Zonkuliah

Zonkuliah

By ZonkuliahEducationSelf-Improvement
Download on the App Store

Zonkuliah episodes

  • KHAS | 221016 | "Jangan Ghairah Nak Jadi Selebriti Agama" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Tazkirah Khas yang berlangsung di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda, Pulau Pinang pada 22hb Oktober 2016.
    ~ Barang siapa yang menuntut satu ilmu dengan tujuan nak berdebat dengan alim ulama dan mengolok-olokan orang bodoh, atau nak cari populariti
    ~ Ikhlaslah dalam urusan menuntut ilmu demi mencari keredhaan Allah
    ~ Niat-niat yang boleh membawa ke neraka
    ~ Pesanan kepada wakil Nabi untuk berdakwah di Yaman
    ~ Kalau nak berdakwah, nak bercakap atau buat pengucapan awam, biarlah mudah dan sampai mesej
    ~ Jangan susahkan orang dalam memahami agama
    ~ Biarlah Islam menjadi agama yang membawa harapan untuk orang ramai
    ~ Jangan sampai orang lari dari dakwah
    ~ Pesan Imam Syafie kepada orang yang nak masuk medan dakwah
    ~ Orang yang cepat sangat nak jadi selebriti dan tokoh terkenal
    ~ Manusia apabila terlalu tergesa-gesa untuk popular, dia tidak akan sempat belajar
    ~ Apabila seseorang bercakap tentang agama, sedangkan dia tidak ada ilmu
    ~ Orang akan tahu kita pembohong dan tidak cukup ilmu
    ~ Islam mengikat kita supaya berdisiplin dalam apa yang dibuat
    ~ Proses belajar sentiasa berterusan dalam hidup
    ~ Nasihat dari Muaz Bin Jabal ketika menjelang wafat
    ~ Ilmu dan iman, Allah letak ditempat yang tinggi
    ~ Bukan mudah nak menjadi ulama
    ~ Kita tidak boleh terima kemunculan ilmuan agama "instant"
    ~ Elakkan diri dari bercita-cita nak menjadi selebriti agama
    ~ Masyarakat akan menganggap selebriti alim besar dan serba tahu
    ~ Selebriti tidak mungkin buat salah
    ~ Buat salah tapi tak mau mengaku
    ~ Seorang yang sesat dan menyesatkan pengikutnya
    ~ Statistik agama dunia, dan merebaknya golongan free thinker
    ~ Update status pertikai peristiwa Isra' mikraj
    ~ "Mana mungkin satu tokoh yang "katanya" mulia boleh naik jumpa Allah dilangit ketujuh.."
    ~ "What is this?! Ini cerita stupid..."
    ~ Golongan yang berani mempertikaikan hadis dan quran
    ~ Ini wahabi, ini aswaja, ini asam jawa - umat Islam tidak senang duduk kalau tak bergaduh
    ~ Bila berselisih pendapat, tak mau rujuk quran dan hadis, tapi mempertahankan ego sendiri
    ~ "Dekat dah.. akan datang satu zaman, orang Islam seolah-olah hidangan makanan kepada orang bukan Islam..."
    ~ Ramai, tapi umpama buih di air yang mengalir
    ~ Punca umat Islam lemah dan nampak tidak hebat
    ~ Penyakit "wahan" dalam diri umat Islam
    ~ Ranking orang kaya di Malaysia
    ~ Nak rebut dunia, lelong akhirat
    ~ Umat Islam dipandang hina diseluruh dunia
    ~ Zaman kegemilangan Islam telah berlalu
    ~ Islam sama Islam, tapi berbalah sehingga ketahap berbunuh-bunuh
    ~ Islam tak pernah suruh kita bermusuhan dengan non-muslim
    ~ Doa Nabi untuk pemimpin umat Islam yang menyusahkan rakyatnya
    ~ Bantulah saudara seagama dengan kita
    ~ Doa panjang selepas Nabi solat sunat dua rakaat
    ~ Tiga benda yang Nabi minta tapi hanya dua yang diluluskan oleh Allah
    ~ Umat tidak akan dibinasakan akibat kemarau panjang dan banjir besar
    ~ Nabi takut umat akan bercakaran, bergaduh dan berbalah hingga tumpah darah
    ~ Kita menjadi fitnah kepada agama sendiri
    ~ Iblis terkeluar dari syurga kerana Ego
    ~ Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hati ada sombong walau sedikit
    ~ Macam mana nasib "mat smart"?
    ~ Maksud takabbur dan ciri-ciri orang memiliki sifatnya
    ~ Sahabat sayang Nabi sebab Nabi seorang yang humble
    ~ Cerita Abu Bakar As-Siddiq menjelang wafat
    ~ Dikafankan dengan tiga helai kain putih daripada Yaman
    ~ Isteri Nabi yang dikenali dengan nama Ummu Habibah
    ~ Nabi pembawa Rahmatan Lil Alamin (Rahmat sekelian alam)
    ~ Jangan cita-cita jadi terkenal, jadilah personaliti tersembunyi
    ~ Memadai hanya Allah dan penduduk langit kenal kita
    ~ Badwi "Mr Nobody" yang dekat dihati Nabi
    ~ Latih diri supaya beramal ikhlas kerana Allah
    ~ Hidup nampak macam orang kaya, tapi hatinya sempit dan gundah gulana
    ~ Kenapa aku hidup atas dunia ada penglihatan tapi buta di hari akhirat?
    1 hr 9 min
  • BM19 | 120612 | "Jemuan Jadi Ketua" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Bahrul Mazi Jilid 19 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Jamek Jelutong, Pulau Pinang, pada 12hb Jun 2012.
    ~ Abu Darda' yang dibuang daerah semasa pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab
    ~ Tuduhan Umar Al-Khattab ambil kesempatan buat harta semasa jadi pemerintah
    ~ Nabi rasa macam ada yang tak kena dengan Saidina Abu Bakar
    ~ Salah faham antara Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar
    ~ Kelakuan seorang yang rasa sangat bersalah
    ~ "Aku ni terlanjur marah kepada Umar Al-Khattab...saya menyesal.."
    ~ Tak boleh tidur malam bila bergaduh antara kawan rapat
    ~ Dah minta maaf, tapi tidak dimaafkan
    ~ "Allah sudah pun memaafkan engkau..."
