Zonkuliah

Zonkuliah

By ZonkuliahEducationSelf-Improvement
Download on the App Store

Zonkuliah episodes

  • BM21 | 110315 | "Benda Kecil Pahala Besar & 1001 Serabut Manusia" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 11hb Mac 2015.
    ~ Saidina Umar yang jumpa Nabi untuk minta izin buat umrah
    ~ Jangan lupa kami dalam doa kamu
    ~ Ungkapan kata-kata Nabi yang sangat berharga bagi Umar
    ~ Nabi sangat merendah diri
    ~ Maksud Tabiin - Tabi'tabiin
    ~ Generasi manusia yang sedaya upaya nak amal apa yang Nabi kata
    ~ Selalu minta kawan-kawan yang baik-baik supaya doakan kita
    ~ Puasa sunat setiap hari sebab terkesan dengan kata-kata Nabi
    ~ Kurus bukan sebab kencing manis
    ~ Bagi setiap perkara, ada haknya yang perlu kita tunai
    ~ Pahala untuk orang yang keluar dari rumah dalam keadaan siap berwudhuk untuk solat fardhu di masjid
    ~ Amalan mudah tapi besarnya ganjaran pahala yang dijanjikan
    ~ Ganjaran untuk orang yang keluar rumah nak kena masjid solat dhuha
    ~ Pahala macam orang buat umrah
    ~ Orang yang selepas solat, tunggu solat fardhu seterusnya
    ~ Biasakan berwudhuk setiap kali nak ke masjid
    ~ Solat Dhuha jangan tinggal
    ~ Mandi sungai sehari lima kali agak-agak badan akan ada daki dak
    ~ Kaedah (method) yang Nabi guna dalam mengajar para sahabat
    ~ Allah akan padam habis dosa-dosa
    ~ Solat fardhu jangan tinggal
    ~ Kisah sahabat yang jadi imam tapi asyik baca surah Al-Ikhlas
    ~ Tak puas hati imam baca surah pendek sangat
    ~ Hajat dan keperluan antara setiap orang tak sama
    ~ Jawapan Sheikh Qulhu Allah
    ~ "Pi habaq dekat dia, Allah sayang dia.."
    ~ Jangan pandang lekeh remeh kebaikan
    ~ Kadang-kadang benda kecil pahalanya besar
    --- BAHRUL MAZI JILID 21 MUKA SURAT 41 ---
    ~ Boleh atau tidak berijtihad arah kiblat untuk solat
    ~ Solat dengan agak-agak arah kiblat
    ~ Dua kali tukar arah kiblat dalam satu solat
    ~ Solat makan keliling 360 darjah
    ~ Maksud dzon, syak dalam ijtihad
    ~ Dalil mencari arah kiblat untuk solat itu wajib
    ~ Solat fardhu kena buat setakat mana yang boleh (jika uzur, tetap kena laksanakan, tak boleh tinggal)
    ~ "Ni kedai Cina ni, nak solat macam mana..." - alasan tak mau solat
    ~ Spare sejadah belakang kereta
    ~ Soalan dari mangkuk kanji (Ustaz, surat khabar Cina boleh guna buat lapik solat dak)
    ~ Kita dok rasa agama Islam ni orang Melayu punya saja
    ~ Solat atas kapal terbang masa kapal terbang lap
    ~ Perbezaan pendapat dikalangan ulama tentang hadis memansuhkan ayat quran
    ~ Tulis wasiat jika hampir mati
    ~ Amalan yang tidak dikira di akhirat (amal yang sia-sia)
    ~ Amalan dan dosa walau sebesar debu akan dikira di hari akhirat
    ~ Bertengkar 8 dan 20 rakaat solat tarawih (boleh dak kalau saya buat tarawih 4 rakaat saja)
    ~ Solat tak kusyuk melainkan saya buka lagu (serabut bila sunyi)
    ~ Soalan yang membuatkan ustaz takut nak jawab
    ~ 1001 macam serabut manusia
    ~ Perjanjian Nabi dengan Yahudi di Madinah
    ~ Strategi musuh untuk hilangkan keyakinan kepada agama sendiri
    ~ Doktrin musuh supaya mempertikaikan hadis Nabi
    ~ Headquaters segala kezaliman diatas dunia
    ~ Agenda musuh - serangan pemikiran untuk rosakan Islam
    ~ Kita hari ni lagi "champion" daripada Nabi dalam bab menjawab soalan
    ~ Selagi mana buat amalan yang Allah suruh, Allah bagi pahala
    ~ Allah lebih sayang manusia daripada Ibu sayang ke anak
    ~ Manusia tak kesian diri sendiri
    ~ Bila sampai berita kematian - apa patut dibuat dan diucapkan
    ~ Kejutan tentang ibadah umrah - Satu topik yang kontroversi dikalangan sahabat
    ~ Masalah dalam kursus haji yang menyebabkan orang risau dan tetap tak reti walaupun dah 20 kali hadir kursus
    ~ Pengalaman Ustaz buat haji dengan seorang sahabat tahun 1996
    ~ Dah sampai hotel tapi tak tau niat haji
    ~ Perbezaan fekah ulama mazhab tentang ibadah saie
    ~ Masyarakat yang semakin terbuka dan terdedah kepada sumber maklumat tanpa sempadan
    ~ Jemaah nanti baling tiang tripod dekat Ustaz
    1 hr 29 min
  • BM21 | 080415 | "Usaha Mencari Bahagia & Umrah Cara Mudah" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 8hb April 2015.
    ~ Di antara tanda bahagia seorang manusia
    ~ Apabila nak buat sesuatu pilihan, dia beristiqarah kepada Allah
    ~ Ciri-ciri manusia yang dipanggil bahagia
    ~ Minta Allah bantu dan bagi petunjuk mana satu keputusan terbaik
    ~ Tuhan akan tolong tunjuk, dan tidak akan silap dalam membuat keputusan
    ~ Seorang yang redha dengan ketentuan Allah
    ~ Diantara tanda tak bagusnya seorang manusia (sengsara seorang manusia)
    ~ Marah dengan ketentuan Allah kepadanya
    ~ Tiga tanda bahagia seorang manusia
    ~ Bahagia sesuatu yang sangat subjektif - berbeza antara manusia
    ~ Bila tengok, rasa macam "Eno" terjun dalam badan
    ~ Isteri yang setiap hari makan penendang suami
    ~ Maksud rumah yang baik-baik - tak semestinya mahal
    ~ Ada bilik yang cukup untuk keperluan anak-anak
    ~ Rumah yang kurang daripada 3 bilik - rumah yang bermasalah
    ~ Rumah tidak memberikan ketenangan
    ~ Ada kenderaan yang baik-baik
    ~ Kereta bagi musibat
    ~ Isteri malapetaka - tengok muka pun boleh wayar "short"
    ~ Maksud rumah yang tak elok - rumah yang cukup berhantu
    ~ Kenderaan seribu masalah
    ~ Usaha mencari tanda bahagia adalah kemestian
    ~ Orang Islam mesti sentiasa upgrade hidup
    ~ Contoh manusia bahagia
    ~ Orang yang masih hidup, tapi Nabi dah kata dia seorang ahli syurga
    ~ Kisah seorang alim Yahudi yang dijanjikan masuk syurga
    ~ Kadang-kadang orang yang berpeluang nak masuk syurga bukan orang yang lahir dalam Islam
    ~ Orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang bertaqwa
    ~ Taqwa siapa pun boleh dapat
    ~ Kisah sami besar masuk Islam tanpa paksaan setelah mengkaji tentang Islam
    ~ Ulang sejarah kepada benda yang berlaku banyak kali dah
    ~ Yahudi dari keturunan Nabi Yusuf
    ~ Perasaan ingin kenal Nabi Muhammad membuak-buak dalam hati
    ~ "Muhammad sudah sampai.."
