Zonkuliah

Zonkuliah

By ZonkuliahEducationSelf-Improvement
Download on the App Store

Zonkuliah episodes

  • TNI1 | 160412 | "Risau Menanti Mati & Dracula Ekonomi Dunia" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 1 yang berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Brown, Gelugor, Pulau Pinang pada 16hb April 2012.
    ~ Doa Nabi supaya dijauhkan dari kematian tertimbus, jatuh dari tempat tinggi, lemas dalam air, mati kerana kebakaran, dan mati dalam keadaan tua nyanyuk
    ~ Doa perlindungan dari digelincirkan oleh syaitan saat sakaratul maut
    ~ Maut dalam keadaan lari dari medan perang dan disengat binatang bisa
    ~ Bentuk kematian yang Nabi minta berlindung (mati mengejut dalam keadaan tidak bersedia)
    ~ Kalau boleh pilih, nak minta janganlah umur terlalu panjang sampai jadi fitnah
    ~ Bayangan iblis dan syaitan semasa nak mati
    ~ Manusia seolah-olah mabuk semasa berlakunya kiamat
    ~ Azab Allah sangat teruk
    ~ Gempa di Banda Aceh 8.9 skala richter
    ~ Bercakap merapu semasa nak mati
    ~ Bila kita boleh betul-betul tau seseorang mati beriman atau tidak?
    ~ Otak seminit bunuh diri telan racun sebab kecewa dengan anak
    ~ Apabila mata memandang malaikat maut
    ~ Kisah Nabi melawat seorang budak muda yang hampir mati
    ~ Mengharapkan belas kasihan Allah dan takut mengenangkan dosa-dosa
    ~ Berbaik sangkalah dengan Allah
    ~ Tiada manusia yang tidak ada dosa
    ~ Kalimah yang Nabi ajar supaya buku rekod amalan bercahaya
    ~ Kalau boleh sebut kalimah ni sebelum mati, buku rekod amalan akan bercahaya dihari kiamat
    ~ Malah roh akan dipermudahkan keluar dari jasad dalam keadaan tenang
    --- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 1 MUKA SURAT 202 ---
    ~ Tafsir Surah An-Nisa' Ayat 159
    ~ Ahli kitab, orang kafir akan tahu Islam agama yang benar bila mereka melihat malaikat maut
    ~ Bagi orang-orang yang buat benda jahat semasa hidup
    ~ Taubat yang telah terlewat dan tidak diterima lagi
    ~ Kisah Firaun mengejar Nabi Musa di laut merah
    ~ Kalau nak berubah dan tinggal perkara dosa, ubah sekarang, jangan tunggu masa nak mati
    ~ Yahudi tuduh Nabi Isa anak Zina
    ~ Suka memandai-mandai dalam agama (mengharamkan benda yang dihalalkan)
    ~ Tok guru sistem kewangan yang kita gunakan hari ni, ialah sistem kapitalis
    ~ Pengasas sistem riba - merekalah Dracula - hidup dengan hisap darah orang
    ~ Sistem yang menyebabkan orang kaya bertambah kaya, miskin akan bertambah melarat, merana sampai mati
    ~ Kilang bukan Islam tapi ada sijil halal
    ~ Orang Melayu buat mee kuning tapi buat kecil-kecilan, tak apply sijil halal
    ~ Orang Melayu tertinggal dalam bab ekonomi - kita cuma pengguna Nombor satu
    ~ "Mana dia kilang orang Islam yang kita nak ambil.."
    ~ Dunia ni syurga bagi orang kafir
    ~ Segelintir orang Yahudi yang ikhlas mencari ilmu
    ~ Kisah Abdullah Bin Salam yang alim tapi tertarik dengan ajaran Nabi
    ~ Tiga soalan P Ramlee - dimana kekuatan Hang Tuah
    ~ Malaikat yang paling dibenci oleh orang Yahudi
    ~ Mengaji betul-betul untuk jadi orang Islam yang baik
    ~ Syarat nombor satu untuk jadi orang baik - jangan tinggal solat
    ~ Bukan respect yang kita cari, tapi Allah bagi
    ~ Nabi tak tenang bila nampak pokok hujan
    ~ Batu dari Neraka Sijjil
    ~ Tengok gempa pun boleh seronok lagi
    ~ Hati Kebas - tak rasa berdosa
    ~ Nabi ada ramai - yang disebut dan yang tak disebut
    ~ Keistimewaan Nabi Musa dan permintaan yang bukan-bukan dari kaumnya
    ~ Kita ni tak kenal Tuhan walau macam-macam tanda Tuhan tunjuk
    ~ Dunia keluarkan amaran Tsunami, tapi tak berlaku
    ~ Tugas para Nabi - sampaikan berita gembira dan berita amaran
    ~ Atas dunia boleh la buat muka sepuluh sen (muka seposen)
    ~ Geng Elit Quraisy rasa geli geleman nak bercampur dengan orang miskin semasa ibadah haji
    1 hr 26 min
  • BM16 | 040314 | "Zaman Janji Dicapati & Mimpi Baju Putih" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 16 yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 4hb Mac 2014.
