Zonkuliah

Zonkuliah

By ZonkuliahEducationSelf-Improvement
Download on the App Store

Zonkuliah episodes

  • BM16 | 030913 | "Islam Ibarat Roda & Ultraman Kayuh Basikal" - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 16 yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 3hb September 2013.
    ~ Ambillah pemberian (hadiah) selagi ianya betul-betul hadiah
    ~ Apabila pemberian atau hadiah nampak macam nak jadi rasuah, jangan ambil
    ~ Agama Islam ini berkisar umpama roda
    ~ Zaman-zaman permulaan Islam sahabat-sahabat di siksa dan di dera
    ~ Zaman Islam disanjung tinggi, siapa jadi orang Islam tidak lagi diancam
    ~ Akan datang kembali zaman Islam berada dibawah dan diancam semula
    ~ Apa jadi pun - zaman gelap atau cerah, senang atau susah, tetaplah bersama dengan Quran
    ~ Pihak yang berkuasa memilih jalan ke neraka
    ~ 1400 tahun dulu Nabi dah peringatkan kedatangan zaman pemerintahan zalim
    ~ Akan datang satu masa, orang-orang yang membuat keputusan akan memihak kepada mereka
    ~ Kalau kamu menentang dan menderhaka mereka - mereka akan bunuh mereka
    ~ Pemimpin yang dipilih secara demokrasi digulingkan atas alasan "rakyat tak suka"
    ~ Membangkang dan mengkritik itu mudah, mentadbir dan memerintah itu susah
    ~ Pemilihan yang dibuat oleh suara ramai mesti dihormati
    ~ Bila orang yang dapat kuasa, tidak berpedomankan agama
    ~ Kalau kita taat kepada mereka, mereka akan menyesatkan kita
    ~ Ulangan peristiwa yang telah berlaku dizaman Namrud dan Firaun
    ~ Firman Allah kepada Api yang membakar Nabi Ibrahim
    ~ Kalau kami ditakdirkan berjumpa dengan zaman yang Nabi kata, apa patut kami buat?
    ~ Jadilah macam pengikut Nabi Isa
    ~ Mati dalam keadaan taat kepada Allah, lebih baik dari hidup dalam derhaka Allah
    ~ Zaman jerih payah Islam - Nabi tidur depan Kaabah berbantalkan kain burdah
    ~ "Tak bolehkah minta Allah Taala tolong kita.... tak tahan dah dengan kezaliman.."
    ~ Doa supaya Allah boleh buat sesuatu bantu kita
    ~ Gergaji, adalah bahan siksaan sejak zaman sebelum Nabi Muhammad
    ~ Disikat badan dengan penyikat besi sebagai satu bentuk siksaan
    ~ Ketua segala motivator - bukit batu pejal boleh diruntuhkan
    ~ Islam kalau memerintah, Islam janjikan keamanan dan kemakmuran
    ~ Orang Islam sepatutnya tidak perlu takut dengan Islam
    ~ Zaman hari ni, depan trafik light pun orang samun - penyamun masuk pintu pagar
    ~ Serigala dan kambing boleh duduk sekandang - jika Islam memerintah
    ~ Teruskan kerja dakwah, sabar ke kuat, jangan gopoh jangan kasar
    --- BAHRUL MAZI JILID 16 MUKA SURAT 15 ---
    ~ Siapa yang melihat Nabi dalam mimpi, maka dia betul melihat Nabi
    ~ Orang yang akan dapat peluang bermimpi jumpa Nabi
    ~ Allah akan anugerahkan mimpi jumpa Nabi kepada orang yang betul sayang kepada Nabi
    ~ Orang yang tak kuat beragama pun, tapi Allah pilih untuk anugerahkan mimpi Nabi
    ~ Umar Gangster zaman sebelum masuk Islam
    ~ Mimpi jumpa Nabi seperti mana rupa asal Nabi
    ~ Ada orang mimpi jumpa Nabi pakai baju batik Terengganu
    ~ Syaitan tidak diizinkan menyamar serupa Nabi
    ~ Apabila mimpi perkara yang dibenci, ngeri atau benda buruk - apa patut buat
    ~ Mimpi ada tiga macam - mimpi yang betul, mimpi dari syaitan, mimpi yang disebut mengigau
    ~ Mimpi jadi Ultraman - Ultraman pun kena kayuh basikal sebab minyak naik
    ~ Mimpi baik itu anugerah Allah - mimpi jumpa Arwah Mak ayah
    ~ Ahli tafsir mimpi - garis panduan yang diberikan Nabi dalam menafsirkan mimpi
    ~ 20 tahun dah tak jumpa mak ayah - tiba-tiba jumpa dalam mimpi
    ~ Antara contoh mimpi kedukaan syaitan
    ~ Mimpi hidung lekat di keretapi
    ~ Ludah sebelah kira jika terjaga tidur sebab mimpi buruk
    ~ Doa yang Nabi ajar jika mimpi buruk
    ~ Bab Tafsir Mimpi - Jika mimpi buruk atau baik jangan cerita kat sebarangan orang
    ~ Ramai dalam masyarakat - mengaji tak setara mana - tapi berani nak keluarkan hukum
    ~ Mimpi umpama tergantung di kaki burung - mudah sangat ikut apa yang ditafsirkan orang
    ~ Ciri-ciri orang yang boleh diceritakan mimpi
    ~ Hadis Nabi ada banyak jawapan yang berbeza-beza
    ~ Kenapa hadis berbeza-beza untuk "amal yang paling baik"
    ~ Manusia buat baik, tapi dok ungkit kata orang lain tak baik
    ~ Tiada manusia sempurna, sebab tu pensil ada pemadam
    ~ Serba serbi baik, tapi sembahyang zohor pukul 4.15
    1 hr 25 min
  • BM20 | 080414 | "Sejarah Hitam Dalam Islam & Nama Yang Dilarang" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 20 yang berlangsung di Masjid Jamek Jelutong, Pulau Pinang pada 08hb April 2014.
