Zonkuliah

Zonkuliah

By ZonkuliahEducationSelf-Improvement
Download on the App Store

Zonkuliah episodes

  • BM21 | 101121 | "Kawan Lawyer Di Akhirat & Haji Kapal Laut" - Ustaz Shamsuri Ahmad

    Kuliah Bahrul Mazi Jilid 21 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Pulau Pinang, pada 10hb November 2021


    ~ Setiap orang daripada umat Nabi akan masuk Syurga, melainkan yang enggan
    ~ Syurga menjadi matlamat semua manusia
    ~ Siapa yang derhaka dan sengaja tak taat Nabi, bermaksud tak mau syurga
    ~ Nyawa kita dalam gengaman Allah
    Hadis 2 :
    ~ Vaksin adalah iktiar
    ~ Lari dari agama seumpama unta terlepas tali
    ~ Ada sungguhkah orang yang tak mahu masuk syurga?
    ~ Manusia yang sengaja nak masuk neraka
    ~ Ada banyak cara nak masuk syurga melalui pintu-pintu kebaikan
    Hadis 3 : Golongan manusia istimewa - bersahabat kerana Allah
    ~ Cara nak dapat tempat dalam syurga ialah cari kawan yang beriman kepada Allah
    ~ Sesungguhnya dikalangan hamba Allah, ada sekumpulan manusia yang bukan Nabi dan orang mati Syahid, tapi dicemburui di hari akhirat nanti
    ~ Golongan manusia yang berkasih sayang dan berkawan sesama meraka semata-mata kerana Allah
    ~ Rapat sebab "partner in crime" - kamceng sebab geng moto besar
    ~ Wajah bercahaya dan duduk di atas cahaya, tidak takut di padang mahsyar
    ~ Ketahuilah para wali Allah itu tidak takut dan berasa sedih duka cita
    ~ Maksud dan ciri-ciri wali Allah - Hati sentiasa ingat Allah ketika berada di dunia
    ~ Hadis yang ramai ustaz-ustaz baca
    ~ Semak matan hadis takut tersebarkan hadis palsu
    Hadis 4 :
    ~ Tidak ada pertikaian yang lebih dahsyat di atas dunia berbanding debat di syurga
    ~ Hujah penghuni syurga dengan Allah, berkenaan kawan-kawan yang beribadah bersama semasa di dunia, tapi tak nampak dalam syurga
    ~ Kawan yang akan menjadi lawyer kita didalam syurga mempertahankan kita
    ~ Manusia yang iman sebesar zarah di atas dunia
    ~ Masuk syurga atau neraka dengan rahmat dan belas kasihan Allah
    ~ Teruskan buat baik walau dicemuh dan dicaci maki oleh manusia
    ~ Dislike lebih banyak dari like pada video kuliah agama
    ~ Hadis yang menyebabkan orang rasa "percaya dan tak percaya"
    Hadis 5 : Doa seorang kawan doa yang paling istimewa
    ~ Doa yang sangat mahal, doa paling ikhlas
    ~ Daripada 3000 orang friend dalam Facebook, adakah seorang kawan yang nak doakan kita
    ~ Orang yang paling beruntung dalam dunia
    ~ Malaikat yang akan tolong mendoakan semula kebaikan atas doa seorang kawan
    ~ Umpama berkawan dengan dua jenis orang - tukang besi dan penjual minyak wangi
    Quote :
    ~ Sincerity And Love
    ~ Kejujuran dan keikhlasan ada tandanya
    ~ Berpuluh ribu kes perceraian kerana masalah ekonomi akibat Covid19
    ~ Tanda keikhlasan seorang suami, isteri, anak, adik beradik dan kawan..
    ~ Iman teruji bila dihimpit dengan kesusahan
    ~ Ribuan pengajaran sepanjang 2 tahun tempoh pandemik
    --- BAHRUL MAZI JILID 21 MUKA SURAT 133 ---
    ~ Orang Haji Yang Afdhal Dan Akmal (Haji Yang Sempurna)
    ~ Haji adalah salah satu daripada tiang dalam Islam
    ~ Janji yang cukup besar untuk orang yang tunaikan ibadah haji
    ~ Tiga tempat yang disuruh kita "simpan belanja" untuk melawat
    ~ Mekah Madinah Baitul Maqdis
    ~ Maksud Haji Mabrur - Haji yang tidak bercampur dengan dosa
    ~ Siri ujian di Tanah Suci sepanjang musim Haji
    ~ Buat ibadah tak boleh kalut
    ~ Tekong Kedai Kopi Di Padang Arafah
    ~ Siapakah orang yang Hajinya paling sempurna pahala dan amalnya?
    ~ Hero Korea dalam Ihram
    ~ Amal yang menjadi syiar haji
    ~ Maksud perkataan "Mina"
    ~ Kejadian Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
    ~ Masalah ramainya penunggang agama zaman sekarang
    ~ Cara yang menyebabkan berlakunya tohmahan, banyaknya orang yang kutip duit hari ni
    ~ Aib besar bila ambil kesempatan atas agama
    ~ Syiar haji yang paling afdhal
    ~ Tinggikan suara ketika talbiah (syiar besar)
    ~ Apa yang dimaksudkan dengan mampu melaksanakan haji?
    ~ Mampu dari segi bekal (duit ringgit), kenderaan dan kudrat
    ~ Kenderaan yang patut untuk buat ibadah haji
    ~ Bayar hutang dulu sebelum pi haji
    ~ Pengalaman Mufti Pulau Pinang (Dato Seri Wan Salim) Buat Ibadah Haji Menggunakan Kapal Laut
    ~ Sejarah Lebuh Acheh di Pulau Pinang
    1 hr 46 min
  • BM2 | 220512 | "Jutawan Jual Kurma & Hidayah Ali Syaitan" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 2 yang berlangsung di Masjid Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah pada 22hb Mei 2012.
    ~ Kisah Nabi dibawa masuk ke dalam syurga semasa isra' mikraj
    ~ Tanda Bilal seorang yang istimewa
    ~ Ramai dikalangan ahli syurga adalah fakir miskin
    ~ Kurang nampak muka orang kaya dan wanita
    ~ Banyak duit lagi lambat proses pemeriksaan di pintu syurga
    ~ Disibukkan dengan dua benda merah semasa di atas dunia
    ~ Neraca yang akan digunakan untuk timbang amal manusia
    ~ Amal Nabi, Abu Bakar dan Umar lebih berat dari semua umat Nabi yang lain
    ~ Abdul Rahman Bin Auf masuk syurga setelah hampir putus asa
    ~ Punya lamanya hisab yang dikenakan keatas orang kaya
    ~ Kisah Abdul Rahman Bin Auf hijrah dari Mekah ke Madinah
    ~ Kekuatan orang Islam ini ada pada perpaduan
    ~ Perkara mula yang Nabi buat bila sampai ke Madinah dalam peristiwa Hijrah
    ~ Persaudaraan antara Aus dan Khazraj
    ~ Bila perpaduan dan kesatuan Islam diabaikan, satu persatu negara Islam jatuh
    ~ Antara sahabat yang terpilih untuk dipersaudarakan oleh Nabi
    ~ "Harta aku dan keluarga kita bahagi dua.."