    ~ Satu ketika dulu, zaman ramainya orang alim, tak ramai orang jahil
    ~ Zaman solat Jumaatnya panjang, khutbahnya ringkas
    ~ Mereka mengutamakan amal ibadah daripada nafsu
    ~ Solat mereka banyak, tidur mereka kurang
    ~ Akan tiba satu zaman ulama makin kurang, orang yang baca Quran sedap ni ramai
    ~ Kita disuruh baca Quran dengan bertarannum - tapi jangan sampai lupa perintah Quran
    ~ Mereka sibuk menjaga huruf-huruf Quran tapi kurang sibuk dengan perintah Allah
    ~ Ramainya orang yang nak bertanya, tapi orang yang nak menjawab persoalan itu sikit
    ~ Banyak perkara yang menjadi persoalan ummah, tak ramai orang yang betul-betul alim
    ~ Zaman khutbahnya panjang berjela-jela, solatnya ringkas sekali
    ~ 2.15 masih belum habis khutbah pertama
    ~ Keadaan yang akan berlaku diakhir zaman
    ~ Hampir sangat dah, akan tibanya satu zaman - yang tinggal dalam dunia, adalah orang jahat
    ~ Janji dan amanah semua hancur lebur - janji dicapati - amanah dikhianati
    ~ "Zaman Janji Dicapati" - Pandai berjanji tapi tidak ditepati
    ~ Pemimpin yang tidak rasa perlu tunaikan amanah
    ~ Amanah menjadi satu rebutan dan batu loncatan untuk jadi kaya
    ~ Berebut jawatan untuk jutawan sekelip mata
    ~ Keadaan sampai ke tahap berlaku perbezaan pendapat yang melampau dan berkecamuk masyarakat
    ~ Manusia akhir zaman jadi berserabut
    ~ Fahaman sesat - yang mempertikaikan kalimah syahadah - (hadis punca orang jadi syirik)
    ~ Masyarakat yang celaru tidak tahu mana yang benar mana yang bathil
    ~ Apa tindakan jika ditakdirkan hidup di zaman celaru?
    ~ Ambil dan ikut apa yang betul selama ni
    ~ Golongan yang jual idea untuk tengok dapat sambutan atau tidak
    ~ Guna hujah-hujah logik akal untuk mencelarukan orang
    ~ Saidina Umar marah sahabat yang baca kitab taurat
    ~ Ikut dua benda yang Nabi jamin tidak akan sesat selama-lamanya
    ~ Jangan percaya tok guru dan alim ulama - mereka semua ni karut
    ~ Jangan memperjudikan masa depan dengan ajaran yang merapu
    ~ Tidak ada paksaan dalam beragama - kenapa hadis bercanggah dengan Quran
    ~ Sudah jadi Islam tidak boleh murtad
    ~ Peraturan yang manusia buat pun kita ikut (tunggu "trafic light" hijau baru jalan)
    ~ Jangan ambil hak orang
    ~ Pesan Nabi untuk selamat dari zaman celaru diakhir zaman
    ~ Tahun 1850 seorang orientalis barat di hantar oleh pertubuhan Zionis antarabangsa untuk belajar di Al Azhar University
    ~ Usaha supaya orang keliru dengan hadis
    ~ Beberapa besar yang merupakan penulis handalan dunia, terpengaruh dengan mengingkari hadis
    ~ Hati-hati jangan sampai terpengaruh dengan ajaran sesat
    ~ Jaga diri dan keluarga daripada jadi bahan bakar neraka
    --- BAHRUL MAZI JILID 16 MUKA SURAT 25 ---
    ~ Mimpi Nabi melihat neraca (penimbang) dan timba
    ~ Mimpi penimbang ni biasa, mimpi jadi ultraman pun ada
    ~ Sahabat yang "kontroversi" - Abi Bakrah
    ~ Ilmu semua orang boleh cari, warak tak ada pada semua orang
    ~ Kena tau antara warak dan kaki tidur
    ~ Contoh orang yang warak - Sheikh Majid
    ~ Sahabat yang tuduh seorang sahabat lain berzina
    ~ Tuduhan yang melibatkan hukum qazaf adalah sesuatu yang berat
    ~ "Bila nak boleh himpun empat orang saksi?"
    ~ Tindakan Khalifah Umar bila dapat berita tentang tuduhan zina
    ~ Bila datang berita sensasi dari seorang fasik - semak dulu, jangan gopoh sebarkan
    ~ Fitnah subur berkembang di zaman whatsapp - Mr Forward
    ~ Jangan gelut sangat nak jadi Mr Forward - takut kita orang pertama ke Neraka
    ~ Trend tuduh orang berzina macam tak berdosa
    ~ "Kalau Allah nak jatuhkan hukuman kepada saya, saya terima.."
    ~ Kata-kata yang menunjukkan betapa tak takut kat Tuhan
    ~ Jika berdusta dalam tuduhan - ianya menjatuhkan maruah orang
    ~ Maruah bukan boleh dinilai dengan duit ringgit
    ~ Betapa Islam menjaga maruah orang
    ~ Maksud mimpi berat timbangan para sahabat Nabi
    ~ Hormat satu nilai yang semakin hilang dalam masyrakat
    ~ Maksud mimpi pakaian putih - mimpi mak yang dah mati 10 tahun datang dengan pakaian kain telekung
    1 hr 17 min
  • TNI2 | 020315 | "Tamak Pahala Extra & Jutawan Tingkatan Lima" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, pada 2hb Mac 2015.
    ~ Sekumpulan orang miskin dari golongan Muhajirin yang datang jumpa Nabi
    ~ Tinggal kekayaan untuk ikut Nabi sanggup jatuh miskin
    ~ Habis pahala semua orang kaya "borong"
    ~ Rungutan dan kekecewaan orang miskin
    ~ Orang kaya boleh bersedekah harta, merdekakan hamba untuk buat pahala
    ~ Formula untuk dapat pahala banyak tanpa keluarkan duit
    ~ 33 kali tasbih, 33 kali tahmid, 33 kali takbir selepas solat fardhu
    ~ Kelebihan untuk orang yang dikehendaki Allah
    ~ Untung jadi orang kaya, kalau orang kaya itu rajin beribadat kepada Allah
    ~ Kadang-kadang orang kaya lebih kuat beramal daripada kita yang tak berapa kaya
    ~ Duit tak berapa ada, tapi makan macam orang gila
    ~ Sedekah yang macam mana yang dapat ganjaran paling besar?
    ~ Ada orang yang suka buat benda sunat pada masa yang tepat
    ~ Bila waktu paling afdhal untuk solat sunat dhuha
    ~ Saat untuk dapatkan extra pahala untuk solat sunat dhuha
    ~ Bersedekah ketika tengah sihat - nak buat ibadah jangan tunggu pencen
    ~ Bagi sedekah ketika rasa macam "kedekut" sayang duit
    ~ Bagi sedekah ketika takut jadi miskin
    ~ "Celakalah kepada orang yang suka memperbanyak-banyak.."