    ~ Budaya orang zaman dulu dalam mencari ilmu
    ~ Kebiasaan dikalangan masyarakat Nabi dalam memuliakan tetamu
    ~ Masjid yang pertama di bina oleh Nabi dan sangat sentimental dalam hidup Nabi
    ~ Terlibat dalam suasana pertelingkahan yang dahsyat yang memakan ramai korban
    ~ Nabi bercakap benda yang futuristik berdasarkan wahyu daripada Allah
    ~ Anak kepada tokoh yang dijadikan tajuk lagu nasyid oleh Hijjaz
    ~ Seksaan di salai di atas api
    ~ Sepanjang hidup melalui episod derita dalam Islam
    ~ Perang yang berlaku disebabkan salah ijtihad
    ~ Sejarah Perang Siffin dan Perang Jamal
    ~ Seluruh Syam tidak menyokong Saidina Ali menjadi khalifah
    ~ Orang baik dan suka buat baik pada orang adalah dua perkara berbeza
    ~ Keimanan yang penuh sehingga ke lubuk hati
    ~ Bukan senang nak jadi orang yang betul-betul baik
    ~ Kisah seorang ayah yang baik sungguh
    ~ Zaman ramainya pak lawak - masyarakat asyik nak dengar lawak
    ~ Contoh manusia yang sangat berilmu dan tak bercakap kosong
    ~ Salah satu perkara yang akan terjadi menjelang hari kiamat
    ~ Kaum yang berebut nak kuasa - kerajaan - power - kuasa politik menjadi kegilaan semua orang
    ~ Kumpulan manusia yang berebut-rebut nak kuasa sehinggakan membawa kepada pertumpahan darah sesama sendiri
    ~ Politik akan menjadi punca orang berbunuh-bunuh
    ~ Peritiwa hukuman bunuh di Mesir sebab politik
    ~ Muka tak lekang air sembahyang
    ~ Mahkamah secara zalim menjatuhkan hukuman mati sebab politik
    ~ Walaupun memihak kepada Ali, tapi tak pernah hilang hormat kepada Aishah
    ~ Sahabat Nabi rasional - tidak benci kerana "batang tubuh"
    ~ Penghinaan kepada Tuan Guru Nik Aziz
    ~ Sejarah ringkas perang Jamal
    ~ Jamal bermaksud "unta" dan "cantik"
    ~ Beza zaman sahabat dengan zaman kita
    ~ Catatan hitam dalam sejarah Islam
    --- BAHRUL MAZI JILID 20 MUKA SURAT 20 ---
    ~ Garis panduan memberi nama kepada anak-anak
    ~ Nama anak "untung" - Profit Bin Muhammad - makhluk ekonomi
    ~ Bapak Hang Tua tak sempat baca Bahrul Mazi
    ~ Nama pelik-pelik orang zaman dulu
    ~ Nama "Takiyuddin" tapi perangai - "MasyaAllah"
    ~ Sheikh Jibril panjat pagar sekolah
    ~ Jibril Masuk Sekolah Budak Jahat
    ~ Nama yang buat anak-anak jadi tension
    ~ "Nama saja untung, tapi celaka.."
    ~ Nama hebat tapi sampai tak reti apa langsung
    ~ Bukan senang nak jadi cikgu
    ~ "Hang ni baik pun tak guna... Bodo!"
    ~ Nak jadi guru kena ada jiwa mendidik
    ~ Nama-nama yang baik tapi - dilarang oleh Nabi
    ~ Tujuan nama yang baik mudah-mudahan jadi doa
    ~ "Bila Tuah tak da, maksudnya malang la.."
    ~ Nama-nama yang haram dalam Islam
    ~ Ketua kepada segala ketua
    ~ Nama yang tidak layak bagi manusia
    ~ Seburuk-buruk nama di hari kiamat
    ~ Allah akan gengam bumi dan langit
    ~ Hadis yang tak boleh ditanya
    ~ Macam mana nak jawab maksud "Allah bersemayam"
    ~ Isu yang jadi menyebabkan masyarakat riuh rendah
    ~ Trend dalam masyarakat hari ni - lawan nak luku kepala dikalangan ustaz
    ~ Orang yang mendengar boleh tau samada nada menegur atau menghina
    ~ Kita sepatutnya bergabung membina kekuatan
    ~ Beberapa cerita dalam masyarakat yang sebenarnya tak betul
    ~ Kisah Al-Qamah dan kisah Umar bunuh anak Perempuan
    ~ Tidak jatuh maruah kita bila mengaku salah
    ~ Menghina menjatuhkan maruah dan harga diri
    ~ Bukan senang membina nama baik dan harga diri - senang-senang nak dijatuhkan
    ~ Soalan bidaah, tapi wajib beriman dengannya
    ~ Aku raja pada hari ni - maksud salah satu ayat dalam Al-Fatihah
    ~ Nasib baik kita tak jadi raja..
    ~ Contoh yang baik dari Sultan Muhammad V (Tengku Muhammad Faris Petra ibni Tengku Ismail Petra)
    ~ Allah tak suka dengan orang yang sombong dengan jawatan
    1 hr 29 min
  • BM12 | 230412 | "Pencetus Kebaikan & Magnet Tilam Mahal" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 12 yang berlangsung di Masjid Negeri Pulau Pinang pada 23hb April 2012.