    ~ Hilang sayang pada harta sebab sayang Nabi
    ~ Meniaga keju dan minyak tsamin, untuk berlipat kali ganda
    ~ Kisah Yusuf Taiyoob peniaga kurma (Multi Millionaire di Pulau Pinang)
    ~ Tumpuk warna wangian pada baju Abdul Rahman Bin Auf yang menarik perhatian Nabi
    ~ Kalau menikah, buatlah kenduri walaupun seekor kambing, jangan sembunyikan
    ~ Tujuan kenduri kahwin
    ~ Islam tidak larang orang Islam jadi kaya
    ~ Susah bagi orang kaya diakhirat - walaupun akan masuk syurga - tapi akan melalui saringan yang membebankan
    --- BAHRUL MAZI JILID 2 MUKA SURAT 135 ---
    ~ Bab sunat jarangkan jari semasa takbiratul ihram
    ~ Takbir rimau nak lompat
    ~ Cara Nabi angkat takbiratul ihram
    ~ Perselisihan dan perbincangan dikalangan ulama hadis
    ~ Apa hukum angkat tangan semasa takbir
    ~ Kepelbagaian cara solat di Mekah dan Madinah
    ~ 4 kali sunat angkat tangan dalam solat menurut imam Syafie
    ~ Mazhab ada banyak, tapi yang besar (muktabar) ada 4 (senioriti imam mazhab)
    ~ Antara mazhab-mazhab kecil yang tidak popular
    ~ Kenali Imam Syafie, jangan ingat dia macam Pie kawan kita (biodata Imam Syafie)
    ~ Kematian Imam Abu Hanifah sebab diracun oleh Khalifah zamannya
    ~ Dipenjarakan sebab tak mau jawatan
    ~ Jangan sebab suka dengan satu mazhab kita merendahkan dan hina mazhab lain
    ~ Pelajar yang brilliant dan genius sehingga menguasai semua bidang yang dipelajari
    ~ Komen Imam Malik terhadap Imam Syafie
    ~ Umpama Matahari bagi Dunia ini
    ~ Guru ada macam-macam (kisah kawan Ustaz yang pening tak faham bahasa Arab)
    ~ Pentingnya guru dan kaedah mengajar
    ~ Setiap ahli hadis yang ada terhutang budi kepada Imam Syafie
    ~ Bagaimana cara mengangkat takbiratul ihram menurut majoriti ulama
    ~ Takbir gaya bebas nak panggil kusyuk
    ~ Macam-macam style angkat takbir yang Nabi tak ajar
    ~ Masalah takbir angkat tangan kudung
    ~ Cara respect (tabik hormat) polis dan askar
    ~ Lafaz Allahu Akbar untuk Takbiratul Ihram nak kena panjang atau pendek
    ~ Nak tunjuk champion betapa cepatnya "lintasan" niat
    ~ Apa hikmah angkat tangan semasa takbiratul ihram?
    ~ Tanda surrender diri depan Allah
    ~ Maksud disebalik takbir bersama Imam
    ~ Bahasa kena jaga, kita cakap macam lain, orang faham macam lain
    ~ Janji hebat untuk orang yang dapat solat berjemaah bersama imam selama 40 hari berturut-turut
    ~ Orang munafik ni boleh dikenali dengan beberapa tanda
    ~ Makanannya duit haram, rasuah dan tak "clear"
    ~ Keuntungan yang dia dapat semua jalan tipu
    ~ Datang masjid sebab terpaksa dan solat saf last sekali
    ~ Tak mau orang kenal dia, dia pun tak mau kenal dengan orang
    ~ Hidup sendirian - pentingkan diri tak peduli orang
    ~ Malam tidur macam tunggul kayu tapi waktu siang bercakap pandai tentang agama
    ~ Bini pakai tudung ni benda yang sangat asas sebagai seorang Islam
    ~ Kita tak mampu buat apa tanpa bantuan dari Allah
    ~ Adakah dengan solat 40 hari bersama Imam boleh terlepas dari Neraka tanpa perlu taubat?
    ~ Allah berikan taufik untuk buat amalan kebaikan dan ti
    1 hr 47 min
  • BM2 | 240412 | "Istimewanya Manusia & Takbir Brake Angin" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 2 yang berlangsung di Masjid Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah pada 22hb April 2012.
    ~ Hadis mengenai mimpi Nabi tentang Allah
    ~ Apa yang menjadi benda yang diperbalahkan oleh para malaikat yang mulia?
    ~ Hadis yang tak perlu ditakwilkan ikut imaginasi
    ~ Nabi mula faham segala kejadian di langit dan di bumi
    ~ Isu tebus dosa (kaffarah) dikalangan manusia
    ~ Untungnya manusia, makhluk yang istimewa
    ~ Antara cara untuk tebus dosa, adalah duduk sebentar dalam masjid selepas solat
    ~ Dijanjikan keampunan dosa oleh Allah sehingga malaikat rasa macam tak puas hati
    ~ Berjalan kerana nak solat jemaah - dapat kenaikan darjat dan dihapuskan dosa
    ~ Sempurnakan wudhuk ketika dia tak suka dengan air
    ~ Nak ambil air wudhuk dari telaga waktu hujan atau di musim sejuk
    ~ Orang yang akan diganjarkan dengan dua benda besar - hidup dalam kebaikan dan mati dalam kebaikan
    ~ Bukan senang nak hidup sebagai orang yang baik
    ~ Telan racun bunuh diri sebab kecil hati dengan anak
    ~ Hidup mengajar kita - lagi tua lagi sensitif
    ~ Dijanjikan bersih dari dosa, seumpama baru dilahirkan
    ~ Dengar macam senang tapi tak terbuat
    ~ Doa yang jangan dilupakan (doa supaya sentiasa berbuat kebaikan)
    ~ Nak buat jahat itu mudah, nak buat baik susah
    ~ Manusia yang meninggalkan perkara mungkar
    ~ Kisah sahabat yang hidup punah ranah - tapi berjanji nak berjuang untuk Islam
    ~ Berapa ramai artis dalam Malaysia yang meninggalkan kemahsyuran untuk kembali kepada kehidupan beragama
    ~ Kisah hidayah Sham Kamikaze dan Wardina
    ~ Doa supaya dikekalkan hidayah mereka
    ~ Perubahan yang disusuli dengan pengisian dalam memahami agama
    ~ Minta doa supaya sentiasa ada hati untuk tolong orang miskin
    ~ Sentuhan kasih sayang (kejadian yang menyentuh hati)
    ~ Apabila Allah nak turunkan fitnah kepada hambaNya - minta supaya terselamat daripada fitnah
    ~ Maksud ketinggian darjat seseorang manusia ialah ringan mulut untuk bagi salam kepada orang lain
    ~ Suka bagi makan orang miskin, suka solat malam
    --- BAHRUL MAZI JILID 2 MUKA SURAT 131 ---
    ~ Bab tahrim bagi solat dan tahlilnya (sempadan waktu dalam solat)
    ~ Maksud tahrim dan tahlil bagi solat
    ~ Perbincangan panjang lebar tentang takbiratul ihram
    ~ Anak kunci solat adalah suci daripada hadas dan najis
    ~ Masalah haji dan umrah tak sah sebab kain ihram kena air kencing
    ~ Seram sejuk kaki dengar kuliah
    ~ Masalah mandi wajib pun celaru lagi - walaupun perkara fardhu ain
    ~ Masalah "nak tangguh" ihram selepas dah berniat
    ~ Masalah lafaz cerai taklik tak boleh tarik balik
    ~ Bahaya bila tak reti agama, boleh merosakan keluarga dan keturunan
    ~ Larangan orang lelaki pakai kain berjahit dalam ihram
    ~ Celaru sebab ustaz nakal - hukum hakam Islam bukan terbit dari kepala otak orang
    ~ Soalan paling pelik yang orang tanya Ustaz - gangguan iblis dan syaitan
    ~ Cara Nabi handle orang yang jiwa kacau (minta izin nak berzina)
    ~ Baca fatihah adalah rukun dalam solat
    ~ Masalah tak mau sebut Allahu Akbar dalam takbiratul ihram
    ~ Kreatif ubah perkataan Allahu Akbar
    ~ Mengaji agama, tapi celaru pun ramai
    ~ Nak buat lebih dari apa yang Nabi buat
    ~ "Kalau lebih lagi banyak pahala.."