    ~ Bercita-cita dan letak target untuk ada jumlah tertentu dalam akaun bank
    ~ Target keredhaan Allah, dapat pahala besar
    ~ Apapun jangan tangguh sampai nyawa tiba di halkum
    ~ Zakat bukan duit kita, tapi duit orang yang patut terima
    ~ Nabi lebih suka hidup sebagai orang miskin
    ~ Doa Nabi supaya jadi miskin
    ~ Salah seorang sahabat yang meriwayatkan cukup banyak hadis dari Nabi
    ~ Doa supaya dibangkitkan dalam kumpulan orang miskin
    ~ Orang miskin akan masuk syurga lebih awal 40 tahun daripada orang kaya
    ~ Jangan sesekali tolak permintaan orang miskin
    ~ 1 hari akhirat bersamaan 1000 tahun dunia
    ~ Warning daripada Nabi untuk orang miskin
    ~ Barang siapa yang suka meminta-minta di atas dunia
    ~ Ada duit tapi suka meminta-minta
    ~ Muka penuh dengan kesan calar akibat dicakar di hari akhirat
    ~ Orang yang tidak ada maruah dan harga diri
    ~ Berapa duit yang dikira ada duit dan tak boleh meminta-minta
    ~ Nilai 1 dinar dizaman Nabi
    ~ Islam agama ekonomi - hadis yang menyandarkan pada nilai harga emas semasa
    ~ Bukti Islam sebuah agama yang sangat relevan
    ~ Kaya bukanlah terletak pada harta
    ~ Yang dimaksudkan dengan kaya jiwa - rasa cukup dengan rezeki yang Allah bagi
    --- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 2 MUKA SURAT 310 ----
    ~ Tafsir Surah An-Nahl
    ~ Allah takdirkan manusia berbeza kehidupan sosial
    ~ Struktur dalam masyarakat jadi cantik bila semua orang berbeza
    ~ Bila semua manusia ditakdirkan jadi pengarah, siapa nak jadi timbalan pengarah
    ~ "Errr sebenarnya, kami semua pengarah.."
    ~ Kisah ustaz call seorang sahabat yang dah berkawan sejak 30 tahun
    ~ Pesan pegawai kanan polis yang menjadi "regular surau" kepada anak-anak
    ~ Ceritakan kebaikan orang sebagai motivasi jadi baik
    ~ Allah maha hebat - dalam mencipta kepelbagaian dalam masyarakat
    ~ Kita tak boleh hina sesiapa sebab Allah yang letak dia disitu
    ~ Mengaji sampai tingkatan 5 saja, tapi jadi jutawan
    ~ Kaya ni Allah yang bagi dan pilih, bukan sebab pandai atau usaha manusia
    ~ Share dengan orang bawah supaya kesombongan dapat dileraikan
    ~ Elaun keraian gunakan untuk "raikan" kakitangan jabatan
    ~ Kebanyakan orang - duit dia tak mau share dengan orang
    ~ Kita tidak boleh kongsi tuhan (jangan syirikan Allah)
    ~ Nikmat-nikmat yang Allah kurniakan pada kita
    ~ Kisah sahabat ustaz yang dulu miskin sekarang dah jadi jutawan
    ~ Nabi Adam rasa kesunyian dalam syurga sebab tak ada pasangan
    ~ Siapa Al Khawarizmi - biodata tokoh Islam yang hebat
    ~ Nilai wanita mengikut rumus Al Khawarizmi
    ~ Yang merepek tu kita - orang bijak pandai tak merepek
    ~ Tuhan bagi punya banyak benda halal, kenapa nak cari yang haram
    ~ Berhala tak mampu jaga diri sendiri kenapa perlu disembah
    ~ Kisah Nabi Ibrahim dan bapanya pembuat berhala
    ~ Mentaliti zaman Namrud ketika menghadapi Nabi Ibrahim (bila kalah
    1 hr 33 min
  • TNI2 | 020215 | "Khasiat Madu Lebah & Signal Umur Tua" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, pada 2hb Februari 2015.
    ~ Dua benda yang Nabi cukup suka (Halwa dan Madu)
    ~ Kisah seorang sahabat yang datang mengadu tentang saudaranya terkena cirit birit
    ~ Teruskan apa yang Allah suruh buat, sebab Allah itu Maha Benar
    ~ Empat kali dah bagi minum madu, bukan saja tak sembuh, malah makin teruk penyakit
    ~ Kita hilang keyakinan pada Allah bila ditimpa ujian
    ~ Sahabat tanya hukum minum madu yang diperam lama sehingga jadi masam supaya boleh memabukkan
    ~ Apa saja benda yang boleh memabukan adalah haram
    ~ Air ketum tak ada disebut dalam hadis, adakah halal?
    ~ Kadang-kadang perahan anggur, kurma, madu, gandum boleh jadi arak
    ~ Banyak sangat khasiat madu, sehinggakan kalau mimpi madu pun bermaksud baik
    ~ Gumpulan awan yang menitikan keju dan madu
    ~ Mimpi jadi Spiderman dan Ultraman
    ~ Tafsir mimpi disebalik madu dan keju
    ~ Mimpi jumpa orang yang dah mati datang dengan pakaian serba putih - itu petanda baik
    ~ Kisah seorang pekerja kilang yang berubah selepas dengar kuliah seorang ustaz (Kisah Ustaz Johari Abdul Wahab)
    ~ Kisah Umar yang terima hidayah selepas dengar ayat dalam Surah Taha
    ~ Jadi jutawan jual madu selepas belajar agama
    ~ Kalau akhirat yang kita cari, Allah bagi dunia dan akhirat
    ~ Madu itu bagus sebab Allah bagitau dalam Quran
    --- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 2 MUKA SURAT 309 ---
    ~ Tafsir Ayat 68 Surah An-Nahl
    ~ Allah perintahkan lebah supaya buat rumah dibukit, pokok kayu dan sarang yang manusia buat
    ~ Lebah tak masuk Universiti, tapi mereka buktikan mereka taat perintah Allah
    ~ Dua jenis lebah - lebah liar yang bersarang di bukit, dan lebah jinak yang bersarang di tempat yang manusia bina
    ~ Hebatnya lebah tanpa GPS dan Waze pun tak pernah sesat cari sarang
    ~ Madu yang keluar dari perut lebah pelbagai warna
    ~ Pada madu yang keluar dari perut lebah itu menjadi penawar segala penyakit manusia
    ~ Makanan yang dijanjikan Allah sebagai penawar penyakit
    ~ Bila duduk di pintu kematian
    ~ Quran ubat penyakit hati maka madu lebah itu ubat anggota badan
    ~ 20,000 jenis spesies lebah diseluruh dunia
    ~ Dalam setiap koloni ada tiga jenis lebah
    ~ Kita baca Quran tapi tak sempat mengkaji
    ~ Kehebatan "Ratu Lebah" - boleh bertelur 2000 biji sehari
    ~ Kita tak ada suara untuk lawan kehebatan Allah - Allah Is Great
    ~ Apa akan jadi pada lebah jika dia sengat manusia?