    ~ Sudah sampai orang yang merupakan utusan Allah
    ~ Ucapan sulung Nabi di Madinah
    ~ Manusia baik yang tidak membawa permusuhan
    ~ Solat adalah kekuatan umat Islam
    ~ Formula untuk masuk Syurga dengan selamat
    ~ Amalan mudah untuk tambah peluang masuk syurga
    ~ Berhimpun nak dengar Nabi baca satu per tiga Quran
    ~ Kalau ada kelapangan, bacalah surah Al-Ikhlas
    ~ Jangan pandang kecil kepada mana-mana ayat Al-Quran
    ~ Ganjaran untuk orang yang baca Surah Al-Ikhlas 10 kali
    ~ Satu Istana Dalam Syurga
    ~ Kita ingat akhirat esok pun macam dunia
    ~ Nak beli rumah low cost pun bank tendang
    ~ "Kalau macam tu, berlambak istana kita dalam syurga esok.."
    ~ Hang jangan dok ingat susah bagi Allah, nak tunai apa yang Allah janji
    --- BAHRUL MAZI JILID 21 MUKA SURAT 48 ---
    ~ Sahabat yang kurang popular berbanding abangnya
    ~ Antara tujuh orang alim di Madinah
    ~ Pendapat pelik tentang tak perlu Saie dalam umrah
    ~ Manusia ni, alim macam mana pun, ada kekurangan "blind spot"
    ~ Jangan bila kita kagum seseorang, sampai kita tak boleh terima kesalahan orang tu
    ~ Satu hari Ustaz dia tergelincir, dia tetap pertahan dan kata ustaz dia betul
    ~ Siapa kita nak ikut dalam hal agama diatas dunia ni?
    ~ Agama tidak boleh buat pandai-pandai sendiri
    ~ Kita tak boleh buat satu benda berdasarkan ikut-ikutan
    ~ Tidak ada orang yang lebih tua dalam agama Islam melainkan Nabi Muhammad
    ~ Apabila turun ayat Quran perintah untuk laksanakan ibadah haji
    ~ Ini kerja orang jahiliah dulu
    ~ Punca orang Islam dikalangan sahabat tak mau buat "saie"
    ~ Banyaknya salah faham dalam masyarakat
    ~ Kes sebuah sekolah wajibkan solat Zohor (Geng Rambo Kena Tangkap)
    ~ "Perangai tak macam orang Islam..."
    ~ Lain yang kita bagitau, lain yang orang faham
    ~ Ramai yang takut nak pi umrah, walaupun ada duit yang cukup
    ~ Rasa tak cukup ilmu nak pi umrah
    ~ Penerangan cara ringkas dan mudah buat umrah
    ~ Doa sebaik nampak Kaabah
    ~ Sunnah perkara pertama Nabi buat bila masuk ke kawasan Kaabah
    ~ Multazam antara tempat mustajab doa
    ~ Bacaan semasa ibadah Saie
    ~ Boleh atau tidak potong rambut sendiri untuk Tahallul
    ~ Orang perempuan jangan rosakan umrah dengan dedah aurat
    1 hr 38 min
  • BM21 | 141015 | "Tempat Isitimewa Di Syurga & Bantuan 1000 Malaikat" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 14hb Oktober 2015.
    ~ Hadis dari anak sahabat besar Nabi bernama Saad Bin Abi Waqqas
    ~ Doa minta syurga dan nikmat yang ada dalam syurga
    ~ Contoh doa yang terlalu terperinci
    ~ Doa minta jauh daripada neraka dan segala azab di dalamnya
    ~ Akan datang satu kaum diakhir zaman, mereka melampau dalam berdoa
    ~ Doa walaupun satu ibadat yang mudah, tapi ada kawalan dari Quran dan Hadis
    ~ Sengaja tanya bagi rumit sesuatu benda
    ~ Berdoa dengan cara yang salah
    ~ Kalau boleh cuba sedaya upaya nak beramal dengan apa yang Nabi tunjuk
    ~ Pesan Nabi diengrave masuk dalam ingatan
    ~ Jangan lepaskan peluang berdoa antara azan dan iqamah
    ~ Saat yang sangat mustajab doa
    ~ Bila dengar azan, ucapkan dan ikut apa yang dikatakan oleh bilal
    ~ Jangan lupa berselawat keatas Nabi
    ~ Selepas habis azan, jangan lupa doa untuk Nabi
    ~ Satu tempat special dalam syurga - Al Wasilah (Satu rumah istimewa dalam syurga)
    ~ Maksud doa selepas azan
    ~ Buktikan kita sayang pada Nabi - doa supaya Nabi dapat tempat paling istimewa
    ~ Kalau nak dapat syafaat Nabi di hari kiamat
    ~ Bacaan doa selepas Iqamah
    ~ Doa dari seorang sahabat yang datang solat lewat
    ~ Pahala macam mati syahid
    ~ Islam agama yang harmoni - hidup dengan merujuk Quran dan Hadis
    ~ Jangan mereka-reka dalam hal agama
    --- Bahrul Mazi Jilid 21 Muka Surat 56 ---
    ~ Hadis orang mati roh, tak balik dah atas dunia
    ~ Soalan malaikat dalam alam kubur kepada roh yang baru mati
    ~ "Boleh dak saya balik rumah, nak bagitau cerita kubur ni benar..?"
    ~ "Zonkuliah ni pun satu penyakit.."
    ~ Maksud turun Malaikat dan Roh dalam malam Lailaturqadar
    ~ Kita tak boleh paksa orang ikut kefahaman kita
    ~ Jangan buang karan bincang pasal benda remeh
    ~ Pelbagai maksud doa berdasarkan konteks ayat
    ~ Puasa sunat 9 dan 10 Muharram - jangan lepas peluang
    ~ Allah tunggu kita buktikan kita hamba Allah
    ~ Allah ada banyak kekayaan disisi Allah yang Allah nak bagi kepada kita
    ~ Kalau syukur dan berterima kasih kepada Allah, Allah tambah pemberianNya
    ~ Maksud "kata qil" - siapa yang kata?
