
Sign up to save your podcasts
Or


Tajuk Hindari Sifat Negatif ini akan membincangkan tentang hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Anas Bin Malik R.A yang terkandung di dalamnya doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W agar dihindari dari 4 sifat negatif. Sifat-sifat negatif ini akan diterangkan secara terperinci agar ianya dapat dihindari oleh murid. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pengukuhan agar kehafaman murid-murid dapat dinilai dan diukur. Pentaksiran berbentuk formatif juga diberikan setelah selesai satu-satu sub-topik dibincangkan.
Menerangkan tentang konsep kenabian secara keseluruhan bermula dengan maksud beriman kepada rasul. Penjelasan tentang pentingnya keimanan kepada rasul dalam kehidupan muslim. Perbezaan antara nabi dan rasul , sifat wajib , mustahil dan harus. Tajuk ini juga menjelaskan tentang ismaturrasul, mukjizat dan ulul azmi. Penjelasan tentang sifat dan keistimewaan ini dapat membantu pelajar memahami siapakah nabi dan rasul serta apakah peranan mereka . Seterusnya dijelaskan juga hikmah rasul daripada kalangan manusia. Kecintaan terhadap rasul dapat dipupuk apabila mereka memahami konsep kenabian ini dengan sepenuhnya.
Rancangan in mengisahkan tentang Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan ini mewarisi dan meneruskan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Kepimpinan Kesultanan Johor Riau berjaya menghadapi cabaran kearah kegemilangan.
Rancangan ini mengupas tentang sosiobudaya masyarakat kerajaan Alam Melayu iaitu dalam aspek bahasa, tulisan dan persuratan serta perkembangan bidang pendidikan dalam kalangan masyarakat sehingga kini.
Rancangan ini menjelaskan tentang Lokasi Melaka yang strategik menjadi tarikan Parameswara untuk membina kerajaan di situ. Kemantapan kepimpinan raja seperti Parameswara, Sultan Mansur Shah dan Sultan Muzaffar Shah dalam pentadbiran disamping bantuan dari pembesar-pembesar Sistem Pembesar Empat Lipatan dapat menjadikan Melaka masyhur.
Rancangan ini menerangkan tentang keunikan warisan kerajaan Alam Melayu yang mempunyai berbagai latarbelakang kepercayaan.
Rancangan ini mengisahkan pelbagai strategi digunakan oleh Dinasti Brooke untuk menguasai Sarawak. Peluasan kuasa barat di Sarawak berlaku secara beransur-ansur. Pentadbiran cara barat diperkenalkan turut digabungkan bersama-sama pentadbiran tempatan.
Rancangan ini mengisahkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) diketuai oleh Residen Jeneral. Beliau bertanggungjawab kepada Majlis Mesyuarat Negeri dan Persuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat serta kesan-kesannya.
Rancangan ini berfokus kepada kesan sosial akibat perkembangan ekonomi di negara kita semasa pentadbiran British. Perbincangan akan menyentuh kesan sosial tersebut dalam beberapa aspek khusus iaitu Perkembangan Bandar, Pembentukan Masyarakat Berbilang Kaum, Perkembangan Pendidikan, Perkhidmatan Kesihatan, serta Pembinaan Penjara.
Rancangan ini membincangkan tentang konflik dunia merangkumi Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua tercetus akibat perkembangan imperialisme dan nasionalisme dalam persaingan merebut kuasa politik dan ekonomi. Pemerintahan tentera Jepun di negara kita telah mencetuskan tindak balas rakyat dan menyemarakkan nasionalisme dalam kalangan rakyat.
From the publisher's feed