    ~ Madu lebah menjadi penawar segala penyakit melainkan mati
    ~ Manusia cerdik ni bangsa Jepun
    ~ Ajal maksudnya "tempoh"
    ~ Kematian tidak boleh diduga (ending tak tau macam mana)
    ~ Semua orang kena "get ready" untuk mati pada setiap masa
    ~ Dikalangan manusia ada yang dikembalikan pada umur yang terlalu tua
    ~ Allah uji dengan penyakit alzheimer tak kenal isteri sendiri
    ~ Orang mukmin yang saleh dan faham Quran tidak akan nyanyuk
    ~ Ada orang yang Allah bagi kelebihan boleh khatam Quran setiap dua minggu
    ~ Pembahagian umur manusia - bunyi dari dalam lutut (something funny)
    ~ Pengalaman ustaz pakai cermin mata - (penyakit umur 40 tahun) cermin Bi-Focal
    ~ Hang tua dah.. jangan dok perasan muda (Signal Sudah Tua)
    1 hr 27 min
  • TNI2 | 030314 | "Hebat Iman Si Anak Dara & Malapetaka Dari Enam Arah" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, pada 3hb Mac 2014.
    ~ Kisah sahabat Nabi seorang Arab Badwi bernama Zahir
    ~ Manusia yang dianggap tidak bertamadun sebab hidup nomad
    ~ Kehidupan yang saling berkasih sayang
    ~ Sultan duduk di tengah padang pasir untuk dapatkan "feel" kehidupan seorang badwi
    ~ Maksud "Hadhari" - orang yang bertamadun
    ~ Sahabat yang Nabi cukup sayang ni, seorang yang tak handsome
    ~ Nabi ni reti malawak rupanya
    ~ Tuan pun tau saya ni barang tak laku
    ~ Jadilah seorang yang cukup mahal disisi Allah
    ~ Pengembala kambing yang mendapat perhatian Allah
    ~ Kisah pengembala kambing yang taqwanya tinggi
    ~ Allah takdirkan dia sebagai orang susah, tapi dia tetap bersyukur
    ~ Orang yang mendapat janji syurga Allah
    ~ Bukan populariti di mata manusia yang kita cari
    ~ Keutamaan kita ialah menjadi orang yang dikenali Allah
    ~ Nak buat apa pun, jangan fikir apa orang kata, ingat Allah
    ~ Jadilah personaliti yang tersembunyi
    ~ Kisah sahabat Nabi bernama Julaibib yang tidak disukai orang sebab berwajah tak cantik
    ~ "Adakah mak dan ayah nak tolak perintah Nabi dan Allah?"
    ~ Hebatnya Iman Seorang Anak Dara
    ~ Keadaan yang tidak dapat difahami oleh golongan anti hadis
    ~ Panggil imam Bukhari dengan panggilan encik Bukhari
    --- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 2 MUKA SURAT 305 ---
    ~ Tafsir Surah An-Nahl
    ~ Rasul yang dilantik oleh Allah adalah manusia, bukan Malaikat
    ~ Bimbang dengan perkembangan yang terjadi hari ni
    ~ Ajaran sesat yang mengaku Islam cara baru
    ~ Zaman musyrikin dulu, mereka ingkar Nabi, zaman sekarang mereka ingkar hadis Nabi
    ~ Geng yang berhujah dengan logik akal
    ~ Kalau Quran sudah lengkap, kenapa perlu hadis lagi?
    ~ Hadis Nabi menerangkan maksud Quran
    ~ Perintah mandi, kafan dan tanam jenazah tak ada dalam Quran
    ~ Hujah dan jawapan untuk golongan yang menolak hadis
    ~ Kenapa mensyirikan Allah dengan Muhammad dalam kalimah syahadah?
    ~ Ayat Quran yang terang-terangan menyuruh kita memuliakan Nabi
    ~ Kalau Allah lantik malaikat jadi Nabi
    ~ Kalau tak tau sesuatu perkara pi tanya orang yang reti
    ~ Contoh perintah dalam Quran yang tidak jelas kaedah perlaksanaan jika tak rujuk hadis
    ~ Jangan tolak Nabi dari kehidupan, kerana kita akan menolak diri kita ke Neraka
    ~ Orang yang buat maksiat dan dosa atas dunia - rasa untoucable
    ~ Seorang manusia terdedah kepada enam arah azab
    ~ Tak mustahil kapal terbang terhempas atas rumah
    ~ Malang tidak berbau - adakah manusia boleh rasa aman dengan derhaka Allah
    ~ Allah boleh datangkan malapetaka semasa tengah tidur waktu malam
    ~ Tuhan boleh binasakan kita dengan wabak
    ~ Punca nyamuk saja boleh jadi wabak yang tak boleh control
    ~ Bayang-bayang sebenarnya sujud kepada Allah
    ~ Kita muliakan Nabi Muhammad bukan bermaksud kita sembah Nabi
    1 hr 15 min
  • BM12 | 030215 | "Bidadari Pengembala Kambing & Terliur Tengok Musang" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 12 yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 3hb Februari 2015.