    ~ Keras hati tak mau mengaku salah, tak mau mengalah
    ~ "Kalau aku mengaku salah, jangan panggil aku Shamsuri..."
    ~ Gelaran As-siddiq ni Nabi yang bagi
    ~ Manisnya kehidupan para sahabat
    ~ Bila jadi masalah, Allah dan Rasul jadi rujukan
    ~ Masalah kita hari ni, kronik, tapi kita tak jadikan Allah dan Rasul sebagai penyelesaian masalah
    ~ Masalah bertimbun-timbun sebab rujukan tak betul
    ~ Merah muka Nabi sebab marah bila nampak Umar..
    ~ Kawan jatuh, masa tu nak pijak atas belakang
    ~ Pelik persahabatan kita hari ni
    ~ "Muhammad engkau seorang yang benar, apa juga yang engkau kata kami percaya.."
    ~ Kejadian di bulan Rejab, sesuatu yang tak masuk akal
    ~ Orang pertama yang percaya dan membenarkan cerita Nabi tentang Israk Mikraj
    ~ "Ishh, Muhammad ni, awatlah dia pi merapu macam ni.."
    ~ Bagi semua harta untuk bantu Islam
    ~ Macam ni punya sahabat, hangpa nak tinggal dia ka?
    Doa Nabi ketika melihat jenazah Abu Salamah
    ~ Teringin nak tahu apa yang menjadi rahsia Nabi
    ~ Nabi tidak hipokrit - apa yang nampak di depan, sama saja di belakang
    ~ Di masjid nampak elok, balik rumah terajang bini
    ~ Aku telah tercerita benda yang tak sepatutnya tentang Nabi
    ~ Rasa menyesal bila terbuat salah
    ~ "Ya Rasulullah, jadikanlah aku seorang ketua.."
    ~ Jangan sekali-kali melihat jawatan ketua ni sebagai kemuliaan
    ~ Orang yang jadi ketua akan menjadi hina dan menyesal di hari kiamat
    ~ Siapa yang di atas dunia, pernah menjawat jawatan ketua, akan dibawa keakhirat dengan tangan terbelenggu di tengkuk
    ~ Kebaikan akan menjadi penyebab dia lepas dari kesusahan
    ~ Pegang jawatan mulanya akan kena maki dengan orang
    ~ Jadi kuli lebih senang dari jadi tokey
    ~ Tak cukup syarat dan tak layak pun nak jadi ketua~ Jemuan Jadi Ketua
    ~ Rasa menyesal itu adalah taubat~ Jangan jadi orang yang buat salah tetap mempertahankan salah
    --- BAHRUL MAZI JILID 19 MUKA SURAT 209 ---
    ~ Hadis berselimut sewaktu bersetubuh dengan isteri
    ~ Menikah kalau tak tidur dengan bini itu "karut"
    ~ Apa hal baru menikah seminggu dah nak bercerai?
    ~ "Kalau ibarat kereta baru, plastik pun tak koyak lagi.."
    ~ "Berapa lama kamu boleh bertahan tanpa disentuh oleh suami kamu?"
    ~ Mengambil kira keperluan "fisiologi" manusia
    ~ Antara perkara yang wajib dipenuhi bila berumah tangga
    ~ Adab bila berhubungan suami isteri
    ~ Jadi apa dalam selimut tak ada masalah
    ~ Jin dan malaikat tengok, walaupun tiada manusia lain dalam bilik
    ~ "Oooo...dalam jamban Malaikat tak ada.."
    ~ Otak jahat, sampai jamban tersumbat dengan kondom
    ~ Jamban jadi sarang maksiat
    ~ Tempat mandi awam di Mesir - Hammam
    ~ Maksud dan kegunaan "kain cokeng"
    ~ Tua muda bertelanjang bogel
    ~ Ahli kelab yang tidak dibenarkan berpakaian
    ~ Sebahagian orang kita anggap "Arab tu betul semua"
    ~ Dahsyatnya Mesir tu lebih dari Bukit Bintang
    ~ "Aku dok ingat Mesir ni, semua jubah putih serban atas kepala.."
    ~ Terpengaruh dengan cerita Indah khabar dari rupa
    ~ Baru hang tau kata Malaysia bagus...
    ~ Alim orang Arab ni luar biasa tak terbanding dengan kita
    ~ Gelaran Al-Hafiz pun ada lupa ayat Quran
    ~ Apa hukum kubur dibuat binaan?
    ~ Tanah wakaf tidak boleh dihakmilikan kepada sesiapa
    ~ Imam Syafie larang, tapi orang buat juga
    ~ Jangan sekali-kali join ahli kelab tak pakai baju
    ~ Sebaik-baik rumah adalah rumah yang mengingatkan kepada akhirat
    ~ Kawan yang mendesak untuk minum arak di Annual Dinner
    ~ Anak jadi tengkorak bern
    1 hr 41 min
  • BM19 | 080512 | "Dua Tempat Extreme & Bapa Sport Car" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Bahrul Mazi Jilid 19 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Jamek Jelutong, Pulau Pinang, pada 8hb Mei 2012.
    ~ Soal Jawab Allah dengan seorang ahli neraka semasa di hari akhirat
    ~ Seorang kaya yang hidup mewah semasa di atas dunia
    ~ Kesan sekali celupan neraka
    ~ "Demi Allah, aku seumur hidup tak pernah rasa senang.."
    ~ Bukti dahsyatnya azab neraka
    ~ Kisah seorang manusia yang hidup sangat susah sengsara semasa di atas dunia
    ~ "Seumur hidup kamu pernah tak dihimpit kesusahan?"
    ~ Kesan sekali celupan syurga
    ~ Bukti betapa nikmatnya syurga
    ~ Tempat yang sangat extreme azabnya
    ~ Tempat yang sangat extreme nikmatnya
    ~ Api yang digunakan diatas dunia, hanya 1 per 70 daripada panas api neraka Jahannam
    ~ Kalau kena bakar dengan api dunia pun sakit dah
    ~ Cerita nak masuk neraka ni bukan cerita main-main
    ~ Manusia yang ikut nafsu semata-mata
    ~ Bunyi kuat semasa sahabat duduk bersama Nabi
    ~ Batu yang dihumban sejak 70 tahun dahulu
    ~ Dalamnya dasar Neraka Jahannam
    ~ Nak percaya atau tidak terpulang, satu hari nanti kita akan tengok buktinya
    ~ "Kalau sekiranya Allah mahu, Allah boleh buat seluruh penduduk dunia ni beriman..."
