Zonkuliah

Zonkuliah

By ZonkuliahEducationSelf-Improvement
Download on the App Store

Zonkuliah episodes

  • TNI1 | 160712 | "Hadis Yang Dirahsiakan & Mufti Tak Ada Lesen" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 1 yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Gelugor, Pulau Pinang pada 16hb Julai 2012.
    ~ Kisah salah seorang sahabat Nabi yang sedang menghadapi saat kematian
    ~ Satu hadis yang "dirahsiakan" daripada orang ramai
    ~ Tidak akan kekal di neraka orang yang mati dengan kalimah syahadah
    ~ Pastikan sampai saat terakhir hidup kita, kita kekal sebagai seorang Islam
    ~ Kalau mati sebagai seorang Islam, pasti ada peluang masuk syurga
    ~ Pertahankanlah Islam yang Allah anugerahkan kepada kita
    ~ Satu amalan yang akan membolehkan masuk syurga
    ~ Jangan syirik Allah dengan apa keadaan sekalipun
    ~ Nak buat amalan wajib dengan elok semata-mata - tak mau tambah yang lain dah
    ~ Orang yang bakal jadi ahli syurga
    ~ Kalau tak boleh buat banyak, jaga yang wajib saja
    ~ Manfaatkan bulan bonus yang menjadi anugerah Allah
    --- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 1 MUKA SURAT 207 ---
    ~ Tafsir Surah Al-Maidah (yang turun di Madinah)
    ~ Ayat popular yang selalu ustaz-ustaz baca dalam ceramah
    ~ Ayat yang Allah turunkan sebagai satu pengesahan bahawa Islam adalah agama yang lengkap
    ~ Turun di padang Arafah semasa Nabi buat ibadah Haji
    ~ Melayu sebut majlis "angkat nikah"
    ~ Akad nikah - bermaksud perjanjian nikah
    ~ Nama lain bagi surah Al-Maidah
    ~ Islam suruh tulis wasiat
    ~ Sempurnakanlah janji dengan Allah dan manusia
    ~ Orang yang paling banyak tak tunaikan janji (kebanyakan orang yang berniaga)
    ~ Binatang empat kaki yang halal di makan
    ~ Babi tidak tersenarai sebagai binatang yang halal di makan
    ~ Pentingnya makan makanan yang halal
    ~ Kerajaan nak kuat kuasakan sijil halal - walau ada 1001 kebaikan tetap ada yang tak terima
    ~ Benda yang kita makan berserabut bercampur halal dan haram
    ~ Kita tak boleh tanya Allah apa yang telah ditetapkan
    ~ Kata-kata Sultan Brunei yang mengejutkan dunia
    ~ "Siapa kita untuk kata tidak kepada hukum hudud Allah.."
    ~ Falsafah di sebalik hukum Islam
    ~ Matlamat disebalik hudud dan qisas
    ~ Kejahatan zina dalam masyarakat
    ~ 4 Pagi dah bangun memasak untuk jual nasi lemak, pencuri senang-senang saja ambil harta benda dia
    ~ Tidak boleh pandai-pandai dalam beribadah
    ~ Adakah kita disuruh angkat tangan berdoa bila nampak Kaabah?
    ~ Jangan lupa minta Allah ampunkan dosa
    ~ Apa yang patut dibuat bila nampak Hajar Aswad
    ~ Geng tomoi tak putus limau
    ~ Ibadah selepas melontar di Jamrah
    ~ Mufti Tak Ada Lesen Sebelah Khemah
    ~ Pengalaman Ustaz buat ibadah Haji tahun 1996
    ~ Jangan main-main dengan ibadah
    ~ Cerita Kartun Masa Masuk Mekah
    ~ Masalah yang timbul jika tak tahalul tsani dalam ibadah haji (Selekoh Maut Ibadah Haji)
    ~ Ibadah mesti berasaskan ilmu
    ~ Musim haji adalah musim rezeki
    ~ Jangan ganggu binatang yang nak dikorbankan di tanah haram
    ~ Tak boleh halang orang berniaga di musim haji
    ~ Tak sayang duit semasa buat haji dan umrah
    ~ Kalau boleh kelambu Kaabah nak koyak bawa balik
    ~ Biji tasbih besar biji bowling pun nak beli
    ~ Jangan simpan dendam sehingga berlaku tidak adil kepada orang
    ~ Orang Islam jangan jadi pendendam
    ~ Kisah seorang yang tanya Ustaz - Apa Faedah Tuhan Buat Babi?
    ~ Lori babi terbalik atas lebuh raya (binatang cukup leceh)
    1 hr 42 min
  • BM14 | 210217 | "Tafsiran Berbeza 6-9 & Sunnah Berbekam" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Bahrul Mazi Jilid 14 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah pada 21hb Februari 2017.
