleh diberikan kepada waris
    ~ Ujian sejauh mana kita boleh taat perintah Allah
    ~ Proses untuk menjadikan Islam sebuah agama yang sempurna
    ~ Alasan orang hisap rokok dan minum arak
    ~ Kisah Saidina Umar dan ayat pengharaman arak
    ~ Cara Allah meraikan manusia
    ~ Quran dan Jibril - Ruhul Qudus
    ~ Antara tanda untuk menilai kita beriman atau tidak
    ~ Dengar Quran sama macam dengar lagu Dilwale
    ~ Quran Allah yang turunkan bukan rekaan dari Nabi
    ~ Tuduhan orang kafir - tukang besi yang ajar Muhammad ayat Quran
    ~ Macam-macam tuduhan
    1 hr 33 min
  • TNI1 | 210113 | "Pilihan 8 Pintu Syurga & Jenazah Tiga Gear" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    REMASTERED Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 1 yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Gelugor, Pulau Pinang pada 21hb Januari 2013.
    ~ Hadis yang diriwayatkan oleh Hamba kepada Saidina Uthman Bin Affan
    ~ Kaedah wudhuk yang dilakukan oleh Saidina Uthman Bin Affan
    ~ Hukum sedut air masuk ke hidung semasa berwudhuk berdasarkan mazhab berbeza
    ~ "Macam nilah aku tengok Nabi S.A.W ambil air sembahyang.."
    ~ Perincian sempadan muka yang menjadi anggota wudhuk
    ~ Kesan daripada wudhuk yang tidak sah
    ~ Satu benda yang nampak kecil, tapi memberi akibat yang besar dalam kehidupan seharian
    ~ Solat dua rakaat sunat selepas berwudhuk
    ~ Solat sunat yang menjadi perbincangan ulama yang besar-besar
    ~ Diampunkan baginya dosanya yang terdahulu
    ~ Banyak ruang buat baik dan tambah pahala
    ~ Apabila seorang yang beriman berwudhuk, semua dosa gugur bersama air wudhuk
    ~ Lagi kerap berwudhuk, lagi bersih zahir dan batin
    ~ Hari-hari terlalu banyak dosa-dosa kecil yang kita buat
    ~ Tengok orang dengan pandangan dan lintasan jahat yang diluar kawalan
    ~ Nabi buat apapun, menjadi fokus dan perhatian para sahabat
    ~ Cara Abu Hurairah berwudhuk berdasarkan perbuatan Nabi
    ~ Alasan basuh tangan sampai ketiak
    ~ Umat Nabi putih bercahaya ketika dibangkitkan di Mahsyar
    ~ Diantara tempat bertemu Nabi di Mahsyar
    ~ Golongan yang dihalau oleh Malaikat dari menghampiri telaga Nabi
    ~ Nabi suruh ambil wudhuk lebih dari sempadan wudhuk jika mampu
    ~ Janji Nabi untuk orang yang berwudhuk dengan sempurna dan membaca doa selepas wudhuk
    ~ Terbuka 8 pintu syurga dan boleh pilih nak masuk melalui pintu mana
    ~ Banyak ruang untuk buat pahala
    ~ Kejadian semasa Nabi dan sahabat bermusafir (berwudhuk cara cincai)
    ~ Tempat yang kritikal ketika berwudhuk ialah tumit
    ~ Cara Nabi tarbiah sahabat
    ~ Solat dalam keadaan buku lali dan tumit kering
    ~ "Celakalah tumit-tumit yang tidak basah, itu bahagian api neraka.."
    --- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 1 MUKA SURAT 209 ---
    ~ Tafsir Surah Al Maidah Ayat 4
    ~ Apakah makanan yang dihalalkan orang Islam makan?
    ~ Dihalalkan segala makanan yang lazat dan baik
    ~ "Rugilah hang, tak boleh makan babi.."