    ~ Manusia ni ada macam-macam
    ~ Ada manusia yang menjadi kunci kebaikan, dan penutup kejahatan
    ~ Rambut sama hitam, hati lain-lain
    ~ Kita hukum orang berdasarkan zahir, tapi batin dia hanya Allah yang tau
    ~ Manusia makhluk Allah yang unik, takda siapa yang boleh benar-benar tafsir
    ~ Pencetus kebaikan - idea yang keluar daripada dia semuanya baik
    ~ Ada sebahagian manusia menjadi pencetus kejahatan
    ~ Beruntunglah orang yang Allah jadikan dia kunci kebaikan
    ~ Bacaan dalam doa di tahiyat akhir - doa keselamatan untuk orang yang baik
    ~ Allah sudah tentukan pahala dan dosa
    ~ Siapa niat dan teringat dalam hati kata nak buat baik, tapi tak buat
    ~ Betapa pemurahnya Allah kepada hamba-hambaNya
    ~ Pahala berlipat-lipat kali ganda kepada orang yang buat kebaikan
    ~ Kalau teringat nak buat dosa tapi tak buat, dapat satu pahala
    ~ Allah tak berkira pahala dengan kita - bukti Allah sayang kita
    ~ Seorang lelaki gemuk dan besar yang menghadap Allah dihari akhirat
    ~ Pahala yang ada tak lebih dari seberat sebelah sayap nyamuk
    ~ Orang yang sangat beruntung diatas dunia
    ~ Janji taat setia untuk berjuang demi Islam
    ~ Tinggal segala-gala kemaksiatan kerana Islam
    ~ Diantara 15 perkara yang akan menurunkan bala segera
    ~ Apabila penyanyi wanita dan alat-alat muzik dijadikan pujaan dalam masyarakat
    ~ Ramainya "orang jahat" yang berubah jadi baik - kemudian jadi jahat balik
    ~ Bila tengok orang "merapu" berhijrah, tolong doakan dia kekal dalam hidayah
    ~ Aku tinggal dunia glamour demi keredhaan Allah
    ~ Islam dan Iman tidak boleh dinilai ganti dengan sebarang benda lain dalam dunia
    ~ Doa yang kita kena selalu minta kepada Allah
    --- BAHRUL MAZI JILID 12 MUKA SURAT 141 ---
    ~ Nabi suka pakai celak di mata - sebab ianya bermanfaat pada mata
    ~ Celak tidak sama dengan "eyes shadow"
    ~ Nabi sentiasa pakai celak mata
    ~ Kalau kita boleh ikut benda yang Nabi buat itulah yang terbaik
    ~ Celak yang kualitinya paling elok disebut "ismid"
    ~ Cara Nabi pakai celak pada mata (sapu tiga kali pada kira dan kanan mata)
    ~ Bercelak boleh menerangkan pandangan mata
    ~ Kajian sains, tentang larangan dalam hadis supaya jangan hembus nafas pada air
    ~ Punca berapa ramai cendikiawan yang masuk Islam
    ~ Buat kajian bertujuan nak perlekeh Islam, tapi akhirnya masuk Islam
    ~ Dua beradik minta nak keluar dari Islam
    ~ Alangkah malangnya mereka ini
    ~ Nabi pakai celak mata setiap malam sebelum tidur
    ~ Larangan berbogel dalam selimut
    ~ Duduk ihtibak atau duduk muhtabi
    ~ Duduk yang dilarang ketika mendengar khutbah Jumaat
    ~ Jangan sampai terpijak "pusaka penyu bertelur"
    ~ Dua jenis pakaian yang ditegah oleh Nabi
    ~ Lari terjun hotel tanpa pakaian
    ~ Pak Aji tak senonoh - tak tutup bahagian bawah
    ~ Jangan dok mai masjid pakai jubah tak pakai pakaian dalam
    ~ Larangan pakai rambut palsu
    ~ Hakim yang menjadi pencetus kebaikan - Tan Sri Hashim Yeop Abdullah Sani
    ~ Kejutan dalam budaya kehakiman di Malaysia
    ~ Kenapa tabik tiga jari dalam pengakap
    ~ Pahala yang kekal berjalan sampai hari ni sebab buat kebaikan
    ~ Nabi terang-terang larang pakai rambut palsu
    ~ Diantara punca kebinasaan Bani Israel bila wanita mereka pakai rambut palsu
    ~ Bolehkan orang lelaki pakai rambut berlakon jadi pondan
    ~ Rasulullah melaknat perempuan yang nak jadi lelaki, dan lelaki yang nak jadi perempuan
    ~ Masalah pakai rambut palsu yang bukan dibuat dari rambut manusia
    ~ Masalah tatu badan semasa masih jahil
    ~ Budaya merempit dikalangan budak muda - kononnya masalah rempit sebab tidak ada litas khas
    ~ Superman atas motosikal ni anak-anak bangsa kita
    ~ Kekecewaan - apa dah jadi dengan anak bangsa kita
    ~ Tatu badan untuk tunjuk ke "gansterisme"
    ~ Alangkah baiknya daripada awal jadi orang baik
    ~ Kesilapan zaman muda, membawa sesal berkekalan di hari tua
    ~ Bolehkah gunakan sutera sebagai pelapik tempat duduk (kusyen kereta)
    ~ Teringin nak pakai juga benda yang Allah larang
    ~ Rumah orang kaya dulu, hampar kulit rimau di lantai
    1 hr 48 min
  • BM12 | 060218 | "Formula Penawar Penyakit & Masak Kuah Banjir" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 12 yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 6hb Februari 2018.
    ~ Kisah seorang sahabat yang datang jumpa Nabi sebab abangnya sakit perut
    ~ "Hang balik, ambil madu lebah, bagi dia minum.."