    ~ Hadis yang diriwayatkan oleh cucu Saidina Umar
    ~ Nabi suruh Khalid Al Walid pergi berjumpa Bani Jazimah
    ~ Pakar menyusun strategi dan taktikal peperangan
    ~ Menang lebih dari 100 kali peperangan
    ~ Nilai "kiswah kaabah" (kelambu kaabah) 20 Juta Riyal Saudi
    ~ Allah tidak anugerahkan syahid, sebaliknya mati terlantar di katil
    ~ Masalah lidah keras warga Bangladesh
    ~ Salah faham dari perkataan "kami murtad"
    ~ Protes tak setuju untuk bunuh tawanan perang
    ~ Berlepas diri daripada apa yang dibuat oleh Khalid Al Walid
    ~ Kadang-kadang berlaku kes "anak buah terlebih daripada bos" (lebih sudu dari kuah)
    ~ Kisah Saidina Umar dengar bacaan Surah Al-Furqan yang berbeza
    ~ Makan kambing kuat - masalah cepat "hangat"
    ~ Petua bila kereta panas enjin - boh panadol dalam tangki air
    ~ Quran diturunkan dalam 7 cara bacaan
    ~ Semua kita pernah buat silap - tidak ada bumi yang tak ditimpa hujan
    ~ Setiap anak Adam (manusia) ada buat kesilapan
    ~ Manusia yang paling baik, ialah orang yang mengaku salah dan bertaubat bila buat kesalahan
    ~ Ada orang yang menonton kuliah untuk cari kesalahan
    ~ Contoh-contoh kesalahan yang pernah ustaz buat dalam kuliah
    ~ Suasana tidak tenteram dalam masyrakat, bila saling menyalahkan
    ~ Tafsiran berbeza disebalik lukisan 6 dan 9
    ~ Berlapang dada dan kurangkan pergeseran
    ~ Teguran yang beradab lebih membawa kebaikan
    --- BAHRUL MAZI JILID 14 MUKA SURAT 68 ---
    ~ Bab Hadis berkaitan Berbekam
    ~ Berbekam - buang darah kotor adalah diharuskan dalam Islam
    ~ Bahagian badan yang menjadi tempat bekam Nabi
    ~ Hari yang Nabi pilih untuk berbekam
    ~ Setiap 17, 19 dan 21 hari bulan hijrah
    ~ Masa yang terbaik untuk buang darah kotor dari badan
    ~ Adakah berbekam itu disuruh oleh syarak
    ~ Masalah belah mulut (tahnik) bayi (adakah sunnah)
    ~ Punya cepat masa berjalan, tapi pahala kita masih perlahan
    ~ Malaikat tunggu di setiap lapisan langit
    ~ Diantara pesanan para malaikat ialah supaya berbekam
    ~ Bolehkah ambil upah sebagai tukang bekam
    ~ Cantiknya kitab bahrul mazi setiap tajuk disertakan dengan nas
    ~ Kisah ringkas tentang Ikrimah anak Abu Jahal
    ~ Isteri dan anak-anak tak ada kena mengena dengan kesalahan suami
    ~ Fitnah kepada Islam atas kesalahan orang Islam
    ~ Dasar kerajaan yang menyebabkan Doktor pakar lari
    ~ Upgrade status hidup bila ada duit (orang kaya ada tukang gunting rambut di rumah)
    ~ Perkongsian pengalaman ustaz berbekam buat kali pertama
    ~ Pengesahan dari Nabi tentang kemuliaan pekerjaan sebagai tukang bekam
    ~ Antara kebaikan bekam yang dijanjikan dalam hadis Nabi
    ~ Kalau kita kerja boleh tolong orang, merupakan kerja yang bagus
    ~ Besarnya manfaat bekam dalam ilmu perubatan
    ~ Hari-hari yang digalakan supaya berbekam
    ~ Dalam banyak-banyak benda, bekam adalah yang terbaik
    ~ Sesetengah masjid ambil budak-budak umur 7 tahun sebagai imam tarawih
    ~ Masa yang terbaik untuk berbekam adalah awal pagi sebelum bersarapan
    ~ Kesembuahan dan barakah - otak jadi cerdik, ingatan jadi kuat
    ~ Jauhi dari berbekam di hari Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad
    ~ Penyakit kusta dan sopak - selalunya bermula pada hari Rabu
    1 hr 31 min
  • TNI1 | 180612 | "Pagi Selepas Isra' Mikraj & Ilmu Otak Berjalan" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 1 yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Gelugor, Pulau Pinang pada 18hb Jun 2012.
    ~ Pagi selepas kejadian Isra' Mikraj
    ~ Perjalanan yang luar biasa - dari Mekah Ke Baitul Maqdis ke Sidratul Muntaha
    ~ Kejadian pelik yang menyebabkan Nabi rasa tertekan
    ~ Orang akan kata Nabi berbohong kalau cerita
    ~ Abu Jahal bangun awal walaupun tak solat subuh
    ~ Kata-kata ejekan dan perlian kepada Nabi
    ~ Bola tanggung - untuk smash Nabi
    ~ Tunjuk excited seolah-olah percaya dengan cerita Nabi
    ~ Ahli kelab Abu Jahal tepuk tangan
    ~ Muhammad membuktikan dia memang dah gila
    ~ Allah bantu datangkan secara jelas masjid Al-Aqsa depan mata Nabi
    ~ Kejadian hebat yang ditakdirkan berlaku kepada Nabi
    ~ Pastikan kita termasuk dalam golongan yang percaya
    --- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 1 MUKA SURAT 205 ---
    ~ Ayat 172 Surah An-nisa'
    ~ Nabi Isa bagitau bahawa dia sebenarnya hamba Allah bukan anak Allah
    ~ Malaikat juga hamba Allah walaupun Yahudi anggap Malaikat anak perempuan Allah
    ~ Balasan untuk manusia yang takabbur dengan Allah
    ~ Style Quran - orang yang beriman dapat syurga - orang yang ingkar dapat neraka
    ~ Syurga merupakan satu tempat nikmat yang mata tak pernah tengok, dan telinga tak pernah dengar
    ~ Komen yang diilhamkan oleh Allah untuk orang yang mati
    ~ Siapa yang mati kemudian orang puji - wajib kepadanya syurga
    ~ Siapa yang mati kemudian orang keji - wajib kepadanya neraka
    ~ Kalau kita baik sungguh, semua orang akan kata baik
    ~ Kalau orang kecam kita, bermaksud kita ada masalah
    ~ Mayat minta izin untuk balik bertemu keluarga
    ~ Nak bagitau ahli keluarga, benarnya cerita soal jawab kubur
    ~ Tidak akan berlaku cerita roh balik rumah
    ~ Menyesal yang tiada berguna lagi
    ~ Manusia sewaktu susah di alam akhirat tiada lain yang boleh menjadi pelindung melainkan Allah
    ~ Tiada yang beleh tolong untuk lepas dari neraka
    ~ Quran adalah cahaya yang terang dan nyata
    ~ Bulan yang Nabi paling banyak puasa sunat
    ~ Mana ada puasa isra' mikraj
    ~ Rasa bertambah keimanan bila dibacakan ayat Quran
    ~ Ilmu yang boleh "attack" hati dan mengubah diri
    ~ Tanda orang yang mendapat rahmat dari Allah - dengar dan taat Quran dan Hadis
    ~ Sayang sampai sanggup mati demi Islam
    ~ Kampung yang sangat harmoni - perkampungan orang yang mati syahid
    ~ Rumah yang tidak membahagiakan - sebab jahil tak reti agama
    ~ Nabi pesan suruh belajar ilmu faraid - ilmu untuk bagi otak berjalan
    ~ Orang yang cekap matematik selalunya orang cerdik
    ~ Ilmu yang dilupakan
    ~ Ilmu pertama yang akan dicabut dari dada manusia
    ~ Mati dalam keadaan tak ada anak dan ayah
    ~ Nabi dan Abu Bakar berjalan kaki menziarahi sahabat sakit
    ~ Kisah budak Yahudi yang sakit tenat nak mati
    ~ Manusia dengan duit ringgit
    ~ Sejarah pewarisan harta zaman jahiliah
    ~ Tiga benda yang tidak ada penerangan terperinci (harta orang mati yang tak ada anak lelaki, masalah riba, dan hal pemerintahan khilafah)
    ~ Pinjam duit dari bank untuk buat modal perniagaan
    ~ Pergeseran tentang pemimpin penganti Nabi sebaik Nabi wafat
    ~ Pelajaran yang bukan senang dan boleh "jerut" leher pelajar
    ~ Ayat tentang hukum Faraid - ada di empat tempat
    1 hr 30 min
  • BM13 | 190612 | "Peristiwa Isra' Mikraj & Bekas Gigi Si Tora" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Bahrul Mazi Jilid 14 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah pada 19hb Jun 2012.