    ~ Diseluruh dunia berlaku "test market" menguji orang Islam
    ~ Tak boleh biar "perkara yang menyentuh sensitiviti" dimaafkan hanya dengan permohonan maaf
    ~ Setiap perkara yang Allah haramkan, pasti tidak baik untuk kita
    ~ Masalah minum arak dalam cuaca sejuk
    ~ Halal makan binatang buruan yang diburu oleh haiwan terlatih
    ~ Tanda-tanda yang boleh menyebabkan bintang buruan haram dimakan
    ~ Cara mengenal pasti binatang buruan terlatih ataupun tidak
    ~ Masalah anak panah atau benda tajam yang digunakan semasa berburu
    ~ Jika ada unsur kesamaran pada binatang yang diburu, jangan makan
    ~ Ada beza antara bersih dan suci
    ~ Doa keluar rumah - Allah akan jaga
    ~ Bismillah adalah ucapan yang sangat penting
    ~ Amalan kecil yang menyebabkan syaitan tak boleh makan dan tidur
    ~ Kalau dah makan dan teringat tak baca bismillah, ada lagi peluang kedua
    ~ Nama Allah dalam Islam sangat-sangat penting
    ~ Isu kalimah Allah dan hujah yang tak cerdik (hati-hati dengan muslihat)
    ~ Tanda-tanda anjing yang tak terlatih
    ~ Cara mudah untuk memahami, larangan dan panduan dari Quran dan Hadis
    ~ Quran ni betul-betul lengkah kah?
    ~ Ayat yang menyebabkan orang Yahudi "menangis"
    ~ "Kalau betul Quran lengkap, Quran ada cerita ka cara buat roti canai?"
    ~ Kisah benar yang berlaku dikalangan orang Islam yang main-main dengan Quran
    ~ Mana-mana orang yang diiktiraf sebagai "Ahli Kitab"
    ~ Islam tidak boleh "ditokok tambah" tanpa Nas
    ~ Jangan bagi ruang dan peluang nak mereka cipta dalam agama
    ~ Contoh amalan tak ada nas semasa nak hantar jenazah ke tanah perkuburan
    ~ Bawa turun Mayat guna "tiga gear" dan lalu bawah keranda
    ~ Umar Al Khattab tetap berpegang dengan pendapat tak boleh makan sebahagian sembelihan ahli kitab
    ~ Kisah Abdullah Bin Salam ahli kitab yang benar-benar mencari kebenaran
    ~ Menikah dengan ahli kitab dibenarkan dan jangan berzina
    ~ Masalah orang yang berzina nak menikah
    ~ Dosa besa
    1 hr 42 min
  • TNI4 | 100613 | "Sahabat Teristimewa & Cahaya Di Mahsyar" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 4 yang berlangsung di Surau Taman Kerian, Parit Buntar, Perak pada 10 Jun 2013.
    ~ Kisah Saidina Abu Bakar As-Siddiq berlari tergesa-gesa nak jumpa Nabi
    ~ Angkat kain sehingga hampir menampakkan lutut
    ~ Masalah antara Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar
    ~ Kalau kawan yang terlampau rapat, tersalah cakap, lebih mudah terguris
    ~ Berasa bersalah sebab tak menerima permintaan maaf
    ~ Lokasi rumah Abu Bakar (di Masjid Nabawi)
    ~ Para sahabat sentiasa rujuk Nabi bila ada masalah
    ~ Minta maaf cepat-cepat, dan jangan tunggu untuk "beri kemaafan"
    ~ Jauh bezanya sahabat dengan kita
    ~ Majoriti kata Muhammad berdusta, kecuali Abu Bakar
    ~ Peristiwa besar dalam bulan Rejab (Isra' Mikraj)
    ~ Kejadian pada pagi selepas Isra' Mikraj
    ~ Betapa lurusnya hati Nabi - tak fikir orang nak "pekena" dia
    ~ "Awatlah Muhammad ni, merepek sampai macam ni.."
    ~ Berjuang dengan nyawa dan harta benda kerana Allah
    ~ Tiada siapa lagi yang berani menyakiti hati Abu Bakar
    --- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 4 MUKA SURAT 203 ---
    ~ Tafsir Surah At-tahrim
    ~ Ayat menakutkan orang mukmin dari murtad
    ~ Amaran daripada Allah kepada orang Islam yang murtad
    ~ Tiga cara boleh terjadinya murtad
    ~ Berlakon sembah berhala dalam filem
    ~ Cakap dikedai kopi cabar tentang hudud
    ~ Apa jadi pada Erdogen (Presiden Turki) yang nak haramkan arak di Turki?