    ~ Allah tak jadikan Islam sebagai komoditi yang boleh dijual untuk keutungan
    ~ Maksud tiada paksaan dalam agama
    ~ Menempah satu masalah besar dihari akhirat nanti
    ~ Kisah seorang yang dapat azab yang paling ringan didalam neraka
    ~ Sanggup tak tebus diri dari neraka dengan jutaan harta dunia
    ~ Bayar 10 juta untuk dapatkan kesihatan
    ~ Permintaan Allah ketika seseorang masih berada dalam kandungan
    ~ Kita tak letak Allah nombor 1 dalam hidup kita
    --- BAHRUL MAZI JILID 19 MUKA SURAT 204 ---
    ~ Tegahan lelaki menyentuh aurat lelaki
    ~ Tajuk "geli geleman"
    ~ Hukum sentuh aurat orang lain tanpa berlapik
    ~ Masalah tidur telanjang dengan orang lain dalam satu selimut
    ~ Angan-angan Sheikh Tongkat Semambu
    ~ Bersama dengan isteri tapi bayangkan orang lain
    ~ Prevention is better than cure
    ~ Kawasan dan batas aurat lelaki dan wanita
    ~ Penyakit teruk dalam masyarakat hari ni
    ~ Perkara yang Nabi cukup takut berlaku kepada umat
    ~ Surah Al-Hijr yang menceritakan kisah umat Nabi Luth
    ~ "Hal selera kami, hang jangan masuk campur.."
    ~ Asal Usul Perkataan "Sodomy" untuk perbuatan liwat
    ~ Lokasi bukit yang dinamakan "Mount Sodom"
    ~ Kajian seorang pakar arkeologi German
    ~ Tasik yang terbentuk daripada satu malapetaka besar
    ~ Keadaan "Death Sea" pada hari ni
    ~ Perintah Allah supaya Nabi Jibril terapkan bumi
    ~ Hukum bagi orang yang buat kerja liwat
    ~ Menuduh orang liwat tanpa saksi
    ~ Hukum sentuh aurat orang lain
    ~ Jangan mudah, dan sporting sangat dalam menghalalkan hubungan anak sebelum nikah
    ~ Bayi dalam tong sampah, depan tangga masjid
    ~ "Jangan hampiri zina..."
    ~ Silap sesetengah ibu bapa hari ni
    ~ Mak yang jadi lawyer anak
    ~ Maksud "umum balwa" - normal beyond control
    ~ Satu bala yang sudah diterima dalam masyarakat
    ~ Hammam (bilik mandi awam) di Mesir
    ~ Berjalan dengan seluar "superboy"
    ~ Hugh Hogan, John Cena dalam WWE lawan pakai seluar kecil
    ~ Tengok orang perempuan tak pakai tudung, dah rasa biasa
    ~ Bagi ada warak dalam hati
    ~ Paha termasuk dalam aurat lelaki
    ~ Perangai dalam masyarakat, tarik kain sampai jadi mini skirt
    ~ Kalau nak pakai sangat seluar pendek
    ~ Kejadian sahabat ternampak paha atau betis Nabi
    ~ Perbezaan pendapat dikalangan ulama tentang paha itu aurat atau bukan
    ~ Buang pahala yang kita buat
    ~ Islam agama bersih, kebersihan kena jaga
    ~ Tong Gas ada tengah rumah
    ~ Kebersihan dituntut oleh syarak dalam semua hal
    ~ Sheikh Roti Canai Kuku Panjang
    ~ Ustaz Shamsuri cukup pantang dengan perangai pengotor
    ~ Masalah bayi kencing diatas lantai
    ~ Cara nak cuci najis air kencing (mutawashitah - nasjis pertengahan) dilantai
    ~ Sucikan hati daripada sifat yang dicela
    ~ Cerita tentang kasih ibu yang disebarkan melalui email
    ~ Kisah anak beranak cacat tak ada telinga
    ~ "Itulah hukum dunia..."
    ~ Allah Taala itu baik, Allah suka hambaNya yang baik
    ~ Tak rugi jadi orang baik
    ~ Umur yang patut dihormati dan disayan
    1 hr 42 min
  • BM19 | 100412 | "Express Ke Syurga & 3 Hadiah Tak Boleh Tolak" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Bahrul Mazi Jilid 19 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Jamek Jelutong, Pulau Pinang, pada 10hb April 2012.
    ~ Hadis daripada Jabbir Bin Atiq
    ~ Nabi ziarah sahabat yang sedang sakaratul maut
    ~ Abdullah Bin Sabit yang sangat tenat
    ~ Maksud Istirja' (Innalillahi wa inna ilaihirajiun)
    ~ "Dia ni, dah hujung umur, dah dekat nak mati.."
    ~ Cuba tenangkan perempuan yang menangis
    ~ Masyarakat yang jahil tentang kematian
    ~ Nabi pun menangis bila melihat kematian
    ~ Perbuatan yang tidak dibenarkan semasa kematian
    ~ Meraung dan jerkah dalam rumah kematian
    ~ Adakah tangisan sanak saudara, menyebabkan si mati di azab?
    ~ Ikut perang untuk memburu syahid
    ~ Pahala berdasarkan niat bukan berdasarkan pengakhiran macam mana
    ~ Apa yang difahami tentang syahid?
    ~ 7 jenis syahid selain dari terbunuh dijalan Allah
    ~ Beza Syahid Akhirat dan Syahid Dunia Akhirat
    ~ Darah akan menjadi saksi di depan Allah
    ~ Golongan yang ekspress ke syurga tanpa hisab
    ~ Hari Jaafar Bin Abi Talib terbunuh dalam Perang Mu'tah
    ~ Berita kematian yang dilaporkan oleh Malaikat Jibril
    ~ "Tiga orang sudah mati.."
    ~ Kejadian dramatik dalam meninggikan bendera ISlam
    ~ Sahabat yang diberi gelaran "Pedang Allah"
    ~ Kehebatan Panglima Tentera Islam bernama Khalid Al-Walid
    ~ Orang hebat macam dia, tidak akan lama berada dipihak musuh Islam
    ~ Hanya pedang buatan negeri Yaman yang tinggal
    ~ "Unta tua yang menunggu saat kematian diatas katil.."