    ~ Apa yang Nabi tunjuk adalah yang terbaik
    ~ Sengaja baca zikir dalam solat lebih dari 3 kali untuk dapat pahala lebih
    ~ Kejadian dahsyat yang terjadi dalam masjid
    ~ Imam solat 3 rakaat saja semasa solat Isyak
    ~ Kejadian Nabi terlupa rakaat solat, tapi tak ada sahabat berani tegur
    ~ Boleh atau tidak takbiratul ihram dengan bahasa sendiri (orang yang baru masuk Islam)
    ~ Dakwah pada orang asli, kera masak kurma
    ~ Masalah orang lidah keras tak boleh sebut Allah
    ~ Orang yang tak boleh jadi imam
    ~ Takbir jangan kuat sangat bagi makmum solat
    ~ Takbir "brake angin"
    1 hr 44 min
  • BM12 | 050116 | "Barakah Zam Zam & Sunnah Yang Punah" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 12 yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 5hb Januari 2016.
    ~ Barakah Air Zam Zam
    ~ Antara makhluk Allah yang barakah
    ~ Keajaiban dan hebatnya telaga air zam zam
    ~ Kisah sahabat Nabi yang sakit demam panas
    ~ Deman kerana hembusan neraka jahannam
    ~ Hukum minum secara berdiri
    ~ Adakah minum berdiri itu sunnah?
    ~ Di antara pantang larang di tanah haram (Mekah dan Madinah)
    ~ Zam Zam boleh dibawa keluar daripada tanah haram
    ~ Saidatina Aishah yang suka bawa balik air zam zam kerumah
    ~ Air zam zam akan jadi seperti mana di niatkan semasa ianya diminum
    ~ Doa yang dianjurkan bila minum air zam zam
    ~ Barakah adalah daripada Allah, tak boleh direka manusia
    ~ Apa yang dimaksudkan dengan barakah?
    ~ Cara nak ambil barakah daripada Al Quran
    ~ Rendam Quran buat minum air rendaman - mereka dalam nak ambil keberkatan
    ~ Malam yang disebut sebagai malam yang barakah
    ~ Macam mana cara nak ambil barakah dari lailatul qadar?
    ~ Diantara tempat yang Allah berikan barakah - masjidil haram
    ~ Cara untuk mengetahui tempat-tempat yang barakah adalah berdasarkan nas
    --- BAHRUL MAZI JILID 12 MUKA SURAT 186 ---
    ~ Bab tegahan makan dan minum dengan tangan kiri
    ~ Tajuk yang sangat senang
    ~ Makan dengan tangan kanan itu sunnah Nabi
    ~ Kejadian Ustaz Shamsuri minum dengan tangan kiri
    ~ Hilang respect sekelip mata sebab pakai baju batik
    ~ Bila niat nak ikut Nabi dan perintah Allah, meter pahala berjalan
    ~ Tegah makan dengan tangan kiri dikira makruh dan berdosa
    ~ Bila amalan berdasarkan sumber Quran dan Hadis tiada lagi keraguan
    ~ Biodata ringkas Abdullah Ibnu Umar Al Khattab (orang kedua terbanyak meriwayatkan hadis)
    ~ Ibu yang melahirkan orang hebat dan isteri kepada manusia hebat - Zainab Binti Maz'un
    ~ Uthman Bin Maz'un juga orang hebat
    ~ Ayat yang khatib selalu baca dalam khutbah Jumaat
    ~ Maksud yang tersirat disebalik ayat yang menyebabkan seorang sahabat masuk Islam
    ~ Muhajirin yang pertama dikebumikan di perkuburan Baqi'
    ~ Umur 10 tahun dah masuk Islam, 13 tahun dah nak ikut perang Badar
    ~ Sangat dukacita melihat orang Islam bergaduh sesama Islam
    ~ Syaitan makan dan minum dengan tangan kiri
    ~ Bab makan dengan tangan kanan kerana beradab
    ~ Kenapa sempadan tanah haram tak sama "lingkarannya"?
    ~ Penetuan sempadan berdasarkan riwayat Israeliyat
    ~ Menghukum orang untuk merosakan kerja dakwah itu salah
    ~ Nasihat Nabi bila nampak orang makan dengan tangan kiri
    ~ Bila orang tegur buat benda salah (tak bagus) - dia meradang
    ~ Tangan kanan jadi lumpuh sebab bantah saranan Nabi
    ~ Tidak ada yang menghalang kamu dari menggunakan tangan kanan melainkan sebab takabbur
    ~ Bila dengar nasihat dari Hadis - Dengar dan taatlah ! tentu selamat
    ~ Kalau tok guru serban besar pun mengajar benda yang bercanggah dengan Nabi, ikut Nabi
    ~ Nak bagi apa-apa kat orang, atau nak tunjuk pun, tunjuk dengan tangan kanan
    ~ Bertengkar nak guna jari mana untuk tunjuk sesuatu
    ~ Kisah Saidina Umar yang marah orang yang makan dengan tangan kiri
    ~ Nak tegur orang pandang-pandang, jangan semberono
    ~ Titik mula Islam bertapak di Parsi (Perang Al Qadisiyyah)
    ~ Allah yang nak bagi menang atau kalah (syarat Allah nak bagi kemenangan)
    ~ Tolong jaga agama Allah - Allah akan tolong hang
    ~ Buktikan taqwa (sejarah perang khadaq yang juga dikenali sebagai perang ahzab)
    ~ Sejarah Masjid Tujuh (bekas pos-pos tentera)
    ~ Bantuan Allah yang akan menjamin kemenangan
    ~ Bab jilat jari selepas makan
    ~ Di sisa makanan ada barakah
    ~ Keberkatan yang dibuang - kaya macam mana pun, ikutlah sunnah Nabi
    ~ Jangan rasa lekeh bila nak buat sunnah Nabi
    ~ Jangan memperlekehkan benda yang disunnahkan
    ~ "Itu pengotor namanya..."