    ~ Tidak mudah untuk melaksanakan perintah Allah dalam sesebuah negara
    ~ Islam agama fitrah yang memang "matching" dengan hati manusia
    ~ Islam nak jaga semua orang - tapi orang menentang sebab tak faham
    ~ Jangan bagi alasan bila dah masuk neraka
    ~ Maksud ayat dalam Surah An-Naba'
    ~ Kejadian besar yang akan berlaku dihari akhirat
    ~ Doa ketika kepal tanah semasa proses pengkebumian
    ~ Azam untuk buat yang terbaik pada Ramadan yang akan datang
    ~ Kejadian mati dalam bilik air
    ~ Tak perlu teropong menteri pasola cari salah orang
    ~ Maksud taubat Nasuha (cuba menangis mengenangkan dosa)
    ~ Tanda jahat seorang manusia ialah "susah nak keluarkan air mata" - tak pernah rasa bersalah
    ~ Taubat kena buat setiap hari, sebab setiap hari kita buat dosa
    ~ Ayat yang diulang sebut beratus kali dalam Quran (sungai mengalir di dalam syurga)
    ~ Kejadian orang Islam dibunuh dan dibakar hidup-hidup
    ~ Akhirat adalah "hari untuk orang Islam" - dunia adalah penjara untuk orang yang beriman
    ~ Siapa yang ikut Nabi tidak akan dihina di hari kiamat
    ~ Cahaya pada tubuh di padang Mahsyar bergantung kepada amalan semasa di dunia
    ~ Sesetengah manusia cahayanya cerah seumpama bukit
    ~ Cuba sedaya upaya untuk tambah amalan supaya dapat "cerah" di mahsyar nanti
    ~ Hang buat baik, hang buat baik habuan hang
    ~ Minta cahaya yang sempurna di titian sirat
    ~ Perkara paling utama dalam hidup ialah "minta Allah ampunkan dosa kita"
    ~ Maksud doa semasa duduk antara dua sujud
    ~ Doa semasa melawat orang sakit atau orang nazak atau yang dah meninggal
    ~ Perintah Allah untuk tegas dengan orang kafir
    ~ Cara untuk menyeru dan berhujah dengan orang kafir menurut Quran
    ~ Sejahat-jahat tempat kembali untuk orang kafir dan munafik
    ~ "Mana ada benda sempurna dalam dunia ni... Tuhan pun tak perfect.."
    ~ Setiap yang Allah takdirkan ada hikmah disebaliknya
    ~ Bini punya "segak" awat dapat laki "lagu tu" - Tuhan pun patut padan la..
    ~ Nabi, tapi dapat isteri yang jahat dan tak beriman
    ~ Perempuan baik, tapi dapat suami jahat
    ~ Isteri Nabi Noh, kata suaminya gila
    ~ "Bom Nuklear" bila ahli keluarga sendiri kutuk
    ~ Tohmahan yang "mencederakan" dakwah Nabi
    ~ Isteri Nabi Luth yang menjadi "pembocor" rahsia
    ~ Nabi Luth dan Nabi Ibrahim hidup sezaman dan berdekatan
    ~ Umat yang mengamalkan "liwat"
    ~ Bini ada, tapi dok ligan jantan (manusia yang melampaui batas)
    ~ Manusia otak "gelong" dan ketagih
    ~ Laut Mati (al bahrul mayit) - tempat berlakunya kejadian "Malaikat Jibril terap bumi"
    ~ Kajian daripada arkeologis Jerman tentang laut mati
    ~ City Of The Sinner (bandar orang berdosa)
    ~ Betapa dahsyatnya balasan untuk orang yang mengamalkan dosa liwat
    ~ Azab Jerkah Jibril sebelum berlak
    1 hr 46 min
  • TNI2 | 070113 | "Tadah Air Mandi Mayat & Emas Besar Bukit" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, pada 7hb Januari 2013.
