AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • 300: AWANI Kelantan : Ku Li, jawatan Presiden hanya satu penggal
    Hanya akan pegang jawatan presiden untuk sepenggal sahaja, itulah hasrat Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sekiranya dipilih menerajui parti tertua orang Melayu itu.
    Beliau juga berjanji akan berusaha mengangkat kembali martabat UMNO yang kini berada dalam keadaan teruk susulan kekalahan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.
    5 min
  • 298: Dinamika PKR dan PH dalam kabinet Malaysia baharu
    Wawancara Luqman Hariz bersama Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya & Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam rancangan '100 Hari Malaysia Baharu'.
    Antara isu yang disentuh termasuklah isu penangguhan senarai penuh kabinet oleh kerajaan Pakatan Harapan dan beliau turut menyatakan hasratnya untuk memegang portfolio pilihannya.
    Beliau turut bercakap soal simbolik kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah serta soal memperkasakan kepimpinan muda dalam kerajaan.
    11 min
  • 301: PPBM bakal hadapi cabaran besar di Sarawak
    Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bakal berdepan cabaran besar untuk melebarkan pengaruhnya ke Sarawak.
    Dengarkan pandangan Penganalisis Politik dari Universiti Malaysia Sarawak, Prof Madya Dr Jeniri Amir dan Prof. Dr. Awang Azman Awang Pawi, Penganalisis Politik dari Universiti Malaya.
    6 min
  • 302: Dian AWANI : Dilema miskin bandar, antara cukup makan dan cukup khasiat
    Penyediaan makanan berkhasiat bukan satu keutamaan bagi golongan berpendapatan rendah, terutamanya bagi golongan yang tinggal di kawasan bandar.
    Penganalisis ekonomi bebas Dr Madeline Berma berkata walaupun dengan pendapatan yang rendah, kebanyakan keluarga di kawasan bandar masih berupaya menyediakan makanan kepada keluarga.
    Begitupun, tahap kualiti zat-zat makanan yang disediakan adalah bukan satu keutamaan bagi golongan berkenaan, memandangkan pendapatan mereka yang rendah menyukarkan mereka mendapatkan bekalan makanan yang lebih berkhasiat.
    13 min
  • 291: Bina Semula Perniagaan Eksport-Import Negara
    Episod kali ini akan mengkaji bagaimana perniagaan di negara kita boleh membina semula perniagaan kecil dan sederhana, terutamanya dalam perniagaan restoran, yang menglibatkan pelbagai urusan eksport dan import bahan-bahan mentah.
    5:33 - Azra Abdul, Pengusaha / Pengimport Tempatan
    15 min
  • 294: AWANI Terengganu : Masa untuk kerajaan Pas Terengganu tunaikan janji
    Pas yang diberi mandat untuk mentadbir Terengganu selepas PRU14 yakin mampu merealisasikan semua manifesto yang lalu.
    Sebanyak 20 manifesto yang ditawarkan parti itu yang bertemakan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera. Dalam tempoh pemerintahan itu 30 peratus dari manifesto-manisfesto sebelum ini telah berjaya dilaksanakannya.
    Parti yang diberi kepercayaan untuk mentadbir negeri itu juga tidak terburu-buru bagi menepati semua janji tersebut.
    7 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.