    ~ Penyakit tak nampak macam nak sembuh, malah bertambah teruk
    ~ Allah yang suruh kalau sakit perut, minum madu
    ~ Allah benar dalam kata-kataNya - perut abang hang yang tak betul
    ~ Kita tidak boleh sama sekali rasa kita lebih pandai daripada Allah
    ~ Kita kena stand bersama dengan Islam
    ~ Tiga kali jumpa Nabi, Nabi ulang nasihat yang sama
    ~ Allah nak test kita, kalau kita yakin dengan apa yang Allah kata, baru Allah bagi
    ~ Surah An-Nahl ayat 69 - kelebihan madu lebah - berbeza warna ada penawar pelbagai penyakit manusia
    ~ Penawar dan ubat pelbagai penyakit yang disebut dalam hadis, bukan madu lebah saja
    ~ Siapa yang bangun tidur, mulakan sarapan pagi dengan tujuh biji kurma ajwa
    ~ Hasil kajian sains, jika kurma diambil pada bilang ganjil ianya menjadi penawar
    ~ Cerita disebalik angka ganjil dalam Islam
    ~ Tips supaya terpelihara daripada racun dan sihir sepanjang hari
    ~ Kelebihan cendawan (kulat) berdasarkan hadis Nabi
    ~ Al-Manna Wassalwa - cecair manis-manisan dan sejenis burung seumpama puyuh yang Allah bagi sebagai makanan untuk bani Israel
    ~ Masjid Ghamamah yang terdapat berdekatan Masjid Nabi
    ~ Solat Hari Raya disunatkan dibuat dikawasan lapang
    ~ Kejadian Nabi buat solat minta hujan sebab Madinah ditimpa kemarau
    ~ Masjid yang menyimpan banyak sejarah
    ~ Dalam cendawan terdapat sejenis cecair yang boleh jadi penawar sakit mata
    ~ Kurma daripada syurga yang menjadi penawar racun
    ~ Islam bukan sekadar agama, tapi nikmat untuk manusia
    --- BAHRUL MAZI JILID 12 MUKA SURAT 221 ---
    ~ Hadis Nabi suka makan pengat dan madu
    ~ Apa yang dimaksudkan dengan "halwa maskat"
    ~ Kumpulan kueh-kueh yang semakin pupus (outdated) - sezaman dengan kueh karas
    ~ Goodies majlis kenduri tak perlu bagi - orang buang saja
    ~ Orang Kelantan suka makan manis
    ~ Antara makan-makanan yang Nabi suka
    ~ Nabi suka makan Labu - beruang orang tak makan
    ~ Nabi tak tolak bila dihadiahkan minyak wangi
    ~ Carilah minyak atar yang bau wangi - silap beli boleh pening seminggu
    ~ Ada orang memilih jalan zuhud sufi dan meninggalkan makanan yang sedap-sedap
    ~ Nabi suruh masak kuah lebih
    ~ Lupakah Islam soal nak tadbir negeri
    ~ Islam tak lupa, cuma kita tak mengaji
    ~ Jangan main-main dengan "air asam"
    ~ Masakan kegemaran orang Arab, daging rebus
    ~ Pengalaman Ustaz semasa posting awal jadi guru
    ~ "Semangat apa, kalau makan pun tak ada..."
    ~ Zaman Ustaz sebagai "cikgu muda dan berkarisma"
    ~ Rumah rakyat miskin PPRT - tak ada dapur
    ~ Wakil rakyat, akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah nanti
    ~ Jawatan bukan satu kemuliaan, tapi sebuah bebanan
    ~ Orang yang tidak pernah susah dan tidak pernah melihat kesusahan tidak akan faham
    ~ Kisah semasa ustaz bertugas di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
    ~ Berani depa lawan Ustaz Shamsuri
    ~ Tak puas hati menu nasi daging
    ~ Geng roti canai kuah banjir - kuah taruh atas kasi lebih
    ~ Extra pahala untuk tuan kenduri
    ~ Zaman ekonomi tak elok, kenduri jadi rancak
    ~ Jangan takut untuk memberi sedekah dengan nilai sedikit
    ~ Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
    ~ Kita kena ada sumbangan dalam kebaikan
    ~ Bagi sedikit boleh jadi pahala yang besar di akhirat
    ~ Maksud sumaah dan riak
    ~ Bagi derma dalam keadaan sembunyikan dari pengetahuan orang
    ~ Tolong sekali saja, 5 tahun dok ungkit
    ~ Perbuatan yang boleh menghakis pahala
    ~ Jangan pandang rendah dengan kebaikan
    ~ Chief ADO yang rajin tolong cuci tandas masjid
    ~ "Lembu punya susu, sapi yang dapat nama.."
    ~ "Kalau setakat nak bagi anggur sebiji, baik tak payah bagi.."
    ~ Jawapan bijak daripada Saidatina Aishah
    ~ Sedekah senyum pada tabung masjid
    ~ Zaman gempar dengan "salam mak lekom"
    ~ Minta sedekah dah jadi satu bisnes
    ~ Kesempatan atas kesempitan hidup orang
    ~ Antara hak jiran - kalau masak, bagi sikit makanan pada jiran
    ~ Perubahan budaya dalam masyara
    1 hr 44 min
  • BM12 | 060318 | "Jemu Cari Pahala & Rintihan Suara Orang Miskin" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 12 yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 6hb Mac 2018.
    ~ Apa yang tertulis dalam Quran itu, semua ada pada akhlak Nabi
    ~ Nabi sentiasa "istiqamah" dalam setiap ibadah
    ~ Kalau Nabi tertinggal solat malam sebab terlalu mengantuk
    ~ Solat Sunat yang boleh di "qada" bagi orang yang istiqamah melakukannya
    ~ Nabi pun biasa terlepas solat sunat malam
    ~ Nabi tak pernah solat sunat sampai pagi
    ~ Buat ibadah jangan extreme sampai merosakan diri
    ~ "Dia ni wali, di khatam Quran setiap hari.."
    ~ Nabi tidak puasa setiap hari dalam sebulan melainkan pada bulan Ramadan
    ~ Kalau buat amal ibadah, buat setakat mana badan kita mampu, jangan siksa diri
    ~ Pulun sangat, lepas tu tinggal terus
    ~ Ahli pengajian yang rajin peringat dan ajak kawan-kawan pi kuliah
    ~ Dah sampai "makam paling tinggi"
    ~ Allah tak jemu nak bagi pahala, takut manusia yang jemu nak buat pahala
    ~ Bagus banyaknya program di Masjid - tapi beringat - takut jemaah jemu
    ~ Ustaz asyik ulang benda yang sama setiap kali kuliah
    ~ Bila terlampau, akan jadi "muak"
    ~ Amalan yang Nabi paling suka ialah amalan yang istiqamah, walaupun sikit
    --- BAHRUL MAZI JILID 12 MUKA SURAT 225 ---
    ~ Bab Makan Roti Campur Kuah
    ~ Antara lelaki dengan perempuan - manusia yang hampir sempurna adalah lelaki
    ~ Dalam kebanyakan hal, orang lelaki boleh sampai ke tahap hampir sempurna
    ~ Kenapa Allah tidak lantik orang perempuan sebagai Nabi
    ~ Dalam rumah letak suami sebagai ketua - untuk muktamadkan sesuatu keputusan
    ~ Kalau dalam rumah kena ada ketua, lebih-lebih lagi perlu ada ketua dalam negara
    ~ Dua orang perempuan hebat yang di sebut Nabi
    ~ Wanita-wanita yang terhebat dalam Islam
    ~ Bisikan Nabi yang menyebabkan Fatimah menangis
    ~ "Nabi bisik apa yang menyebabkan hang menangis, kemudian ketawa?"
    ~ "Saya seronok sebab saya akan segera ikut ayah saya..."