    ~ Sunnah bersiwak (gosok gigi) - nak amalkan kena bagi betul - jangan sampai jadi punah
    ~ Bila dapat keberkatan (antara tanda keberkatan ialah sihat badan - dan kuat beribadah)
    ~ Jaga-jaga, jangan jilat jari ketika tengah makan
    ~ "Lain kali aku tak makan dah dengan dia ni.."
    ~ Salah satu daripada adab dan sunnah yang baik
    ~ Kisah anak-anak sa
    1 hr 25 min
  • BM21 | 130515 | "Iktikaf Akhir Ramadan & Beza Puasa Zaman Dahulu" - Ustaz Shamsuri Ahmad

    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 13hb Mei 2015.


    ~ Nabi akan beriktikaf di dalam masjid pada setiap 10 malam akhir Ramadan
    ~ Selepas daripada wafat Nabi, iktikaf di masjid terus dilakukan oleh isteri-isteri Nabi
    ~ Mendekati syaaban bermaksud ramadan just around the corner
    ~ Apa yang dimaksudkan dengan iktikaf dan bagaimana cara perlaksanaannya?
    ~ Ustaz Shamsuri Abu Rambo
    ~ Tempat yang selalu Nabi duduk ketika beriktikaf
    ~ Nabi dan para sahabat suka istiqamah dengan satu tempat setiap kali beriktikaf
    ~ Ushar tempat yang menjadi pilihan Imam Malik setiap kali iktikaf
    ~ Tempat yang menjadi rebutan dikalangan sahabat Nabi
    ~ Bila masuk malam 21 Ramadan, Nabi akan make sure setiap malam dihidupkan dengan ibadah
    ~ Nabi gerak (kejutkan) ahli keluarga untuk bangkit dan hidupkan malam akhir ramadan
    ~ Man Jadda Wa Jada - sapa pulun dia dapat
    ~ Nabi cuba menghindarkan diri daripada bersama dengan isteri
    ~ Adakah setiap kali tibanya ramadan kita mengambil manfaat daripadanya?
    ~ Waktu iktikaf tak balik ke rumah melainkan ada keperluan
    ~ Cara iktikaf yang dibuat oleh Nabi dan isteri baginda
    ~ Apa yang dimaksudkan dengan iktikaf?
    ~ Sunnah yang semakin tidak difahami dan semakin dilupakan
    ~ Duduk dalam masjid dengan tujuan untuk beribadah kepada Allah
    ~ Jangan mengauli isteri dalam 10 akhir ramadan
    ~ Dimana tempat nak beriktikaf - adakah boleh iktikaf di rumah dan di surau?
    ~ Pendapat iktikaf yang hanya merujuk kepada tiga masjid
    ~ Orang Islam ada di mana pun, termasuk di Kubang Menerong
    ~ Terdapat kepelbagaian pendapat dalam banyak hal
    ~ Iktikaf yang paling afdhal
    ~ Boleh atau tidak keluar dari masjid ketika beriktikaf?
    ~ Keadaan-keadaan yang dibolehkan keluar dari masjid
    ~ Bilakah waktu untuk beriktikaf?
    ~ Malam raya berakhir masa untuk beriktikaf?
    ~ Berapa lamakah masa untuk beriktikaf?
    ~ Adakah iktikaf hanya dikhaskan untuk 10 malam akhir ramadan?
    ~ Bab ibadah, kalau tak ada nas (dalil hadis atau quran) jangan sembang
    ~ Nazar dan bayar niat bukan ada dalam agama Islam sahaja
    ~ Colok sembahyang di kubur di Pulau Besar, Melaka
    ~ Adab-adab beriktikaf - niat ikhlas kerana Allah
    ~ Pengisian sepanjang beriktikaf - jangan buang waktu secara sia-sia
    ~ Ular tedung selar masuk rumah - Cobaaan...
    ~ Hadis daif tentang iktikaf - (apa yang dimaksudkan dengan hadis daif)
    ~ Orang yang ada masalah dari segi ingatan (kita ghaplah jingga)
    ~ Jauh dari api neraka sejauh tiga parit
    --- BAHRUL MAZI JILID 21 MUKA SURAT 52 ---
    ~ Hadis tentang puasa
    ~ Puasa zaman awal dulu berbeza dengan puasa kita zaman sekarang
    ~ Bukan kita orang yang mula puasa - satu ibadah yang tua - orang zaman berzaman dah buat
    ~ Hampir semua bangsa dan agama ada puasa
    ~ Contoh puasa dalam agama Hindu (nak angkat Kavadi masa Thaipusam)
    ~ Cina pun ada hari puasa (puasa tapi boleh minum air)
    ~ Puasa dari makan benda bernyawa
    ~ Amalan puasa dalam masyarakat Parsi
    ~ Bila pasang niat nak jaga rumah ibadat (puasa Mesir Purba)
    ~ Tanda minta maaf dengan Tuhan
    ~ Kepercayaan dikalangan orang Rom (air liur mampu bunuh king cobra)
    ~ Puasa orang Yahudi (sampai hari ni puasa assyura)
    ~ Merayakan hari Nabi Musa selamat daripada Firaun
    ~ Puasa start tengah malam = buka puasa tengahari esok
    ~ Alasan Islam tidak memberi kuasa mutlak kepada orang agama
    ~ Reka hukum hakam dalam agama bila terlalu powerful
    ~ Tak boleh fatwa ikut suka hari tanpa dalil jelas
    ~ Cara orang agama lain, "approach" remaja-remaja Islam
    ~ Dakyah yang berlaku dalam masyarakat
    ~ Bila waktu yang bagus untuk solat Isyak?
    ~ Boleh atau tidak lewatkan solat Isyak untuk jadi pemangkin untuk buat Tahajjud?
    ~ Maksud dan cara kira sepertiga malam
    ~ Satu geng solat Isyak waktu ustaz berkuliah
    ~ Kejadian Nabi saja lewatkan solat Isyak sehingga geng masjid lena
    ~ Geng Hardcore Kuliah Ustaz sanggup tunggu jadi macam mana pun
    ~ Apakah amalan yang paling afdhal?
