AWANI SoundByte

AWANI SoundByte

By Astro AwaniNews
Download on the App Store

AWANI SoundByte episodes

  • 279: Meriah Bersama : " Ke rumah Tun M dan DS Najib pun saya nak pergi", Rais Yatim
    Tutur bicaranya lembut diselang-selikan dengan penggunaan susunan bahasa dan ayat yang indah. Itulah Tan Sri Dr. Rais Yatim. Faktor ini tidak menghalang beliau untuk melontarkan kritikan dan menempatkan diri sebaris tokoh-tokoh politik disegani yang lain. 
    Buktinya, disebabkan kritikan lantangnya, beliau telah dibuang keahlian oleh UMNO. Beliau kini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di bawah pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Lebih tiga puluh tahun mengenali Tun M dengan rapat apakah jangkaan beliau ke atas pentadbiran Tun M kali ini?.
    Beliau turut melihat betapa pentingnya perpaduan sebagai tunjang kepada kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara.
    8 min
  • 280: Meriah Bersama : Kisah puasa dan kurma Kasthuri Patto
    Shafizan Johari berpeluang bual santai bersama Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto yang dilahirkan dalam keluarga politik, beliau mengimbas kembali pengalaman beliau beraya bersama masyarakat setempat di zaman kanak-kanak.
    Cerita pengalaman puasanya dan kisah kurma juga turut dikongsi bersama Shafizan. Dengarkan di AWANI Soundbyte.
    13 min
  • 277: Meriah Bersama : Panggil saya NJWA
    Penyanyi Najwa Mahiaddin terkenal kerana sering tampil dengan kelainan dalam penyampaian lagu serta vokalnya, tidak kurang juga imejnya yang sering menjadi tumpuan.
    Beliau berkongsi bersama AWANI Soundbyte tentang perkembangan dan rancangan masa depan kariernya. Di sebalik nama asalnya, beliau kini lebih mahu dikenali sebagai NJWA. Apakah sebabnya?.
    Cerita hari raya beliau turut diselitkan bersama AWANI Soundbyte.
    11 min
  • 278: Meriah Bersama : Pesanan raya khas 'Iron Lady'
    Tan Sri Rafidah Aziz pernah dikenali sebagai 'Iron Lady' kerana ketegasan beliau semasa menjawat jawatan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Tetapi nyata gelaran itu masih berbisa sehingga kini apabila suaranya masih lantang kedengaran memberi kritikan pada pentadbiran kerajaan pusat yang lepas.
    Beliau masih 'Iron Lady' malah akan kekal begitu dan beliau ada pesanan khas sempena hari raya untuk rakyat Malaysia. Dengarkan di AWANI Soundbyte.
    6 min
  • 275: Meriah Bersama : Hadi Awang imbas raya zaman kanak-kanak
    Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengimbas kembali kemeriahan beraya ketika beliau masih kanak-kanak. Beliau turut berkongsi pengalaman beliau beraya di Arab Saudi ketika masih menuntut dulu.
    Apa pula makanan kegemaran beliau yang paling dinantikan setiap kali tibanya raya?. Dengarkan cerita beliau bersama AWANI Soundbyte.
    5 min
  • 273: Meriah Bersama : Bezanya beraya di penjara - Anwar Ibrahim
    Perjalanan politiknya bukan biasa-biasa, bermula sebagai aktivis pelajar, kemudiannya menyertai parti politik dan menjadi orang penting dalam pentadbiran kerajaan sehinggalah dipenjara sebanyak dua kali. 
    Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat berkongsi pengalaman dan perbandingan raya beliau kali ini dan semasa beliau di penjara secara ringkas. Beliau turut menyelitkan pesanan khas kepada penyokong-penyokongnya dalam ucapan raya beliau.
    5 min
  • 274: Meriah Bersama : Apa lainnya raya Mat Sabu tahun ini?
    Siapa tidak kenal sosok bernama Mohamad Sabu atau lebih mesra disapa Abang Mat. Terkenal dengan gaya penyampaian ceramahnya yang sering diselitkan unsur humor dalam menyampaikan mesejnya menjadikan beliau antara ahli politik kegemaran ramai. Dari berjuang di pentas ceramah, turun ke jalanan dan pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
    Kini beliau adalah Menteri Pertahanan Malaysia. Shafizan Johari sempat bertanya Abang Mat apakah kelainan raya beliau untuk tahun ini?. Adakah koleksi baju rayanya juga berubah seperti statusnya kini?. Beliau juga sempat berkongsi tiga tempat makanan kegemarannya setiap kali pulang ke kampung.
    9 min

About AWANI SoundByte

From the publisher's feed

AWANI SoundByte mengetengahkan berita dan analisis terkini mengenai isu semasa tempatan dan antarabangsa di mana sahaja anda berada.