    ~ Adakah Asiah Dan Mariam itu Nabi?
    ~ Mungkinkah Gautama Buddha tu Nabi?
    ~ Panggilan ke handphone Ustaz, berita orang nak murtad
    ~ Apa nak jadi dengan masyarakat kita, mudah sangat nak tinggal Islam
    ~ Mahalnya Islam bagi orang yang baru terima hidayah Islam
    ~ Mesti ada "something wrong somewhere.."
    ~ Ustaz luahkan rasa "serabutnya keadaan masyarakat zaman hari ni"
    ~ Pertelingkahan dikalangan ilmuan agama, yang kesannya kepada orang awam
    ~ Ustaz saling "hentam" sesama ustaz
    ~ Punca hilang hormat kepada orang agama
    ~ Apabila berlaku selisih faham (clash) rujuklah Al Quran dan Hadis
    ~ Mitos Melayu lama - "Menang Bersorak Kampung Tergadai.."
    ~ Dalil yang digunakan sebagai hujah perempuan boleh jadi Nabi
    ~ Tak boleh beramal dengan kreativiti dan rekaan dalam agama
    ~ Kalau kita buka ruang untuk masukkan kreativiti dalam agama - agama Islam akan jadi macam agama lain
    ~ Di Indonesia telah wujud Imam Perempuan (hati-hati dengan rupa agama - tapi terpesong)
    ~ Wali bukan Nabi
    ~ Hadis cara gigit bila makan daging
    ~ Sedap makan bila gigit sikit-sikit
    ~ Orang miskin, sekali sekala baru boleh makan sotong
    ~ Nak cerita kisah hidup susah kepada pemimpin yang lahir dalam keluarga kaya, adakah mereka boleh faham
    ~ Beranak atas timbunan beras, atau timbunan duit
    ~ Kisah orang miskin yang hidup di rumah "petak" PPRT
    ~ Kawasan elit, sampai tak tau nak bagi zakat pada siapa
    ~ Jurang antara kaya dan miskin yang sangat luas
    ~ Duit RM Sejuta simpan dalam rumah saja - gagau bawah katil dapat 300 ribu
    ~ Berita Buletin Utama - Nas sahih dalam negara
    ~ Gelabah harga teh tarik naik harga sekupang
    ~ "Susah orang kaya nak faham susah orang susah.."
    ~ Betapa susahnya suara rintihan orang susah - tidak didengari
    ~ Ingat - "You're answerable di depan Allah.." Allah akan tanya para wakil rakyat nanti di hari akhirat
    ~ Orang miskin apa yang Nabi cakap, sebab Nabi pun miskin
    ~ Boleh atau tidak potong daging dengan pisau
    ~ Luasnya syariat Islam, sampai perkara kecil pun Nabi tak lupa pesan
    ~ Tak faham pasal batal atau tidak solat jika makan
    ~ Orang lelaki solat pakai cincin emas, sah atau tidak solat?
    ~ "Kalau dah haram, macam mana tak
    1 hr 35 min
  • BM12 | 060916 | "Zaman Ulama Jahat & Pesanan Tanda Sayang" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 12 yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 6hb September 2016.
    ~ Akan tiba kepada manusia satu zaman, Islam hanya tinggal pada nama
    ~ Nama Islam, tapi perangai dan tingkah laku tak macam orang Islam
    ~ Quran ada dalam kitab, tapi tidak ada dalam hati manusia
    ~ Masjid penuh orang, tapi tidak ada hidayah Allah - hidayah sudah runtuh
    ~ Orang yang dengar ceramah juga penyebar fitnah dan pemutus persaudaraan
    ~ Alim ulamanya ada, tapi merupakan orang paling jahat atas muka bumi
    ~ Dari mulut alim ulama ini, terbit pelbagai fitnah
    ~ Orang yang paling baik ialah orang yang menyeru manusia kepada Allah
    ~ Ulama menyeru kepada puak, kumpulan dan geng tertentu - tidak ajak kepada Allah
    ~ Ustaz ada own interest - timbulnya pepecahan
    ~ Ulama yang merupakan orang paling jahat di bawah langit Allah
    ~ Daripada ulama ini berlaku fitnah - dan akhirnya ianya akan memakan diri ulama itu sendiri
    ~ Biodata ringkas Huzaifah Ibnu Yaman (nama popular dalam sirah)
    ~ Orang kepercayaan Nabi yang dikenali sebagai "Penyimpan Rahsia Nabi"
    ~ Rahsia untuk mengenali orang munafik
    ~ Islam akan luntur dan terhakis seperti mana lunturnya warna corak pada baju
    ~ Mengaku Islam tapi tak tau solat, puasa, sedekah, zakat haji
    ~ Mengaku Islam, tapi Islam ikut-ikutan
    ~ Tak pernah tahu yang tumakninah dalam solat itu salah satu rukun
    ~ Rasa nak marah bila dengar orang bercakap tentang undang-undang Islam
    ~ Kalau tak ada kemampuan untuk laksanakan hukum Allah pun, jangan marah
    ~ Jangan cari gaduh dengan orang Islam yang nak tegakan undang-undang Allah
    ~ Sudah sampai masanya, Allah akan angkat Quran
    ~ Mahaad Tahfiz macam cendawan tumbuh, tapi orang yang beramal dengan Quran tak ada
    ~ Episod Jejak Rasul di Sepanyol
    ~ Ayat-ayat Quran cuma menjadi perhiasan di dinding-dinding
    ~ Berapa ramai yang mampu tulis "Bismillahirrahmanirrahim"
    ~ Lunturnya Islam di akhir zaman
    ~ Tidak tinggal lagi di atas muka bumi ni walau sepotong pun ayat Quran
    ~ Yang tinggal diatas muka bumi adalah beberapa kelompok manusia
    ~ "Kami dengar depa sebut, kami sebut.."
    ~ Apa makna dia sebut "Lailahaillallah.."
