
Sign up to save your podcasts
Or


Kajian menunjukkan bahawa 20% penduduk Singapura tidak beragama. Bagaimana kita melihat perkara ini dari segi perspektif agama Islam?sama-sama kita bersama Ust Yusuf Rahman & Mudaris Ilyas Zakaria.
Podcast ini adalah satu kolaborasi antara Himayah & Mihwar Services
Kita mendapati ada beberapa kejadian berlaku yang melibatkan isu perkauman. Lebih menyedihkan lagi ia melibatkan keselamatan bukan sahaja individu terjejas tetapi juga seluruh ahli keluarganya. Bagaimana ia boleh berlaku dan adakah perkara ini berlaku pada zaman Nabi? Bersama Ust Yusuf & Mudarris Ilyas Zakaria untuk berkongsi episode kali ini. Episode ini adalah satu kolaborasi antara Himayah & Mihwar services.
Kita menyaksikan peningkatan jangkitan covid-19 dikalangan masyarakat. Kita semakin resah. Risau sekiranya berlarutan. Terfikir bagaimana kita meneruskan kehidupan yang boleh membuatkan kita tertekan. sama-sama kita dengar perkongsian Ust Yusuf & Saudara Mas andi di dalam episode kali ini di Podcast Himayah talk.
Podcast ini adalah kolaborasi antara Himayah & Urusan jenazah Singapura Al-Ikhlas.
Susulan kejadian yang berlaku ada suara-suara yang mengatakan bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Asatizah. Mereka juga berfikiran bahawa tidak menjadi masalah kalau tidak belajar agama untuk mereka serta anak-anak mereka. dalam episode ini akan membincangkan topik yang di ketengahkan bersama Ust Yusuf & Mudarris Ilyas Zakaria.
Podcast ini adalah satu usaha kolaborasi antara Himayah & Mihwar Services.
Pastinya ramai antara kita merancang untuk mencari kerja. Merancang untuk sambung belajar ke universiti kemudian ada hasrat untuk bernikah dan akan merancang tarikh perkahwinan. Akan tetapi, pernahkah kita merancangkan untuk Mati? Syarikat mana yang akan kami tempah sekiranya kita meninggal? bill hp kita siapa nak sambung, barang-barang kita nak kasi siapa kalau kita meninggal? semua ini pastinya kita tidak pernah merancang. perlukah kita merancang? sama-sama kita mendengar perkongsian daripada Ust Yusuf Rahman & Saudara Mas andi di dalam episode kali ini.
Podcast ini adalah kolaborasi antara Himayah dan juga Urusan Jenazah Singapura Al-Ikhlas.
Kita digemparkan dengan Undian dengan soalan siapakah Ustazah yang boleh dirogol ramai-ramai tular di Media masa. Apakah kesah perinciannya? sama-sama kita dengarkan perkongsian Mudarris Ilyas Zakaria & Ust Yusuf Rahman di Episode kali ini.
Podcast ini adalah kolaborasi antara Himayah dan Mihwar Services.
Cappuccino Pagi kembali selepas berehat di bulan Ramadan. Kali ini Mudaris Ilyas Zakaria bersama Dengan Ust Yusuf Rahman membincangkan hal berkenaan covid19 yang kembali meningkat di Singapura dan juga keadaan Ramadan yang lalu serta sambutan Hari Raya Puasa yang berbeza pada tahun ini.
Podcast ini adalah satu kolaborasi antara Himayah & Mihwar services.
Ramadan kali ini adalah Ramadan yang kedua di dalam keadaan dan suasana covid19. Bagaimanakah persiapan kita menjelang Ramadan nanti. Apakah yang boleh kita lakukan di bulan yang mulia Ramadan Almubarak. Episode kali ini akan dihadiri Sdr Rajis Sharif & Sdr Zulkifli Abdullah daripada Js Advisory.
Podcast ini adalah usaha kolaborasi Himayah dan juga Urusan Jenazah Singapura Al-Ikhlas.
Bulan Ramadan hampir tiba. Sebelum Ramadan adalah bulan Syaaban. Namun adakah perkara yang terdapat di dalam bulan Syaaban? Bagaimana persiapan kita menjelang Ramadan pada musim covid19 ini? Sama-sama kita mendengar perkongsian Ust Yusuf dan Muhdaris Ilyas Zakaria.
Episode podcast ini adalah satu usaha kolaborasi Himayah dan Mihwar Services.
Kita pernah mendengar orang tua yang hidup bersendirian di rumah tanpa anak-anak kerana mereka tidak mahu menyusahkan anak-anak mereka. Dengan demikian, mereka hidup bersendirian sehinggakan boleh berlaku kemalangan yang tidak diduga. Kita tidak mahu ini semua terjadi. Kita tidak mahu ibu atau ayah meninggal keseorangan. Sama-sama kita mendengarkan perkongsian daripada Ust yusuf & Sdr Mas andi.
podcast ini adalah satu usaha kolaborasi antara Himayah & Urusan jenazah Singapura Al-Ikhlas.