AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • 342: Pendakwaan Najib Razak : 'Trial by Media' atau 'Public Interest'?
    Tidak dapat dinafikan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendapat perhatian pelbagai pihak. Namun arahan 'gag order' dari mahkamah telah sedikit sebanyak menjadi perbualan di kalangan orang awam.
    Cynthia Ng bersama Latheefa Koya, Pengarah Eksekutif 'Lawyers for Liberty' mengulas mengenai isu 'trial by media' dan kepentingan awam dalam sesuatu perbicaraan.
    5 min
  • 321: Barisan Kabinet baharu Malaysia 2018 : Kuasa dan integriti
    Presiden Gerakan Keadilan Sedunia (JUST), Dr Chandra Muzaffar mengulas mengenai harapan terhadap barisan baharu kabinet Malaysia dan bagaimana untuk mewujudkan budaya integriti bukan sahaja di peringkat kabinet malah di peringkat bawahan.
    Bagaimana barisan kepimpinan baharu ini dapat mengekalkan kuasa dan dalam masa sama mengekalkan prinsip integriti dalam pentadbiran.
    10 min
  • 324: Anak muda dan pemilikan rumah
    Ketua Biro Guaman AMK Selangor yang juga Pegawai Khas kepada  Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Harris Idaham Rashid bercakap soal pemilikan rumah di kalangan orang muda dan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka.
    10 min
  • 323: Kabinet Baharu 2018 : Masa depan lebih cerah di Malaysia Timur?
    Teka teki pelantikan kabinet penuh kerajaan Pakatan Harapan sudah terjawab. Pelantikan menteri kabinet kali ini menyaksikan empat orang menteri penuh dan tiga orang timbalan menteri dari Sabah dan Sarawak dilantik menyertai barisan kabinet.
    Adakah dengan pelantikan menteri dari Sabah dan Sarawak ini menggambarkan masa depan lebih cerah di sebelah Borneo?.
    Raheezal Shah Abdul Karim, Pensyarah Kanan Sains Politik & Dasar Awam UiTM Sabah mengulas.
    12 min
  • 322: Kaedah memantau integriti Jemaah Menteri
    Bersama Shafizan Johari dan tetamu jemputan Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar mengulas tentang kaedah-kaedah untuk memantau integriti di kalangan jemaah Menteri.
    Dalam wawancara ini beliau turut menyentuh soal lantikan politik dalam pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
    14 min
  • 325: AWANI Kedah : Berbakti tangkap makhluk halus
    Ahmad Nasrul Othman atau lebih dikenali sebagai Ustaz Nasrul memang tidak asing bagi penduduk di sekitar Yan, Kedah. Beliau dikatakan pakar dalam menangkap mahkluk-makhluk halus.
    Bagi masyarakat Melayu khususnya di kampung-kampung di Kedah, situasi berdepan gangguan makhluk halus atau jin di kawasan kediaman atau badan seseorang itu dikatakan kerap berlaku.
    7 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.