    ~ Diantara adab belajar hadis
    ~ Baca daripada awal sampai habis
    ~ Walaupun tak reti bahasa Arab, tapi buat macam reti
    ~ Kisah Abu Hurairah yang terlalu lapar
    ~ Salah seorang sahabat yang cukup banyak meriwayatkan Hadis
    ~ Ikat batu diperut sebab lapar yang keterlaluan
    ~ Buat-buat tak faham ayat Quran - (buat ramah) - supaya ada orang belanja
    ~ Nabi tengok muka, Nabi dah faham isi hati
    ~ Antara sifat-sifat yang ada pada seorang Nabi
    ~ Ada orang mengaji pandai, tapi tak cerdik
    ~ Cerdik dalam memahami dan mentafsir sesuatu keadaan
    ~ Adab sahabat menjawab panggilan Nabi (boleh jawab style Hindustan)
    ~ Maksud talbiah semasa umrah dan haji
    ~ Peti ais ada simpanan makanan untuk sebulan
    ~ Miskinnya Nabi dan keluarga
    ~ Sahabat-sahabat yang berjasa cukup besar dalam perkembangan Islam (ahlul suffah)
    ~ Nabi haram ambil sedekah (Nabi tidak boleh dijatuhkan maruah)
    ~ Beza antara sedekah dan hadiah
    ~ Maksud hari tarwiah (pada musim haji)
    ~ Cara Nabi tarbiah (ajar) Abu Hurairah
    ~ Nabi adalah manusia yang penuh barakah
    ~ Sahabat minta dikebumikan dengan sehelai rambut Nabi
    ~ Maksud "tabarruk" - tak boleh dibuat kepada orang selain Nabi
    ~ Berebut tadah air mandian mayat tok guru
    ~ Syarat dari "Nabi Palsu" Musailamah Al Kazzab
    ~ Nabi kenal siapa kawan, siapa lawan
    ~ Percaya dan yakin kepada Allah dan Rasul tidak akan membuatkan kita menyesal
    --- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 2 MUKA SURAT 300 ---
    ~ Tafsir Surah An-Nahl Ayat 14
    ~ Diantara tanda kekuasaan Allah ialah "kejadian laut"
    ~ Kursus kajian tentang "sains samudera"
    ~ Ribut "tsunamu" akan "menyerang" pantai timur
    ~ Asid yang boleh membinasakan usus perut
    ~ Maksud doa naik kenderaan
    ~ Semua yang ada dalam alam adalah dibawah kawalan Allah
    ~ Daripada dasar laut, keluar pelbagai perhiasan
    ~ Zon penampan yang menyelamatkan Malaysia daripada malapetaka
    ~ Wajarkah orang Malaysia derhaka Allah?
    ~ Malaysia bumi bertuah - tanam apapun menjadi
    ~ "Pisang susah nak dapat sekarang ni.."
    ~ Kalau ada tanah kosong, tanam pisang pun boleh kaya
    ~ Allah pasakkan (paku) bukit-bukit untuk kejapkan bumi
    ~ Bukit dan gunung-ganang ada fungsinya
    ~ Orang kaya pakat nak buat rumah atas bukit
    ~ Peranan pokok bakau - menahan hakisan
    ~ Allah jadikan sungai dan jalan-jalan untuk manfaat manusia
    ~ Hadis tentang sungai-sungai di dunia yang merupakan sungai syurga
    ~ Cerita dahsyat tentang sungai, menjelang akhir zaman
    ~ Antara sahabat Nabi yang merupakan ahli quran (pakar)
    ~ Manusia akan "ligan" dunia sampai kesudah
    ~ Serban pun boleh terungkai kerana duit dan harta dunia
    ~ Emas sebesar bukit akan terbit dari sungai
    ~ Skim cepat kaya "Saham Jongkong Emas"
    ~ Man of principle pun boleh "rosak" sebab duit
    ~ Sejarah Skim Cepat kaya di Malaysia - Kisah Pak Man Telo
    ~ Belanja makan satu kantin
    ~ Sebab duit, berbunuh-bunuhan, 99 terkorban hanya seorang selamat
    ~ Allah jadikan beberapa "landmark" diatas muka bumi sebagai "alamat" untuk manusia
    ~ Pengalaman kali pertama sampai ke Mekah - berpeluh tak jumpa hotel
    ~ Bintang-bintang dilangit menjadi panduan untuk ahli pelayaran
    ~ Quran dan Hadis sebagai panduan untuk tidak sesat dalam kehidupan
    SETERUSNYA
    ~ Patutkah manusia samakan Allah dengan berhala yang tak ada kuasa
    ~ Cerita tentang Namrud
    ~ Kajian Ron Wyatt tentang kisah-kisah dalam bible
    ~ Sedikit pengenalan tentang Kitab Bahrul Mazi Jilid 21
    ~ Hanya jauhari mengenal manikam (bukan Johari kenal Manikam)
    1 hr 35 min
  • KHAS | 031217 | "The Walking Dead & Viral Nasi Kandar Pelita" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Ceramah Khas sempena Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan yang berlangsung di Masjid Jamek Seberang Jaya pada 3hb Disember 2017.
