
Sign up to save your podcasts
Or


Rancangan ini mengisahkan tentang kedatangan Jepun ke negara kita selama tiga tahun setengah dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945 yang menyebabkan perubahan besar yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.
Rancangan ini mengupas tentang penyerahan Sarawak kepada British dan penerangan mengenai sejarah moden Sarawak yang bermula dari rejim keluarga Brooke pada 1841 dan berakhir pada 1941 semasa zaman pendudukan Jepun. Selepas Perang Dunia Kedua, Sarawak diambil alih oleh pihak British.
Rancangan ini menerangkan reaksi penentangan masyarakat dan tindakan penduduk tempatan serta melahir semangat nasionalisme yang membawa kepada pembunuhan seorang pegawai British.
Rancangan ini mengupas tentang Lambang Negara serta kepentingan Lambang Negara kepada masyarakat Malaysia.Fokus utama tentang lambang serta kepentingan lambang negara akan memberikan kefahaman tinggi kepada masyarakat berbilang kaum.
Tajuk ini akan mendedahkan pemahaman terhadap jenis kata adjektif untuk murid tingkatan dua. Selain itu, tajuk ini juga menjelaskan pembentukan kata adjektif. Murid-murid turut dibimbing membina ayat yang betul berdasarkan perkataan yang diberikan. Penyampai membincangkan jenis kata adjektif secara koheren. Pada akhir pengajaran diakhiri dengan pentaksiran dalam bentuk item Objektif Aneka Pilihan (OAP) dan formatif setelah semua subtopik selesai dibincangkan.
Rancangan ini membincangkan penentangan penduduk di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah serta perkembangan nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan semasa pendudukan Jepun, seterusnya peristiwa penyerahan kalah Jepun di negara kita dan keadaan Negara kita selepas itu
Peribahasa yang diketengahkan adalah peribahasa yang terdapat dalam buku teks tingkatan 4 dan juga tingkatan 5 Tujuan pembelajaran ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang bentuk soalan yang berkaitan dengan peribahasa.
Cerpen “Talia dan Raksasa Qadqad” ini berkisarkan tentang hubungan antara manusia dan haiwan. Hubungan yang terjalin tanpa dirancang tersebut telah membuahkan bibit-bibit keakraban antara anak kecil yang bernama Talia dan haiwan yang dikenali dengan nama raksasa Qadqad. Antara komponen penting sastera yang akan diberi penelitian ialah sinopsis, tema dan persoalan, watak dan perwatakan, serta nilai dan pengajaran. Seterusnya, kupasan cerpen ini akan menerangkan secara terperinci tentang tips untuk menganalisis komponen sastera tersebut dengan cara yang lebih praktikal. Sesi pembelajaran akan diakhiri dengan latihan pengukuhan untuk mengukuhkan lagi pemahaman murid berkaitan topik yang dibincangkan. Pentaksiran berbentuk formatif juga akan diberikan setelah selesai perbincangan setiap sub topik.
Tajuk Drama Mahkamah ini akan menceritakan tentang keadilan dalam menentukan sesuatu keputusan. Segala kesalahan yang dilakukan oleh seseorang perlulah diadili tanpa mengira pangkat, darjat, umur atau keturunan. Terdapat dua kes yang diceritakan dalam drama ini. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang sipnosis, tema dan persoalan, serta nilai dan pengajaran. Tajuk ini di akhiri dengan latihan pengukuhan berkaitan komponen sastera dalam drama yang telah dipelajari.
Tajuk Cerpen Legasi Tapai Ubi ini akan membincangkan tentang kegigihan dan kesungguhan seseorang yang membuktikan makanan tradisi ini menjadi sesuatu yang memberikan manfaat kepada manusia. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang sinopsis, tema dan persoalan, plot penceritaan, watak dan perwatakan, latar serta nilai dan pengajaran. Tajuk ini di akhiri dengan latihan pengukuhan berkaitan komponen sastera dalam cerpen yang telah dipelajari.
From the publisher's feed