    ~ "Saya google dalam internet kata roh orang baik-baik, balik rumah malam Jumaat"
    ~ Balasan untuk orang yang sombong dengan Allah
    ~ "Aku solat pun tadak guna, dok miskin juga.."
    ~ Sembahyang ni semua kerja karut.. aku tak sembahyang tak kena bala pun..
    ~ Balasan untuk orang yang tak solat dan takabbur
    ~ Dilempar ke Neraka dalam keadaan hina dina
    ~ Dua situasi bila nak kena saman dengan polis
    ~ "Sujud syukur atas stereng.."
    ~ Jangan tunjuk sombong dengan Allah
    ~ Doa ada adab - sebab Islam agama yang beradab
    ~ Nada mendidik vs nada menghukum
    ~ Kalau nak bagi cantik doa kita, cari waktu-waktu mustajab doa
    ~ Nama-nama lain bagi Jamratul Ula
    ~ Maki anak raja yang melontar jamrah dari sunroof kereta
    ~ Masalah angkat tangan berdoa semasa doa khutbah kedua
    ~ Kaedah melontar di Jamrah yang dibuat oleh Ibnu Umar
    ~ Connection dengan Tuhan yang paling penting
    ~ Satu dunia orang maki kita, tapi kalau Allah kita betul, Alhamdulillah
    ~ "Ya Allah Ya Tuhanku, Mana JanjiMu kata Islam boleh Menang?"
    ~ Pentingnya kawan, bila down kawan kena tolong
    ~ Aku menguatkan kamu dengan 1000 Malaikat
    ~ Doa kalau boleh guna suara yang perlahan
    ~ Masalah Larangan Penggunaan Pembesar Suara di Masjid dan Surau Pulau Pinang
    1 hr 30 min
  • BM21 | 090316 | "Perjanjian Bawah Pokok & Pertemuan Dibumi Arafah" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 9hb Mac 2016.
    ~ Peristiwa seorang lelaki sedang kutuk Saidina Ali dalam masjid
    ~ Sampai kiamat akan sentiasa ada orang yang tak puas hati terhadap orang lain
    ~ Masjid tidak sepatutnya menjadi tempat menghina orang
    ~ Nama sepuluh sahabat yang dijamin akan masuk syurga oleh Allah
    ~ Buat suspense tak sebut nama orang yang kesepuluh
    ~ Kita tidak boleh mencerca dan menghina sahabat Nabi
    ~ Orang yang jauh lebih mulia daripada kita
    ~ Sahabat bukan jenis manusia yang bangga diri
    ~ Tumpang semangkok untuk maki sama
    ~ Entah kenapa kita terdorong untuk hina orang
    ~ Penyakit yang ada dalam hati ramai orang
    ~ Saidina Ali adalah Khalifah yang keempat selepas Nabi
    ~ Ambil alih jawatan dalam keadaan politik tak berapa elok
    ~ Kejadian Saidina Uthman di bunuh
    ~ Wafat dalam keadaan lokasi kubur tidak diketahui
    ~ Tokoh yang sangat kontroversi dengan fitnah yang sangat teruk
    ~ Kenapa tak bangkit mempertahankan sahabat Nabi dari terus dihina
    ~ Disiplin para sahabat Nabi, mereka tidak akan berbohong atas nama Nabi
    ~ Debu yang melekat dimuka mereka lebih baik dari amalan yang dibuat seumur hidup hangpa
    ~ 1000 tahun umur pun belum tentu boleh lawan pahala sahabat Nabi
    ~ Kisah hamba salah seorang sahabat yang datang jumpa Nabi
    ~ "Boss aku tu, tentu masuk neraka.."
    ~ 313 orang yang sangat istimewa kedudukannya di sisi Allah
    ~ Untung kita kalau boleh jadi personaliti yang tersembunyi
    ~ Apa yang istimewanya peristiwa Hudaibiah
    ~ Kafir Mekah tangkap Saidina Uthman Bin Affan
    ~ Zaman sekarang, cepat sangat boleh fitnah dan rosakan nama orang dengan whatsapp
    ~ Orang mukmin yang mendapat keredhaan Allah
    ~ Peristiwa dibawah pokok di Hudaibiyah
    ~ Allah turunkan "sakinah" didalam hati
    --- BAHRUL MAZI JILID 21 MUKA SURAT 66 ---
    ~ Masalah bercukur semasa masih didalam ihram
    ~ Asal usul nama "Bir Ali"
    ~ Sebaik sahaja berniat umrah di Miqat, kita diikat dengan pantang larang ihram
    ~ Saja-saja cabut rambut pun tak boleh
    ~ Orang yang ada habit (tabiat) suka main dan cabut rambut
    ~ Suka tarik bulu hidung atur atas meja
    ~ Tabiat-tabiat yang kronik dan "bahaya" bila buat umrah
    ~ Boleh atau tidak, bercukur rambut sedangkan masih didalam ihram
    ~ Sahabat pandai masak, tapi banyak kutu
    ~ Kutu Merayap ditengah panas - "kasaq kutu ni.."
    ~ Kisah perempuan kulit hitam yang kerjanya membersihkan masjid
    ~ Betapa Nabi sangat mengambil berat hal ehwal sahabat baginda
    ~ Kutu merenyam atas kepala - ladang ternak kutu
    ~ Manusia serba tak kena - nak marah tuhan
    ~ Islam ini cantik - tak pernah ada syariat yang menyusahkan orang
    ~ Allah mengharamkan riba dalam sistem ekonomi
    ~ Money Make Money - hisap darah orang dengan interest
    ~ Undang-undang yang diciptakan manusia tapi tidak bercanggah dengan undang-undang Allah
    ~ Masalah undang-undang merepek berkenaan cermin gelap dan nombor plate
    ~ Nanti JPJ marah saya - mampuih...
    ~ Ibadah Wukuf di Arafah - sangat mudah - tapi merupakan rukun penting dalam ibadah Haji
    ~ Apa itu Arafah - ketul batu berhala ditahan suci (Jabal Rahmah)
    ~ Bawa marker pen untuk tulis nama atas batu
    ~ Hebatnya Sheikh Mutawali Al Shakrawi - ulama besar yang outstanding
    ~ Satu juta orang keluar ke jalan raya bagi menyatakan kesedihan kematian sebutir bintang diangkasa
    ~ Maksud Firman Allah dalam Surah Taha Ayat 3
    ~ Kisah Adam Dan Hawa dihantar turun ke muka bumi
    ~ Bangsa manusia akan bermusuh dan saling benci-membenci
    ~ Agamawan berbenci dan berdengki sesama sendiri
    ~ Kata-kata Canselor Jerman tentang umat Islam
    ~ Pelik dengan orang Islam ni - mereka sembah Tuhan yang satu, tapi saling berbunuh diantara satu sama lain
    ~ Islam telah gagal dalam berdakwah
    ~ Orang Islam mencacatkan Islam kepada orang bukan Islam
    ~ Adam dan Hawa kena saling mencari antara satu sama lain selepas dihantar ke dunia
    ~ Balik ke Malaysia dia tanya "Hang Parti Apa.."
