
Sign up to save your podcasts
Or


Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Bloomberg, ekonomi Malaysia akan pulih lebih ketara dalam tahun 2022. Mat Pis dan Yem bincang tentang isu ini. Turut dikupas, isu Rusia saman Facebook dan Alphabet. Teman Amanz kali ini merungkaikan tentang isu bagaimana COVID-19 akan membiasakan ujian pantas.
Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holdings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kini sedia untuk menerima tempahan.
Apple telah melancarkan beberapa produk, iaitu empat jenis iPhone 13, iPad 9, iPad Mini 6, dan Apple Watch Series 7. Tetapi perkara yang menarik untuk pasaran Malaysia adalah pengumuman pelancaran Fitness+ di Malaysia menjelang akhir tahun ini. Mat Pis dan Yem bincang tentang implikasi pelancaran produk Apple tahun ini.
Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kini sedia untuk menerima tempahan.
Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim (PH – Port Dickson) menegaskan bahawa perjanjian di antara Pembangkang dan Kerajaan adalah sebuah memorandum persefahaman (MOU) dan bukan perjanjian kepercayaan dan bekalan (CSA). Yem dan Mat Pis bincang tentang implikasi dokumen ini terhadap urusan parlimen. Turut dibincangkan adalah tentang isu AliPay di China, dasar kerajaan Malaysia terhadap isu kelestarian, dan juga baik dan buruk minggu ini.
Podcast ini dibawakan oleh Permata Sapura, sebuah kerjasama di antara Sapura Resources dengan KLCC Holdings. Permata Sapura, sebuah premis pejabat terbaharu di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, kini sedia untuk menerima tempahan.
1. Celcom umum bahawa mereka akan lancarkan 5G pada akhir tahun 2021
2. Apple akan umumkan iPhone baharu
3. TM dan Tata Communications akan bina internet di pedalaman ASEAN
4. Adham Baba hendakkan 5 unicorn dari Malaysia
5. COVIDNOW! Gitu.
Salah satu perkara yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini adalah isu kabotaj Malaysia, yang turut membuatkan beberapa syarikat gergasi internet dunia yang menghubungi kerajaan dalam menyelesaikan masalah ini. Pada episod kali ini, kita melihat kepada masalah kabotaj Malaysia, disamping turut membincangkan berkaitan dengan perkembangan teknologi dan kesihatan - termasuk Theranos dan perkembangan terbaru seumpamanya.
WhatsApp pada minggu ini disaman oleh pihak berkuasa di EU, disebabkan oleh isu melibatkan privasi. Ini bukan kali pertama, tetapi beberapa kali pihak WhatsApp telah disaman pihak berkuasa beberapa negara. Disamping itu, pada episod kali ini, kami turut membincangkan berkenaan mesin aiskrim di McD (Amerika Syarikat) yang sering mengalami masalah, membuatkan pengguna tidak boleh membelinya.
Baru-baru ini, kita telah melihat syarikat penerbitan digital Politico dijual pada harga mencapai $1 bilion. Pada episod kali ini, kami membincangkan berkenaan dengannya. Disamping itu, kita juga menjawab persoalan pembaca berkenaan percukaian 30% yang dikenakan Apple untuk AppStore, selain turut melihat kepada beberapa isu semasa yang menarik dalam arena teknologi.
Perdana Menteri Malaysia kini telah memperkenalkan senarai kabinet baharu, sekaligus mengumumkan menteri yang akan menerajui setiap kementerian. Disamping itu, pada episod kali ini kita turut membincangkan kaedah bagaimana Facebook ingin mengawal kesan platform mereka terhadap politik. Selain itu, kita juga menjawab persoalan berkenaan sekuriti siber dan masa depannya.
Pada episod kali ini kita berbincang berkenaan perubahan di Afghanistan, dan bagaimana teknologi digunakan di sana. Selain daripada itu, kita turut menyentuh berkenaan dengan perubahan dan beberapa trend edagang dari Asia, disamping integrasi pilihanraya dan teknologi.
Hari ini, perdana menteri Malaysia ke-9 telah mengangkat sumpah, sekaligus membawa kepada era pentadbiran baharu di Malaysia dengan fokus terhadap pemulihan daripada Covid-19. Pada masa yang sama, podcast kali ini turut membincangkan berkenaan dengan perkembangan di China yang memberikan kesan terhadap saham-saham syarikat teknologi di sana. Selain itu, kita juga membincangkan secara ringkas mengenai OnlyFans yang kini beralih dan mengharamkan kandungan lucah pada platform mereka.
From the publisher's feed

10 Listeners