    ~ Bawa Islam serata dunia
    --- BAHRUL MAZI JILID 19 MUKA SURAT 198 ---
    ~ Masalah Tomboy : Orang perempuan yang merupai lelaki
    ~ Golongan yang dilaknat oleh Allah dan Rasul
    ~ Perbuatan yang haram ke atas lelaki dan perempuan
    ~ "Apa ke jadah depa ni.."
    ~ Sex Maniac misai bertaring
    ~ Semak perut tengok lelaki nak jadi perempuan
    ~ Teropong tengok anak-anak dirumah jangan biar rosak
    ~ Perempuan kasar dan lasak sebab adik-beradik lelaki ramai
    ~ Kes-kes yang dimaafkan bila ada lelaki "lembut" atau perempuan kasar
    ~ Kadang-kadang anak rosak sebab mak ayah
    ~ Cubaan "memperempuankan" anak lelaki
    ~ Kena usaha bersusah payah untuk betulkan keadaan anak
    ~ Orang perempuan dilarang keluar rumah pakai wangi-wangian
    ~ Bau bawang merah dan udang di rumah
    ~ Tarik perhatian "orang jantan"
    ~ Air tenang jangan disangka tiada bujang senang
    ~ Kejadian yang berlaku di Sungai Petani
    ~ Benda yang Islam larang, mesti ada kebaikan
    ~ Islam punya nak jaga orang perempuan untuk letak ditempat yang cukup tinggi
    ~ Hukum orang perempuan keluar dari rumah
    ~ Buka pintu jadi tak elok dalam rumah tangga
    ~ Pihak ketiga yang sentiasa nak "ambil peluang" atas kelalaian
    ~ Jangan terlebih wangi sampai dapat dibau sepanjang jalan
    ~ Agama tak suka buat sesuatu secara berlebih-lebihan
    ~ T-shirt Follow Me jumpa dengan syeikh gila
    ~ Mata yang dianggap "berzina"
    ~ Haji Mata Nakal
    ~ Orang perempuan yang dianggap sebagai "perempuan jahat"
    ~ Beza minyak wangi untuk lelaki dan perempuan
    ~ Jangan tolak hadiah minyak wangi
    ~ Hadiah yang tidak boleh ditolak dalam Islam
    ~ Manusia normal mesti suka wangi, tak suka busuk
    ~ Orang berhenti beli rokok
    ~ Bunga termasuk dalam hadiah yang tak boleh ditolak
    ~ Jangan bagi bunga kat bini orang
    ~ Hadiah yang membuka ruang fitnah
    ~ Nabi susah nak tolak hajat orang
    ~ Kisah sahabat Nabi yang dah tua dan ada masalah mata
    ~ Mengambil berkat (tabarruk) dari tempat Nabi solat
    ~ Kepimpinan Nabi menjadi teladan kepada semua
    ~ Tiga benda yang tidak boleh ditolak jika dihadiahkan
    ~ Bantal orang Arab yang disebut "Al-Wisadah"
    ~ Jangan tolak nikmat yang datang
    ~ Ambil hati orang, dapat pahala besar
    ~ Orang susah yang "besar hati"
    ~ Kisah anak murid Ustaz yang tak datang ke sekolah
    ~ Proses memanusiakan manusia - benda yang tak diajar di Universiti
    ~ Jangan lukakan hati orang yang bagi bunga
    ~ Soalan kawan yang nak cium Hajarul Aswad
    ~ "Kaki tak mengaji" yang sampai ke Mekah
    ~ Orang yang seolah-olah "keluar dari syurga"
    Mukaddimah Seterusnya :
    ~ Jangan meraba, baik lelaki sama-sama lelaki, perempuan dengan perempuan, atau lelaki dengan perempuan
    1 hr 31 min
  • MUAMALAT | 241020 | "Ada Apa Dengan Emas" - Ustaz Lariba
    Sesi Online Bersama Ustaz Abdul Aziz Mohd Nor (Ustaz Lariba) berkaitan Ilmu Jual Beli Emas yang berlangsung pada 24hb Oktober 2020.
    ~ Bila kita kuat asas kita takkan melencong dari kebenaran
    ~ Kalau rumah tiada tiang, rumah akan runtuh
    ~ Tak sengaja ajak orang lain buat dosa
    ~ Tak boleh buat emas sebagai bekas (bejana)
    ~ Orang lelaki tak boleh langsung pakai emas
    ~ Riba adalah dosa besar
    ~ Dalil asas berkaitan barang ribawi
    ~ Betulkah wang kertas tiada nilai?
    ~ Carta barangan ribawi
    ~ Syarat untuk jual beli atau muamalat melibatkan emas
    ~ Salah faham tentang riba
    ~ Beberapa perkara yang menyebabkan forex haram
    ~ Empat syarat tukar (muamalat) emas dengan wang ringgit
    ~ Akad jual beli emas tak boleh bertangguh
    ~ Beza emas jongkong dan emas hiasan
    ~ Jual emas tak boleh ada syarat pulang balik emas
    ~ Masalah jual emas secara MLM
    ~ Pentingnya nombor siri pada jongkong emas
    ~ Masalah akaun emas di perbankan konvesional
    ~ Beberapa contoh akaun simpanan emas yang patuh syariah
    ~ Senarai syarikat simpanan emas yang patuh syariah
    ~ Hukum bayar deposit untuk tempahan belian emas
    ~ Boleh atau tidak sewa emas, gadai emas
    ~ Cara nak tukar emas lama dengan emas baru
    ~ Maksud buat dua akad semasa tukar emas
    ~ Contoh scam emas yang terkini (tahun 2020) dalam masyarakat Malaysia
    ~ Skim piramid emas ETA (delay)
    ~ Sanggupkah kita tanggung dosa riba
    ~ Kita boleh lupakan scam tapi scam tak lupa kita
    SESI SOAL JAWAB
    ~ Masalah beli alat pengesan emas untuk cari emas hilang, kemudian jual?
    (Jumpa barang milik orang, apa nak buat?)
    ~ "Kalau bagi kat baitulmal, tak untung la.."