    ~ Perangai cukup huduh
    ~ Pertemuan Adam dan Hawa di Arafah
    ~ Asal Usul Nama Arafah
    ~ Keistimewaan bumi Arafah
    1 hr 35 min
  • BM21 | 120918 | "Zaman Dalca & Dosa Lintasan Hati" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 12hb September 2018.
    ~ Mutual Respect dikalangan para sahabat
    ~ Walaupun ada perbezaan pendapat, tidak membawa kepada mudarat
    ~ Tuhan pesan, masing-masing jaga diri masing-masing
    ~ Lebih utama jaga diri sendiri
    ~ Kalau dah tergolong dalam yang mendapat hidayah Allah, orang sesat tidak akan mampu goncang keimanan
    ~ Perkemas diri masing-masing
    ~ Tercacak dibumbung sekolah lambang salib
    ~ Pegang Islam dengan kefahaman yang betul
    ~ Duduklah dalam persekitaran yang ada amar makruf nahi mungkar
    ~ Syarat nak jadi orang yang beriman dan tidak mudah diganggu gugat oleh kesesatan
    ~ Zaman bakhil dan kedekut menjadi amalan ramai orang
    ~ Masyarakat yang tidak respond terhadap benda baik
    ~ Masyarakat dalca yang tidak peduli hal hukum hakam agama
    ~ Allah takdirkan lahir sebagai lelaki, dia nak jadi perempuan
    ~ Dunia menjadi keutamaan - membujur lalu melintang patah
    ~ Bijak pandai kagum dengan pendapat sendiri
    ~ Siapa yang lebih alim dari orang yang ambil agama dari sumber asal
    ~ Kembali bertanya hati kecil sendiri
    ~ "Baik-baik.. sesungguhnya akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran.."
    ~ Benda-benda yang sangat "mencabar" dan penuh provokasi - hingga kita tak tau yang mana betul
    ~ Ibarat menggenggam bara api sehingga melecur tangan
    ~ Siapa yang ditakdirkan hidup zaman penuh mencabar..
    ~ Ganjaran satu amalan bersamaan dengan amalan 50 orang
    ~ Rajinlah bertanya supaya tidak sesat dalam beragama
    ~ Kena istiqamah dengan kebenaran
    ~ Hati-hati dengan gejala-gejala yang akan berlaku diakhir zaman
    ~ Pastikan kita boleh bezakan antara agama dan nafsu
    ~ Dunia satu keperluan, tapi jangan over dalam memberi priority
    ~ Agree to disagree - beri ruang perbezaan pendapat dalam isu
    ~ Ramai yang tewas dengan ujian kesenangan
    ~ Kisah sahabat Nabi yang tak ada duit
    ~ "Baik-baik.. harta dan duit ringit ni, nampak sangat menarik..."
    ~ Ramai orang yang boleh terpedaya dengan dunia..
    ~ Orang yang Allah akan berkati hidupnya
    ~ Siapa yang terlalu pulun dan hilang punca dengan dunia
    ~ Berebut harta pusaka sampai putus silaturahim adik beradik
    ~ Orang makan tak reti kenyang - makan rasuah
    ~ Semua serupa saja.. "ini kantau maaa.."
    ~ Kata-kata memalukan merujuk kepada bangsa kita..
    ~ Jadi orang yang boleh memberi, bukan orang yang meminta-minta
    ~ "Aku tidak akan minta kat siapa pun dah lepas ni..."
    --- BAHRUL MAZI JILID 21 MUKA SURAT 101 ---
    ~ Kata-kata hati adakah dihisab oleh Allah
    ~ Hati kita sentiasa ada tindak balas
    ~ Bila tengok orang, kebanyakan orang akan membawang
    ~ Kalau tak buat tahajjud, muka nampak tak berseri
    ~ Air muka orang yang rajin buat solat malam
    ~ Tengok gambar Hindustan, boleh kenal orang jahat
    ~ Bila terlintas dalam hati nak buat benda dosa
    ~ Ayat yang menjadi wirid dalam solat
    ~ Ayat yang menyebabkan para sahabat jadi dukacita
    ~ Lintasan hati beyond kita punya control
    ~ Facebook ni betul-betul kilang untuk buat dosa
    ~ Kecam, hina dan fitnah orang tidak berakhir disitu, jenuh menjawab diakhirat
    ~ Nak tulis apa, fikir 100 kali..
    ~ Platform untuk berseronok-seronok nak hentam orang
    ~ Kami dengar tapi kami tak boleh terima semua
    ~ Hukum sebat dalam Islam
    ~ Ayat yang Allah mansuhkan
    ~ Tunggu ayat baru turun untuk mansuhkan sebat
    ~ Nak educate apa, merdeka dah berapa lama dah?
    ~ Maharajalawak boleh buat waktu "prime time"
    ~ Double standard dan seribu satu alasan bila melibatkan Islam
    ~ Kalau kita yang tak mau angkat Quran, siapa lagi?
    ~ Apa nak jawab didepan Allah nanti
    ~ Menyesalnya manusia bila dibangkitkan diakhirat esok
    ~ Lebih baik aku jadi tanah saja, sebab tanah tidak akan dihisab
    ~ Kenapa kita masih bebal tak mau ikut kitab suci kita
    ~ Kata-kata hati yang tidak akan dihisab dihari akhirat
    ~ Tidak ada manusia boleh kawal hati supaya sentiasa ingat baik
    ~ "Allah.. Nabi pun merendek juga..."
    ~ Dalam samar-samar cahaya bulan, nampak Nabi berjalan dengan perempuan
    ~ "Syaitan lalu, dalam laluan darah manusia.."
    1 hr 36 min
  • BM21 | 140318 | "Zaman Fitnah Dalam Rumah & Kisah Bendang Haji Ramli" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 14hb Mac 2018.
    ~ Hadis simbolik kepada satu hari nanti fitnah yang berlaku dikalangan orang Islam sampai masuk dalam rumah
    ~ Kita duduk dalam zaman Haji Dan Hajjah sudah masuk pub dan disko
    ~ Anjing dan babi masuk masjid
    ~ Orang kerajaan kalut dengan panama dance dan zumba
    ~ "Ustaz, panama dance ni tak pa ka?"