    ~ Tiga jalan untuk dapat pahala walaupun selepas mati
    ~ Anak adalah asset berharga yang Allah rezekikan pada manusia
    ~ Bukan senang nak didik anak pada zaman sekarang
    ~ Beza cara didikan 50 tahun lalu
    ~ Anak-anak kena jadi kawan - kena ada rasa kasih sayang
    ~ Statistik daripada Agensi Antidadah Kebangsaan pada tahun 2016
    ~ The Walking Dead - berjalan tapi sebenarnya "mampuih" dah
    ~ Tiada jaminan terselamat daripada "bahaya" penagih dadah
    ~ Kita tak mampu nak awasi anak sepanjang masa
    ~ Orang baik, adalah orang yang baik dengan ahli keluarganya
    ~ Bimbing isteri dan anak-anak menjadi manusia yang berguna
    ~ Cara Nabi layan anak dan cucu Nabi
    ~ Kadang-kadang rezeki yang datang kepada kita bukan "sebab kita"
    ~ Lagi banyak memberi, lagi banyak Allah akan tambah
    ~ Komen Nabi ketika melihat jenazah diusung didepan baginda
    ~ Kisah kematian Dr Surin Pitsuwan
    ~ Untungnya jadi orang baik - untungnya ibu bapa yang mampu didik anak jadi orang baik
    ~ Kerana hati baik, Allah "berterima kasih" dan ampunkan dosa
    ~ Macam-macam cerita viral dan fitnah disebarkan tentang Nasi Kandar Pelita
    41 min
  • BM13 | 200312 | "Dialog Di Pintu Langit & Hidayah Geng Clubbing" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Bahrul Mazi Jilid 13 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah pada 20hb Mac 2012.
    ~ Seseorang yang dah nak mati, akan didatangi oleh malaikat Allah
    ~ Kita semua akan lalui satu hari nanti
    ~ Proses kematian akan dimulakan dengan kedatangan malaikat maut
    ~ Jika seseorang itu merupakan orang yang soleh semasa hidup
    ~ Wahai nyawa yang baik-baik, keluarlah kamu
    ~ Kejadian di pintu langit
    ~ "Selamat datang wahai nyawa orang yang baik-baik.."
