
Sign up to save your podcasts
Or


Bagaimana nak lindungkan diri daripada syaitan yang di rejam? ada tak kisah bagaimana Nabi atau sahabat menghindarkan diri daripada Syaitan? sama-sama kita mendengar Mudaris Ilyas dan Ust yusuf dalam episode podcast kali ini.
Apabila meninggal seseorang itu, pastinya kita akan sempurnakan urusan jenazah seseorang yang telah meninggal dunia. Tetapi bagaimana pula yang masih hidup? apakah nasib mereka? kenapa perlu bergaduh dan bermasam muka bila berbicara tentang harta si Mati? sama-sama kita mendengar perkongsian Saudara Mas Andi & Ust Yusuf Rahman pada podcast kali ini.
Apabila Allah menciptakan Nabi Adam Alaihi Salam, makhluk yang tidak senang akan penciptaan tersebut adalah Iblis. Beliau juga berjanji untuk menghasut anak-anak adam untuk bersama beliau di neraka jahanam. Atas alasan apa iblis berjanji seperti itu? sama-sama kita dengarkan Mudaris Ilyas Zakaria & U. Yusuf Rahman berkongsi tentang topik ini. Podcast ini adalah kolaborasi diantara Himayah & Mihwar Services.
Setiap kita pasti ada kesalahan dan kesilapan. kesilapan yang nyata ataupun tidak. Kita insaf dan tidak mengulangi kesilapan. Dari sudut agama Islam, kita tahu tatu tidak dibenarkan akan tetapi, ia bukan penghalang untuk kita bertaubat dan mendekatkan diri pada Allah s.w.t. Sama-sama kita dengar perkongsian Mas Andi dalam episode kali ini membincangkan topik jenazah yang bertatu.
Podcast ini adalah kolaborasi antara Himayah & Urusan Jenazah Singapura Al-Ikhlas.
Berita tular berkenaan seorang lelaki berkahwin secara batin dengan lima wanita dan dapat berkomunikasi bersama alam Roh mendapat perhatian masyarakat Islam Singapura. Namun apakah pelajaran yang boleh diambil dari situasi ini? sama-sama kita mendengar perkongsian daripada Mudaris Ilyas Zakaria & Ust Yusuf Rahman pada episod kali ini.
podcast ini adalah kolaborasi antara Himayah & Mihwar services.
Kita ada pilihan sebelum bertindak. kita boleh buat perkara yang boleh membahayakan diri akan tetapi, kita juga boleh fikir secara rasional sebelum membuat sesuatu tindakan yang membahayakan diri. Membunuh diri bukan jalan penyelesaian bagi semua masalah. Allah maha besar dari segala masalah yang kita hadapi. kembalilah kepada Allah sekalian Alam.
podcast ini adalah kerjasama antara Himayah & Urusan Jenazah Singapura Al-Ikhlas.
Kali ini Mudaris Ilyas & Ust Yusuf Berkongsi cerita berkenaan dengan Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasalam berjumpa dengan Malaikat Jibril Alaihi Salam. Apa keperluan Malaikat Jibril berjumpa Nabi muhammad s.a.w ? Sama-sama kita dengarkan perkongsian dari mereka.
Podcast ini adalah kolaborasi antara Himayah & Mihwar Services.
kita hanya tahu Sahabat-sahabat nabi yang bernama Abu Bakar, Umar Al-Khattab, Othman dan Ali. tahukah kita akan Sahabat nabi sekecil usia 10 tahun? tahukah kita akan sahabat diarah untuk keluar negara untuk urusan agama sedangkan beliau baru sahaja berkawin? sama-sama kita dengar perkongsian Mudarris Ilyas dengan Ust Yusuf Rahman di Cappuccino pagi.
mengatakan `kubur aku, aku jawab` atau `kubur masing2` adalah kata-kata yang angkuh dan tidak bersesuaian dengan ajaran Islam. apa yang dimaksudkan dengan tidak bersesuai? sama-sama kita dengarkan perkongsian oleh Ust Yusuf & Mas Andi
podcast ini adalah kerjasama antara Himayah & Urusan Jenazah Singapura al-Ikhlas.
kita sering dengar kisah berkenaan dengan Nabi Muhammad s.a.w bersama orang-orang yang beriman denganNya. Tingkah laku baginda terhadap orang-orang yang percayai Allah s.w.t . Bagaimana pula dengan mereka yang tidak beriman? Nabi pernah berurusan dengan mereka yang non muslim? sama-sama kita dengan perkongsian daripada Mudarris Ilyas Zakaria bersama Ust Yusuf Rahman di episode podcast ini.
podcast ini adalah kolaborasi bersama Himayah & Mihwar Service.