    ~ Jika terjumpa emas dalam tanah, bolehkah diambil sebagai hak sendiri
    ~ Undang-undang khas dalam Islam tentang barang Islam
    ~ Hukum iklankan barang hilang
    ~ Berapa jumlah emas terkumpul dalam simpanan yang kena bayar zakat emas?
    ~ Penjelasan tentang zakat emas dan hukum berkaitannya (beza barangan kemas dan jongkong emas/pelaburan)
    ~ Adakah emas yang dipajak dalam Ar-Rahnu juga kena zakat?
    ~ Hukum kutu emas
    ~ Masalah undang-undang berkaitan kutu
    ~ Tawaran jadi dealer emas dengan yuran sebanyak RM700 sahaja
    ~ Pentingnya pelaburan ilmu vs pelaburan nafsu
    ~ Pelaburan tak boleh jamin untung
    ~ Zakat emas berdasarkan tempat bermastautin atau tempat emas berada?
    ~ Boleh atau tidak lock harga emas, kemudian batalkan pembelian?
    ~ Duit keuntungan bila tutup akaun simpanan emas
    ~ Kaedah beli emas yang dilelong di pajak gadai?
    ~ Tebus dosa pajak gadai tak patuh syariah
    ~ Masalah emas yang tak laku / tak diterima di Ar-Rahnu
    1 hr 30 min
  • KHAS | 271020 | "Memahami Darurat - Agama Dan Negara" - Ustaz Ahmad Jailani
    Kuliah Khas oleh Ustaz Ahmad Jailani Abdul Ghani (Peguam Syrarie) berkaitan Cadangan Pengishtiharan Darurat oleh Kerajaan Malaysia, yang berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang pada 27hb Oktober 2020.
    ~ Perbahasan dan persoalan yang timbul berkaitan cadangan Darurat
    ~ Maksud darurat dalam hukum syarak
    ~ Hukum darurat dibuat oleh ulama berdasarkan hadis dan quran
    ~ Bila dalam keadaan darurat atau terpaksa (tiada pilihan) boleh buat sesuatu yang asalnya diharamkan
    ~ Tak boleh redha makan atau minum perkara yang diharamkan
    ~ Allah tuhan yang maha pengampun lagi maha penyanyang
    ~ Bila dalam keadaan bahaya, terpaksa, darurat, ada kelonggaran diberikan
    ~ Lelaki dengan lelaki pun tak boleh buka aurat
    ~ Contoh-contoh kes darurat dalam masyarakat (yang dibenarkan dalam agama)
    ~ Makan sekadar untuk menyelamatkan diri
    ~ Berubat dengan ubat yang mengandungi najis
    ~ Ada dua ubat, satu dari sumber yang halal, satu lagi dari sumber haram
    ~ Masalah dalam tubuh "ada babi" macam mana nak solat
    ~ Bila perompak masuk dalam rumah ditengah malam
    ~ Private defense (self defense) yang dibenarkan dalam agama dan undang-undang
    ~ Benda yang jarang-jarang terjadi dalam kehidupan
    ~ Darurat dalam tafsiran undang-undang negara
    ~ Proklamasi darurat dibawah perkara 150 (1) perlembagaan persekutuan
    ~ Pandangan Dato Dr Wan Ahmad Fauzi tentang isu Darurat yang dicadangkan oleh kerajaan kepada Yang Dipertuan Agung
    ~ Adakah Yang Dipertuan Agung terikat untuk ikut cadangan Perdana Menteri
    ~ Contoh-contoh catatan kisah zaman sahabat
    ~ Kejadian Umar Al-Khattab jadi terlalu marah
    ~ Orang-orang kanan selalu mengampu bos
    ~ Sistem demokrasi yang subur dan menepati sunnah
    ~ Kejadian semasa usaha mengumpulkan Quran
    ~ Maksud syura dan mesyuarat
    ~ Setiap orang berhak menilai pendapat yang diutarakan dalam mesyuarat
    ~ Andaian dicadangkan darurat adalah sebab nak elak PRU atau ada "salah guna kuasa"
    ~ Contoh negara yang menyalahgunakan perintah darurat
    ~ Untungnya Malaysia ada sistem Raja Berpelembagaan
    ~ Percakapan tentang politik dalam negara sudah sampai ke tahap bahaya
    ~ Menggunakan media sosial untuk melaga-lagakan pemimpin
    ~ Dosa melakukan an-namimah (adu domba / batu api)
    ~ Ancaman terhadap orang yang melaga-lagakan orang
    ~ Perbuatan yang dikategorikan sebagai sihir yang sangat dahsyat
    ~ Boleh rosakan hubungan orang dalam masa yang sangat pantas berbanding sihir ilmu hitam
    ~ Perbuatan yang lebih bahaya daripada sihir yang merupakan dosa besar
    ~ Kisah suara dua orang yang sedang diazab dalam kubur
    ~ Berita yang di "spin" dalam whatsapp dan media sosial
    ~ Perkara yang dianggap remeh oleh ramai manusia, tapi akan menjadi asbab diazab dalam kubur
    ~ Andai kata YDPA setuju dengan cadangan Darurat dalam Negara, apa yang kita rakyat biasa dapat?
    54 min
  • BM21 | 130313 | "10 Tanda Sebelum Kiamat" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 13 Mac 2013.
    ~ Perbincangan para sahabat tentang kiamat
    ~ Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah terjadinya 10 perkara
    ~ Keluarnya sejenis binatang, terbit matahari dari barat
    ~ Turunya Nabi Isa dan keluarnya Ja'juj dan Makjuj
    ~ Akan berlaku tiga gempa bumi yang besar
    ~ Muncul api dari Yaman yang akan kejar orang ramai
    ~ Adakah kabus dan jerebu tanda "ad-dhukan"?
    ~ Kejadian gempa bumi yang pernah berlaku sejak 1923 hingga 2012
    ~ Gempa bumi adalah ciri-ciri kiamat
    ~ Apabila digoncang bumi dengan goncangan yang dahsyat
    ~ Tanda kekuasaan Allah Taala
    ~ Definasi kiamat - hari akhir alam
    ~ Beza antara kiamat kecil dan kiamat sebenar
    ~ Tak sangka bila kita nak mati
    ~ Kematian seorang pemain bola sepak dunia "sudden death"
    ~ Hadis Nabi tentang kejadiaan ketika berlakunya kiamat
    ~ Mati boleh jadi malapetaka kepada orang yang tidak bersedia
    ~ "Ya, Allah alangkah baiknya, kalau aku dah berada dalam kubur macam dia ni.."