    ~ Iringan oleh Malaikat penjaga langit
    ~ Sekiranya yang mati ialah seorang jahat dan derhaka Allah
    ~ Terbit keluar wahai roh yang jahat
    ~ Minuman nanah busuk dari penghuni neraka
    ~ Bergelut dengan sakaratul maut
    ~ Tiada ucapan selamat datang kepada roh yang keji
    ~ Hadiri kuliah agama bukan untuk mengisi masa lapang
    ~ Tak peduli dengan hal agama, cuma fikir duit
    ~ Berapa banyak manusia yang tidak pernah ambil peduli kepada seruan Nabi-Nabi
    ~ Kisah Nabi Saleh dengan kaum Tsamud
    ~ Biasanya orang yang minat agama ialah orang yang daif-daif
    ~ Pertanyaan dengan nada mengejek dan perli
    ~ Ada macam-macam cara cakap orang yang menolak agama
    ~ Balasan gempa bumi yang cukup dahsyat
    ~ Perbuatan yang lagi dahsyat daripada takabbur (cabar tuhan)
    ~ Kisah dalam surah Al-A'raf ayat 75-79
    ~ Jangan main-main dengan Allah (jaga mulut dan jangan celupar)
    ~ Hati jadi keras dan tiada nur sebab tak mengaji
    ~ Kejadian Nabi berhenti pada kubur "samseng" umat Nabi Saleh
    ~ Pastikan kita tidak bersama dengan kumpulan orang yang derhaka Allah
    --- BAHRUL MAZI JILID 13 Muka Surat 207 ---
    ~ Bab cakap lemah lembut dengan orang jahat
    ~ Islam suruh kita cakap bersopan walaupun dengan orang jahat
    ~ Manusia adalah makhluk yang sangat "complicated" dan susah difahami
    ~ Suka tolong orang, tapi mulut suka ungkit
    ~ Manusia merak tak tentu punca
    ~ Jenis orang yang suka bangkang orang
    ~ Suara "satu rumah kenduri boleh dengar"
    ~ Orang yang digelar "si bodoh tonggong" datang rumah Nabi
    ~ Manusia yang paling "tak berguna" dalam masyarakat
    ~ Kisah Badwi kencing dalam masjid
    ~ Orang yang tak dipedulikan oleh masyarakat (kera sumbang)
    ~ Kita hidup dalam masyarakat kita kena bermasyarakat
    ~ Jutawan yang terlupa "berasal dari kampung"
    ~ Satu CD boleh menjadi sebab dapat hidayah untuk berubah
    ~ Hidayah geng clubbing - rumah sheikh minibar
    ~ Kita kena mulakan "usaha nak ajak orang cari hidayah"
    ~ Berhemah dan berjimat ketika kasih dan marah
    ~ Don't trust too much, don't hope too much...
    ~ Masalah bahasa Inggeris (susah nak "terjemah" dalam bahasa Melayu)
    ~ Benci sampai "tak dak reserve" - mana tau dia muka ahli neraka
    ~ Sebaik-baik perkara biarlah sederhana - waras dan duduk dipertengahan
    ~ Perasan bagus dan memandang hina orang lain
    ~ Kisah isteri yang memendam rasa bersalah kepada suami
    ~ "Aku tak sangka hang perempuan kotor.."
    ~ "Ni Hao Ma?" - masalah tak tau nak terjemah
    ~ Akibat terlalu sayang anak - isteri jadi "punching bag"
    1 hr 23 min
  • BM14 | 200514 | "Bela Penyamun & Ibu Segala Kejahatan" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Bahrul Mazi Jilid 14 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah pada 20hb Mei 2014.
    ~ Sahabat yang sangat istimewa (Azzubair Bin Alawwam)
    ~ Masuk Islam ketika berusia 15 tahun
    ~ Pahlawan yang setanding dengan Khalid Al Walid
    ~ Diantara 10 orang sahabat yang dijamin syurga
    ~ Berlaku pergaduhan dengan salah seorang sahabat Ansar yang juga ahli perang Badar
    ~ Air lebih mahal daripada minyak
    ~ Sumber mata air yang menjadi punca pergaduhan
    ~ Setiap orang Nabi ada penolong (pengikut yang sanggup berkorban apa saja)
    ~ Tak puas hati bila Nabi masuk campur
    ~ Kadang-kadang manusia ni - bagi betis nak paha
    ~ Anak-anak bagi duit belanja RM200 kat mak ayah di kampung
    ~ Kata-kata yang menyebabkan merah muka Nabi menahan marah
    ~ Kerana tak bersetuju dengan keputusan Nabi
    ~ Kejadian yang menyebabkan turunnya ayat 65 surah An-Nisa'
    ~ Tanda orang yang tak beriman (lawan keputusan Nabi)
    ~ Kisah yang berlaku selepas selesai perang Hunain
    ~ Pertikaian semasa Nabi buat pembahagian harta rampasan perang
    ~ "Aku ada 10 anak, sekoq pun aku tak pernah cium.."