    ~ Hadis dari Saad Bin Abi Waqqas
    ~ Salah seorang yang dijamin syurga
    ~ Salah seorang dari 6 Orang yang Nabi redha
    ~ Bila Muawiyah Bin Abi Sufyan jadi khalifah
    ~ Akibat daripada politik - satu benda yang wajib ada dalam Islam - tapi kalau salah bawa, ianya menyemai kebencian
    ~ Usaha mengajak orang benci dan memusuhi Ali
    ~ Gelaran yang Nabi berikan kepada Saidina Ali
    ~ Merajuk tidur atas tanah - Punca dapat nama "Bapa Debu Tanah"
    ~ Tiga benda yang disebut oleh Nabi kepada Saidina Ali
    ~ Satu benda yang lebih baik dari Unta Merah (BMW zaman Nabi)
    ~ Ketika Nabi keluar perang - Saidina Ali dilantik untuk jaga Madinah
    ~ "Awat saya ni koman sangat ka?"
    ~ Kemuliaan kedudukan Harun disisi Nabi Musa
    ~ Hadis yang digunakan puak Syiah untuk memuliakan Ali
    ~ Try sembang dengan travel agent umrah supaya buat kelainan
    ~ Bendera tertera Islam dalam perang Khaibar
    ~ Nabi bukan mabuk darah - peperangan adalah jalan akhir
    ~ Nabi tak suka bergaduh - apa lagi berperang
    ~ Islam agama perdamaian bukan nak tumpah darah
    ~ Cerita sampingan yang berlaku semasa perang Khaibar
    ~ Pengembala kambing yang teringin nak kenal siapa Muhammad
    ~ "Tuan, apa yang tuan seru?"
    ~ "Aku nampak dua bidadari berdiri di kiri kanan budak ni.."
    ~ Lelaki yang cukup sayang Allah dan Rasul, dan Allah dan Rasul cukup sayang kepada dia
    ~ Gelaran yang Saidina Umar nak sangat
    ~ Empat orang diiktiraf Nabi sebagai ahli keluarga Nabi
    ~ Perjanjian palsu Yahudi kepada Nabi
    ~ Jika nak tau "true color" musuh - bagi depa menang dapat kuasa
    ~ Yahudi satu bangsa yang rajin
    ~ Boleh tengok beza antara orang Yahudi dengan orang Arab
    ~ Cukai yang dibayar oleh orang bukan Islam kepada pemerintah Islam sebagai jaminan keamanan
    ~ Isteri Nabi yang berketurunan Yahudi
    --- BAHRUL MAZI JILID 12 MUKA SURAT 174 ---
    ~ Hukum Makan Dubuk
    ~ Seperti anjing dengan bayang-bayang
    ~ Khilaf ulama dalam bab makan dubuk
    ~ Bila berbeza tafsiran fekah - kena berlapang dada
    ~ Tak boleh kawal orang untuk berpegang kepada satu mazhab sahaja
    ~ Jangan sindir mazhab lain - ianya akan merosakan orang yang dengar
    ~ Isu kenduri arwah - salah faham kata kenduri arwah kena buat - kalau tak buat berdosa
    ~ Orang yang terlahir dalam pemikiran yang menyalahkan orang lain
    ~ Nabi kata boleh makan dubuk
    ~ Hukum makan musang - harus disisi mazhab syafie
    ~ Sakit kepala nak kena makan musang
    ~ Lain yang dicakap lain yang orang faham
    1 hr 19 min
  • TNI4 | 130513 | "Superstitious Rejab & Malaikat Penjaga Neraka" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 4 yang berlangsung di Surau Taman Kerian, Parit Buntar, Perak pada 13hb Mei 2013.
    ~ Doa yang Nabi amalkan sebaik saja masuk bulan Rejab
    ~ Isu tentang kemuliaan bulan Rejab dan Syaaban
    ~ Ada atau tidak puasa khas untuk bulan Rejab
    ~ Kalau nak buat sesuatu amalan, pastikan ianya amalan Nabi
    ~ Puasa-puasa sunat yang di Nabi menjadi amalan Nabi
    ~ Nabi pesan supaya jangan buat dua benda ni - amalan orang Arab Jahiliah (sembelih anak unta sulung - satu kepercayaan dalam masyarakat)
    ~ Contoh kepercayaan dalam masyarakat Melayu (jangan berjalan bawah penyidai)
    ~ Kubur tok keramat dalam masyrakat Melayu Jahiliah
    ~ Benda yang bermula dengan "karut" akan berakhir dengan karut
    ~ Sembelihan yang dibuat khusus untuk menyambut bulan Rejab
    ~ Mulakan ibadah pada bulan-bulan yang mendekati bulan yang mulia
    ~ Lajak supaya aktif beribadat pada bulan Ramadan
    ~ Allah pilih bulan Rejab untuk berlakunya peristiwa besar iaitu Isra' Mikraj
    --- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 4 MUKA SURAT 202 ---
    ~ Tafsir Surah At-Tahrim ayat 4
    ~ Pakatan diantara Habshah dan Aishah isteri Nabi
    ~ Safiah perempuan paling cantik dalam masyarakat Quraisy
    ~ Tidak sewajarnya orang yang beriman - membangkang apa yang Allah dan Rasul dah putuskan
    ~ Rasa rendah diri bila isteri ungkit status "bekas hamba"
    ~ Kepercayaan dalam masyarakat Arab Jahiliah - isteri anak angkat adalah menantu
    ~ Orang dok tunggu ja nak "sarkus" Nabi
    ~ Sumpah Nabi untuk tidak lagi minum madu
    ~ Haramkan benda yang halal semata-mata nak ambil hati isteri-isteri yang bermadu
    ~ Hamba perempuan yang dihadiahkan oleh Gabenor Mesir kepada Nabi
    ~ Perkara yang menyebabkan Nabi jadi sedih
    ~ Kata-kata yang Nabi suka sebut, tapi terpaksa
    ~ Kerana isteri - Nabi kecil hati - sehingga Nabi merajuk sebulan
    ~ Maksud "uzlah" - mengasingkan dari tak mau bercampur dengan orang
    ~ Krisis Rumah Tangga Nabi - sampai ke pengetahuan Saidina Umar
    ~ "Nabi dah ceraikan semua isteri dia.."