    ~ Malapetaka yang menakutkan diakhir zaman
    ~ Serabut dengan keadaan yang berlaku dalam kehidupan seharian
    ~ Apabila datangnya bunyi yang boleh memecahkan gegendang telinga
    ~ Bunyi sangkakala kedua, merupakan azab kepada manusia
    ~ Manusia lari daripada saudara sendiri
    ~ Bukti sayangnya ibu bapa kepada anak-anak
    ~ Kiamat yang cukup dahsyat keadaannya
    --- BAHRUL MAZI JILID 21 MUKA SURAT 7 ---
    ~ Surah Al-Fatihah yang dipanggil Ummul Kitab
    ~ Dalam mazhab Syafie "Bismillah" dikira sebagai salah satu ayat Al-Fatihah
    ~ Masalah baca "Basmalah" secara senyap dan kuat
    ~ Hal fekah jangan bertengkar
    ~ Marah dengan orang yang tak baca talkin
    ~ Cakap yang bermaksud menghina orang
    ~ "Baru baca berapa kitab dah nak pertikai orang.."
    ~ Bila gunakan platform ceramah atau kuliah dengan menghentam pihak lain
    ~ Orang di negeri Arab tak kalut baca Al-fatihah
    ~ Keadaan-keadaan yang membolehkan orang bermazhab syafie tak perlu baca Al-Fatihah dalam solat
    ~ Dalil golongan yang mengatakan wajib baca Al-Fatihah dalam solat
    ~ Pendapat Imam Hanafi tak wajib baca Al-Fatihah
    ~ Siapa Imam Hanafi (Imam Abu Hanifah)
    ~ Mazhab yang dipegang oleh golongan India Muslim
    ~ Mahaguru yang sangat menghormati guru
    ~ Kebiasaan menghadiahkan barang berharga kepada guru
    ~ Mazhab Hanafi sebagai Mazhab Rasmi Daulah Uthmaniah
    ~ Tarikh malang bagi umat Islam seluruh dunia (berakhirnya kerajaan daulah Uthmaniah)
    ~ Dosa Kamal Atartuk dalam membenci Islam
    ~ Adakah makmum wajib baca Al-Fatihah?
    ~ 20 Tahun dah dengar tapi tak faham apa
    ~ Tegur suruh diam, sehingga mensia-siakan pahala Jumaat
    ~ Fokus semasa kuliah dan khutbah disampaikan
    ~ Masalah anak-anak bising semasa kuliah
    ~ Islam untuk semua orang (menjaga keharmonian dan tidak kacau orang)
    ~ Masalah loud speaker masjid dan surau kuat sehingga jadi fitnah kepada Islam
    ~ Azan kena kuat, ada nas, pakai loud speaker pasang Quran tak ada nas
    ~ Nak buat apa benda pun pastikan dibuat atas pertimbangan ilmu
    ~ Sheikh Idris Al Marbawi sangat berhati-hati dan tak pernah menghina mazhab lain
    ~ Tok Imam Express
    ~ Sunat bagi imam diam sebentar selepas "amin" untuk jemaah baca fatihah
    ~ Imam Syafie sangat teliti dalam hukum hakam
    ~ Larangan buat dua jemaah dalam satu tempat
    ~ Solat yang tidak sempurna jika tinggal bacaan Al-Fatihah
    ~ Bila dibacakan Quran kena dengar
    ~ Dalil mazhab lain yang "tidak mewajibkan" makmum baca fatihah
    ~ Dua tempat "sa'tah" (berhenti sebentar) dalam solat
    ~ Kena berhenti sekejab antara takbir dan doa iftitah
    ~ Ada orang yang tahap ghaplah dia dahsyat
    ~ Antara tanda kiamat, perkara pertama Allah akan angkat ialah "kusyuk dalam solat"
    ~ "Ni wahabi ka apa ni.."
    ~ Masalah tambah satu rakaat lepas solat
    ~ Boleh ketinggalan tiga rukun panjang
    ~ Imam nakal ada side mirror di tepi
    ~ Dalam solat jangan kacau orang
    ~ Nak duduk juga tawaruk semasa tahiyat dalam saf yang sempit
    ~ Dalam 7 ayat Al-Fatihah ada dua bahagian (sebahagian untuk Allah, sebahagian lagi perkongsian antara kita dengan Allah)
    1 hr 37 min
  • BM21 | 110913 | "Haji Nak Jadi Rambo" - Ustaz Shamsuri Ahmad
    Kuliah Kitab Bahrul Mazi Jilid 21 yang berlangsung di Masjid Abdullah Fahim, Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 11 September 2013.
    ~ Kisah seorang lelaki yang tak pernah buat baik
    ~ Kalau bapa mati esok.. bakar saja mayat bapa ni..
    ~ Azab yang tidak pernah kena kepada mana-mana manusia diatas dunia
    ~ Perintah supaya laut dan darat himpun semula debu-debu mayat yang dibakar dan ditaburkan
    ~ Cerita "future" yang akan berlaku dihari kiamat nanti
    ~ "Aku buat sebab aku takut kepadaMu ya Allah..."
    ~ Kita manusia buat salah setiap hari
    ~ Yang penting dalam kehidupan ialah bertaubat dari dosa
    ~ Detik-detik kewafatan Nabi
    ~ Sayangnya Nabi kepada Aishah
    ~ Nabi yang maksum dan paling mulia pun, masa nak mati takut dosa
    ~ Pesan Nabi.. "Habis solat subuh, sebelum bercakap dengan orang.. ucaplah ucapan ni.."
    ~ Perbincangan tentang hadis daif
    ~ Amalan yang akan membuatkan Allah selamatkan seseorang dari Neraka
    ~ Nak mati bukan syarat tua atau sakit
    ~ "Allah telah tulis nama kamu sebagai orang yang terjauh dari neraka.."
    --- Bahrul Mazi Jilid 21 Muka Surat 14 ---
    ~ Kisah Adi Al Hatim seorang pembesar kaum
    ~ Nabi berharap sangat Adi masuk Islam
    ~ Jalan express nak ajak orang kepada Islam
    ~ "Aku rasa tidak ada manusia didalam muka bumi ini yang lebih benci Muhammad dan Islam lebih daripada aku.."