    ~ Waktu makruh dan haram untuk solat Isyak
    ~ Kisah sahabat yang berbuka puasa dengan jim
    1 hr 51 min
  • BM12 | 020517 | "Fitnah Maahad Tahfiz & Daging Grill Menate" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 12 yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 2hb Mei 2017.
    ~ Sumpah janji Nabi - tidak ada satu bulan yang lebih baik dari Ramadan
    ~ Bulan yang paling buruk untuk munafik
    ~ Rasa semak perut dengan ramadan
    ~ Manusia yang ada ciri-ciri munafik
    ~ Kaedah untuk test diri sendiri
    ~ Tanda ada iman dan Islam dalam hati
    ~ Sebelum datang ramadan dah bersiap sedia
    ~ Persediaan untuk kumpul kekuatan beribadah kepada Allah
    ~ Azam dalam diri nak buat yang terbaik
    ~ Tidak sabar nak lipat gandakan ibadat
    ~ Tanda ada sifat munafik dalam diri
    ~ Maksud "ghaflah"
    ~ Sibuk bercakap tentang aib dan keburukan orang
    ~ Bulan ghanimah (harta rampasan perang)
    ~ Ada tiga golongan yang doanya sangat mustajab
    ~ Bukan senang nak jadi pemimpin yang adil
    ~ Saidina Umar Al Khattab yang jumpa rakyatnya yang miskin jerang batu
    ~ Anak tidur dengan linangan air mata
    ~ Akhirat esok hang nak galas ka dosa aku?
    ~ Doa yang pasti Allah akan tolong
    ~ Nasihat Nabi kepada seorang perempuan yang teringin nak buat haji
    ~ Umrah dalam bulan ramadan sama pahala dengan haji
    ~ Cucur "rare keluar mai" dalam bazar ramadan
    ~ Tunjuk satu amalan yang kalau buat akan dapat syurga
    ~ Maksud "hamba Allah"
    ~ Allah tidak akan perintahkan sesuatu yang tidak baik untuk manusia
    ~ Jadi apapun jangan tinggal solat
    ~ Jangan main-main dengan zakat - ianya bukan hak kita
    ~ Nampak macam duit kita, tapi sebenarnya hak orang
    ~ Tak perlu sembang kencang, jaga ibadah fardhu sesempurna mungkin - ada peluang masuk syurga
    ~ Amalan Bilal yang menyebabkan Nabi mimpi di masuk syurga
    ~ Manusia bila istiqamah dengan satu amalan baik dan buat sebaiknya kerana Allah - kedudukannya tinggi disisi Allah
    ~ Ramainya orang yang puasa sekadar dapat lapar dan dahaga - tanpa pahala
    ~ Solat malam yang hanya sia-sia
    ~ Semakin dekat akhir zaman, masa "spin" semakin laju
    ~ Apabila Allah cipta dan hantar Nabi Adam ke bumi
    ~ Sempurnakan ibadah haji dan umrah kerana Allah
    ~ Jangan bercakap benda keji dan kotor (jaga mulut), jangan buat benda fasik
    ~ Nak dapat pahala maksimum kena banyak bersabar
    ~ Bahagian paling kritikal dalam ibadah haji ialah di Mina
    ~ Jokowi tak puas hati dengan Raja Saudi
    ~ Allah uji dengan "room mate" jenis cakap besar "bergegar Gunung Jerai"
    ~ Bukan senang nak dapat haji mabrur - sebab ganjarannya besar
    ~ Bulan yang Allah pilih untuk turunkan Quran (Nuzul Quran)
    ~ Jibril jumpa Nabi setiap malam ramadan untuk tasmiq Quran
    ~ Fitnah yang terkena Maahad Tahfiz seluruh negara
    ~ Pandangan Ustaz tentang sistem Maahad Tahfiz
    ~ Walaupun hafal Quran, kalau tak ada duit, boleh jadi tiga suku
    ~ Ibu bapa hantar anak ke tahfiz tapi tak bayar yuran
    ~ Pemurah umpama angin yang bertiup
    ~ Betulkah anak yang hafal Quran boleh bagi syafaat kepada ibu bapa?
    ~ Kena jadi seorang ustaz yang beramal dengan apa yang dipelajari
    ~ Allah bagi dua pilihan untuk Nabi Muhammad
    ~ Nabi akan pilih siapa yang akan diberikan syafaat di hari akhirat
    ~ Orang yang akan dapat syafaat Nabi
    ~ Dimana nak cari Nabi di mahsyar nanti?
    ~ Orang yang paling afdhal dikalangan umat Nabi
    --- BAHRUL MAZI JILID 12 MUKA SURAT 218 ---
    ~ Bab makan burung houbara
    ~ Beberapa contoh burung yang halal di makan
    ~ Burung ciak rumah bersembang tak berhenti
    ~ Cerita kaki burung tak jadi mai masjid mengaji (gila ni ada macam-macam)
    ~ Susahnya nak ambil sijil halal
    ~ Pengusaha dan pembekal burung puyuh tak ada sijil halal
    ~ Sijil tak mahal tapi prosedur halal Jakim sangat susah
    ~ "Kami nak jawab dengan Tuhan.."
    ~ Setiap darah daging yang jadi dari sumber haram api neraka balasannya
    ~ Kebanyakan syarikat yang ambil sijil halal adalah yang bukan Islam
    ~ Peraturan yang tidak menguntungkan orang Islam sebab tak update maklumat
    ~ Hukum makan daging panggang (grill)
    ~ Kisah tokey restoren "Menate"
    ~ Ustaz Shamsuri ustaz kampung
    ~ Bahagian daging kambing yang menjadi kesukaan Nabi
    ~ Makan adakah membatalkan wudhuk?
    ~ Masalah potong kuku lepas berwudhuk
    ~ Masalah makan sambil duduk bersinduh
    ~ Adab nak duduk sewaktu
    1 hr 50 min
  • TNI4 | 090712 | "Tiga Langkah Amin & Spesis Haji Bakhil" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 4 yang berlangsung di Surau Taman Kerian, Parit Buntar, Perak pada 9hb Julai 2012.
