ABITALK
Download on the App Store

ABITALK episodes

  • banyaknya dosa aku

    Banyaknya dosa kita hanya Allah sahaja yang tahu. banyakknya kesalahan kita buat sampai terguris perasaan orang, hanya Allah sahaja yang tahu. bilakah waktu terakhir kita melakukan dosa? dan bilakah waktu terakhir kita minta pengampunan daripada Allah?

    podcast ini adalah kolaborasi bersama Himayah & urusan jenazah Singapura Al-Ikhlas. 

    38 min
  • Nabi ni siapa?

    bulan Rabiul awal menjelang tiba. tetapi apakah kaitan bulan tersebut dengan Nabi Muhammad S.A.W dan siapakah beliau? kenapa perlu kita ambil tahu tentang beliau? sama-sama dengarkan perkongsian Ustaz Yusuf A Rahman & Mudarris Ilyas Zakaria

    Podcast ini adalah kolaborasi antara Himayah & Mihwar services.

    25 min
  • `Siapa tuhan Kamu?`

    Apabila kita sudah mati, maka ruh berpisah daripada jasad. Dulu kita mampu untuk melakukan semuanya sendiri, mampu berdikari tidak perlu bantuan orang. akan tetapi bila kita sudah mati, mandian terakhir kita dilakukan oleh orang lain. kemudian ke dalam liang lahat bersendirian dan menantikan soalan daripada malaikat...`siapakah tuhan kamu?` sama-sama kita mendengar perkongsian daripada Ustaz Yusuf Rahman & Saudara Mas andi di dalam `tiket ke syurga` podcast himayah talk

    podcast ini adalah kolaborasi antara usuran jenazah singapura Al-Ikhlas dan Himayah

    40 min
  • Ibu Melahirkan Tuannya.

    Antara perkara yang menjadi penyebab anak itu tidak menghormati orang tua adalah kerana tidak ada teguran daripada ibu dan ayahnya. Adakah betul? atau ada sebab-sebab yang lain? sama-sama kita dengarkan perkongsian antara Ust Yusuf Rahman & Mudarris Ilyas Zakaria. 

    podcast ini adalah kolaborasi antara Himayah & Mihwar Services. 

     

    43 min
  • Jangan Marah Dengan Allah

    Bila kita tidak dapat apa yang kita hendak, kita pastinya marah dan kecewa. Ini termasuk dengan ketentuan Allah yang tidak menyebelahi kita, pastinya kita akan kecewa dan marah. Sebagai seorang yang beriman dengan Allah tidak wajar kita bertindak sedemikian. bersabarlah dan bersangka baiklah dengan ketentuan ilahi. 


    42 min
  • Ajaran Sesat

    belajar agama jangan sampai kita menjadi sesat. mengaku diri dia Nabi sedangkan Nabi terakhir adalah Nabi muhammad s.a.w. Mengaku dapat petanda bahawa Malaikat Jibril pernah berinteraksi dengan dia dalam mimpi dan sebagainya. sama-sama kita dengar podcast ini bersama Mudaris Ilyas dan Ust Yusuf Rahman.

    Podcast ini adalah kolaborasi antara himayah dan Mihwar services. 

    42 min
  • lepaskan dia pergi

    Melepaskan seseorang untuk pergi jauh dan buat selamanya dari diri kita bukan mudah. Apa lagi yang kita sayang dan kasih. Ketahuilah, syurga itu bukan murah. Ia perlu pengorbanan zahir dan batin. Kisah yang diceritakan oleh Saudara Mas andi sangat menyayat hati. sama-sama dengarkan podcast ini. Podcast ini adalah kolaborasi antara Himayah & Urusan Jenazah Al-Ikhlas. 


    37 min
  • Bila Allah berbicara pada kita

    Kebiasaan kita akan cari orang untuk mendengar berkongsi masalah yang kita hadapi sama ada ibu,ayah, kawan-kawan mahupun teman. Mereka akan memberi nasihat dan pandangan yang pelbagai bersesuaian dengan soalan atau masalah yang kita ajukan kepada mereka. Akan tetapi mereka tidak berkuasa memastikan apakah masalah kita itu akan selesai ataupun tidak. Ia berbalik kepada kita serta ketentuan Allah. Lalu bilakah kita berdoa atau bercakap dengan Allah walaupun kita tidak melihatnya? sama-sama kita dengan perkongsian daripada Mudarris Ilyas Zakaria & Ust Yusuf Rahman berkenaan topik podcast kali ini.

    podcast ini adalah kerjasama diantara Himayah & Mihwar services. 


    43 min
  • mak, Ayah..jumpa di syurga ye?

    Ayah dan ibu. Mereka berdua yang membesarkan kita. berkorban untuk kita. memastikan kita pandai. malah mahu kita lebih pandai dari mereka. Apabila mereka sudah tiada. kita terasa seolah-oleh separuh dari diri kita hilang. Hilang kasih sayang. hilang tempat bermanja. Hilang tempat mengadu. wahai Ayah yang tidak pernah penat keluar untuk mencari rezki untuk keluarga. wahai ibu yang tidak pernah hampakan hajat-hajat kami..kamu berdualah ahli syurga yang kekal abadi. Ampunkan dosa-dosa mereka ya Allah, yang telah mengasuh kami semenjak kami kecil. amin

    podcast ini adalah kerjasama antara urusan jenazah Al-Ikhlas & Himayah. 


    46 min
  • budak 10 tahun ada tiktok

    Mereka yang lahir pada tahun 80an dan hidup pada zaman 90an pasti pernah merasai sosial media yang mashur ketika itu seperti MIRC,Friendster, msn dan Myspace. Pada zaman sekarang pula sudah berbeza. wadah sosial media sangat pesat membangun sehinggakan membeli makanan hanya dengan hujung jari sahaja. Namun ada juga yang menyalah gunakan sosial media ini dengan memuaskan nafsu hingga mengadaikan maruah diri. sama-sama dengarkan perkongsian daripada Mudarris Ilyas & Ust Yusuf A Rahman akan pendapat mereka berkenaan dengan sosial media. 

    podcast ini adalah kerjasama antara Himayah & Mihwar. 

    44 min