    ~ Bila ada duit dan kedudukan, datang sombong
    ~ Membenci Nabi 20 tahun sedangkan tak pernah jumpa Nabi
    ~ Bina kebencian hanya dari cerita orang
    ~ Hebatnya akhlak dan cara Nabi melayan tetamu
    ~ Banyak orang tak boleh sembunyikan kebencian
    ~ Ayat dan persoalan-persoalan dakwah Nabi
    ~ Menumpangkan "dif" (tetamu) ke rumah Jiran
    ~ Mengaji dengan Nabi setiap pagi dan petang
    ~ Orang yang baru masuk Islam bersungguh nak belajar tentang Islam
    ~ Orang yang duduk dekat dengan pondok, tapi tak pernah pi mengaji
    ~ Tajuk yang sesuai dengan orang yang ada duit
    ~ Sifat Nabi - Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatonah
    ~ Kebijaksanaan Nabi dalam mengenal orang
    ~ Betul-betul amalan yang paling baik ni apa?
    ~ Jawapan Nabi adalah berdasarkan orang yang bertanya
    ~ Orang baik kita berburuk sangka, orang jahat kita percaya
    ~ Bukan semua orang yang boleh bercakap dan meyakinkan orang
    ~ Nabi pesan kepada mana-mana orang yang ada kebolehan meyakinkan orang, kena ajak orang buat baik
    ~ Islam satu agama yang sangat praktikal
    ~ Tak boleh buat semua, buat sikit
    ~ Kalau saya buat solat tarawih tak cukup lapan rakaat, adakah dikira sebagai solat tarawih?
    ~ Jangan tuduh Imam Malik buat bidaah
    ~ Biasakan diri bersedekah walaupun sedikit
    ~ Bakhil akan menyebabkan menyesal di akhirat
    ~ Sedekah minyak wangi
    ~ Pintu-pintu kebaikan ni ada di mana-mana
    ~ Cerita kawan Ustaz nak buat ibadah haji betul-betul ikut sunnah Nabi
    ~ Hari Unta Minum Air (Hari Tarwiyah)
    ~ Haji Ketegaq (Rambo Bukan Nabi)
    ~ Jangan pandang hina pada kebaikan walaupun sedikit
    ~ Senyum itu sedekah
    ~ Nafsu tak mau buat benda yang perlu mujahadah
    ~ Setiap orang akan berjumpa dengan Tuhan satu hari nanti
    ~ Soalan yang Allah nak tanya kepada setiap kita
    ~ Allah ungkit segala yang Dia bagi kepada kita
    ~ "Aku bagi telinga dekat hang, hang pi dengar apa?"
    ~ Hanya tiga yang boleh ungkit (Allah, mak ayah dan guru)
    ~ Akhir zaman manusia mengingkari jasa guru
    ~ Seorang yang menjadi penyebab "bangkit dari tidur"
    ~ Hina guru yang menjadi penyebab hidayah
    ~ Orang bersalah hilang cakap pandai
    ~ Bayangkan kita berslaah di Mahkamah Allah
    ~ Bukankah hang diatas dunia dulu, Aku bagi hang hidup senang?
    ~ Sentuh jadi emas (golden touch)
    ~ Sumber pahala terputus selepas kematian
    ~ Tiga cara pahala boleh terus mengalir
    ~ Fatwa kontroversi Imam Syafie tentang usaha kirim pahala
    ~ Bergaduh antara ustaz-ustaz sampai nak baling microphone
    ~ Tidak ada jaminan disisi Allah boleh kirim pahala selepas mati
    ~ Apa yang nak dipersembahkan kepada Allah di hari kiamat?
    ~ Tak ada perisai amalan, akan mendedahkan kita kepada neraka
    ~ Nilai sebelah biji kurma dihari akhirat
    ~ Kecil besar nilai sedekah bukan terletak pada jumlah
    1 hr 27 min
  • TNI2 | 050514 | "Tempat Turun Azab & Manusia Hati Kering" - Ustaz Shamsuri
    Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, pada 5hb Mei 2014.
    ~ Kejadian semasa Nabi nak turun perang Tabuk dan melalui kawasan yang disebut sebagai Al-Hijir
    ~ Bila Nabi melalui Kawasan Madain Soleh
    ~ Salji turun di Tabuk sejak akhir-akhir ini (tapi bukan tanda kiamat)
    ~ Semua benda jadi nak di claim tanda kiamat
    ~ Kalau Padang Serai turun salji
    ~ Nabi larang minum atau buat bekal air dari telaga di Al-Hijr
    ~ Tempat azab, kaum Nabi Salleh
    ~ Jangan cuba sentuh unta dengan niat jahat
    ~ Bala yang diturunkan kepada kaum Tsamud
    ~ Suasana yang lebih kurang sama macam di Petra, Jordan
    ~ Keajaiban bukit yang ditebuk menjadi rumah kediaman mewah
    ~ Hebat dalam pencapaian dunia, tapi dengan mudah dibinasakan Allah
    ~ Jangan masuk ke kawasan umat yang dibinasakan sebab dosa lawan Nabi
    ~ Kalau tak ada sebab jangan pergi ke kawasan turunnya azab
    ~ Pesan Nabi suruh menangis jika terpaksa melawat tempat umat di binasakan
    ~ Maksud jumud - puak jumud - otak tak boleh fikir
    ~ Tanda jahat manusia ialah susah nak menangis mengalirkan air mata
    ~ Orang Islam disuruh berlatih supaya keluarkan air mata
    ~ Takut apa yang menimpa mereka, menimpa kamu
    ~ Hadis yang cerita lengkap A sampai Z berkaitan haji
    ~ Beza orang yang mengaji bidang hadis dengan orang biasa
    ~ Cara orang Arab bagi nama anak berbeza dengan orang Melayu
    ~ Letak tangan di tengah dada dengan ucapan selamat datang
    ~ Golongan yang disebut sebagai ahlul bait
    ~ Budaya yang ada di zaman sahabat dan tabiin
    ~ Macam mana cara Nabi buat haji
    ~ Sejarah ringkas ibadah haji
    ~ Solat dua rakaat di Bir Ali
    ~ Tempat untuk mula bertalbiah dan sampai dimana kena berhenti
    ~ Salah satu contoh istinbat hukum daripada hadis