    ~ Kanak-kanak dari bangku sekolah dah tanam cita-cita nak jadi artis
    ~ Pak lebai bergaduh tentang parti politik
    ~ Menjelang pilihanraya, silaturahim hancur lebur
    ~ Alim ulama bergaduh bertengkar
    ~ Manusia yang mengaku beragama Islam jadi keliru
    ~ Fitnah sedang memakan kekuatan umat Islam
    ~ Tidak akan masuk neraka melainkan orang-orang yang jahat
    ~ Jangan letak nama anak "Shaqi"
    ~ Maksud orang jahat berdasarkan hadis Nabi
    ~ Contoh orang yang taat
    ~ Tak mau berhenti daripada buat benda maksiat
    ~ Kisah seorang sahabat yang mai jumpa Nabi minta dibersihkan daripada dosa berzina
    ~ Hukuman yang cukup dahsyat - rejam dengan batu sampai mati
    ~ "Dia ni gila ka?"
    ~ Bau mulut orang minum arak
    ~ Taubat yang cukup sempurna
    ~ "Tidak akan ada satu manusia yang taubat dia cukup cantik.."
    ~ Sanggup terima implikasi atas perbuatan dosa
    ~ Ucapan bila ada orang meninggal dunia
    ~ Doa yang baik bila dengar berita kematian
    ~ Ubah budaya silap dalam masyarakat Melayu tentang ucapan "Al-Fatihah"
    ~ Besarnya pahala taubat bagi orang yang menerima hukum Allah
    ~ Usaha untuk memartabatkan hukum Allah itu perlu
    ~ Zina berlaku hari-hari dalam negara kita
    ~ Undang-undang yang ada tidak bersifat "preventive"
    ~ Jangan buang masa bagitau kata "hukum Allah tak boleh buat"
    ~ Jawapan Tuan Guru Nik Aziz bila orang tanya ada negara yang gagal laksanakan undang-undang Islam
    ~ Sembahyang tidak berjaya menghentikan keji dan mungkar
    ~ Susah di dunia bukan ukuran susah di akhirat
    ~ Sahabat yang sakit - kurus kering sampai tinggal tulang dan kulit saja
    ~ Jangan under estimate orang lelaki, pak haji dan pak lebai
    ~ Buat salah, kemudian rasa bersalah yang amat sangat
    ~ Kami tak pernah tengok lagi orang sakit se"kronik" dia ni
    ~ Kalau kami usung dia - kami takut tulang dia berterabur
    ~ Cara Rasulullah hukum hudud yang penuh belas kasihan
    ~ Hukum Allah wajib dilaksanakan, perlaksanaannya ada budi bicara
    ~ Berdosa besar sekiranya kita tidak mahu melaksanakan hukum Allah
    --- BAHRUL MAZI JILID 21 MUKA SURAT 98 ---
    ~ Dihari akhirat esok, akan dibawa datang rekod amalan kita
    ~ Orang yang berdosa takut tengok catatan isi kandungan rekod amalan masing-masing
    ~ Ayat menakutkan dalam surah Al-Kahfi
    ~ Allah tidak buat zalim kepada hamba Dia
    ~ Kalau benda kecil pun tak terlepas dari catatan, apatah lagi benda besar
    ~ Allah tau semua perbuatan hambaNya
    ~ Isteri, anak-anak, mak ayah dan jiran tak tau siapa kita - Allah tau
    ~ Kalau rasa tak boleh tahan hukuman Allah, jangan buat dosa
    ~ Nabi-Nabi pun Allah bagi warning
    ~ Allah tengok semua perbuatan hangpa
    ~ Kita disuruh mencari makanan yang halal
    ~ Punya susah nak cari burung puyuh halal pada tahun 2012
    ~ "Piraaahhh Ustaz... Ustaz kaya dah.. tak pa la..."
    ~ Sijil Halal ni nak bunuh orang Islam dan Melayu meniaga
    ~ Isu nak mewajibkan sijil halal di Parlimen
    ~ Punya ramai orang yang tidak senang dengan sistem sijil halal
    ~ Punca Ustaz tolak jemputan untuk berceramah isu halal
    ~ Cakap betul pun orang akan tetap pandang serong
    ~ "Ada seorang Ustaz, suara dia macam Ustaz..."
    ~ Kita sendiri tak percaya dengan sijil halal Jakim - ada duit, boleh beli
    ~ Rakyat Malaysia sendiri tak yakin, tapi rakyat luar negara cukup percaya
    ~ "Wahai orang yang beriman, makan dari benda yang halal.."
    ~ Hukum makan, wajib, sunat dan harus
    ~ Masalah puasa sunat hari Isnin, tapi tetamu datang rumah nak tumpang makan
    ~ Kisah Abu Darda' dan Salman Al-Farisi
    ~ Jasa besar Salman Al-Farisi dalam perang Khanda'
    ~ Maksud "Masjid Tujuh" di Madinah
    ~ Makna "Serabai" dalam masyarakat Pulau Pinang
    ~ Kita ada tanggungjawab dengan Allah, diri kita, dan is
    1 hr 28 min
  • BM21 | 091220 | "Konspirasi Illuminati & Sumpah Palsu" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 9hb Disember 2020.
    ~ Sentiasalah Allah akan menguji orang-orang yang beriman
    ~ Ujian datang silih berganti sehinggalah hari mati
    ~ Bersih daripada dosa sebab sabar atas ujian yang menimpa
    ~ Manusia tentu akan kena ujian dari Allah
    ~ Diuji dengan amalan dan keikhlasan
    ~ Ujian dari segenap sudut
    ~ Boleh atau tidak seorang ayah menjadi contoh kepada anak-anak
    ~ Berapa ramai ibu bapa boleh bela anak dari kecil sampai besar tapi anak tidak kenang budi
    ~ Manusia akan diuji dengan harta - samada jalan halal, syubhah atau haram
    ~ Adakah harta menyebabkan seseorang jadi sombong dan angkuh
    ~ Ujian getir yang tengah kita lalui hari ni, disebut dalam Quran
    ~ Ayat 155 Surah Al-Baqarah
    ~ Takut dengan malapetaka Covid19 - merana sampai mati
    ~ Duit tak ada, dan jiwa tidak kuat
    ~ Buah-buahan tidak menjadi
    ~ Musibah pandemik Covid19 bukan benda kecil
    ~ 2003, Wabak SARS menyerang 26 negara dalam dunia
    ~ 2012, Wabak MersCoV berpunca daripada unta
    ~ Hujung 2019 serangan virus dalam skala besar
    ~ Bala tentera Allah yang mata tak nampak tapi menakutkan
    ~ Berita dalam akhbar Kosmo bertarikh 19 November 2020
    ~ Kes bunuh diri yang sebahagian besarnya berpunca daripada Covid-19
    ~ Tak mampu nak bayar hutang yang terlampau banyak
    ~ Gantung diri di syiling rumah - permulaan hidup susah di akhirat
    ~ Tak boleh bayar hutang sebab hilang pekerjaan
    ~ Ancaman dalam hadis, tentang bunuh diri
    ~ Tikam diri dalam neraka selama-lamanya
    ~ Rezeki setiap orang telah Allah tentukan
    ~ Surah Hud ayat 6 - setiap makhluk telah ditetapkan rezekinya
    ~ Rezeki tak salah alamat
    ~ Tuduhan Covid19 sebuah konspirasi Illuminati
    ~ Grand Design oleh golongan kapitalis untuk jual vaksin
    ~ Ini semua cerita karut nak merosakan orang Islam semua
    ~ Solat Jumaat tak boleh, rapat saf pun tak boleh
    ~ Kalau tak ikut sunnah Nabi, macam mana nak doa minta Allah angkat bala
    ~ Kisah sahabat Nabi yang terkena batu hingga cedera parah ketika musafir
    ~ Pendapat mufti-mufti tepi kampung
    ~ Awat tak tanya orang kalau tak tau..
