
Sign up to save your podcasts
Or


Virus covid19 masih menular sehingga menjejaskan percutian ke luar negara. Ada yang baru sahaja dalam perancangan & ada yang sudah membuat penempahan tetapi terpaksa menangguhkan sehingga keadaan mengizinkan. Tidak terkecuali Umrah pada musim cuti sekolah. Apakah sampai ke bulan Ramadan tidak dibenarkan pergi ke tanah haram? bilakan Masjidil Haram akan menerima tetamu-tetamu Allah? episode kali ini Ust Yusuf sempat bertemuramah dengan presiden AMTAS(Association of Muslim Travel Agents Singapore), Yang berbahagia, Ustaz Tengku Mohd Fouzy bin Tengku Mahid Jumat(www.tmfouzy.sg). Sama-sama mendengarkan perkongsian yang sangat bermanfaat ini. Episode ini sesuai bagi mereka yang ingin tahu perkembangan dan situasi di tanah haram. Podcast ini dibawahkan Oleh:
www.himayah.sg
buat pertama kali masjid-masjid di Singapura tutup untuk beberapa hari akibat penularan Covid19. masyarakat memberikan pelbagai reaksi. Marah, geram dan tidak puas hati akan perkara ini. Tidak pernah terjadi sebelum ini. Sekiranya tutup, bagaimana dengan ibadah solat? bagaimana dengan solat jumaat? Siapa yang bertangungjawab semua ini? Bersama Ustaz Zahid Zin (Ceo,MYF) tetamu undangan pada episode podcast kali ini. Podcast ini dibawakan Oleh www.himayah.sg
pada 11 tahun dahulu, belajar agama mengunakan bahasa Inggeris adalah sesuatu yang sukar di dapatkan. Sekarang, belajar agama di dalam bahasa Inggeris semakin meningkat malah hampir menjadi kebiasaan. Asatizah bercakap dan menyampaikan di dalam bahasa Inggeris pula semakin dikehendaki dan semakin berkebolehan untuk menyampaikan di dalam bahasa tersebut. Kali ini Ust Yusuf A Rahman bersama Ustaz Tarmizi Wahid
(Ceo, Safinah institute), antara Asatizah yang pertama mengajar kelas agama di dalam bahasa Inggeris. Apakah penerimaan masyarakat ketika itu? apakah cabaran yang di hadapi ketika itu? podcast ini dibawakan oleh www.himayah.sg
Betul ke kalau hantar anak ke Madrasah, anak akan jadi stress? tak ada masa depan. susah hendak dapat kerja?Bahasa Arab antara salah satu subjek yang mesti dikuasai oleh pelajar Madrasah tetapi bagaimana ingin timbulkan minat akan bahasa tersebut? Ust Yusuf bersama Mudarris Ilyas Zakaria (co founder, Mihwar Services). Beliau berkongsi pengalaman belajar di Madrasah dan minat beliau terhadap Bahasa Arab. podcast ini sesuai untuk mereka yang masih belajar di Madrasah dan juga mereka yang ingin tahu bagaimana cara belajar di madrasah Singapura Khususnya.
Cara nak senyap dan diamkan anak bila kita klua ke kedai makan dengan kasi gadget sama ada hp atau iPad kita, tetapi adakah itu cara yang betul dan sesuai?
En Shahib Amin, daripada https://syukran.com menceritakan bagaimana beliau membantu madrasa Alsagoff Al-arabiah membangunkan alat pembelajaran melalui digital.
podcast ini dibawakan oleh https://www.himayah.sg
Belajar ngaji pada zaman dulu perlu membawa rehal dan muqadam. pergi ke rumah `tok guru gaji ` sambil tunggu giliran mengaji. Sekarang `tok guru ngaji` datang ke rumah pelajar untuk mengajar mengaji. apa pengalaman mereka pada zaman tersebut? dan apa perubahan yang berlaku pada zaman ini dalam menuntut ilmu agama? Dengarkan perkongsian Ust Yusuf Bersama tetamu jemputan, Pengetua Madrasah Alsagoff Al-Arabiah,Yang berbahagia Ustaz Syed Mustafa Alsagoff.
ingin menyumbang kapada Madrasah Alsagoff?
klik : Launchgood.com/waqafalsagoff
podcast ini dibawakan Oleh : https://www.himayah.sg
episode ini dikongsikan langkah yang perlu dilakukan apabila mendapat berita akan kelahiran hingga persiapan menyambut bayi.
sama-sama kita dengarkan perkongsian daripada Ustaz Yusuf A Rahman. lungsuri lelaman https://www.himayah.sg/ untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan khidmat tahnik, kelas Iqra & khidmat korban & akikah.
kat supermarket tak ada makanan abis tu nak makan apa?
virus makin menular abis tu kita nak buat apa?bersama ustaz Yusuf A Rahman pada episode kali ini. podcast ini di bawakan oleh https://www.himayah.sg/
Apa perasan kita bila kita kene `game` dengan kawan kita? bagaimana kita menghadapi ujian tersebut? adakah kita perlu balas dengan kejahatan atau sebaliknya? Ustaz Yusuf A Rahman kali ini bersama Muhd Salhan pengarah syarikat Abu Bakar Travel Services Pte Ltd. Podcast ini dibawakan oleh https://www.himayah.sg/ .
Himayah talk kali ini ingin berkongsi beberapa perkara apabila kita memasuki masjid. Adakah kita terus duduk atau macam mana? bersama hos Himayah Talk; Ustaz Yusuf A Rahman dan tetamu undangan; Imam Ulul Azmi, Imam Masjid Sultan. podcast ini dibawakan oleh http://www.himayah.sg/