ABITALK
Download on the App Store

ABITALK episodes

  • tiket ke syurga `bila Izrail jemput kita pulang`

    Jemputan yang tidak boleh dielakkan adalah jemputan daripada yang maha Esa. menjemput kita pulang. pulang kepadaNya.kita terpisah daripada dunia yang hanya bersifat sementara. Berpisah dengan orang yang tersayang itu perasaan yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Hanya dengan linangan air mata dan kenangan yang bermain dalam fikiran serta minda. Dunia ini hanya sementara. Nombor hanyalah angka dan ajal tidak kenal siapa. tua atau muda. kecil atau dewasa.
    Satu hari pasti kita berangkat ke alam seterusnya juga.

    podcast ini adalah kerjasama antara Himayah dan urusan jenazah Singapura Al-Ikhlas. 

    42 min
  • Nak tolong ke tak nak?

    kita sedang berada di dalam situasi ekonomi yang tidak stabil sama ada ekonomi dunia, negara mahupun persendirian. Keadaan yang sangat membimbangkan sehinggakan diantara kita perlu minta pertolongan orang lain. Namun, adakah mereka dapat pertolongan tersebut? nak tolong atau tidak? adakah mereka benar-benar memerlukan?
    bagaimana sekiranya kita hulurkan bantuan kepada mereka yang tidak sepatutnya diberikan bantuan? bagaimana cara yang terbaik sekiranya kita tidak mahu menghulurkan bantuan?sama-sama kita mendengar perkongsian daripada Mudarris Ilyas Zakaria dan Ust Yusuf A Rahman. podcast ini dibawakan oleh http://www.himayah.sg

    52 min
  • Nabi s.a.w makan vs Kita makan

    Singapura terkenal dengan gelaran `syurga makanan`. Cakap sahaja apa sahaja juadah makanan, pasti boleh di dapatkan. Selain itu kita juga harus berhati-hati dengan apa yang kita makan sebab dengan makanan juga boleh menyebabkan kesakitan pada tubuh badan. Nabi muhammad s.a.w memakan makanan yang berhasiat dan sihat. tahukah anda selain kurma dan madu ada satu makanan yang menjadi kegemaran Nabi Muhammad s.a.w? sama-sama dengarkan perkongsian daripada Mudarris Ilyas Zakaria & Ust Yusuf Rahman di dalam podcast ini.

    podcast ini dibawakan oleh http://www.himayah.sg

    51 min
  • Ada Allah? Buktinya apa?

    sebagai penganut agama Islam, kita percaya adanya tuhan yang menciptakan segalanya. tetapi terkadang timbul rasa ragu-ragu sebenarnya ada ke tuhan ? kalau ada kenapa nasib selalunya malang? sama-sama kita mendengar episode kali ini di Cappuccino pagi bersama Ust Yusuf Rahman dan Mudarris Ilyas Zakaria.

    podcast ini dibawakan oleh http://www.himayah.sg

    57 min
  • Al-quran bukan buku dongeng

    Tahun baru Hijrah 1442 membawa kita ke mana? kenapa perlu calender? kenapa perlu ada nama bulan dalam calender Islam? penting ke belajar Al-Quran? bersama Ust Yusuf dan Mudaris Ilyas Zakaria (Mihwar) dalam perbualan di  `Cappuccino pagi bersama kami `

    podcast ini dibawakan oleh www.himayah.sg

    47 min
  • Cappuccino pagi bersama Kami

    Episode baru di dalam himayah talk bersama Mudarris Ilyas Zakaria(Mihwar) dipanggil Cappucino pagi bersama Kami dengan topik : `belajar agama online.` boleh ke belajar online? solat boleh online juga tak? sama-sama kita dengarkan sembang santai mudarris bersama Ust Yusuf Rahman.
    podcast ini dibawakan oleh www.himayah.sg



    49 min
  • Korban di mana?

    Kesan pandemik covid19 terus menerus membuatkan kita berada di dalam keadaan tidak menentu. cara kehidupan juga berbeza. pertama kali tidak dapat laksanakan solat di masjid secara bebas, tidak dapat laksanakan haji seperti tahun sebelum dan ibadah korban juga tidak dapat dilakukan di Singapura pada tahun 2020 ini. namun ada cara alternatif yang ditawarkan oleh pihak-pihak yang amanah. bagaimana mereka memberikan ketulusan khidmat mereka? sama-sama kita mendengar penerangan Encik Ashraf & Encik Rafee Eunos daripada syarikat Aaliyah`s Pte Ltd berkaitan dengan ibadah korban bersama dengan Ust Yusuf Rahman.

    podcast ini dibawakan oleh www.himayah.sg

    59 min
  • `sejauh mana pintu taubat terbuka`

    Semua manusia membuat kesalahan dan orang yang berjaya adalah mereka yang insaf dan bertaubat kepada Allah. dengan demikian Allah akan rahmati beliau dan tempatkan beliau di syurga yang kekal abadi. persoalannya adalah sejuah mana pintu taubat dibuka orang seseorang itu? Ust Yusuf dan Saudara Mas andi  mendengar perkongsian Ust Basir berkenaan penghijrahan beliau untuk ke arah yang lebih baik.

    Podcast himayahtalk ini dibawakan oleh www.himayah.sg

    1 hr 22 min
  • masjid Dah Bukak!

    `Alhamdulillah! Masjid dah bukak! tapi banyak nye benda nak kene ikut? itu tak boleh ini tak boleh? fed up!`

    Adakah kita perlu melahirkan reaksi seperti itu ?

    sama-sama kita mendengar perkongsian daripada Ust Yusuf sebagai memulakan kembali podcast himayahtalk.

    podcast ini dibawakan oleh www.himayah.sg

    27 min
  • malam Lailatul qadar

    Ramadan talkshow kali ini membincangkan tentang malam lailatul qadar. malam seribu bulan. Ust Yusuf bersama Tuan Anwar, boss pos TKI bersama tetamu undangan Ust Zahid Zin. 

    1 hr 3 min