    ~ Hanya kerana satu kalimah, satu hari dia akan terselamat dari api neraka
    ~ Islam boleh terbatal disebabkan tiga perkara
    ~ Berlakon drama - sembah berhala
    ~ Cakap dengan niat menghina undang-undang Allah
    ~ Kekalkanlah Islam ini sehingga akhir hayat kita
    ~ Syurga tunggu kita, walaupun ditakdirkan kita orang yang last keluar dari neraka
    ~ Sayangilah Islam yang Allah anugerahkan pada kita
    --- BAHRUL MAZI JILID 12 MUKA SURAT 197 ---
    ~ Bab makan bawang putih yang dimasak
    ~ Keistimewaan Abu Ayyub Al-Ansari
    ~ Umur 80 tahun, hati dok ingat nak pi perang lagi
    ~ Keseronokan seorang tukang masak
    ~ Kadang-kadang Ustaz-ustaz bukan cerdik sangat
    ~ Senyum sampai dalam lena, bila suami puji masakan sedap
    ~ Nabi tak larang sahabat makan biawak padang pasir
    ~ Malaikat kiraman katibin tidak suka bau busuk
    ~ Adakah makan bawang itu diharamkan keatas Nabi
    ~ Akan sentiasa ada dikalangan alim ulama yang bersifat "syadid" dalam hukum
    ~ Bukan Islam jemput pi rumah semasa sambutan perayaan
    ~ Zaman internet - baca tulisan ulama yang syadid tentang - sambutan orang bukan Islam
    ~ Wish "Happy Depavalli" pun tak boleh
    ~ Sebagai mujamalah - Islam reti menghormati masyarakat
    ~ Nak ikut fatwa Saudi atau Eropah dalam bab ucapan untuk perayaan agama lain
    ~ Tengok kredibiliti ulama yang memberi fatwa
    ~ Bab tudung bekas air
    ~ Kenapa benda yang seremeh itu pun Nabi pesan
    ~ Padam pelita dan api ketika tidur
    ~ Kalau bab tutup cerek air pun Nabi bagitau, takkan Nabi lupa pesan bab memerintah negara
    ~ Satu-satunya agama dalam dunia yang mempunyai pakej pentadbiran lengkap
    ~ Seorang rahib Yahudi yang datang semasa zaman pemerintahan Saidina Umar
    ~ Ayat yang mengesahkan Islam sebuah agama yang lengkap dan sempurna
    ~ Apa yang dimaksudkan dengan "redha"?
    ~ Bab kecil pun tidak dilupakan dalam Islam inikan pula bab besar
    ~ Jenayah di Malaysia sangat menakutkan
    ~ Duduk dalam rumah yang
    1 hr 34 min
  • BM12 | 050515 | "Kehebatan Peguam Mahsyar & Kari Burung Harakiri" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 12 yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 5hb Mei 2015.
    ~ Kejadiaan sebelum Umar masuk Islam
    ~ Keluar awal pagi untuk halang Nabi pi sembahyang
    ~ Zaman belum Islam, zaman benci Nabi
    ~ Nabi baca Surah Al-Haqqah dalam solat
    ~ Hati sudah terasa kagum dengan ayat Quran
    ~ Mula-mula dengar tentang agama - Quran dan Hadis Nabi dengan niat tak elok
    ~ Terasa pelik dengan ayat Quran - bukan ayat biasa-biasa
    ~ Cuba melawan kata-kata hati supaya tak jatuh hati dengan Nabi
    ~ Dari awal jangan pi dengar
    ~ "Sesungguhnya Quran itu benar-benar wahyu yang diturunkan kepada rasul yang mulia.."
    ~ "Quran bukanlah kata-kata penyair.."
    ~ Muhammad ni ahli sihir - tok bomoh...
    ~ "Kalaulah Muhammad ni, mereka-reka ayat Quran, kami akan "rentap" jantung dia.."
    ~ Islam sudah terbenam masuk ke hati
    ~ Musuh Allah rancang macam-macam muslihat, Allah juga ada perancangan, Perancangan Allah-lah sebaik-baik rancangan
    ~ Tentera kafir Quraisy yang digeruni
    ~ Zaman orang cari makan dengan "syair"
    ~ Ayat "familiar" yang Nabi baca - bila dicabar oleh Sasterawan Mekah
    ~ Ayat yang "selalu" khatib terlajak baca
    ~ Dengar ayat sedap, air liur turun merambu..
    ~ Siapa tulis lirik?
    ~ Sesungguhnya apa yang Muhammad baca ni, sangat manis dan lunak
    ~ "Ini bukan kata-kata manusia.."
    ~ Kamu sudah kena sihir Muhammad
    ~ Seorang hafiz Quran sama kedudukan dengan malaikat yang baik-baik
    ~ Orang bersungguh-sungguh dan tekun nak baca Quran, walaupun susah
    ~ Orang yang mendapat dua pahala daripada bacaan Quran
    ~ Di hari akhirat nanti, Quran akan datang kepada ahli Quran
    ~ Ciri-ciri seorang ahli Quran - disiplinkan diri setiap hari selepas subuh baca Quran
    ~ Salah seorang pendengar kuliah Ustaz yang dah jadi "peminat solat Dhuha"
    ~ Waktu solat Dhuha yang terbaik
    ~ Semua orang akan dibangkitkan di padang Mahsyar dalam keadaan tidak berpakaian
    ~ Diberikan mahkota kemuliaan kepada ahli Quran
    ~ Jangan buang Quran daripada hidup kita
    ~ Apabila jadi pemerintah, jangan buang Quran dari pemerintahan
    ~ Quran jadi lawyer mempertahankan kita dihadapan Allah
    --- BAHRUL MAZI JILID 12 MUKA SURAT 182 ---
    ~ Memakai periuk belanga orang-orang kafir
    ~ Kalau boleh Ustaz jangan guna perkataan "kafir" sebab kasar - guna perkataan "orang yang belum Islam"
    ~ Antara babi dan khinzir - sama menatang tu jugak
    ~ Kita duduk dalam negara yang majmuk - ratio orang Islam dengan bukan Islam di Malaysia
    ~ Adakah dibolehkan berkongsi periuk belanga dan pinggan mangkuk orang kafir?
