Amanz

Amanz

By AmanzTechnology
Download on the App Store

Amanz episodes

  • Malaysia Menanti PM Baharu, Masalah Kabotaj!

    Minggu ini menjadi tumpuan ramai adalah berkenaan dengan peralihan kuasa dan perubahan Perdana Menteri apabila PM ke-8 telah meletak jawatan, dan kini pencarian PM9 bermula. Pada masa yang sama, kita turut berbincang berkaitan masalah kabotaj yang sekali lagi diperkatakan, selari penubuhan rangkaian oleh Facebook dan Google di rantau Asia Tenggara.

    51 min
  • China Kawal Selia Syarikat Teknologi

    China sedia terkenal dengan ekonomi berbentuk kawalan, dan terbaru sejumlah syarikat melibatkan pendidikan dilihat menjadi sasaran dalam kawalan ini. Disamping itu, pada episod kali ini kami menyentuh secara ringkas berkenaan syarikat terkaya dunia, selain monopoli industri muzik oleh Tencent.

    58 min
  • Kandungan Mikro Masa Depan Media?; Kenapa Semua Buat Cip Sendiri?

    Pada podcast kali ini, kita melihat kepada crackdown yang sedang berlaku di China melibatkan pelbagai syarikat-syarikat teknologi yang berpusat di sana. Disamping itu, kita juga melihat kepada peningkatan kandungan mikro yang semakin popular, dan mungkin memberikan kesan terhadap bagaimana pengguna akan menikmati media pada masa akan datang. Akhir sekali, episod kali ini turut menyentuh berkenaan trend pelbagai syarikat yang kini membangunkan cip mereka tersendiri.

    58 min
  • Lambakkan Perkhidmatan Langganan Kandungan, Pasaran Influencer

    Pada episod kali ini kami membincangkan dengan lebih menyeluruh berkaitan dengan pasaran langganan kandungan yang semakin diimplementasikan ramai dari hari ke hari. Selain langganan video, kita juga sedia melihat pengenalan penstriman muzik, permainan, malah kini kandungan bertulis untuk analisa dan berita. Disamping itu, AmanzCast kali ini turut membincangkan berkenaan dunia influencer yang semakin popular.

    1 hr 12 min
  • Bank Digital, Microsoft OYO, Pelakon Black Widow Saman Disney+

    Arena perbankan digital semakin hangat dari hari ke hari. Selepas penutupan penerimaan borang permohonan, kini Bank Negara dalam proses menilai segalanya, sebelum mengumumkan sehingga 5 penerima lesen bank digital di Malaysia pada awal 2022 kelak. Selain daripada itu, pada episod kali ini juga kami membincangkan berkenaan OYO yang dikatakan sedang dalam perbincangan menerima pelaburan daripada pihak Microsoft, selain berkenaan watak pelakon Black Widow yang menyaman Disney+.

    56 min
  • Masalah Pengeluaran Cipset

    Kembali kepada satu lagi episod podsiar, dimana pada episod kali ini kita membincangkan mengenai masalah pengeluaran cip yang memberikan kesan kepada pelbagai industri - daripada automotif, peranti mudah-alih, peralatan elektronik, dan sebagainya.

    1 hr 1 min
  • CNN Buat Penstriman Berbayar, Hartal, Dan Pasport Untuk Vaksin

    Episod kali ini kita membincangkan berkenaan penyertaan CNN dalam arena penstriman berbayar melalui CNN+. Pada masa yang sama, salah satu topik hangat minggu ini adalah berkaitan dengan hartal dalam industri kesihatan. Podsiar episod ini turut membincangkan berkenaan dengan keperluan parlimen hibrid, selain passport untuk vaksin.

    49 min
  • Astro Ingin Jadi Pusat Sehenti Untuk Penstriman Video

    Astro kini dilihat ingin menjadi salah satu pusat sehenti yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan penstriman video dibawah satu tempat. Mereka sedia menambah HBO Go, Disney+, dan sedia mengumumkan kerjasama dengan Netflix. Pada masa yang sama, Astro telah memperkenalkan perkhidmatan penstriman mereka tersendiri, dinamakan Sooka. Pada episod kali ini, kami membincangkan menyeluruh berkaitan hal ini.

    1 hr 3 min
  • Square Masuk DeFi, Netflix Ke Arah Gaming

    Pada episod kali ini, kita melihat kepada arena DeFi yang hangat diperkatakan, dimana Square ingin memfokuskan kepada arena Bitcoin. Disamping itu, kita membincangkan berkenaan perkembangan vaksin di seluruh dunia dan kesannya terhadap perkembangan ekonomi. Episod kali ini juga kami membincangkan secara ringkas berkenaan dengan Netflix Gaming.

    54 min
  • Pemulihan Ekonomi China Pasca Covid-19, Konsolidasi Media Sosial

    Pada episod ini kita melihat kepada dua perkara utama, iaitu berkenaan dengan ekonomi China dan tahap pemulihan mereka pasca Covid-19, selain pada masa yang sama kita melihat adakah akan berlakunya lebih banyak penyatuan arena media sosial dalam tahun-tahun akan datang. Episod kali ini juga menyentuh berkenaan dengan statistik perkembangan gaji di Malaysia yang menyaksikan penurunan.


    Mempunyai sebarang input, jangan lupa hantarkan kepada [email protected] untuk segmen #TemanAmanz. :)

    57 min

About Amanz

From the publisher's feed

Amanz. Ikuti pelbagai perbincangan dan kemaskini semasa dalam arena teknologi, ekonomi, startup dan isu semasa. Yosh!

More shows like Amanz

Keluar Sekejap by Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan

Keluar Sekejap

10 Listeners