    ~ Ubat kebodohan ialah bertanya
    ~ Maksud bertayammum sebagai ganti tak boleh berwudhuk
    ~ Fitnah kepada agama bila tak patuh kepada SOP
    ~ Cara putuskan rantaian Covid-19
    ~ Islam datang untuk bawa kesenangan dan kemudahan bukan kesusahan
    ~ Sahabat yang datang ke masjid nak solat dengan menunggang unta
    ~ "Saya nak solat ni, takkan Allah tak boleh jaga saya..?"
    ~ Kita jangan cari penyakit, dan jadi punca orang lain kena penyakit
    ~ Protection is better than cure
    ~ "Tidak akan kena apa-apa musibah, melainkan ianya telah ditetapkan oleh Allah"
    ~ Allah yang datangkan penyakit, Allah juga yang boleh beri kesembuhan
    ~ Maksud panggilan Nabi kepada Ibnu Abbas, "Ya, Ghulam"
    ~ Jagalah Allah, Allah akan jaga kita
    ~ Kematian dua orang sukarelawan masjid
    ~ Contoh personaliti tersembunyi
    ~ Apa persediaan kita sebelum mati?
    ~ Bahagia habis umur dalam keadaan berkhidmat di rumah Allah
    ~ Fokus, yakin dan minta tolong kepada Allah
    --- BAHRUL MAZI JILID 21 MUKA SURAT 127 ---
    ~ Sumpah bohong supaya dapat kemahuan mengikut nafsu
    ~ Orang yang suka makan harta dan hak orang lain
    ~ "Pi mampuih dengan syurga neraka semua.."
    ~ Pinjam duit orang buat-buat lupa..
    ~ Pinjam barang orang tapi tak bertanggungjawab bila hilang
    ~ Bersumpah dengan nama Allah dan berani pegang Quran
    ~ Perbuatan haram, berdosa besar dan sangat dimurkai Allah
    ~ Kisah ringkas Abdullah Bin Mas'ud
    ~ Doa supaya jadi seorang yang Alim dan penuh hikmah
    ~ Orang yang Allah takkan sambut dihari akhirat
    ~ Masalah orang Islam rampas hak orang kafir
    ~ Jenis-jenis kafir dan ciri-cirinya
    ~ Contoh orang kafir yang tidak boleh diperangi
    ~ Kafir Harbi yang sentiasa cari masalah dengan orang Islam
    ~ Kafir yang dipelihara oleh kerajaan Islam
    ~ Hakim pun manusia, tidak tahu siapa betul siapa salah
    ~ Berhukum hanya berdasarkan orang yang pandai cakap
    ~ Lawyer pandai belit berhujah di mahkamah, yang salah boleh menang
    1 hr 42 min
  • BM21 | 110320 | "Hang Jebat Masuk Kampung & Manusia Paling Mulia" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 11hb Mac 2020.
    ~ Peristiwa dan Punca Berlakunya Perang Mu'tah
    ~ Undang-undang antarabangsa dalam perang - Utusan/wartawan tidak boleh dibunuh
    ~ Lesen besar dalam medan perang yang disepakati diperinkat antarabangsa
    ~ Hebatnya kerajaan Islam zaman Nabi, tidak lagi ada pada umat Islam zaman kita
    ~ "Satu nyawa terkorban, satu battalion turun.."
    ~ Tiga orang komander tentera Islam
    ~ Tarikh berlakunya perang Mu'tah (Jamadilawwal Tahun 8 Hijrah)
    ~ Jangan "exaggerate" - berlebih-lebihan dalam menyampaikan cerita
    ~ Hanya 12 orang syahid dari 3000 orang tentera
    ~ Mayat dengan 90 kesan tombak dan panah
    ~ Latar belakang Zayd ibn Harithah
    ~ Allah uji Nabi dari lahir sehingga hari mati
    ~ Ummu Aiman mak susu Nabi yang hebat
    ~ Kenapa anak "warna lain" - anak kulit gelap, ayah kulit putih?
    ~ Hari yang Nabi nampak seronok ketika balik ke rumah
    ~ Mujazziz dalam masyarakat Arab
    ~ Tengok kaki pun tau "anak dengan bapa"
    ~ Siapa Jaafar Bin Abi Talib?
    ~ Abu Hurairah dengan Nabi umpama "tuan dengan bayang-bayang"
    ~ Kenyang dengan ilmu, tapi perut lapar
    ~ Jangan ingat Nabi macam ustaz-ustaz zaman sekarang
    ~ Ustaz nak makan nasi ka lamb chop (ustaz zaman sekarang punya banyak akal)
    ~ Islam yang kita dapat dalam keadaan senang lenang hari ni adalah dari pengorbanan para sahabat
    ~ Sendal batu di perut sebab terlalu lapar
    ~ Ustaz hari ni nak ceramah minta RM2000 - RM5000 bayaran
    ~ Punca ajaran Islam dari Nabi dan para sahabat terus melekat dalam hati
    ~ Orang yang cukup sayang dan kesian kat orang miskin walaupun dia sendiri tak kaya
    ~ Tolong orang dan hati besar, kadang-kadang tak ada kat orang kaya, tapi ada kat orang miskin
    ~ Pengalaman Ustaz jadi "guru buangan" zaman 80an
    ~ Titi Lucky Strike di Nibong Tebal (Sungai Kerian)
    ~ Hang Jebat masuk kampung cari anak murid anak nelayan yang miskin
    ~ Kalau kita tak pernah tengok kemiskinan dan tak pernah hidup dalam kemiskinan, apa yang kita faham tentang kemiskinan?
    ~ "Ustaz kalau nak bohong pun, berpada-pada..."