    ~ Rumah Aishah umpama Headquarters
    ~ Perbalahan antara Saidina Umar dan Saidatina Aishah..
    ~ Kata-kata Umar untuk memujuk Nabi
    ~ Nabi berbaring diatas tikar tamar
    ~ Betapa sederhananya hidup Nabi
    ~ 22 Tahun jadi menteri besar - bagusnya Tuan Guru Nik Aziz
    ~ Tuhan janji kepada kita kesenangan akhirat
    ~ Dunia ni sementara - akhirat esok kekal selamanya
    ~ Keadaan Nabi yang menyebabkan Saidina Umar mengalirkan air mata
    ~ Hebatnya Umar - percakapannya disokong ayat Quran
    ~ Kalau tak didik keluarga dengan baik - mereka boleh jadi sebab kita ke Neraka
    ~ Jadikan budaya dalam rumah - baca Quran sekeluarga
    ~ Bahan bakar api neraka ialah orang kafir dan batu berhala
    ~ Malaikat penjaga Neraka a.k.a Zabaniah - Malaikat yang cukup "sadis"
    ~ Pertemuan Nabi dengan Malaikat Penjaga Neraka
    1 hr 22 min
  • TNI4 | 090913 | "Penghalang Azab Kubur & Tafsir Surah Al Mulk" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 4 yang berlangsung di Surau Taman Kerian, Parit Buntar, Perak pada 9hb September 2013.
    ~ Kisah sekumpulan sahabat Nabi tak sengaja pasang khemah di atas kubur
    ~ Suara misteri membaca Surah Al-Mulk
    ~ Surah penghalang - siapa yang membaca dan menghafalnya - akan terlindung dari siksa kubur
    ~ Surah penyelamat dari azab kubur
    ~ Surah yang akan memberi pertolongan sehingga kita diampunkan dosa oleh Allah
    ~ Surah Sajdah dan Surah Al-Mulk
    ~ Setiap kali dibacakan akan dituliskan 70 pahala dan dipadam 70 dosa diangkat darjat 70 anak tangga
    ~ Nabi tidak akan tidur sehinggalah Nabi baca surah As-Sajdah dan Al-Mulk
    ~ Nabi teringin sangat Surah Al-Mulk ada dalam ingatan dan hafazan semua umat Nabi
    --- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 4 ----
    ~ Tafsir Surah Al-Mulk
    ~ Allah berkuasa atas semua perkara
    ~ Kenapa Allah sebut "Mati" sebelum "Hidup"?
    ~ Manusia ni kejar benda dia nak tinggal
    ~ Kita menyimpang dari matlamat sebenar hidup
    ~ Hidup adalah ujian - segala yang jadi dalam hidup adalah ujian - samada perkara baik atau buruk
    ~ Sombong dengan ilmu - ilmu membuatkan dia sombong dan juah
    ~ Nak cari manusia yang tawadduk macam Dr Zulkifli Al-Bakri
    ~ Allah nak melihat hati yang bersih dan tawadduk tunduk kepada Allah
    ~ Saya bukan pemalas - kenapa saya tetap gagal
    ~ Manusia golden touch - sentuh apa semua jadi
    ~ Banyak ingat mati - dan sentiasa bersedia untuk mati
    ~ Kisah seorang sahabat Ustaz - pengurus bank - yang meninggal dunia semasa duduk di bangku
    ~ Wajibkan diri sendiri untuk baca Quran setiap hari
    ~ Amalan-amalan harian yang jangan ditinggalkan
    ~ Menyesal tengok "statement" di akhirat
    ~ Allah yang Maha Perkasa - menang dalam mengazab orang yang derhaka
    ~ Adakah doa "Allahummaajirnaminannar" itu ada dalam hadis?
    ~ Tuhan dah ready nak bagi pengampunan tunggu kita minta - tapi manusia sombong
    ~ Sombong tak mau mengaku salah depan isteri
    ~ Hebatnya penciptaan berlapis-lapis langit - tanpa tiang dan tidak bersentuh antara satu sama lain
    ~ Punca jambatan dan bangunan retak tak sampai beberapa tahun dibina
    ~ Allah cabar untuk cari kelemahan dan kekurangan disebalik penciptaan langit
    ~ Cukup hebat pencitaan Allah - tak perlu SPRM pi check envolope tepi meja
    ~ Allah cabar berkali-kali untuk cari kelemahan pada langit
    ~ "Zero Defect" - siapa yang nak pi cari kelemahan Tuhan - dia akan balik dalam keadaan kecewa dan hina
    ~ Tuhan bukan saja buat sesuatu benda bagi elok, malah cantik
    ~ Nak ceramah pun kena buat bagi elok - kena well prepare - baca dulu baru ceramah
    ~ Berebut nak jadi pengerusi surau dan masjid
    ~ Jadilah orang yang menyumbang untuk masjid surau, jangan pegang jawatan
    ~ Nak ganti lampu rosak pun kena tunggu mesyuarat agung
    ~ Meteor yang luruh jatuh disebut dalam Quran
    ~ Panahan api yang digunakan untuk memanah iblis, syaitan dan jin
    ~ Jin ni apa? - sejenis makhluk halus (sama macam manusia)
    ~ Apa persamaan manusia dan jin?