    ~ Pemandangan yang akan menjadi fitnah dikalangan manusia
    ~ Kejadian yang Nabi nampak dalam peristiwa Isra' Mikraj
    ~ Takdir Allah untuk menghiburkan Nabi
    ~ Peristiwa yang menyebabkan Nabi rasa cukup tertekan
    ~ Mana mungkin ada orang yang akan percaya dengan cerita Nabi
    ~ Bacaan Politik jahat Abu Jahal - nak TKO Nabi dengan cerita yang bagi dia cukup merepek
    ~ Kelabu dan samar-samar dengan rupa bentuk Masjidil Aqsa
    ~ Asal usul nama Buraq yang menjadi binatang tunggangan Nabi
    ~ Dibawa kehadapan Nabi dalam keadaan sedia untuk dinaiki
    ~ Buraq yang buat liar sehingga menyusahkan Nabi
    ~ Kata-kata Malaikat Jibril yang menjadi peneman Nabi
    ~ Dua lelaki (yang merupakan Malaikat) bawa Nabi naik sebatang pokok
    ~ Kisah Isra' Mikraj - sebuah cerita yang sangat panjang
    ~ Kampung yang paling baik dan afdhal (kampung yang cukup best)
    ~ Seumur hidup tak pernah masuk sebuah kampung yang menimbulkan rasa tenteram dalam hati
    ~ Perkampungan para syuhada' - hanya orang yang berjaya masuk akan merasai suasananya
    ~ Bukan senang nak dapatkan syahid - kekecewaan Khalid Al Walid
    ~ Tunggu kematian seumpama unta tua
    ~ Solat hadiah untuk orang mati - pahala seumpama 1000 syahid
    ~ Nabi jumpa ramai Malaikat suruh umat berbekam
    ~ Satu kaum yang kerjanya gunting bibir mulut sendiri
    ~ Pendakwah dan penceramah ajak orang buat baik, tapi terlupa diri sendiri
    ~ Solat sunat zawal (semasa gelincir matahari)
    ~ Baca Quran, tapi tak berakal
    ~ Tanaman dalam syurga - banyak berzikir banyaklah hasil di syurga nanti
    --- BAHRUL MAZI JILID 13 MUKA SURAT 215 ---
    ~ Bab elok perangai - satu sifat yang dipuji syratk
    ~ Ciri-ciri akhlak yang baik - tak ada sifat mazmumah
    ~ Dengki dengan Ustaz Azhar Idrus
    ~ Hasad dengan tidak akan memajukan umat Islam (ketam dalam bakul)
    ~ Jadi umat Islam dah 50 tahun dah, tapi Yassin dan Al Mulk belum mampu hafal
    ~ Nabi nak setiap dari umatnya hafal Surah Al Mulk
    ~ Cari bagi ada satu perangai elok dalam diri
    ~ Elok perangai akan memberatkan timbangan dihari kiamat
    ~ Allah tak suka orang yang cakap lucah dan mencarut
    ~ Darjat yang mulia di akhirat
    ~ Ibadah tak banyak (buat planner ibadah) *** menarik
    ~ Hidup kita biar teratur - dan sistematik - muhasabah dalam Islam
    ~ Cermin mata pun tak tau letak dimana
    ~ Jangan duduk dijawatan tanpa perancangan
    ~ Musuh merancang dan buat kerja secara terancang
    ~ Perangai buruk akan menyebabkan ke Neraka
    ~ Orang yang hidupnya terurus tanda orang berakal
    ~ Uruskan keluarga dan kehidupan seharian mengikut keutamaan
    ~ Pilihanraya dalam musim haji - mana nak diutamakan
    ~ Orang itu dianggap wara' jika tahu kawal diri
    ~ Ada akhlak terpuji - tanda baik keturunan
    ~ Pahala orang yang berperangai elok - sama macam puasa sunat dan solat malam
    ~ Antara perangai elok ialah tidak pemarah
    ~ Apakah amal yang terlebih baik
    ~ Kadang-kadang orang tanya sebab nak ustaz jawab macam yang dia nak
    ~ Jawapan Nabi bersesuaian dengan orang yang bertanya
    ~ Mai mengaji tiap-tiap malam tapi mudah mengamuk
    ~ Kisah sahabat Ustaz yang kena kencing manis dan kena potong kaki
    ~ Cerai isteri talak 13
    ~ Apakah perangai baik yang perlu ada dalam diri manusia
    ~ Dua benda yang boleh memudahkan masuk neraka
    ~ Mulut menuturkan kalimah kufur
    ~ "Saya memberi jaminan, selagi mana saya berkuasa, saya takkan membenarkan hudud dilaksanakan.."
    ~ Kehangatan politik jangan sampai terbabas
    ~ Angkuh dengan Tuhan tapi terlupa dia berasal dari air mani yang hina
    ~ Siapa yang boleh hidupkan semula bila tulang sudah reput
    ~ Tampil di mahkamah sebagai saksi palsu
    ~ Mai masjid tapi dok download gambar "blue"
    ~ Masyarakat hancur lebur - suami tidak setia kepada isteri, isteri curang terhadap suami
    ~ 60 tahun lalu zina dah bergejala dalam masyarakat
    ~ Seks sebelum nikah dikalangan pelajar sekolah
    ~ Bekas gigi "si tora"
    1 hr 33 min
  • BM14 | 170913 | "Zaman Puja Duit & Akhlak Manusia Terbaik" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Bahrul Mazi Jilid 14 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah pada 17hb September 2013.
