AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • 308: 1MDB punca UMNO ditolak rakyat?
    Ada yang mengatakan isu kepimpinan pusat adalah punca kepada kekalahan BN dan penolakan calon yang diketengahkan UMNO pada PRU yang lepas. Pelbagai isu di peringkat pusat seperti 1MDB, pengenalan GST dan beberapa lagi isu lain menjadi perhatian rakyat.
    Dengarkan ulasan tiga calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang akan bertanding pada pemilihan parti akan datang berkenaan isu ini. Mereka ialah Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid dan Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya.
    13 min
  • 312: Khairy Jamaluddin : Saingan merebut jawatan Presiden UMNO
    Menjelang persaingan merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan akan datang, salah seorang calonnya Khairy Jamaluddin bercakap tentang penolakan rakyat terhadap kepimpinan terdahulu.
    Beliau turut berkongsi manifesto beliau untuk membentuk kabinet bayangan BN sekiranya menang jawatan Presiden UMNO dan apa pula jaminan beliau kepada rakyat sekiranya BN kembali ke tampuk pemerintahan untuk penggal akan datang?.
    Apa pula reaksi beliau berkenaan usul untuk membuka keahlian UMNO kepada semua kaum dan soal subsidi dan keistimewaan yang diberikan kepada bangsa Melayu?
    13 min
  • 311: Hasanuddin Mohd Yunus : Transisi dari aktivis NGO ke ahli politik
    Bersama Dzulfitri Yusop dan tetamu jemputan Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat yang juga Naib Presiden Amanah bercerita tentang peralihan beliau dari penggerak badan bukan kerajaan kepada seorang ahli politik.
    Beliau turut menyentuh soal peranan Parti Amanah Negara dalam pentadbiran negara juga isu Jakim dan badan kerajaan berkaitan agama yang lain.
    14 min
  • 303: Saingan rebut jawatan Presiden UMNO
    Penjenamaan, majlis golongan profesional dan kembali pada hala tuju asal. Tiga pengisian berbeza digariskan calon Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin sebelum pemilihan parti diadakan.
    Ikuti Debat Presiden UMNO 2018 yang bakal diadakan pada 29 Jun ini ini di saluran Astro AWANI.
    6 min
  • 306: Hutang, liabiliti & kebankrapan: perspektif tadbir urus negara
    Memahami persoalan hutang, liabiliti dan tadbir urus negara bersama Tian Chua, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengasas Inovastra Capital Sdn Bhd.
    Turut disentuh berkenaan bagaimana peranan rakyat dapat dimainkan dalam memastikan sistem semak dan imbang berjalan dengan telus dan penuh integriti.
    12 min
  • 307: Anuar Tahir, dari Beseri ke Temerloh. Apa sebabnya?
    Empat kali tewas dalam pilihan raya sebelum ini atas tiket pelbagai parti. Pada PRU 14 yang lalu, kecekalan Mohd Anuar Tahir yang juga Setiausaha Agung Amanah dalam politik akhirnya berbaloi.
    Beliau menang di kerusi Parlimen Temerloh menewaskan empat pencabar lain. Beliau bukan anak tempatan, lahir di Beseri, Perlis, apa yang membuatkannya yakin untuk bertanding di Temerloh dan apa pula aspirasi beliau untuk parlimen tersebut?
    Ikuti wawancara Nazri Kahar bersama beliau.
    13 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.