    ~ Megah dengan keras hati (gedebe dan juah)
    ~ Siapa yang tiada rasa sayang dalam hati, Allah tidak sayang dia
    ~ Unsur-unsur nafsu manusiawi walaupun dapat tarbiah Nabi
    ~ Babak dalam filem Tiga Abdul
    ~ Muka dan air muka (isteri cukup kenal air muka suami)
    ~ Siapakah yang lebih adil daripada Allah dan Rasul?
    ~ Adil atau tidak Islam tentukan hukum Hudud kepada penyamun?
    ~ Perintah yang terdapat dalam Quran (hukuman kejam dan zalim?)
    ~ Siapa yang nak bela nasib mangsa penyamun?
    ~ Bukan senang nak simpan RM20,000 nak bagi orang curi
    ~ Kita tak fikir mangsa, kita lebih kesian kepada penjenayah
    ~ Ambil lempar buang Quran - tak perlu pakai Quran
    ~ Nabi cepat marah, cepat sejuk
    ~ Rasa bersalah sebab bagi Nabi marah
    --- BAHRUL MAZI JILID 14 MUKA SURAT 25 ---
    ~ Manusia itu tabiatnya pemarah
    ~ Silap sikit nak marah, tak puas hati, dan memberontak
    ~ Kena ingat bukan kita saja pandai marah, orang lain pun boleh marah
    ~ Kerana marah, 1001 benda boleh jadi
    ~ Ibu segala kejahatan yang boleh membawa kepada berbunuh-bunuhan
    ~ Kes di Pejabat agama, Menikah pagi, petang bercerai
    ~ Isu dalam masyarakat yang tak habis-habis
    ~ Orang bagus adalah orang yang boleh tahan marah (asap terbit ikut telinga)
    ~ Hikmah diadakan pondok tol * ustaz melawak
    ~ Nama yang "syubhah" dalam masyarakat (nama macam perempuan tapi lelaki)
    ~ Punca kuliah Ustaz panjang (minta nasihat pendek dan ringkas)
    ~ Hadis yang simple tapi ulama boleh buat beberapa kesimpulan
    ~ Takutlah oleh kamu semua akan marah
    ~ Semangat bangsa Melayu (orang kita ka?) - bangsa tak boleh buang
    ~ Yang salah dalam semangat kebangsaan (tolong orang zalim)
    ~ Tahap stress yang cukup tinggi (punca ustaz pakai baju tutup tengkok)
    ~ Darah tembak naik (kematian akibat tekanan darah tinggi) - blood clot di kepala
    ~ Jangan menjadi asbab kepada kemarahan orang
    ~ Syaitan seronok bila manusia marah dan bermusuh-musuhan
    ~ Forum tentang hudud di RTM (Islam sama Islam bergaduh)
    ~ Cerita sheikh-sheikh kaya di UAE (gila race unta dan penderaan kanak-kanak)
    ~ Tengok saudara seagama dengan pandangan kasih sayang
    ~ Malaikat menjauhi orang yang suka marah
    ~ Tahun 93 hijrah berlaku kejadian ramai sangat ulama yang meninggal dunia
    ~ Nabi tukar nama "sedih, dukacita, susah" kepada "mudah, senang"
    ~ Hebatnya Saidina Abu Bakar (berat timbangan amal)
    ~ Saidina Abu Bakar diam dan tidak menjawab makian orang
    ~ Allah hantar malaikat untuk nafikan tuduhan palsu
    ~ Tak payah jawab fitnah dan tuduhan orang - cukup Allah dan Malaikat sebagai pembela
    ~ Siapakah orang yang mampu "K.O"kan orang lain?
    ~ Orang yang paling kuat ialah orang yang mampu menahan marah
    ~ Antara tanda orang nak mati dan dah nampak kedatangan malaikat maut
    1 hr 32 min

About Zonkuliah

From the publisher's feed

Podcast Rasmi Projek Zonkuliah