    ~ Periuk tidak digunakan untuk memasak "kurma babi"
    ~ Basuh dulu periuk yang digunakan untuk masak kari "kera"
    ~ Walaupun benda yang diyakini suci, kena basuh dulu
    ~ Islam suruh buat baik dengan ibu bapa - walaupun mereka belum Islam
    ~ Restoren Mangkuk Jamban di Jepun (kedai konsep pengotor)
    ~ Boleh atau tidak makan binatang buruan yang ditembak dengan senapang
    ~ Maksud dan ciri-ciri anjing yang terpelajar dalam pemburuan
    ~ Antara anjing terpelajar dan anjing latah
    ~ Bab tikus mati dalam minyak sapi
    ~ Dulu kita tak tau tentang penyakit kencing tikus
    ~ Bahayanya sesetengah binatang
    ~ Dalam hadis Nabi dah bagitau tentang bahaya tikus
    ~ Jika tikus jatuh dalam gulai atau minyak sapi (atau benda yang cair - kena buang semua habis)
    ~ Biasanya benda bernajis adalah bahaya
    ~ Jika tikus jatuh dalam mentega yang beku (boleh buang bahagian tikus jatuh sahaja)
    ~ Betapa Hadis Nabi bertepatan dengan kajian Sains moden
    ~ Handphone rosak, repair di kedai Cina
    ~ Orang kita asyik nak masuk kerja kerajaan
    ~ Orang Islam kena buka kilang, tak boleh jadi consumer saja
    ~ Bila Syed Moktar Al Bukhari buat empayar perniagaan, kita tak boleh dengki dengan dia
    ~ Apa yang dimaksudkan dengan makanan beku dalam hadis
    ~ Mazhab-mazhab kecil yang tidak popular tapi wujud
    ~ Masalah burung frust buat harakiri terjun dalam kari kenduri
    ~ Masalah buat kenduri tak reti bajet
    ~ Masalah labah-labah jatuh dalam masakan
    ~ Masalah daging manusia jatuh dalam masakan
    ~ Virul berita palsu mufti Saudi memfatwakan suami halal m
    1 hr 40 min
  • TNI4 | 110313 | "Ajaibnya Tawakkal & Krisis Rumah Tangga Nabi" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Tafsir Nurul Ihsan Jilid 4 yang berlangsung di Surau Taman Kerian, Parit Buntar, Perak pada 11hb Mac 2013.
    ~ Berlaku pada satu zaman dahulu, sepasang suami isteri yang hidup miskin susah hidup melarat
    ~ Balik dari satu musafir dalam keadaan lapar yang bersangatan
    ~ Tunggu menantikan rahmat Allah
    ~ Kisah sahabat ustaz yang "panas baran" kena penyakit kencing manis
    ~ "Hang dok pi pasang jantan lain ka kat luar..?"
    ~ Cerai isteri dengan talak tiga sebab panas baran
    ~ Kisah Saidina Umar yang melawat rakyat cari orang susah
    ~ Anak lena dengan harapan palsu
    ~ Berbekalkan keyakinan yang tinggi terhadap rahmat dan belas kasihan Allah
    ~ Kisah ajaib tentang bantuan Allah pada orang yang berharap semata-mata kepadaNya
    ~ Hebatnya Anugerah Allah kepada orang yang tawakkalnya tinggi
    ~ Banyakan menyebut "Tiada daya upaya, melainkan kekuatan yang Allah bagi"
    --- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 4 MUKA SURAT 200 ---
    ~ Tafsir Surah At-Talak ayat 8
    ~ Mana-mana orang yang semasa hidup atas dunia derhaka kepada Allah, pasti akan dibinasakan
    ~ Kisah disebalik ayat 39 hingga 41 Surah Al-Ankabut
    ~ Nabi-Nabi ulul azmi - yang paling hebat di uji oleh kaum masing-masing
    ~ Hobi Firaun ialah suka kepada ilmu sihir
    ~ Mukjizat tongkat Nabi Musa - jadi ular Anaconda
    ~ Hang lah sifu kami - kami setakat belajar di Gunung Jerai, hang mungkin belajar di Gunung Everest
    ~ Manusia-manusia yang tak boleh terima kebenaran (Takabbur - hati tertutup)
    ~ Tak rasa teringin langsung nak dengar tentang agama
    ~ Apa jadi kepada orang yang seumpama Firaun, Qarun dan Hamman
    ~ Allah akan ambil tindakan atas manusia berdosa
    ~ Arab Saudi kena hujan ais
    ~ Suara Jerkahan yang membinasakan
    ~ Sebelum kena "terap" kena jerkah dulu
    ~ Manusia jadi "melutut" tak mampu berdiri
    ~ Qarun di telan bumi dengan harta-hartanya sekali
    ~ Asal Usul "Harta Karun"
    ~ Arkeologis Barat bernama Ron Wyatt yang buat kajian dalam laut merah
    ~ Orang putih buat kajian untuk membuktikan Quran salah
    ~ Anggaran jumlah pengikut Nabi musa semasa melintasi laut yang dibelah
    ~ Jangan kata Allah buat zalim kepada para pendosa
    ~ Kita yang zalim diri sendiri bila sengaja buat dosa
    ~ Masalah kaum Ad dan kaum Tsamud yang tak percaya kepada hari kiamat
    ~ Dimusnahkan dengan petir dan angin yang melampau
    ~ Azab yang sangat dahsyat di Neraka
    ~ Tiada siapa yang mampu memberikan gambaran neraka yang sebenar
    ~ Ada benda yang perkataan tak boleh cerita
    ~ Hari akhirat nanti terima padah akibat menentang Islam
    ~ Penyesalan para ahli kubur
    ~ Awatlah pahala bawa balik banyak ni saja
    ~ Allah pujuk kita supaya takut kepada Allah
    ~ Apa tanda takut kepada Allah (maksud ulul albab)
    ~ Quran ini memang Allah yang turunkan
    ~ Cerita macam nak rak kata Pope Benedict masuk Islam
    ~ Quran bukan dicipta oleh Nabi
    ~ Ramai yang masuk Islam selepas mengkaji Quran
    ~ Keistimewaan Quran - tatabahasa dan rima ayat Quran sangat sedap
    ~ Orang yang taat akan dimasukkan dalam Syurga yang kekal selamanya
    ~ Apa yang menarik sangat syurga yang dibawahnya mengalir sungai
    ~ Rezeki yang tidak putus-putus dalam syurga
    ~ Keadaan yang Allah sebut berulang-ulang kali dalam Quran
    ~ Gempar satu dunia, meteor jatuh di Russia
    ~ Allah masih sayang lagi hambaNya, meteor jatuh di kawasan tasik
    ~ Astroid melintasi permukaan bumi berdekatan dengan Indonesia
    ~ Amaran demi amaran menandakan "Kehancuran Alam Makin Dekat"
    ~ Jurang Mariana - satu jurang paling dalam di dasar laut
    ~ Apa misteri yang ada di jurang sedalam 11 kilometer
    ~ Lemahnya kita sampaikan rambut atas kepada sendiri pun kita tak tau jumlah
    ~ Niat nak mai kuliah pun dapat pahala dah
    ~ Tafsir Surah At-tahrim (Madaniah)
    ~ Kisah krisis rumah tangga Nabi
    ~ Nabi mengharamkan benda yang dihalalkan Allah sebab nak ambil hati isteri
    ~ Jumlah keseluruhan isteri Nabi
    ~ Janda miskin yang kematian suami selepas hijrah ke Habsyah
    ~ Musuh "jumping smash" Nabi - hari ni hangpa kenal "true color" Muhammad
    ~ Isteri Nabi yang paling cantik
    ~ Komplot cemburu dua isteri Nabi
    ~ Kejadian yang menyebabkan Nabi "mengharamkan"
    1 hr 46 min
  • BM12 | 011116 | "Lari Dari Wabak & Khurafat Tata Rakyat" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 12 yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 1hb November 2016.