    ~ Peristiwa ketika terjadinya perang tabuk
    ~ Perang yang berlaku semasa negara sedang dilanda "inflasi"
    ~ Kenaikan harga barang yang tidak terkawal
    ~ Ada 6 perkara yang akan terjadi sebelum terjadinya hari kiamat
    ~ Kisah pembukaan Baitul Maqdis yang cukup panjang
    ~ Diasaskan oleh Nabi Sulaiman anak Nabi Daud
    ~ Minta kuasa seakan-akan kuasa Allah
    ~ Permintaan-permintaan Nabi Sulaiman
    ~ Kata-kata Salahuddin Al-Ayubi (Siapa yang dapat kuasai Palestin, akan kuasai dunia)
    ~ Berlakunya perang dunia yang pertama
    ~ British bahagikan Palestin kepada dua
    ~ Berlaku satu bentuk kematian yang spontan - mendadak akibat wabak
    ~ Harta menjadi rebutan dan benda yang dipuja manusia
    ~ Duit menjadi satu benda glamour (glitter) - seumpama sihir - sehingga ulama lupa ilmu
    ~ Akan berlaku satu keadaan bila orang bagi 100 dinar, dia marah nak lebih
    ~ Manusia sudah kira duit - semua yang dibuat adalah bermotifkan duit
    ~ Akan berlakunya fitnah - tidak ada satu rumah pun yang akan terlepas dari dimasuki fitnah
    ~ Apa yang berlaku di Mesir dan Syria memeningkan kepala
    ~ Ulama yang alim ilmu - pensyarah Al-Azhar terpecah dua
    ~ Akan berlaku perjanjian antara orang Islam dan orang Barat
    ~ Perjanjian berakhir dengan "orang putih" tipu orang Islam
    ~ Bersatu dibawah panji-panji 80 negara yang akan ganyang orang Islam
    --- BAHRUL MAZI JILID 14 MUKA SURAT 17 ---
    ~ Bab perangai dan akhlak Nabi (Sebaik-baik akhlak)
    ~ Bukan setakat sahabat-sahabat puji, malah Allah pun puji
    ~ Pengakuan dari khadam Nabi selama 10 tahun tentang akhlak Nabi
    ~ Biodata ringkas Anas Bin Malik
    ~ "Masuk Islam" sebagai Mas kahwin
    ~ Qailulah (tidur sebentar) sebelum solat Zohor
    ~ Nak gunakan peluh Nabi untuk keberkatan anak dan cucu
    ~ Sepakat ulama, Nabi Muhammad, penuh keberkatan dari hujung rambut ke hujung kaki
    ~ Campur peluh dan rambut Nabi dengan minyak yang dilurut ke sendi mayat
    ~ Kita boleh ber"tabarruk" (ambil keberkatan) dengan Nabi
    ~ Bolehkah ambil berkat dari pada ulama (kias ulama sebagai waris Nabi)
    ~ Kalau ulama gelong, habis pakat terjun gaung semua (sebab ulama tidak maksum)
    ~ Selama 10 tahun berkhidmat untuk Nabi - tak pernah dijerkah atau diherdik Nabi
    ~ Tak pernah cakap kasar atau marah kepada sahabat
    ~ Kita sehari tak tau berapa kali marah
    ~ Ustaz merajuk orang ambil tempat parking
    ~ Pukul anak tiga suku maut - sebab bagi bercalar kereta "Suprima"
    ~ Nabi seorang yang sangat "cool" - tidak mudah melompat
    ~ Hadis tentang Ummu Salamah salah seorang sahabat perempuan Nabi
    ~ Tiada cacat cela pada akhlak dan tingkah laku Nabi
    ~ Nabi tidak menyimpan dendam kepada sesiapapun
    ~ Kisah ketua kaum yang sangat membenci Nabi
    ~ 20 tahun membenci tanpa sebab
    ~ Dakwah ialah melembutkan hati orang dengan akhlak mulia
    ~ Peribadi Nabi menjadi media dakwah yang cukup berkesan
    ~ Nabi bukan setakat difitnah malah dipukul - tapi tidak pernah berdendam
    ~ Lembutnya tapak tangan Nabi lebih daripada sutera
    ~ Pegang tangan pun dah tau kata orang baik
    ~ Harumnya peluh Nabi melebihi wangi kasturi
    ~ Allah cipta Nabi Muhammad sebaik-baik ciptaan dan kejadian
    ~ Nabi tak bercakap lucah, keji dan menyebabkan orang rasa meluat
    ~ Tahan diri dari bercerita benda tak elok tentang orang lain (Benda yang sure dosa)
    ~ Buka mulut saja nak kondem dan hina orang
    ~ Bercakap sampai orang rasa nak lari
    ~ Nabi bukan seorang yang cabul dan mencarut
    ~ Nabi tak bercakap bising - cakap secara manis dan lemah lembut
    ~ Ramah tu bagus, tapi jangan "bising sangat" dalam pasar
    ~ Nabi tak balas kejahatan dengan kejahatan kepada orang lain
    ~ Dialog antara dua malaikat
    ~ Belum minta maaf pun Nabi dah maafkan
    ~ Tersangkut di "check point" nak masuk syurga
    ~ Kisah pergaduhan kambing yang bertanduk dengan kambing tak bertanduk
    ~ Qisas di hari akhirat
    ~ Binatang pun akan di adili haknya dihari kiamat nanti
    ~ Nak express masuk ke dalam syurga Allah
    ~ Bahagianya orang berhati bersih - tak bawa
    1 hr 33 min
  • BM14 | 190313 | "Talkin Untuk Si Mati & John Travolta Kampung" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Bahrul Mazi Jilid 14 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah pada 19hb Mac 2013.
