
Sign up to save your podcasts
Or


Sebuah kajian yang dijalankan oleh Canalys telah memetakan lima pembuat telefon terbesar di dunia. Tetapi mengapa urutan mereka begitu? Dan kenapa Apple, walaupun tidak menakluki pasaran secara gah, mengapa mereka bernilai AS$2 Trillion? Teman Amanz pula bertanyakan tentang isu syarikat-syarikat China, samada mereka boleh memebekalkan pasaran dengan nilai perkhidmatan yang sama taraf dengan tawaran syarikat teknologi barat.
Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh membantu untuk mengembangkan perniagaan anda.
Mat Pis dan Yem bincang tentang penukaran nama Facebook kepada Meta. Adakah isu mereka selesai dengan pengubahan nama ini? Juga dalam episode kali ini, AT&S akan melabur RM8.5bil sepanjang tempoh empat tahun untuk kembangkan perniagaan mereka di Malaysia, apakah implikasi kepada jumlah pekerjaan yang akan dicipta oleh mereka di negara ini?
Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Jika anda merupakan pengusaha vape, ingin memulakan perniagaan Cloud Kitchen, atau ingin menyewa tapak untuk konvensyen atau apa jua acara, layari www.sapuraproperty.com.my untuk ketahui lebih lanjut, bagaimana Sapura Mines boleh membantu untuk mengembangkan perniagaan anda.
Dalam usaha menjaga privasi pengguna, Shopee mula tidak memaparkan nombor telefon pelanggan pada bungkusan kurier. Mat Pis dan Yem huraikan mengapa langkah ini lebih afdal untuk syarikat itu pada masa sama membantu pengguna perkukuhkan data privasi masing-masing.
Podcast ini disokong oleh Sapura Mines. Ingat Vape, Ingat Sapura. Sapura Mines kini menyokong Cloud Kitchen, sebuah inovasi terkini yang membantu para usahawan untuk memulakan perniagaan penghantaran makanan dengan kos yang rendah.
Podcast Amanz kali ini bincang tentang isu Instagram dan Facebook kehilangan 'potensi' untuk mendapatkan pengguna muda yang terdiri daripada remaja di AS dan serata dunia. Mat Pis dan Yem juga membincangkan tentang isu LinkedIn mengakhiri perniagaannya di China.
Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holdings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kini sedia untuk menerima tempahan.
Tindakan Apple untuk mengukuhkan keselamatan privasi pengguna iOS mereka telah menyebabkan jutaan pengguna mula abaikan carian di Google dan Facebook. Mat Pis dan Yem bincang bagaimana langkah Apple ini bukan sahaja dapat memberikan keselesaan yang lebih kepada pengguna mereka, tetapi juga bagaimana ia menguntungkan dari segi penjualan iklan di platform mereka sendiri.
Teman Amanz pula bertanyakan tentang isu cip dan iPhone 13.
Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holdings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kini sedia untuk menerima tempahan.
Bank Negara Malaysia (BNM) menghentikan sementara akses perkhidmatan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) untuk semua agensi pelaporan kredit (CRA), seperti ke CTOS Digital Bhd dan Experian. Mat Pis dan Yem persoal mengapa langkah ini diambil memandangkan tiada penjelasan rasmi telah diberikan oleh semua pihak yang terlibat.
Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holdings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kini sedia untuk menerima tempahan.
Kamarul Anwar merupakan Penganalisa Kajian Ekuiti, Sektor Media dari CGS-CIMB. Penekanan beliau terhadap syarikat-syarikat media seperti Astro telah memberi imbasan jelas tentang bagaimana industri ini berfungsi. Mat Pis dan Yem bersembang dengan beliau tentang segalanya Astro. Mengapa Astro menjadi sebuah pengendali internet, kenapa Astro bergabung tenaga dengan Netflix dan Disney+ Hotstar, dan lain-lain lagi. Ikuti perbincangan rancak ini sekarang!
Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holdings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kini sedia untuk menerima tempahan.
Telekom Malaysia dan Astro umumkan kerjasama membolehkan Astro menjadi salah satu penyedia perkhidmatan internet. Youtube melarang semua kandungan anti-vaksin. Dan Isu bagaimana Facebook akan mengubah cara mereka mengendalikan diri mereka susulan laporan yang menunjukkan bahawa Facebook menyembunyikan kajian tentang bagaimana Instagram penyebab mengapa ramai remaja perempuan mengalami kesihatan mental yang teruk.
Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holdings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kini sedia untuk menerima tempahan.
Bekas CFO Huawei, Meng Wanzhou dilepaskan oleh pihak berkuasa Kanada setelah mengaku penglibatan beliau dalam transaksi urus niaga syarikat itu di Iran. Hampir serentak, dua warganegara Kanada Michael Spavor dan Michael Kovrig yang ditahan di China juga dilepaskan susulan pembebasan Meng. Apakah implikasi ini terhadap dunia teknologi dan juga diplomasi dua ekonomi terbesar di dunia? Yem dan Mat Pis huraikan.
Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holdings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kini sedia untuk menerima tempahan.
Aerodyne diletakkan di tangga pertama dalam senarai yang mengandungi 400 syarikat dari seluruh dunia, menurut Drone Industry Insights. Syarikat Malaysia ini berjaya memintas Terra Drone dari Jepun yang sebelum ini di tempat pertama dua tahun berturut-turut. Selain itu, perbincangan tentang laporan Wall Street Journal berkaitan dengan Facebook juga dibincang. Teman Amanz minggu ini bertanyakan tentang isu China dan CPTPP.
From the publisher's feed

10 Listeners