    ~ Ada macam-macam jenis Melayu (Melayu Banjar, Melayu Jawa dan sebagainya)
    ~ Jin yang kagum dengan bacaan ayat Quran oleh Nabi
    ~ Ada manusia yang berubah sekelip mata
    ~ Masyarakat Mekah tidak pernah terlintas Umar akan ikut Nabi
    ~ Tahi bintang - meteor - membunuh jin dan syaitan yang mencuri dengar rahsia di langit
    ~ Rahsia tok bomoh dan tukang tilik - siapa yang bagi mereka ilham
    ~ Kebenaran yang ditambah dengan seribu pendustaan
    ~ Kerosakan berlaku dalam masyarkat sebab percaya pada bomoh
    ~ Kita khatam Quran, tapi alangkah baik kalau kita faham makna
    ~ Kisah utusan komuniti jin datang jumpa Nabi
    ~ Jin minta Nabi larang manusia beristinjak dengan tulang, najis binatang dan najis manusia
    ~ Tiga benda yang menjadi makanan jin
    ~ Ilmu seru Jin - minta tolong hantu raya jaga dusun durian
    ~ Jin ramai dah pakat masuk Islam
    ~ Mengaji agama jadi merapu, artis balik kepada agama
    ~ Adakah iblis dan syaitan mati?
    ~ Apabila dilontarkan kafir dalam neraka
    ~ Suara Teriakan Neraka - seperti suara himar (keldai)
    ~ Suara yang paling tak sedap dengar (disebut dalam Quran)
    1 hr 37 min
  • TNI2 | 070316 | "Teguran Mahaguru & Konspirasi Manusia Jahat" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, pada 7hb Mac 2016.
    ~ Sahabat Nabi bernama Uthman Bin Mazun datang berjumpa Aishah
    ~ Orang perempuan yang suka bersegak-segak dan pakai wangi-wangian - tiba-tiba berubah
    ~ Suami ada di rumah tapi tak ada guna
    ~ Cara jawab macam "bebai" (meradang)
    ~ Khaulah Binti Hakim - kawan kepada isteri Nabi - Saidatina Khadijah
    ~ "Ya, Rasulullah, tak mau cari ka penganti..?"
    ~ "Ada ka orang mau kat aku?"
    ~ Isteri orang kanan Nabi
    ~ Pertanyaan Nabi kepada Uthman Bin Mazun
    ~ Teguran seorang Mahaguru
    ~ Kalau betul beriman dengan Allah - jadikanlah Nabi sebagai contoh dalam hidup
    ~ Seorang suami yang sangat bertanggungjawab kepada isteri
    ~ Orang-orang yang awal-awal masuk Islam
    ~ Kelompok manusia yang ditinggikan darjat oleh Allah
    ~ Sebelum Islam lagi dah dikenali sebagai orang baik - tidak pernah minum seteguk arak pun
    ~ Anak bangsawan Quraisy Mekah - yang lahir atas timbunan duit ringgit
    ~ Kebiasaan anak orang kaya - membujur lalu melintang patah
    ~ Orang yang ke-14 masuk Islam
    ~ Seorang abidbillah siangnya puasa, malam qiamullail
    ~ Isteri rasa terabai dengan suami yang mementingkan ibadah
    ~ Sebelum Nabi berhijrah ke Madinah, ada sekumpulan sahabat yang berhijrah ke Habsyah
    ~ Jadi untouchable person sebab godfather yang bagi jaminan
    ~ Lebam kena penumbuk ni mata ni, akan menjadi saksi di depan Allah
    ~ Nabi cium wajah jenazah (di dahi antara dua mata) - orang yang istimewa disisi Nabi
    ~ Orang pertama dikalangan Muhajirin yang dikebumikan di Baqi'
    ~ Rest In Peace (RIP) bolehkah disebut kepada jenazah bukan Islam
    ~ Nabi pun tak tau, apa Allah akan bagi kat Nabi
    ~ Penunggang kuda Nabi dalam peperangan
    ~ Sahabat-sahabat kenal siapa dikalangan orang yang baik-baik
    ~ Beruntunglah kalau hari kita meninggal, orang puji kita
    ~ Allah ilhamkan pujian dan kata-kata yang baik dalam hati orang
    ~ Isteri kita orang yang paling kenal kita
    ~ Pak Lebai berlakon baik
    ~ Peristiwa di hari kewafatan Rukayyah anak perempuan Nabi
    ~ Kalau sekadar menangis keluar air mata di hari kematian, tak pa
    ~ Apa yang terlahir daripada mata, itu daripada hati
    ~ Tanda Belas kesihan yang datang daripada Allah
    ~ Kalau sedih - sampai bising di mulut itu dari syaitan
    --- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 2 MUKA SURAT 315 ---
    ~ Tafsir Surah An-Nahl
    ~ Ayat famous setiap Jumaat bagi orang yang pi masjid awal
    ~ Allah suruh kita berlaku adil walaupun kepada orang bukan Islam
    ~ Adil kepada semua orang termasuk kanak-kanak
    ~ Hadis Nabi didatangi seorang "stranger"
    ~ Apa yang dimaksudkan dengan Islam, Iman dan Ihsan?
    ~ Video eksperimen ada atau tidak sifat ihsan dalam masyarakat
    ~ Sifat ihsan dan amanah kadang-kadang merentasi bangsa dan agama
    ~ Ada orang Islam yang mengaku beriman kepada Allah tapi "balas" duit orang
    ~ Rugilah orang-orang bukan Islam yang baik, dan orang Islam yang jahat
    ~ Utamakan adik-beradik dalam memberi derma dan sedekah
    ~ Ustaz Kasanova dipenjara dan disebat
    ~ Gambar orang Malaysia hidup ditengah kebun getah
    ~ Check dulu nombor akaun dan kesahihan sebelum beri sumbangan
    ~ Dalam kita ghairah buat baik, ada orang yang ghairah ambil kesempatan
    ~ Makan jangan tinggal walaupun sebiji nasi dan kuah
    ~ Kita tak tau barakah ada di mana
    ~ Agama adalah pakej hidup yang dipenuhi dengan perintah dan larangan
    ~ Kalau kita tak tau apa yang tuhan suruh dan larang, maka kita tak beragama
    ~ Islam ajar kita berdisiplin dan berperaturan
    ~ Pengalaman Ustaz di Turki - kebersihan bazaar yang ada disana
    ~ Tukang sapu sampah pun handsome
    ~ Masa dihabiskan dengan perhati budaya orang Turki
    ~ Ayat yang menjadi asbab masuk Islam
    ~ Perjanjian kita dengan Allah semasa di alam arwah
    ~ Perjanjian kita dalam setiap kali solat (maksud doa iftitah)
    ~ Lepas solat kita mungkir janji
    ~ Jadikan Allah sebagai penjamin kita
    ~ Allah tau apa yang kita buat
    ~ Tidak ada satu benda pun yang tersembunyi dari pengetahuan Allah
    ~ Kisah kawan Ustaz yang ditipu bab tanah
    1 hr 30 min
  • TNI2 | 040515 | "Jangan Jadi Trouble Maker & Penciptaan Baju Robocop" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, pada 4hb Mei 2015.