    ~ Nabi berhenti dan kata "amin" semasa menaiki tangga mimbar
    ~ Perbuatan Nabi yang menarik perhatian para sahabat Nabi
    ~ Satu orang manusia yang menjadi perhatian semua orang
    ~ Celaka seorang manusia yang tidak diampunkan dosa bila berlalunya ramadan
    ~ Celaka seorang manusia yang ada mak atau ayah tapi gagal memasukkan dia ke syurga
    ~ Solat dan mengaji agama cantik, tapi tak berjasa kepada ibu bapa
    ~ Celaka orang yang tidak selawat bila disebut nama Nabi
    ~ Selawat kepada Nabi dan keluarga Nabi
    ~ Nabi cukup sayang keluarga Nabi
    ~ Doa Nabi kepada cucu Nabi
    ~ Setiap kali tiba Ramadan, Nabi akan beriqtikaf di masjid pada 10 malam terakhir
    ~ Kejadian pada tahun sebelum Nabi diwafatkan, Nabi iktikaf 20 hari
    ~ Semakin tua, kena makin bertambah ibadah
    ~ Ibadah yang kita dok buat, tak cukup, tak padan dengan umur yang Allah bagi
    ~ Nabi sakit kuat menjelang wafat - hanya satu dua malam sahaja Nabi terlepas solat tahajjud
    ~ Nama kebanyakan orang Arab dan sahabat-sahabat Nabi adalah ringkas-ringkas
    ~ Menjadi kebiasaan dikalangan sahabat Nabi, akan menceritakan mimpi kepada Nabi
    ~ Sahabat yang menyimpan rambut Nabi sebagai kenangan
    ~ Sesiapa juga boleh mengambil berkat daripada Nabi
    ~ Cita-cita untuk minta Nabi "tafsir" mimpi
    ~ Mimpi dua malaikat bawa ke Neraka
    ~ Lubang besar macam sebuah telaga yang penuh dengan api
    ~ Ya Allah aku minta berlindung denganMu daripada api neraka
    ~ Seorang yang sangat beruntung kalau solat malam
    ~ Sikit ja Nabi tegur, terus berubah seluruh kehidupan
    ~ Doa yang utama untuk di minta kalau jumpa dengan malam lailatur qadar
    ~ Doa yang diulang-ulang sebut semasa tarawih
    --- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 4 MUKA SURAT 195 ---
    ~ Tafsir Surah At-Taghabun Ayat 9
    ~ Hari yang dihimpunkan semua manusia - di mahsyar
    ~ Perjalanan hidup kita, bermula di alam arwah
    ~ Roh kita mengaku depan tuhan sebelum dilahirkan
    ~ Kena tahu maksud iman dan tauhid jika mengaku beriman
    ~ Setiap orang berbeza umur mula kenal iman dan tauhid
    ~ Malaysia ada kekurangan, tapi banyak kelebihan
    ~ Negara yang telah diporak perandakan oleh Kamal Attartuk
    ~ Ilmu mesti sumbernya Quran dan hadis Nabi
    ~ Kalau panjang umur, kita akan tengok tanda-tanda kiamat kecil dan besar
    ~ Peluang melihat kemunculan Al-Mahdi dan dajjal
    ~ Kita akan lalui hisab di perhimpunan mahsyar
    ~ Al-mizan neraca - telaga Nabi - setiap manusia akan melihatnya
    ~ Kumpulan manusia yang dihalau dari telaga Nabi
    ~ Seronoknya orang yang mendapat syafaat Nabi
    ~ Antara iktikad ahli sunnah wal jamaah
    ~ Itulah kematian... "kematian sudah mati.."
    ~ Golongan yang akan hidup di neraka selama-lama
    ~ Itulah kiamat itulah mahsyar...
    ~ Umat akhir tapi yang mula dihisab
    ~ S Kadarisman boleh tepuk meja..
    ~ Allah sayang Nabi, kita tak sayang Nabi.. apa hal dengan kita?
    ~ Alasan yang cukup untuk kita berterima kasih kepada Nabi
    ~ Doa yang selalu di dengar setiap kali Nabi habis solat
    ~ Doa supaya dipermudahkan hisab di hari akhirat
    ~ Maksud hisab yang mudah
    ~ Apa juga musibah yang menimpa kita diatas dunia, adalah kaffarah dosa
    ~ "Pergaduhan kambing dengan kambing di akhirat"
    ~ Sesiapa yang rasa dia dizalimi diatas dunia, di akhirat untuk tuntut keadilan
    ~ Hari kerugian segala orang jahat dan kafir
    ~ Mana-mana orang yang beramal soleh atas dunia, boleh memadamkan kejahatan
    ~ Kemenangan yang sangat besar bagi orang beriman
    ~ Dunia adalah penjara untuk orang beriman
    ~ Orang yang kufur ingkar dan mendustakan ayat Quran
    ~ Kisah hebat seorang Tabiin bernama Said Bin Jubair
    ~ Cicit Nabi yang dituduh sebagai seorang Syiah
    ~ Dialog antara Said Bin Jubair dengan Hajjaj Yusuf Assaqafi
    ~ Jangan marah Rasul tanpa sebab
    ~ Kejadian perperangan di Syria
    ~ Penghalang untuk kembali kepada Islam
    ~ Sebelum menikah, tengok dulu syarat-syarat dalam memilih isteri
    ~ Bila pilih isteri tak reti agama - jenuh sakit kepala
    ~ Seorang lelaki akan diuji dengan 4 perkara (fitnah)
    ~ "Lawyer" yang nak melingkup
    1 hr 36 min
  • BM14 | 170516 | "Penyakit Bersarang Di Hati & Makanan Untuk Orang Sakit" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Bahrul Mazi Jilid 14 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah pada 17hb Mei 2016.
    ~ Kisah seorang badwi yang jumpa Nabi untuk tanya soalan cepu mas
    ~ Amalan yang kalau dibuat, boleh masuk syurga
    ~ Syarat untuk dapat pahala, kena sembah Allah dan jangan syirik
    ~ Tunaikan solat yang difardhukan
    ~ Jangan main-main dengan soal zakat
    ~ Jika datang bulan ramadan, puasa betul-betul
    ~ "Siapa yang nak tengok bakal ahli syurga, tengok dia ni.."