    ~ Nabi memerintahkan supaya dilemparkan 25 bangkai pembesar Quraisy kedalam lubang batu yang seumpama telaga yang menjijikan di badar
    ~ Kisah kejadian yang berlaku selepas tamatnya perang Badar
    ~ Tiga hari selepas kemenangan Islam
    ~ Sahabat-sahabat yang rasa nak tolong, tapi tak berani
    ~ Doa Nabi sebaik bangkit dari sujud
    ~ Tak pernah-pernah Nabi doa tak elok kepada bangsa sendiri sebelumnya
    ~ Ketar ketakutan dengar doa Nabi sebab hati kecil tau mustajabnya doa Nabi
    ~ Sekiranya doa diucapkan di bumi Mekah, maka doa itu mustajab
    ~ Setiap nama yang Nabi sebut, mati dalam perang Badar
    ~ Alangkah baiknya sekiranya sebelum mati, kamu taat kepada Allah dan Rasul
    ~ Kami telah melihat apa yang Allah janji, benar belaka
    ~ Umar tanya kenapa Nabi bercakap dengan mayat
    ~ Ulama yang otaknya macam mesin fotostat
    ~ "Aku tidak pernah sangka, Allah ada mencipta manusia sehebat kamu.."
    ~ Allah buka hijab supaya mayat boleh mendengar kata-kata Nabi
    ~ Dalil yang menjadi pegangan sebahagian ulama tentang talkin
    ~ Tazkirah untuk orang yang menghantar mayat
    ~ Binatang boleh dengar jeritan ahli kubur yang diseksa
    ~ Kisah dua orang perempuan Yahudi yang menceritakan tentang azab kubur kepada Aishah
    ~ Ceramah agama dalam radio Kedah - satu kampung boleh dengar suara azab mayat menjerit
    ~ "Apa punya pembohong punya Ustaz.."
    ~ Marah sebab ada orang tak mau buat talkin di kubur
    ~ Hadis yang menjadi hujah bahawa orang mati boleh dengar talkin
    ~ Kejadian yang berlaku pada salah seorang isteri Nabi
    ~ Doa yang "tidak berguna" - perkara yang telah Allah tentukan
    ~ Rezeki Allah dah tentukan, tapi kita disuruh berusaha
    ~ Doa yang terlebih baik - doa minta selamat dari azab neraka dan azab kubur
    ~ Kisah sahabat dari Iraq yang nak tanya berkaitan darah nyamuk
    ~ Cucu Nabi Hasan dan Husein adalah kebanggaan Nabi
    ~ Keutamaan, yang mana lebih penting daripada penting
    ~ Trend dalam masyarakat - dua ustaz saling bergaduh bab qunut subuh - bila nak selesai
    ~ Orang Islam ada banyak benda lain yang lebih penting perlu dibuat
    ~ Berlapang dadalah selagi mana apa yang dipegang ada sandarannya
    ~ Nabi jawab setiap selawat dan salam
    ~ Siapa yang tafsir Quran ikut sangka-sangka akalnya
    ~ Tak boleh memandai-mandai dalam menafsirkan Quran dengan akal tanpa ilmu
    ~ Jangan hidangkan cerita karut dalam masyarakat
    --- BAHRUL MAZI JILID 14 MUKA SURAT 10 ---
    ~ Masalah berlambat-lambat dan tidak gopoh
    ~ Dikerjakan sesuatu secara tekun satu persatu
    ~ Orang Islam kena kerja sistematik
    ~ Orang Islam kena steady
    ~ Berdosa jemaah sebab "khatib" tak baca dulu teks khutbah
    ~ Kena jadi seorang yang well prepared dan ready melaksanakan amanah
    ~ Style pengetua terbaik yang Ustaz kenal
    ~ Urus masa dalam mesyuarat setiap satu agenda dengan teliti
    ~ Hari mesyuarat PIBG karipap nak buat inti apa
    ~ Buat kerja terbengkalai dan tak berjaya - tidak dihargai sebab cincai
    ~ Bila buat kerja "sambil lewa" - akan kena "perleceh" dari orang
    ~ Berjimat cermat dalam membelanjakan harta
    ~ Simpan untuk waktu-waktu kecederaan (ada orang yang tak reti uruskan kewangan)
    ~ Tidak terlampau boros, dan tidak terlampau kedekut
    ~ Ais manis pun tak pernah minum - sebab sayang duit
    ~ Belanjakan harta dijalan yang betul
    ~ Zaman Elvis Presley dan Jonh Travolta Kampung
    ~ Tawar dengan dunia
    ~ Kisah sahabat Ustaz yang berubah selepas mengaji agama (karam dalam lautan Allah)
    ~ "Saya yang dok mengajar pun tak fana lagi.. dia fana dah.."
    ~ Allah ada dalam jubah dan poket dia..
    ~ Kisah Wali Allah yang hebat sehingga tak perlu solat "wahdatul wujud"
    ~ Mengaji salah ambil dari tok guru
    ~ Berubah jadi seorang yang zahid - dunia tak melekat di hati
    ~ Nak taat kepada Allah tu bagus - tapi jangan sampai diri jadi macam tak cukup vitamin
    ~ Beramal secara sederhana, jangan melampau, over dan extreme
    ~ Nak terlibat dalam dakwah, jangan sampai mengabaikan keluarga
    ~ Sebaik-baik perkara adalah yang sederhana
    1 hr 36 min
  • BM14 | 190213 | "Kambing Beracun & Sheikh Half Way" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Bahrul Mazi Jilid 14 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah pada 19hb Februari 2013.
    ~ Kisah apabila Khaibar di buka (Perkampungan Yahudi di Madinah)
    ~ Tiga suku besar Yahudi tinggal di Khaibar
    ~ Islam tak sebut tawan, sebaliknya buka negara
    ~ Hadiah kambing panggang beracun kepada Nabi
    ~ Janji akan bercakap benar, tapi berbohong
    ~ Siapakah yang akan menjadi ahli neraka?