    ~ Saidina Umar ketika menjawat jawatan khalifah hantar panglima tentera ke Syam
    ~ Syam sedang dilanda wabak (maksud wabak - penyakit berjangkit)
    ~ Umar panggil sahabat-sahabat untuk dapatkan pandangan samada nak masuk atau tidak ke kawasan wabak
    ~ Berbeza pendapat adalah perkara biasa dalam kehidupan
    ~ Jika ditakdirkan kena penyakit berjangkit, kita akan kehilangan ramai para sahabat
    ~ Keputusan yang nak lari daripada takdir Allah
    ~ Siapa Abu Ubaidah Al-Jarrah (salah seorang daripada 10 yang dijamin syurga)
    ~ Bertembung dengan bapa sendiri dalam perang Badar
    ~ Kisah diabadikan dalam Quran yang akan dibaca sehingga hari kiamat
    ~ Komander Tentera Yang Dijamin Syurga
    ~ Dalam setiap umat, ada seorang yang paling amanah
    ~ Orang yang paling amanah dalam umat Nabi Muhammad
    ~ Nabi pesan supaya jangan masuk tempat yang ada wabak penyakit
    --- BAHRUL MAZI JILID 12 MUKA SURAT 205 ---
    ~ Boleh atau tidak makan dengan orang yang kena sakit kusta
    ~ Apa yang dimaksudkan penyakit kusta
    ~ Bakteria ada yang baik dan bateria jahat
    ~ Ulama pun ada ulama pewaris Nabi dan ulama Jahat
    ~ Yakult buatan Jepun - dalam minuman ada bakteria
    ~ Tanda-tanda awal penyakit kusta
    ~ Bahayanya penyakit kusta
    ~ Satu masa dulu, pesakit-pesakit kusta ditempatkan di Sungai Buloh
    ~ Jangan mendekati orang yang kena penyakit kusta
    ~ Iman cukup mantap, penyakit akan kena dengan izin Allah
    ~ Demam campak salah satu penyakit berjangkit
    ~ Kalau Allah tak izin, tak berjangkit
    ~ Lari dari orang penyakit kusta macam nampak singa
    ~ Mencegah lebih baik dari mengubati
    ~ Penyakit tidak akan berjangkit tanpa izin Allah, tapi jangan cari penyakit
    ~ Kepercayaan karut bila dengar bunyi burung hantu
    ~ Kepercayaan bahawa orang mati jadi hantu
    ~ Malam Jumaat, roh orang mati tunggu tahlil dan yassin dari anak-anak
    ~ Cerita misteri Nusantara - orang mati balik rumah di Malam Jumaat
    ~ Anak lebih takut Hantu daripada takut Tuhan
    ~ Ilmu sihir ni perkara yang benar wujud
    ~ Orang mati takkan hidup balik atas dunia
    ~ Kecuali mukjizat Nabi Isa
    ~ Kurafat dan cerita karut dalam masyarakat kena buang
    ~ Budaya tolak bala dalam masyarakat pada sekitar tahun 70-an (Mandi Safar)
    ~ Buku Tata Rakyat cerita pasal Mandi Safar
    ~ Jasa Dato Seri Anwar Ibrahim dalam menyelamatkan akidah ummat
    ~ Bukan senang nak ubah sesuatu kepercayaan yang telah berakar umbi dalam masyarakat
    ~ Nasib tak baik (malang / sial / seyy ) boleh berlaku disebabkan tiga perkara
    ~ Ciri orang perempuan yang boleh bawa "leceh"
    ~ Perempuan yang suka merendahkan suami depan orang lain
    ~ Antara punca kerosakan remaja, sebab rumah sempit
    ~ Nak jadi malang, bukan tunggu kereta buruk, kereta baru pun boleh rosak
    ~ Maki tiga lori sebab rumah bocor
    ~ Tujuan Nabi buat tindakan berbeza berkaitan hubungan dengan pesakit kusta
    ~ Segala macam penyakit ada sampai insuran tak mau tanggung
    ~ Marah Allah bila diuji dengan penyakit ain
    ~ Iblis sudah masuk dalam diri, dan rosakan segala amalan yang dibuat sebelum diuji dengan sakit
    ~ Boleh atau tidak isteri minta cerai jika suami kena penyakit kusta
    ~ Bolehkah orang yang tak berpenyakit bercampur gaul dengan orang berpenyakit kusta
    ~ Perkampungan orang berpenyakit kusta itu yang terbaik
    ~ "I Crazy dengan Pokok bunga kertas..."
    ~ Perbualan dengan Pakar "Pain Management"
    ~ Sakit kepala 15 tahun, sampai naik menyampah tengok ubat
    1 hr 42 min

About Zonkuliah

From the publisher's feed

Podcast Rasmi Projek Zonkuliah