    ~ Kesudahan terakhir untuk seorang Islam ialah syurga
    ~ Perkara-perkara yang perlu dijauhi untuk masuk syurga
    ~ Jangan buruk sangka (su'u dzon) - dok rasa kita lebih baik dari orang - tengok orang dengan pandangan menghina
    ~ Cakap yang paling dusta (seburuk-buruk percakapan)
    ~ Bercakap bukan berdasarkan bukti
    ~ Jangan saja-saja buat sombong tak mau bercakap dengan orang
    ~ Jangan sesekali cari aib dan keburukan orang
    ~ Tipu dalam jual beli - musim durian dan harum manis
    ~ Jangan tipu orang Pulau Pinang mangga harum manis
    ~ Jangan berhasad dengki
    ~ Hasad yang dibenarkan dalam Islam (hasad kepada orang kaya yang kuat infak, hasad kepada orang berilmu yang menyebarkan ilmu)
    ~ Nakal orang yang ceramah agama zaman sekarang (ceramah minta sampai RM3000)
    ~ Golongan orang yang menjual ayat Quran
    ~ Alasan "artis boleh minta bayaran mahal - takkan ustaz mengajar agama tak boleh"
    ~ Nabi cari 1000 jalan untuk satukan orang Islam
    ~ Perpecahan melemahkan umat Islam - kena cari titik persamaan
    ~ Kekuatan tidak ada melainkan dengan bersatu
    ~ Jadilah orang Islam yang bersaudara
    ~ Penyakit-penyakit yang bersarang di hati
    ~ Telah tersebar penyakit yang kena pada umat zaman dulu
    ~ Dengki, marah dan benci sesama Islam
    ~ Penyakit umat Islam satu dunia
    ~ Orang yang mencukur agama (jadi macam tak ada agama)
    ~ Tidak dianggap sebagai orang beriman kepada Allah jika tak sayang saudara sesama Islam
    ~ Pepecahan sampai ke tahap menghalalkan darah saudara seagama
    ~ Benda yang boleh menunjukkan keimanan dan kasih sayang
    ~ Salam - bermula dengan benda kecil membawa kemusnahan besar
    ~ Kisah Abu Bakar yang "buat perangai pelik" masa jumpa Nabi
    ~ Clash antara Abu Bakar dan Umar
    ~ Kalau ada tak perselisihan dengan mak ayah, adik beradik dan keluarga - segera minta maaf
    ~ Orang yang bagus ialah lambat marah, cepat sejuk
    ~ Bila orang minta maaf, kena terima
    ~ Peribadi yang dimuliakan oleh semua penduduk Mekah
    ~ Sumpah kebinasaan tangan Abu Lahab
    ~ Kedudukan Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang sangat tinggi
    ~ Kerana sedikit selisih faham sampai nak bermusuh
    --- BAHRUL MAZI JILID 14 MUKA SURAT 55 ---
    ~ Makanan yang paling sesuai untuk orang sakit
    ~ Penyakit ni ada macam-macam
    ~ Penyakit paling top zaman hari ni "darah tinggi"
    ~ Kalau ada tekanan darah tinggi, jangan kunci bilik air
    ~ Kisah sahabat baik Ustaz yang meninggal akibat darah tinggi
    ~ Masalah penyakit pada injap jantung
    ~ Teknologi yang Allah reka untuk badan manusia
    ~ Pelbagai penyakit kanser (barah)
    ~ Kisah sahabat ustaz yang kena kanser rektum
    ~ Makanan supaya perut tak perlu kerja kuat
    ~ Makan bubur moi adalah makanan yang disuruh
    ~ Bubur Ayam McD bagi ayah makan
    ~ Orang sakit boleh jadi kuat dengan makan bubur moi
    ~ Jangan paksa orang sakit makan dan minum
    ~ Masalah orang tua bila sakit
    ~ Nabi tak bagi paksa orang sakit makan
    ~ Hancurnya hati mak bila anak jaga mak sakit dengan kata-kata menyakitkan
    ~ Zaman sekarang Ustaz rempang pun ada
    ~ Pujuk suruh orang sakit makan tak pa - jangan paksa
    ~ Allah memberi makan dan minum untuk orang sakit
    ~ Sakit terlantar 6 tahun, sampai anak-anak jadi benci
    ~ Kita buat baik, insyaAllah orang balas kebaikan untuk kita
    ~ Makanan yang ada keterangan dalam hadis Nabi
    1 hr 39 min
  • BM21 | 110516 | "Titik Hitam Di Kertas Putih & Kisah Abu Dahdah" - Ustaz Shamsuri Ahmad

    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 11 Mei 2016.

    ~ Keistimewaan sahabat Nabi yang bernama Huzaifah Bin Yaman
    ~ Boleh kenal orang munafik
    ~ Cerita Nabi pernah marah-marah kepada para sahabat
    ~ Kehebatan Salman Al Farisi
    ~ Mencari-cari kebenaran sebab rasa tak selesa dengan agama sembah api
    ~ Asal orang kaya, kemudian jadi miskin
    ~ Adab dikalangan sahabat Nabi yang tiada di dalam masyarakat kita pada hari ni
    ~ Tidak saling melukakan dikalangan sesama sahabat
    ~ Kenapa sibuk ceritakan hal Nabi marah, sedangkan cerita Nabi tak marah ada banyak
    ~ Banyak benda baik, kenapa pilih perkara yang boleh buat orang bergaduh
    ~ Kata-kata Nabi kepada umat yang pernah di marahi Nabi
    ~ Mudah-mudahan kemarahan Nabi menjadi rahmat di hari akhirat
    ~ Elakkan sifat suka mengadu domba atau batu api
    ~ Fokuskan kepada dakwah kasih sayang, daripada dakwah yang diselaputi kemarahan
    ~ Sebarkan kebaikan orang, tutup kelemahan dan aib
    ~ Perumpamaan satu titik hitam di tengah kertas putih
    ~ Surat Abu Bakrah kepada salah seorang anaknya
    ~ "Jangan jadi hakim ketika tengah marah.."
    ~ Hukuman yang pasti tidak adil
    ~ Marah sangat tidak disukai oleh Nabi
    ~ Kisah Abu Bakar di maki oleh seseorang
    ~ Malaikat sebagai pembela tuduhan dan makian
    ~ Marah dan respon untuk mempertahankan diri pun tidak ada guna
    --- BAHRUL MAZI JILID 21 MUKA SURAT 69 ---
    ~ Masalah kuat bertengkar dan bermusuh
    ~ Tanda orang keras hati dan cepat melenting
    ~ Bila bergaduh jangan harap dia nak minta maaf
    ~ Orang yang paling Allah tak suka
    ~ Kaum Quraisy yang ada pelbagai pecahan tugas
    ~ Proses Kerajaan Saudi menjaga kebersihan Masjidil Haram
    ~ Seorang yang asalnya suka kepada kebaikan, tiba-tiba bertukar menjadi munafik
    ~ Mengaku kepada Nabi tapi tak mau orang lain tau
    ~ Sweet Talker yang berjaya membuatkan Nabi terpedaya
    ~ Bakar tanam-tanaman orang Islam di waktu malam
    ~ Manusia ni ada sebahagiannya cakap cukup manis - tapi hati jahat
    ~ Manusia yang Allah paling benci ialah manusia yang pemarah dan pendendam
    ~ Asal agama orang Yahudi adalah mengikut Kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa
    ~ Punca tersasar daripada jalan kebenaran
    ~ Tidak boleh terima mana-mana Nabi yang bukan keturunan Bani Israel
    ~ Tergelincir dari jalan yang lurus
    ~ Beberapa adat orang Yahudi sama dengan adat Jahiliah
    ~ Beberapa adat dalam agama Hindu dalam masyarakat Melayu
    ~ Bersanding zaman 70-an di rumah kenduri
    ~ Mikrofon cukup penting dalam masjid (selingan nasihat untuk PA Sistem Masjid)
    ~ Habis duit untuk buat pelamin saja sampai RM30,000
    ~ Jangan bawa masyrakat yang dah faham Islam, balik ke zaman Jahiliah
    ~ Apabila orang perempuan datang haid dalam adat masyrakat Yahudi
    ~ Seolah-olah terlalu kotor hingga tak boleh duduk sekali dalam rumah
    ~ Kisah disebalik Kitab Tafsir Al-Jalalain
    ~ Berkatnya tulisan ulama dulu
    ~ Bini tak boleh join "Teh Tarik"
    ~ Islamlah sebenarnya yang mengangkat darjat orang perempuan
    ~ Almarhum Nokia Tiga Dua Sekupang
    ~ Islam bungkus orang perempuan tanda sayang (perempuan bernilai tinggi dalam Islam)
    ~ Tanda soal dikalangan sahabat Nabi
    ~ Kisah sahabat yang bernama Abu Dahdah
    ~ Masalah rumah yang dibina atas tanah orang lain
    ~ Jaminan pokok kurma di dalam syurga
    ~ Manusia jenis keras kepala - duri dalam daging dalam keluarga
    ~ Pahala - benda tak nampak - jadi tak menarik
    ~ Sebatang pokok ganti dengan satu kebun
    ~ Sudah-sudahlah Abu Dahdah
    ~ Sahabat Nabi buat perkara "gila" sebab percaya janji Allah
    ~ Jauhnya beza tingkatan syurga antara kita dengan sahabat Nabi
    ~ Bini jahil murakkab - sebab suami sorang saja pi mengaji
    ~ Inilah bisnes yang paling menguntungkan
    ~ Hukum bercampur gaul dengan orang perempuan yang datang haid
    ~ Dengar ayat Quran tak tanya tafsir
    ~ Kafir sebab mengubah hukum (haram ubah jadi halal atau sebaliknya)
    ~ Tempoh paling panjang untuk dianggap darah haid
    ~ Masalah ketagih arak sampai tak boleh nak berhenti
    ~ Hukum suami yang menjimak isteri ketika haid (kaffarah)
    ~ Nak ikut M
    1 hr 49 min
  • BM12 | 030516 | "Manusia Di Zon Kritikal & Adab Makan Karipap" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 12 yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 3hb Mei 2016.