    ~ Kisah Saidatina Aishah yang rasa susah nak tunggang unta
    ~ "Wahai Aishah hendaklah kamu berlembut - bukan lembut sotong - bertoleransi.."
    ~ Nabi rimas dengan orang yang sifatnya kasar
    ~ Jenis manusia yang tak boleh tengok rumah semak
    ~ Sifat-sifat manusia yang merupakan perhiasan pada diri
    ~ Manusia yang dicabutkan sifat lemah lembut dari diri dia, adalah orang yang keji dan buruk
    ~ Kisah Saidina Umar bermusafir dengan Nabi
    ~ Sanggup cabut undi untuk bermusafir dengan Nabi
    ~ Anak Saidina Umar yang tak boleh "kawal" anak unta liar
    ~ Adab anak dengan ayah - jangan jalan depan ayah melainkan ayah suruh
    ~ Masalah ustaz tegur budak-budak bising dalam masjid semasa kuliah
    ~ Sikap orang masjid menyebabkan masjid tidak mesra dengan kanak-kanak
    ~ Nabi minta Umar jual anak Unta liar kepada Nabi
    ~ Sahabat tak gamak nak jual pada Nabi
    ~ Nabi "gentleman" bukan cari barang free
    ~ Diantara icon - sahabat Nabi yang ada sifat tenang macam Nabi
    ~ Kalau Allah benarkan Nabi ambil kekasih dikalangan lelaki - Nabi akan pilih Saidina Abu Bakar
    ~ Siapakah orang yang Nabi paling sayang?
    ~ Nama-nama yang Nabi sebut dan mendapat kemuliaan dalam Islam
    ~ Manusia yang dinantikan oleh syurga - kalau nak cari calon pilihanraya pun cari yang jenis ni
    ~ Jenis orang yang boleh buat kerja untuk masyarakat
    ~ Orang yang wajar ditampilkan sebagai pemimpin
    ~ Kisah perempuan yang datang bertanyakan soalan kepada Nabi
    ~ "Kalau Nabi dah meninggal dunia nanti, saya nak tanya siapa?"
    ~ Seorang yang tenang dan tenteram dalam semua keadaan
    ~ Jangan terlalu keras perangai dengan orang lain
    ~ Jangan jadi trouble maker - bawak myvi deras-deras
    --- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 2 MUKA SURAT 312 ---
    ~ Tafsir Surah An-Nahl
    ~ Kita pandang hina pada burung sebab mereka makhluk kecil
    ~ Doktor telefon Ustaz komen pasal kuliah Ustaz
    ~ Turutan (sequence) perkembangan deria manusia
    ~ Allah dalam turunkan Quran, mengambil kira semua benda
    ~ Komunikasi antara anak dan ibu dalam kandungan
    ~ Perkara yang dirindui bayi ialah wajah dan suara ibu
    ~ Keakraban anak dan mak - lebihkan ibu tiga kali
    ~ Nabi pesan suruh baca beberapa surah sebelum tidur, antaranya surah Al-Mulk
    ~ Saja nak buat khianat kat burung - bawa terbey (lastik) burung
    ~ Sebelum kapal terbang berlepas, engineer akan periksa dulu
    ~ Macam-macam boleh jadi walaupun dah di periksa, sebab semua tertakluk atas izin Allah
    ~ Banyak benda yang Allah cipta dalam dunia, tapi manusia tak ambil ikhtibar
    ~ Apabila tengok makhluk, kena ingat khaliq (kuasa yang mencipta) otak Jepun tu sapa buat?
    ~ Hebatnya penciptaan Smartphone - hasil otak manusia
    ~ Anak di Ukraine bercakap dengan kita di Permatang Buloh
    ~ Anak boleh nampak warna ketayap ayah
    ~ Ustaz Mazhab Apple - ustaz tak tau mazhab Samsung
    ~ Apa jenis otak manusia yang buat benda ni
    ~ Sistem Networking lebuhraya - cukup hebat
    ~ Kalau manusia faham powernya Allah, dia takkan berani nak pertikai walau satu pun ayat Allah
    ~ Allah kata, rumah kita, Allah yang buat
    ~ Daripada seorang yang hebat, Allah tutup satu "suis" saja terus jadi tak hebat
    ~ Allah bagi pinjam kehebatan - dan Allah boleh tarik semula "anytime"
    ~ Manusia kalau faham benda ni, dia tak ada ego sombong yang ada hanyalah syukur kepada Allah
    ~ Hebatnya rumah Haji Abdul Rahman Kelantan di Mekah
    ~ Maksimum gunakan akal dengan kreativiti
    ~ Hebat budak-budak Melayu kampung - cabut silencer moto
    ~ Bayang merupakan nikmat Allah (shadow yang kita terlepas pandang)
    ~ Ada tujuh golongan manusia di padang mahsyar yang akan mendapat teduhan Allah
    ~ Offer diri nak jadi pemimpin, buat poster "undilah saya"
    ~ Berlaku adilah pada orang yang ada dibawah
    ~ Pemuda yang tumbuh membesar dalam keadaan beribadah kepada Allah
    ~ Dua orang yang berkawan kerana Allah - kalau satu hari hang gelong, sorry aku tinggal hang
    ~ "Saya takut Allah, bukan tak berkenan hang lawa.." (bila diajak buat maksiat)
    1 hr 28 min

About Zonkuliah

From the publisher's feed

Podcast Rasmi Projek Zonkuliah