Amanz

Amanz

By AmanzTechnology
Download on the App Store

Amanz episodes

  • Cukai Syarikat Teknologi, Gergasi Asia Tenggara, Bank Digital

    Podsiar Amanz kali ini melihat kepada beberapa topik teknologi dan bisnes yang menjadi tumpuan ramai akhir-akhir ini. Antaranya adalah berkaitan dengan pelaksanaan cukai syarikat teknologi pada peringkat global. Disamping itu, kita juga melihat kepada perkembangan gergasi teknologi di Asia Tenggara, dan juga berkaitan dengan bank digital di Malaysia.

    1 hr 1 min
  • #OffTopic - Pengangguran, Sistem HIDE, KitaJaga.co, iPhone 13

    Pada sesi #OffTopic di Amanz kali ini, kita melihat kepada perkembangan ringkas berkaitan politik, disamping pada masa yang sama melihat kepada perkongsian statistik semasa berkaitan pengangguran dan juga kesihatan mental. Disamping itu, salah satu portal baharu yang dibangunkan komuniti untuk komuniti adalah KitaJaga.co untuk memudahkan orang ramai mendapat bantuan.

    50 min
  • #OffTopic - PKPD, Ekonomi, ESG dan Politik!

    Dibawah siri episod podcast yang diberikan nafas baharu ini, kita melihat kepada beberapa topik berbeza dan diluar teknologi, iaitu berkaitan dengan isu semasa terbaru, melibatkan PKPD, ekonomi dunia, ESG dan juga situasi politik.

    55 min
  • Trailer : AmanzCast Kembali

    Podcast Amanz kini kembali setiap minggu, bersama Yem dan Mat Pis, dimana kita akan membicarakan berkenaan dengan sejumlah perkara melibatkan arena teknologi dan perniagaan. Jom langgan dan kongsikan bersama rakan anda yang lain. Episod baharu akan diterbitkan bermula Julai 2021.

    2 min
  • MyID - Identiti Digital Kebangsaan?

    SKMM sebelum ini sedia melakukan kajian untuk pelaksanaan MyID - sekaligus memudahkan pengguna mengunakan satu identiti untuk pelbagai tujuan. Pada episod kali ini, kami membincangkan berkenaan dengan penggunaan dan konsepnya dalam kehidupan harian kita - dan sama ada ia relevan atau tidak.

    15 min
  • Ramalan Teknologi 2021

    Arena teknologi sering berkembang dengan pesat, termasuk di Malaysia. Pada video #SembangLebat ringkas awal tahun 2021 ini, kami membincangkan berkenaan sejumlah ramalan menarik yang dijangka hadir pada tahun 2021 ini.

    27 min
  • Dunia Teknologi Sepanjang 2020

    Tahun 2020 merupakan tahun yang sangat mencabar buat semua. Dalam video kali ini kami akan lebih membincangkan topik hangat yang berlaku sepanjang tahun 2020 seperti peralihan Apple daripada Intel, Scam paling terkenal iShare fans, Perang perdagangan kini melarut sehingga jenama DJI dan sebagainya. Tonton video penuh kami ini untuk ketahui dengan lebih lanjut.

    1 hr 13 min
  • #Menuju2021 – Kearah Resolusi Tinggi 8K

    Dalam arena video, kita sedia melihat pelbagai kandungan kini ditawarkan pada resolusi mencapai 4K. Tetapi, bergerak kehadapan, beberapa penerbit media telah mula melihat kearah penstriman menggunakan resolusi lebih tinggi, iaitu 8K. Jadi, mungkinkah kita akan melihat kandungan 8K lebih popular pada tahun 2021 kelak?

    15 min
  • #Menuju2021 - Kenderaan Elektrik

    Pada hari ini, kita sedia melihat beberapa kenderaan elektrik di pasaran tempatan, Bergerak ke 2021, kami menyasarkan arena kenderaan elektrik terus berkembang dengan positif, selain kita mungkin melihat integrasi sokongan swapandu asas pada lebih banyak kenderaan yang dijual di Malaysia. Pada #Menuju2021 kali ini, kami melihat kepada beberapa implementasi sokongan kenderaan elektrik, dan bagaimanakah perkembangannya untuk tahun 2021 kelak.

    16 min

About Amanz

From the publisher's feed

Amanz. Ikuti pelbagai perbincangan dan kemaskini semasa dalam arena teknologi, ekonomi, startup dan isu semasa. Yosh!

More shows like Amanz

Keluar Sekejap by Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan

Keluar Sekejap

10 Listeners