    ~ Jawapan yang cukup biadap (hadiah biskut meri cap jari)
    ~ Soalan "subject matter" dalam penyiasatan
    ~ Bangsa yang tiada hati perut dan peri kemanusiaan
    ~ Bahagia bila buat zalim kepada orang
    ~ Alasan diletakkan racun dalam kambing yang dihidangkan kepada Nabi
    ~ Cubaan kedua untuk meracun Nabi
    ~ Sengaja Allah takdirkan Nabi termakan racun
    ~ Bekas merah ditengok Nabi sejak Nabi termakan racun
    ~ Bukan mudah nak jadi Nabi
    ~ Barangsiapa yang pagi-pagi sebelum makan benda lain, dia mulakan makan kurma ajwa 7 biji
    ~ Penawar racun dan sihir menurut hadis Nabi
    ~ Terpelihara daripada sebarang unsur racun dan ilmu hitam
    ~ Kurma Ajwa yang dimaksudkan dalam hadis nak cari di mana
    --- BAHRUL MAZI JILID 14 MUKA SURAT 8 ---
    ~ Cerita tentang malu
    ~ Hadis perempuan yang kena sakit epilepsy (sawan)
    ~ Seorang perempuan yang masih hidup, tapi dah dijamin sebagai seorang ahli syurga
    ~ Mengadu sebab malu orang lain nampak aurat
    ~ Dua pilihan daripada Rasulullah - sabar dengan penyakit untuk dapat syurga atau doa kesembuhan
    ~ Malu adalah sifat yang dipuji syarak (orang yang ada sifat malu, sangat bertuah)
    ~ Orang yang ada iman, ada sifat malu
    ~ Dosa dikira pada setiap helaian rambut (masalah tak tutup aurat)
    ~ Kaki mencarut dan lucah adalah salah satu sifat kasar
    ~ Buruk perangai tempatnya di Neraka
    ~ Malu yang macam mana yang dipuji syarak
    ~ Ayah malu nak jadi wali nikah, adakah itu sifat ahli syurga
    ~ Malu nak jadi imam solat, adakah itu malu ahli syurga
    ~ Malu nak buat benda yang salah dan dosa
    ~ Anak perempuan menikah dengan "algojo"
    ~ Formula "tolak ansur" nak buang tudung
    ~ Orang kalau ada sifat malu, tidak akan berbuat fasik
    ~ Orang yang tak berakhlak tidak ada sifat malu
    ~ Umur 55 tahun, buat perangai macam budak-budak
    ~ Adakah perasaan malu ada kaitan dengan agama
    ~ Kalau tak ada sifat malu, sama macam tak beragama
    ~ Pakai kopiah putih, pi tikam ekor
    ~ Orang yang malu ni kurang bercakap - banyak bercakap banyak dosa
    ~ Maksud "iffah" - orang yang memelihara diri dari meminta-minta
    ~ Rasa aib bila perlukan pertolongan orang
    ~ Orang yang sangat terpuji disisi Allah
    ~ Apa yang dimaksudkan dengan malu yang sebenar-benar malu
    ~ Otak tak pernah terfikir benda tak elok - tanda malu kepada Allah
    ~ Otak sentiasa fikir benda yang Allah redha
    ~ Ramainya orang yang mati dalam tidur - tapi tidak bersedia
    ~ Meteor jatuh di Russia - tanda-tanda besar sebelum terjadinya kiamat
    ~ Kehancuran alam semakin dekat
    ~ Ledakan seumpama ledakan sebuah bom atom
    ~ Saat kebinasaan alam semakin dekat
    ~ Surah-surah yang menceritakan tentang kiamat - akan membuatkan orang cepat beruban
    ~ "Slow and steady" bukan lengai dan benak
    ~ Buat kerja tak kalut - hasilnya cantik
    ~ Tak bersedia jangan mai mengajar di masjid
    ~ Cermat pada segala pekerjaan dipuji oleh syarak
    ~ Agama tak suka dengan orang yang buat kerja gopoh
    ~ Asyik ubah keputusan - pagi cakap lain, petang cakap lain
    ~ Teguran Allah kepada Nabi Muhammad dalam Quran Surah Al-Qiyamah
    ~ Sedapnya ayat Quran walaupun tak faham makna
    ~ Jangan gopoh sebab nak cepat kuasai Quran
    ~ Teringin nak anak hafal Quran tapi bukan semua mampu
    ~ Ayah Juz Amma pun tak boleh nak hafal lagi
    ~ Manusia memang sifatnya nak cepat - nak segera
    ~ Baru mengaji dua tahun dah jadi "ustaz" bagi ceramah dah
    ~ Cepat sungguh dia jadi ustaz
    ~ Disiplin ilmu - tiada ada cara express untuk menguasai ilmu
    ~ Bila buat sesuatu kerja dengan teliti - ia meminimumkan kesalahan
    ~ Sindrom "baca kitab apa pun rasa tak sedap"
    ~ Genggam bara api biar sampai jadi abu
    ~ Sheikh Half Way (buat kerja sekerat jalan)
    ~ Pentingnya maklumat dalam kempen
    1 hr 24 min
  • TNI1 | 151012 | "Malam Yang Sepuluh & Ayam Mabuk Perjalanan" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 1 yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Gelugor, Pulau Pinang pada 15hb Oktober 2012.