    ~ Keramat Hidup bagi ceramah pun, yang dislike tetap ramai
    ~ Jumpa orang susah bawa balik ke rumah bagi makan
    ~ Pak Menakan Nabi yang mati tak masuk Islam
    ~ Tahun kesedihan (tahun ke 10 keNabian) kejadian yang menyebabkan Nabi terlalu sedih
    ~ Betapa sayangnya Fatimah Binti Asad kepada Nabi
    ~ Perang yang paling "challenging"
    ~ Hebatnya perjuangan para sahabat Nabi semata-mata nak bawa dan pertahankan Islam
    ~ Kenapa kita tak sayang Islam
    ~ Kata-kata Nabi pada hari Raja Najasyi mati
    ~ "Hari ni telah mati seorang lelaki yang soleh.."
    ~ Tak rugi jadi orang baik - doa selamat dari muslim seluruh dunia
    --- BAHRUL MAZI JILID 21 MUKA SURAT 125 ---
    ~ Setiap Nabi ada idola yang tersendiri
    ~ Ada orang yang menjadikan ayah sendiri sebagai hero
    ~ Dua orang guru yang menjadi idola Ustaz Shamsuri
    ~ Pengalaman ustaz dengan "recorder suara zaman brake dance"
    ~ Nabi yang paling disayangi oleh Nabi Muhammad S.A.W
    ~ Syoknya kitab Bahrul Mazi sebab setiap tajuk ada hadis yang menyokong hujah
    ~ Nabi Ibrahim yang menjadi rebutan agama-agama besar dunia
    ~ Tuduhan bahawa Nabi Ibrahim ikut agama Nasrani
    ~ Dakwaan yang karut dan tak boleh pakai
    ~ Gelaran "Khairal Bariyah" Manusia sebaik-baik manusia
    ~ Empat generasi Nabi - keturunan manusia yang sangat mulia
    ~ Mesyuarat cari nama anak sampai makan masa dua bulan
    ~ Ustaz rokok Malboro jangan dok tahnik budak
    ~ Perintah Allah jangan pertikai
    ~ Sejarah terbinanya Kaabah dan seruan ibadah haji
    ~ "Minggu depan boleh buat dah la hudud.."
    ~ Hukum Allah bukan soal politik kepartian
    ~ Orang yang pertama sekali memuliakan tetamu
    ~ Maksud dif, duyuf dan dj dave
    ~ Covid-19 punya "kacau" hinggakan nak bersalaman pun tak dibenarkan
    ~ Jangan salah faham dengan hadis Nabi
    ~ Penyakit berjangkit boleh berlaku dengan izin Allah
    ~ Geng Driver Bas Cerdik, ronda jalan kampung
    ~ Orang Islam boleh share buat meniaga dengan orang bukan Islam
    ~ Masalah tanah wakaf di Pulau Pinang
    1 hr 48 min
  • BM12 | 070217 | "Makan Dengan Hantu Raya" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 12 yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 7hb Feb 2017.
    ~ Kejadian semasa Ubadah Bin Samid sedang menghadapi sakaratul maut
    ~ Dekat nak mati pun boleh bercakap lagi
    ~ Hak untuk bagi syafaat kepada orang lain di hari kiamat
    ~ Manusia yang tidak sorok ilmu
    ~ Orang yang diharamkan dari kekal dalam Neraka
    ~ Banyak mana pun dosa, masih ada harapan untuk masuk syurga jika cukup syarat
    ~ Sembunyikan hadis sebab takut orang salah faham
    ~ Golongan yang "take for granted"
    ~ Mahalnya dua kalimah syahadah
    ~ Siapa Ubadah Bin As Samid
    ~ Punca terus menerus berlakunya perang saudara
    ~ Maksud kaum Ansar
    ~ Zaman kegemilangan komander tentera yang hebat
    ~ 12 orang yang awal masuk Islam di Madinah
    ~ Pernah dihantar oleh Saidina Umar untuk menakluk Mesir
    ~ "Kami adalah satu pasukan yang nak cari redha Allah saja, kami tak cari benda lain.."
    ~ Kami kaum yang makan untuk hilang lapar saja
    ~ Hebatnya orang Islam zaman sahabat Nabi
    ~ Kita hilang kehebatan sebab kita buang Islam
    ~ Saat bermula kehancuran orang Islam
    ~ Donald Trump gila nak cari pasal dengan satu dunia
    --- BAHRUL MAZI JILID 12 MUKA SURAT 207 ---
    ~ Orang kafir makan dengan tujuh perut
    ~ Kata-kata Nabi kepada sahabat yang sendawa
    ~ Jenis makan banyak tapi badan tak besar
    ~ Susah hati sebab makan sikit, tapi badan naik
    ~ Makan banyak akan merosakan diri dan badan
    ~ Makan untuk hidup atau hidup untuk makan
    ~ Dari celik mata sampai nak tidur pula asyik fikir pasal makan
    ~ Sistem mencerna akan "penat dan azab"
    ~ "Awat la aku ditakdirkan menjadi perut dia ni..."
    ~ Orang yang kurang makan, tak banyak penyakit
    ~ Perbuatan yang dicela oleh syarak
    ~ Orang kafir, banyak makan sebab kurang berkat
    ~ Orang Cina rajin bersenam dan buat tai chi setiap pagi
    ~ Nabi bagi tumpang orang kafir tinggal di rumah
    ~ Islam bukan agama yang memusuhi orang kafir
    ~ Perjanjian dengan Yahudi di Madinah
    ~ Adat bila orang tumpang duduk rumah
    ~ Perah susu tujuh ekor biri-biri baru kenyang
    ~ Masuk Islam selepas bangun tidur
    ~ Dakwah yang paling berkesan - Dakwah Bil Hal
    ~ Tengok orang Islam, terasa nak masuk Islam
    ~ Orang kafir tak tertarik dengan Islam sebab meluat tengok orang Islam
    ~ Kita gagal menampilkan Islam yang dapat memikat hati
    ~ Champion Bergaduh dikalangan orang Islam
    ~ Powernya arahan Dewan Perniagaan Orang Cina
    ~ Mufti sesama mufti pun bergaduh, apa lagi ustaz-ustaz kampung
    ~ Isu yang boleh berbeza pendapat pun dijadikan bahan perbalahan
    ~ Keadaan jadi "kerosot" bila paksa orang ikut
    ~ Masalah orang Melayu suka berkelahi
    ~ Kita berbangga dengan ramainya orang Melayu dalam pusat serenti
    ~ "Mesti ada something wrong dengan ajaran Islam.."
    ~ Jauh berbezanya kita dengan Nabi
    ~ Mukmin itu minum dengan perut yang satu, kafir minum dengan tujuh perut
    ~ Kalau kita betul-betul beriman kita takkan jadi gelojoh dan pelahab
    ~ Apa maksud mukmin makan dengan sedikit?