    ~ Daripada Anas Bin Malek R.A
    ~ Kisah sahabat ansar bernama Abu Talhah
    ~ Dua puak besar di Madinah - Nabi satukan mereka untuk elak pepecahan
    ~ Bersatu itu kekuatan dalam Islam
    ~ Telaga yang Nabi suka minum airnya
    ~ Kemuncak amal kebaikan - ialah sanggup nafkahkan harta yang paling disayangi
    ~ Sahabat yang tak popular sangat - tapi tetap hebat
    ~ Wow, jual orang lebih untung dari jual unta
    ~ Semangat infak yang ada dalam diri sahabat Nabi
    ~ Sunnah membaca ayat 10 dari Surah Al Munafikun dalam solat Jumaat
    ~ Kisah Khalifah Marwan minta Abu Hurairah ganti jaga Madinah
    ~ Saidina Ali ni tak hafal surah lain ka?
    ~ Bacaan Surah dalam Solat Hari Raya yang jatuh pada hari Jumaat
    ~ Surah Pilihan Nabi - dengan niat nak ikut sunnah Nabi, dapat extra pahala
    ~ Sebelum datang kematian, kena ringankan tangan bagi infak dan sedekah
    ~ Manusia apabila menjelang sakaratul maut dan zon kritikal
    ~ (Manusia di Zon Kritikal)
    ~ Dalam banyak-banyak amal ibadah yang ada, dia minta nak bagi sedekah
    ~ Sedekah ni pahalanya cukup besar - kita akan tau kebaikannya selepas kita mati
    ~ Secebis kurma yang disedekahkan pun mampu menghalang api neraka
    ~ Masalah tak tau hormat orang (kena tunjuk hormat kepada imam masjid walaupun kawan kita)
    ~ Adakah berdosa orang miskin yang menginfakan harta kepada orang yang lebih miskin
    ~ Jangan berkira dalam nak buat kebaikan - takut Allah pun berkira
    ~ Kalau nak buat baik, jangan fikir 10 kali
    --- BAHRUL MAZI JILID 12 MUKA SURAT 194 ---
    ~ Makan bawang dan masuk dalam tempat orang ramai
    ~ Bau mulut busuk bila makan bawang mentah
    ~ Solat sunat hari raya di sunatkan di buat di padang
    ~ Tujuan solat sunat hari raya di buat di padang adalah untuk kumpul semua orang termasuk wanita haid
    ~ "Gelek dengan streamroll orang yang baru kedarah rokok"
    ~ Zaman Nabi dulu, solat jenazah di buat di rumah, bukan di masjid
    ~ Jangan buat benda yang boleh menimbulkan ketidak selesaan orang lain
    ~ Pasukan peninjau pasar malam
    ~ Keberkatan pada butir nasi
    ~ Bila orang hidang karipap 10 biji, jangan sental kesemuanya
    ~ Sheikh mengaji tak habis
    ~ Setiap makanan ada keberkatan - ada orang lain pun nak tumpang
    ~ Keadaan yang membolehkan dapat pahala sunat, kalau tak habiskan makanan
    ~ Rumah yang menjadi pilihan Nabi
    ~ Umur 80 tahun masih turun perang
    ~ Abu Ayyub yang mencadangkan kepada khalifah untuk bebaskan kota Konstantinopel
    ~ Imam Malik tidak lunjurkan kaki kearah makam Nabi sebab rasa biadap dengan Nabi
    ~ Adab tidak terdapat dalam silibus pembelajaran walaupun mengaji sampai PhD
    ~ Muncul ramai orang yang berilmu tapi kurang beradab
    ~ Dua perkataaan kena hati-hati - Kureng dan Bengkek
    ~ Nabi sentiasa ingat kepada orang lain - dan tidak penting diri
    ~ Tunggu lebihan makanan Nabi - untuk ambil berkat
    ~ Kisah Mak Anas Bin Malek
    ~ Orientalis yang menuduh Nabi sebagai womanizer (kaki perempuan)
    ~ Ummu Sulaim yang kumpul peluh dan rambut Nabi untuk disimpan dalam botol kaca
    ~ Istimewanya Nabi Muhammad
    ~ Minyak untuk melembutkan sendi jenazah
    ~ Barakah ada diseluruh tubuh Nabi
    ~ Makanan yang Nabi tak sentuh langsung - sebab ada bawang putih
    ~ Apakah gerangan ustaz tak mai kuliah bulan ni..
    ~ Adakah bawang putih itu haram dimakan?
    ~ Nasihat kepada orang yang merokok sebelum jumpa ustaz
    ~ Hukum makan jamuan yang dihidangkan (apa hukum tak habiskan hidangan)
    ~ Selalunya orang miskin yang besar hati dengan tetamu datang ke rumah
    ~ Pengalaman Ustaz jadi Guru Disiplin
    1 hr 34 min

About Zonkuliah

From the publisher's feed

Podcast Rasmi Projek Zonkuliah