    ~ Firman Allah .. Demi waktu fajar
    ~ Terdapat sumpah bagi orang-orang yang berakal
    ~ Tiga pendapat tentang maksud "demi malam yang 10"
    ~ Keistimewaan bulan Zulhijjah
    ~ Bulan yang Allah pilih sebagai bulan ibadah haji
    ~ Serulah manusia untuk buat haji
    ~ Apa ada di Mekah, selain dari bukit batu pejal dan lembah kering kontang
    ~ Pakej haji oleh syarikat-syarikat swasta yang terpaksa tanggung rugi berjuta ringgit
    ~ Manusia tetap nak ke Mekah untuk mengabdi diri kepada Allah
    ~ Kejadian pada tahun 319 Hijrah - Mekah diserang oleh Puak Karamitah
    ~ Tiga benda yang dicuri dari Mekah
    ~ Orang Islam bukan sembah Kaabah
    ~ Akidah Umar Al-Khattab yang begitu jelas
    ~ Harapan bagi orang yang tak mampu mengerjakan umrah dan haji
    ~ Pahala besar sebab tak ramai orang boleh buat
    ~ Benda senang tapi tak terbuat, maka pahalanya besar
    ~ Keluar dari rumah dalam keadaan ada wuduk ke masjid untuk solat dhuha
    ~ Nak buat benda baik ni susah - tak ada kekuatan nak buat
    ~ Doa untuk orang yang bagi sumbangan untuk buat kebaikan
    ~ Hari Nabi nak melontar jamrah
    ~ Marah macam mana pun dekat "syaitan" batu yang digunakan untuk melontar jamrah tetap bersaiz kecil
    ~ Betapa cerdiknya iblis dan syaitan (tercatat dalam kitab talbis iblis)
    ~ Jaga-jaga, jangan melampau dalam beragama
    ~ Jalan ke syurga dan keredhaan Allah
    --- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 1 MUKA SURAT 208 ---
    ~ Tafsir Surah Al-Maidah Ayat 3
    ~ Diharamkan makan bangkai - pentingnya makan makanan yang halal
    ~ Tugasan JAKIM untuk sahkan kehalalan sesuatu produk makanan
    ~ Buka kedai makan - telur masin pun kena ada sijil halal
    ~ Dalam cold storage bercampur, ayam, daging dan babi
    ~ Makanan pertama penduduk syurga - hati ikan
    ~ Pasar jual darah ular senduk
    ~ Kalau teringin nak jadi orang kaya - (produk-produk yang boleh jadi jutawan)
    ~ Sembelih binatang yang dengan nama lain selain nama Allah (pemujaan dan keramat)
    ~ Tidak boleh makan binatang yang mati akibat tercekek leher
    ~ Kena kenal pasti ayam mati sebab apa (teknologi guna renjatan elektrik)
    ~ Ayam pun macam kita - boleh mabuk perjalanan
    ~ Perlunya orang yang dipercayai dalam proses penyembelihan ayam
    ~ Haram undi nasib dengan anak panah (budaya masyarakat Arab Jahiliah)
    ~ Simpan 3 anak panah untuk tilik Nasib
    ~ Kepercayaan kepada "misfortune" alamat perkara malang
    ~ Ayat yang diturunkan semasa Nabi berada di Padang Arafah
    ~ Bagi peluang dan laluan pada orang lain buat haji (jangan buat banyak kali sangat ibadah haji)
    ~ Ada orang yang dah pi haji tapi balik terasa "ralat" - sebab masa pi tak belajar betul-betul
    ~ Kisah sahabat ustaz pilot kapal terbang yang tanya pasal urusan haji/umrah
    ~ Pilot lintas "miqat" perlu atau tidak niat ihram
    ~ Persoalan-persoalan tentang umrah dan haji
    ~ Masalah bawa kasut dalam plastik semasa ibadah umrah
    ~ Dilarang buka bahu sebelah ketika solat
    ~ Ayat yang menjadi bukti Islam adalah agama yang lengkap
    ~ Unta yang dinaiki Nabi jatuh ke tanah sebab beratnya ayat yang turun
    1 hr 38 min
  • BM14 | 190416 | "Kemarau Yang Sebenar & Karamah Tok Guru Mopiko" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Bahrul Mazi Jilid 14 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah pada 19hb April 2016.
    ~ Ada 5 bentuk ujian yang Allah akan datangkan dalam masyarakat
    ~ Kaum yang diuji dengan perangai keji dan kotor
    ~ Teruk sampai ke tahap berzina dengan jiran
    ~ Buat perkara keji dalam keadaan terang-terangan
    ~ Epidemik (wabak) yang tak terkawal dalam masyarakat
    ~ Allah akan datangkan fenomena kebuluran - sebab makanan tak ada
    ~ Lapar yang tak pernah berlaku dalam umat-umat sebelumnya
    ~ Bila orang meniaga nak untung dengan cara menipu
    ~ Allah akan datangkan bala dalam bentuk kemarau
    ~ Dan Allah jadikan pemerintah mereka dari kalangan orang jahat
    ~ Pemerintah yang tak ada hati perut, dan tak fikir kesusahan rakyat
    ~ Sifat kedekut nak keluarkan zakat walaupun dah cukup segala syarat
    ~ Tabung khas untuk pemotong getah
    ~ Jika rasa kurang yakin dengan institusi yang menguruskan zakat
    ~ Bila Allah tahan air hujan daripada turun
    ~ Yang kawal hujan adalah Allah
    ~ Kalau tidak kerana Allah melihat binatang ternakan, Allah tidak akan turunkan hujan
    ~ Bila mungkir janji pada Allah dan Rasul
    ~ Perjanjian dengan Allah semasa di alam arwah
    ~ Janji dalam doa iftitah setiap kali solat
    ~ Musuh luar akan datang tawan dan ambil habis segala harta
    ~ Apabila pemerintah sesebuah negeri ingkar hukum Allah
    ~ Sistem ekonomi masih mengamalkan kapitalis dan riba
    ~ Allah akan datangkan bala dalam negeri, hidup dalam ketakutan
    ~ Rumah buat elok-elok tapi kena pasang grill macam penjara
    ~ Takut dengan jenayah yang menjadi-jadi
    ~ Tiada sesiapa boleh berikan jaminan anak akan selamat
    ~ Krisis keyakinan terhadap janji Allah
    ~ Islam tidak sesuai dalam mentadbir sebuah negara
    ~ Kejadian kemarau yang berlaku di zaman Nabi
    ~ Sahabat pakat bangun ketika Nabi sedang berkhutbah
    ~ Pokok jadi kuning, binatang ternakan pun mati
    ~ Tolong doa kepada Allah supaya turunkan hujan
    ~ Basah lencun janggut Nabi sebab hujan lebat
    ~ Seminggu tak berhenti hujan sampai banjir
    ~ Rumah di zaman Nabi diperbuat dari tanah liat
    ~ Serta merta langit Madinah jadi terang benderang
    ~ Jadilah orang yang betul-betul ikut Nabi
    ~ Mudah-mudahan jadi orang yang doanya mustajab
    ~ Kita sangat kekurang orang yang mustajab doa dan bercakap dengan hikmah
    ~ Kemarau sebenarnya ialah hujan turun tapi tanam apa pun tak tumbuh
    ~ Jangan undang kemarau yang lebih teruk seperti yang berlaku zaman Nabi
    --- BAHRUL MAZI JILID 14 MUKA SURAT 53 ---
    ~ Bab berubat bila kena penyakit
    ~ Ada orang yang sakit tak mau berubat
    ~ Mak pesan jangan bawa mak ke hospital
    ~ Sejarah ayah mati berseorangan di hospital
    ~ Kebanyakkan sahabat Nabi keluar berdakwah selepas Nabi wafat
    ~ Allah tidak hantar satu penyakit pun yang tak ada ubat
    ~ Masalah penyakit kanser tak ada ubat
    ~ Ubat batuk tak berkesan kat ustaz - sampai sakit kerongkong
    ~ "Ustaz cuba try tengok..."