    ~ Orang beriman bersikap berjimat dan cermat
    ~ Ucap Bismillah sebelum makan supaya syaitan tak boleh share makanan
    ~ Manusia yang makan bersama syaitan
    ~ Cerita orang bela hantu raya
    ~ Kisah sahabat Ustaz yang kena kanser
    ~ Kumpulan orang-orang yang selamat dari kanser
    ~ Berak menitik darah (najis berdarah)
    ~ Ada kemungkinan hospital pun buat silap
    ~ Nasib dan ujian setiap manusia tidak sama
    ~ Prosedur endoscopy oleh pakar bidang gastroenterology
    ~ Teknologi pembedahan terkini yang ada di hospital swasta
    ~ Cara cepat untuk kurus zaman sekarang
    ~ Gambaran tujuh sifat perut huduh yang ada pada manusia
    ~ Kalau betul-betul jaga iman, dia jaga makan dan tak ikut nafsu
    ~ Kita dengan dunia, jangan gelut sangat
    ~ Kenapa manusia kalut cari benda yang nak ditinggal
    ~ Tiga perkara yang akan ikut seseorang ke kubur
    ~ Siapa banyak fikir tentang masa depan, dia tak jadi tamak
    ~ Orang yang tak fikir panjang akan keras hati
    ~ Punca ilmu tak masuk (kenyang melampau)
    ~ Bahaya banyak tidur - hilang berkat umur
    ~ Makanan untuk seorang, cukup untuk dua orang
    ~ Maksud sifat Qanaah dalam ilmu tasawuf
    1 hr 33 min
  • BM21 | 080217 | "Bonus Dari Allah & Soalan Maut Untuk Ustaz" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 8hb Februari 2017.
    ~ Kisah Abu Hurairah yang sangat lapar pergi berjumpa Umar Al-Khattab
    ~ Susahnya sebahagian sahabat Nabi yang disebut Ahlu Suffah
    ~ Berpura-pura nak dengar bacaan Quran, tapi sebenarnya nak orang belanja makan
    ~ Saidina Umar Al-Khattab yang "buat betul bendul"
    ~ Lapar perut hingga berjalan tunduk kepala
    ~ Nabi tengok pun dah tahu keadaan sahabat yang lapar
    ~ Salah satu dari sifat Nabi ialah "Fatonah"
    ~ Maksud cerdik - kadang-kadang orang mengaji tinggi pun tidak cerdik
    ~ Allah telah serahkan urusan kepada orang yang lebih layak
    ~ Betapa harmoninya kehidupan para sahabat Nabi
    ~ Nama sebenar dan latar belakang Abu Hurairah
    ~ Jumlah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah
    ~ Serta merta bertukar status dari miskin jadi kaya
    ~ Kekal hidup sebagai orang yang sederhana
    ~ Gabenor yang kaya luar biasa
    ~ Tolak jawatan takut nama rosak
    ~ Punca Syiah tak boleh dengar nama Abu Hurairah
    ~ Siapa yang paling istimewa akan dapat syafaat Nabi?
    ~ Orang yang ikhlas dengan agama Islam dan yakin sepenuhnya dengan kebenarannya
    ~ Dengan bangganya dia declare keIslamannya
    ~ Kisah Tabiin yang melawat Sahabat Nabi bernama Ubadah Bin Sa'mid yang sedang nazak
    ~ Hadis yang dirahsiakan dari pengetahuan orang lain
    ~ Takut orang dengar dan buat mudah dengan agama
    ~ "Hadis yang dirahsiakan dari pengetahuan orang lain..."
    ~ Terima kasih banyak-banyak kepada Allah atas nikmat Islam
    ~ Bonus daripada Allah
    ~ Kalau kita tak sayang Islam, menjawablah kita di depan Allah
    --- Bahrul Mazi Jilid 21 Muka Surat 88 ---
    ~ Sedekah benda yang buruk-buruk dan simpan benda elok
    ~ Salah satu perangai manusia yang "huduh"
    ~ Perangai yang dibenci Allah
    ~ Sahabat Nabi pun manusia - tidak maksum
    ~ Jangan kedekut dalam memberikan benda yang baik-baik
    ~ Kayanya Saidina Uthman Bin Affan, wakaf yang kekal sehingga hari ni
    ~ Jumlah sahabat yang bergelar Ahlul Suffah
    ~ Ketua Kelas dan Guru Besar Ahlu Suffah
    ~ Orang yang mula-mula diajar bila Nabi terima wahyu
    ~ Macam-macam "school of taught" - aliran pemikiran
    ~ Ciri-ciri dan cara faham aliran yang gelarkan diri salafi
    ~ Maksud dan cara faham aliran yang gelarkan diri khalaf
    ~ Dua aliran pemikiran yang dah lama wujud, tapi tak bergaduh pun
    ~ Bergaduh dalam youtube pung-pang pung-pang
    ~ Fokus kepada membina kekuatan umat Islam
    ~ Retak membawa lingkup orang Islam
    ~ "Ini cerita lama.. Terima saja perbezaan..."
    ~ Masing-masing orang ada kerja - jangan perli orang pencen
    ~ Orang Arab tak banyak pantang bab solat
    ~ Tak jumpa masjid, tak ada telekung tak solat
    ~ Jadi imam pakai kasut track shoes
    ~ "Islam itu mudah jangan disusah-susahkan.."
    ~ "Jom kita serang rumah Abu Talhah..."
    ~ Nabi doakan supaya makanan jadi barakah
    ~ Orang Arab boleh hidup dengan makan kurma saja
    ~ Maksud "Ansar" - golongan yang suka tolong orang
    ~ Bab sedekah dan beri hadiah kepada penuntut ilmu
    ~ Kisah Allahyarham Cikgu Ustaz - Haji Mohd Noor
    ~ Latihan supaya diri sentiasa bersedekah
    ~ Soalan maut untuk Ustaz Shamsuri
    ~ Benda baik tidak cukup dengan teori, kena praktik
    ~ Zaman Facebook dijadikan platform untuk bergaduh
    ~ Kita jangan bergaduh - usaha untuk saling melengkapi
    ~ Kelebihan yang ada pada jemaah tabligh
    ~ Boleh atau tidak gantung makanan di masjid
    ~ Banyak tajuk perlu dibincangkan untuk imarahkan masjid
    ~ Masjid Tour oleh Brother Kamarudin Abdullah di Masjid Kapitan Keling
    ~ Berapa banyak pahala boleh Islamkan orang
    ~ Ustaz Shamsuri tak ada skill nak dakwah bukan Islam
    ~ Pensyarah Universiti nak bercakap kepada budak tadika
    --- INTRO SETERUSNYA ---
    ~ P Ramlee dah baca "Bahrul Mazi" awal lagi
    ~ Bolehkah jadi Robin Hood
    ~ Bolehkah sedekah guna duit "kerosot"
    ~ Islam adalah agama yang hidup dan kekal relevan sampai kiamat
    ~ Astro Oasis berminat nak rekod kuliah Ustaz
    1 hr 28 min

About Zonkuliah

From the publisher's feed

Podcast Rasmi Projek Zonkuliah