    ~ Ibadah haji adalah ibadah ubudiah
    ~ Waktu Nabi berdoa sampai menangis-nangis
    ~ Buat ibadah yang boleh lahirkan rasa puas hati
    ~ Kejadian di Wadi Muhassir
    ~ Tempat berlakunya Peristiwa Abrahah di serang burung ababil
    ~ Laut mati dan peristiwa kaum Nabi Luth dibinasakan
    ~ Produk yang makruh digunakan
    ~ Takutlah dengan azab Allah
    --- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 2 MUKA SURAT 308 ---
    ~ Tafsir Surah An-Nahl
    ~ Jahatnya manusia akhir zaman
    ~ Semakin mendekati kiamat, manusia makin jahat
    ~ Nak tidur malam pun tak boleh nak lena, sebab kejadian mencuri menjadi-jadi
    ~ Penyamun yang seronok jika dapat masuk rumah ada anak kecil
    ~ Kita tak nampak orang jahat buat zalim kepada orang baik
    ~ Beberapa negara yang cuba buat hudud, tapi gagal
    ~ Bukan undang-undang yang salah
    ~ Falsafah kepada undang-undang Islam ialah nak tegakan keadilan bukan nak hukum
    ~ Gugur hudud sekiranya ada keraguan
    ~ Buat secara berperingkat dan mantapkan dahulu sehingga masyarakat nampak kebaikan
    ~ Jangan gopoh sehingga senjata makan tuan
    ~ Satu bentuk huraian sesat di akhir zaman tentang Iblis
    ~ Semua orang nak agama, tapi adakah kita ikut orang yang betul
    ~ Geng cari nak ikut yang "silap"
    ~ Derhaka sungguh kepada Allah, tapi tak mati-mati
    ~ Nabi bertaubat banyak kali dalam sehari
    ~ Apabila datang ajal, tidak akan dilambatkan walau satu saat
    ~ Ayat yang paling digeruni semua orang
    ~ Kejadian di Tasek Gelugor 30-40 tahun lepas
    ~ "Mintak halal, kopi hang aku dah balas dah..."
    ~ Ular senduk kena tampar pipi dengan Hussain
    ~ Ajal belum sampai, terjun jambatan pun tak mati
    ~ Kafir musyrikin tidak suka dengan anak perempuan
    ~ Maksud syirik sama dengan syarikat
    ~ Orang gila dia kata dia betul
    ~ Masalah tulis "RIP - Rest In Peace" untuk orang kafir
    ~ Boleh lawat kematian orang kafir dan beri sedekah pun untuk keluarga mereka, cuma tak boleh doakan kebaikan untuk mayat mereka
    ~ Setiap umat telah diutuskan seorang Nabi kepada mereka
    ~ Dihiasi oleh syaitan supaya yang jahat nampak baik
    ~ Doa supaya Allah tunjukkan kebenaran dan kita dikurniakan kekuatan untuk ikut kebenaran
    ~ Kitab belitan Iblis (talbis iblis)
    ~ Ulama perasan dia seorang saja betul
    ~ Kadang-kadang datangnya istidraj dalam kehidupan
    ~ Hasutan syaitan supaya pemimpin zalim kepada rakyat
    1 hr 23 min
  • KHAS | 250920 | Temuramah "Samurai Kampung Medan" - Dato Zulkifli Abdul Malek
    Temubual bersama Dato Zulkifli Abdul Malek a.k.a Samurai Kampung Medan
    ~ Kisah ringkas sejarah hidup Dato Zul
    ~ Dengan ilmu boleh merubah nasih keluarga
    ~ Soalan sentap yang menjadi penyebab terhasilnya buku "samurai kampung medan"
    ~ Pelajar Kumpulan Pertama "Dasar Pandang Ketimur"
    ~ Mendalami "Berniaga Cara Jepun"
    ~ Tabiat di syarikat "1 Billion"
    ~ Negara yang paling banyak melahirkan syarikat berusia lebih 100 tahun
    ~ Sejarah Katana Circle - tak semua orang boleh pegang Katana
    ~ Samurai dan prinsip Bushido
    ~ Dalam agama ada mazhab, dalam bisness juga perlu mazhab
    ~ Kenapa tak terus tinggal di Jepun sahaja?
    ~ Apa Rahsia kejayaan Dato di Jepun?
    ~ Ilmu membezakan kita dengan orang lain
    ~ Prinsip "Belajar Dari Belakang Bahu Cikgu" - Sensei No Senaka Made Manabu
    ~ Konsep kembali kepada asas
    ~ "Betulkan asas, you ok.."
    ~ "Sistem senpai kohai... biar senior merasa dulu..."
    ~ Budaya kipas boss, bodek vs efective staff
    ~ Orang Jepun yang bengis zaman perang dunia, bila mereka berubah?
    ~ Ada musibah baru nak berubah
    ~ "Jepun tu dok pancung kepala orang..."
    ~ "Saya minta maaf apa yang saya dah buat di Kota Bharu.."
    ~ Cabaran memperkenalkan Islam di Jepun
    ~ Apa motivasi disebalik Senpai - Kohai
    ~ Trend terlalu cepat kaya dalam bisness di Malaysia (kaya segera)
    ~ Benda segera tidak semestinya baik
    ~ Ketinggalan dalam kepesatan ilmu teknologi
    ~ Cabaran IR 4.0 dan Society 5.0 tak ramai yang bersedia
    ~ Covid-19 mengajar dan menyedarkan ramai orang
    ~ Ramalan kegawatan ekonomi berlaku setiap 10 tahun
    ~ Apa kualiti pekerja yang Dato dan para majikan cari zaman sekarang?
    ~ Let the young people lead
    ~ Komen dato tentang sesetengah orang yang terlalu cenderung bercakap tentang politik
    ~ Tak mahu "Super Hero" mereka nak "Super Team"
    ~ Betapa masyarakat Jepun menjaga "privasi"
    ~ Disiplin bukan sebab denda
    ~ Punca Dato terinspirasi dan terlibat dalam usaha dakwah untuk Jepun
    ~ Plan Do Check Action - Kanzen dalam syarikat Panasonic
    ~ Betulkan Asas dan Asaskan Yang Betul
    58 min

About Zonkuliah

From the publisher's feed

Podcast Rasmi Projek Zonkuliah