    ~ Petua rawat batuk yang diberikan kat Ustaz
    ~ Madu lebah dengan perah limau dan selawat
    ~ Kadang-kadang penawar setiap penyakit berbeza bagi orang yang berbeza
    ~ Petua guna Toyu Cap Kipas Udang
    ~ Sunat berubat penyakit yang kena pada seseorang"
    ~ Cari orang yang berubat dengan cara betul dan tidak meragukan
    ~ Satu saja penyakit yang tiada ubat - penyakit tua
    ~ Pakar pembedahan kosmetik boleh "kembalikan" wajah muda
    ~ Kenapa tua disebut sebagai penyakit
    ~ Umur 90 tahun disuruh jadi perdana menteri lagi
    ~ Tua membawa kepada binasa - tarikh luput
    ~ Angin "bertendang" dalam perut
    ~ Lengoh kaki bila duduk lama
    ~ Pusing hidup seorang manusia - buat baik kepada orang sakit
    ~ Boleh atau tidak jadi doktor
    ~ Ilmu perubatan adakah terdapat dalam Islam (bukan ilmu dunia)
    ~ Kisah sahabat Nabi yang kena sakit teruk
    ~ Sakit yang hampir-hampir membawa ke mati
    ~ Doa yang Nabi ajar jika sakit pada mana-mana bahagian
    ~ Betulkah kalau makan ubat tu maknanya syirik tersembunyi
    ~ Nak duduk ditengah - ilmu tasawuf tu bagus, tapi jangan melampau
    ~ Menyanyi "isfa'lana" di tepi kubur itu haram
    ~ Minta syafaat dari penghuni kubur - hati-hati dengan ajar
    1 hr 40 min
  • BM14 | 201015 | "Penyakit Jiwa Kacau & Ilmu Perubatan Islam" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Bahrul Mazi Jilid 14 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah pada 20hb Oktober 2015.
    ~ Maksud dan perbezaan antara Sahabat dan Tabi'in
    ~ Nabi manusia biasa - kisah detik-detik akhir sebelum Nabi wafat
    ~ Sakit Nabi semakin berat dari sehari ke sehari
    ~ Dalam keadaan sakit pun, masih fikirkan pasal solat umat
    ~ Pentingnya solat - tak sembahyang bermaksud tak beragama
    ~ Semua masih belum solat isyak, kerana tunggu Nabi
    ~ Saidina Abu Bakar As-Siddiq ada ramai isteri
    ~ Perbezaan pintu "Abu Bakar" di Masjid Nabawi
    ~ Orang yang berhati lembut - mudah menangis (bukan semua orang ada hati macam ni)
    ~ Orang yang mudah tersentuh dengan cerita-cerita agama adalah orang pilihan
    ~ Masing-masing rasa tak layak untuk jadi ketua
    ~ Betapa sahabat "respect" Nabi
    ~ Kekasih Allah pun sakit
    ~ Solat (sembahyang) itu keutamaan
    ~ Orang yang jaga solat adalah orang yang jaga Allah
    ~ Ibnu Masud yang melawat Nabi sakit tenat
    ~ Perbuatan-perbuatan yang dianjurkan bila melawat orang sakit
    ~ Orang sakit ni sensitif dan mudah tersentap hati
    ~ Sakit seorang Nabi dua kali ganda lebih sakit dari manusia biasa
    ~ Nabi buat baik dapat double pahala - itulah peraturan Allah
    ~ Siapa yang ditimpa musibah atau sakit yang Allah timpakan, akan luruh dosa daripadanya
    ~ Sakit adalah mainan dalam hidup manusia
    ~ Sabar mengundang satu nikmat besar dari Allah
    ~ Doa yang Nabi tak pernah tinggal pada pagi dan petang setiap hari
    ~ Bila sakit, segala-gala jadi tak sempurna
    ~ Statistik orang yang kena sakit kencing manis (diabetes)
    ~ Penyakit yang sangat menakutkan
    ~ Dalam masa 35 tahun - Malaysia dapat ranking No 1 penyakit kencing manis di Asia Tenggara
    ~ Sakit yang boleh menyebabkan kena "dialisis"
    ~ Ubat yang paling mujarab untuk segala penyakit
    ~ Kos rawatan dialisis (cuci buah pinggang) setiap bulan
    ~ Duit simpanan boleh habis sekelip mata sebab kos rawatan yang tinggi
    ~ Nisbah orang kencing manis di Malaysia pada tahun 2015
    ~ Kena ada sekumpulan manusia yang boleh cari punca penyakit
    ~ Ramainya orang "tension" dalam masyarakat (jiwa kacau)
    ~ Semua penyakit yang ada dalam dunia, boleh memufliskan orang berduit
    ~ Anak baru lahir sebulan dah masuk senarai "Death In List"
    ~ Betis dan paha bengkak akibat kanser hati
    ~ Mahalnya nikmat sihat
    --- BAHRUL MAZI JILID 14 MUKA SURAT 49 ---
    ~ Dunia adalah hak Allah - kena jadikan Allah sebagai panduan hidup
    ~ Ada dua jenis ubat-ubatan - ubat hati dan ubat anggota badan
    ~ Ubat untuk hati supaya subur sifat mahmudah (baik) hilang sifat mazmumah (jahat)
    ~ Selama ni kita paksa orang sakit makan
    ~ Bila berserabut dan keluh kesah - ubatnya ialah zikir ingat Allah
    ~ Doa supaya sentiasa "ready" untuk balik menghadap Allah
    ~ Ubat penyakit kebas kaki
    ~ Masalah alahan dengan biji janggus
    ~ Tok Siak pakai mask di masjid
    ~ Jangan cari benda mudarat dan tak bermanfaat (ilham dari rokok)
    ~ Ustaz hisap rokok mengajar kitab hikam
    ~ Kisah Tok Guru Mat Saman Kati - halau murid keluar surau
    1 hr 33 min

About Zonkuliah

From the publisher's feed

Podcast Rasmi Projek Zonkuliah